Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

Puaka muncul pada malam Eid ul Fitri

Cerpen sebelumnya:
gadis si tanda tanya
Cerpen selanjutnya:
Kepala Gangster dan Kisah di Hari Raya

Tidak beberapa hari lagi Aidilfitri akan disambut. Bagi sekumpulan kanak-kanak kampung, mercun adalah perkara wajib bagi memeriahkan hari-hari akhir ini. Sedangkan yang dipanggil makcik, pakcik, atuk dan nenek serta anak-anak belia lain pergi ke surau menunaikan ibadah terawih.

Kumpulan kanak-kanak ini sibuk dengan mercun mereka tanpa mereka sedar jam sudah hampir sebelas malam. Ahli jemaah surau sudah pun selesai menunaikan sembahyang witir. Masing-masing turun dari tangga surau dan menuju ke rumah.

Kumpulan kanak-kanak tadi masih leka menghidupkan sumbu mercun dan membalingnya sana-sini. Mereka bermain berhampiran dengan telaga buta. Kemudian salah seorang daripada mereka melihat kumpulan jemaah surau sedang menuju ke arah mereka.

"Jom, buang mercun mereka sudah sampai," katanya kepada mereka yang masih terpinga-pinga, "Berikan kepadaku," katanya merampas semua mercun di tangan mereka.

Cepat-cepat mercun dibuang ke dalam telaga buta di sebelahnya. Kanak-kanak itu melarikan diri. Ada sebahagian mercun sudah dinyalakan sumbunya. Selepas satu meletup yang lain juga meletup sama.

"Budak-budak ini tidak tahu sayang nyawa," kata orang kampung yang pulang selepas selesai solat di surau tadi. Kawasan telaga buta di dalam hutan adalah laluan untuk sampai ke rumah masing-masing. Ada denai kecil menghubungkan surau dan rumah mereka.

"Ya Allah! Apakah itu?" soal seorang tua yang terkejut melihat sesuatu muncul dari dalam telaga buta.

"Hantu! Kita ikut laluan lain," kata seorang lagi, cepat-cepat mereka berpatah balik dan menggunakan jalan lain yang agak jauh.

Telaga buta disinari bulan terang. Asap mercun yang tebal keluar dari dasar ke permukaan. Cahaya bulan pada pokok-pokok sekitar menghasilkan bayang-bayang pada asap tebal yang keluar. Kelihatan seperti lembaga keluar dari telaga.

Dua hari selepas itu, satu kampung kecoh, ada penunggu sudah terlepas pada akhir malam Ramadan. Penunggu telaga buta.

Ini semua berpunca daripada kumpulan budak-budak kampung itu. Kisah telaga berpuaka timbul pada Aidilfitri.

Nota: Terima kasih kepada Tuan Faisal Hussin, pengarah kreatif di Ansar Channel yang berkongsi cerita ini dua tahun lalu. Cerita diubah suai bagi keperluan blog ini.
Cerpen sebelumnya:
gadis si tanda tanya
Cerpen selanjutnya:
Kepala Gangster dan Kisah di Hari Raya

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
2 Penilai

Info penulis

Zamri Mohamad

ZAMRI MOHAMAD (laman web www.zamrimohamad.com )dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media. Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama. Beliau pernah muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Kampus, Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.Beliau merupakan bekas ...
zamri | Jadikan zamri rakan anda | Hantar Mesej kepada zamri

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya zamri
Kepala Gangster dan Kisah di Hari Raya | 3780 bacaan
Beraya pertama kali dengan anak-anak kampung 1993 | 2505 bacaan
Satu cerita di SRK Jalan Kuantan 1989-91 : Dedikasi kepada rakan-rakan dan juniorku | 3119 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

5 Komen dalam karya Puaka muncul pada malam Eid ul Fitri
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik