Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

along, adik dan cacing

Cerpen sebelumnya:
Kepala Gangster dan Kisah di Hari Raya
Cerpen selanjutnya:
SESUCI CINTA KASEH

“ee, geli la along. Tak nak la. tak selera nak tengok” bebel Fadia tanpa henti. Rambut tocangnya ikut berayun mengikut kepalanya yang asyik digelengkan. Geli geleman melihat cacing yang berada dalam tin susu pekat manis yang hampir berkarat. Kalau diturutkan hati, mahu sahaja disepak tin itu, namun takut dimarahi Along yang serius mencari cacing seperti orang mencari emas.

 

“ tu la perempuan. Sikit-sikit geli. Tadi beria sangat nak main.” Along pula mengambil giliran untuk membebel. Tangannya masih lagi menggali tanah untuk mencari cacing sebagai umpan untuk menangkap ikan di kolam belakang rumah.

“ adik geli la. dah la lembik. Tengok tu, dari tadi menjalar je cacing tu. Jomla kita balik.” Fadia cuba mengajak Along untuk pulang. Menyesal dia mengikut along ke kebun. Ingatkan along nak main sorok-sorok ataupun main layang-layang. Rupanya, nak cari binatang yang tak berkaki lagi menggelikan.

 

“ tu la, kan orang dah kata tak payah ikut. Kalau nak balik, pergi la balik sorang-sorang. Along nak cari lagi umpan ni. Nanti nak pergi mengail pulak.” Along tak mengendahkan permintaan adiknya yang manja itu. Fokusnya hanyalah pada cacing dan hanya cacing.

 

“ benci la along ni.” Fadia sudah mula teresak-esak. Tangannya pantas mengesat air mata yang mengalir. Tangannya juga sudah banyak bertanda bintat digigit nyamuk yang buas.

 

“ pergilah balik. Nak menangis pulak” suara along sudah meninggi. Geram dengan kerenah adiknya. Kalau ikutkan rasa marahnya, mahu disepak saja budak bertocang dua ni. Nasib baik adik sendiri!

 

“ along, jom la balik. Kalau tak, adik buang cacing ni.” Sempat lagi mengugut budak ni! Kesabaran Along sudah mencapai tahap maksima. Tin yang berisi cacing itu dipegangnya erat. Dia berdiri setelah lenguh mencangkung. Dipandang adiknya dengan senyuman sinis.

 

“ amik kau!” dengan gaya ala-ala Kung Fu Panda, along mencampakkan sekalian isi tin susu yang berkarat itu kepada Fadia.

 

Fadia terkejut yang amat. Terkaku sebentar. Dilihat pada t-shirt pink yang dipakainya. Dipandang pula skirt yang paras lutut itu. Terdapat cacing yang terlekat pada tshirtnya. Ada yang membuat lingkaran seperti ubat nyamuk Fumakilla. Ada juga yang bergayutan tanpa rasa bersalah. Bukan hanya seekor, malah berekor-ekor! Terdapat juga cacing yang jatuh ke tanah, namun terpenyek akibat dipijak Fadia yang terlompat-lompat.

 

“ Mak!! Along!! Tolong la buang cacing ni. Adik geli la. Waaaa!!!!” bergemalah tangisan fadia mengalahkan bunyi cengkerik dan mengejutkan monyet-monyet yang mencilok pisang di kebun itu. Along hanya ketawa melihat telatah adiknya yang gelabah itu. Tak terasa pula hendak menolong membuang cacing itu. Kalau boleh, nak dikutipnya cacing yang jatuh itu dan dicampak kepada adiknya.

 

“ padan muka! Fadia suka cacing. Cacing suka fadia. O la la la..” along sempat lagi mengejek adiknya. Fadia hanya terus menangis dan menangis. Taubat tak nak ikut Along lagi.

“Benci along. Along jahat.Nanti adik report kat abah”

 

 

Sejak pulang dari kebun petang tadi, along hanya diam. Fadia pula tak berhenti menangis. Apabila disoal puncanya, along hanya senyap. Fadia pula hanya menyebut ‘cacing-tin-along-geli’. Ibu cuba memujuknya dengan menyediakan bihun goreng kegemaran Fadia. Lagi ‘meriah’  tangisan anak bongsu yang baru berusia 5 tahun itu. Suasana menjadi lebih tegang setelah abah pulang dari sawah.

                                                                                                              

Selepas maghrib, barulah abah memula sesi soal jawab dan pengadilan. Mahkamah pun mula bersidang.

 

Tertuduh: Along a.k.a Amar

Mangsa: adik a.k.a Fadia

Peguambela: tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwa raya: Abah

Juri : ibu

++ tompok a.k.a kucing peliharaan merangkap watak picisan.

 

“ Kenapa kau buat macam tu? Kotor kan cacing tu. Yang kau pergi baling kat adik kenapa?” soal abah dengan garangnya. Mungkin kalau abah ada misai, mahu terangkat misai tu. Along hanya diam. Matanya juga hanya memandang tikar getah petak-petak itu. Tak berani nak tengok abah. Apatah lagi dengan rotan buluh yang memang terkenal dengan khidmatnya.

 

“ Along! Dengar tak aku tanya ni? Buat dajal kat orang berani sangat, pastu mula la takut.” Gertak abah lagi. Along rasa macam nak terkencing dalam kain pelikat. Air liurpun terasa sukar diteguknya. Peluh usah kata, menitik dan terus menitik tanpa henti. Nak kesat pun tak berani. Kaku  seperti tugu negara.

 

“ sudah la tu bang. Biasa la budak-budak. Bergurau je.” Ibu sudah mula misi memujuk.Tak sampai hati melihat along yang dimarah.

 

“ gurau? Macam tu bergurau?” abah menyoal sinis. Along tetap diam. Dalam hati dia menjawab ‘rilek la bah. Orang gurau je. Kelakar kan? Gelak la bah’ dalam hati SAHAJA..

 

“ Abah, adik dah ok. Janganlah rotan Along” Fadia pula cuba memujuk abah. Ditayang muka comelnya.

 

“ Adik pun satu. Siapa bagi main kat kebun tu. Kan aku kata kat situ ada ular. Yang kau ikut along ke sana buat apa?” abah berkata sambil membesarkan matanya.

 

Pulak dah! Adik yang cuba membela menjadi mangsa. Muka comel yang ditayangkan sebentar tadi adalah tidak laku. Adik terus menyorok di belakang ibu. Takut benar dengan abahnya.

 

“ Along yang ajak adik. Adik tak salah pun.” Setelah sekian lama, Along pula bersuara. Cuba menjadi peguam bela adiknya yang tak bersalah.

 

“ Hah! Ada pulak suara. Tadi aku tanya senyap je.” Abah bersuara sinis. Rotan itu diusap dengan tangan. Matanya pula merenung tajam ke arah Along. Along yang tadi mengangkat muka, terus menundukkan kembali wajahnya.

 

“ Bila aku cakap, pandang sini!” bergema suara abah dalam rumah itu. Ibu dan fadia tersentak. Along sudah terketar lututnya.

 

“ PAP!” hayunan pertama. Melayang deras rotan buluh yang panjangnya tiga hasta.

“PAP!” hayunan kedua. Dek kerana hayunan itu,  angin terbelah dua.

“PAP!” hayunan ketiga. Hujung rotan itu hampir lunyai.

 

“ Sakit! ampun bah. Along janji tak buat lagi! Ampun” terus Along menjerit. Dipegang punggungnya. Mesti berbirat lepas ni. Mesti susah nak buang air lepas ni. Mesti...Aik, kenapa rasa lain macam ni?

 

Abah masih serius wajahnya. Ibu menarik nafas lega. Fadia pula terasa macam nak tergelak.

 

“ Aku sebat dinding, kau pulak yang sakit?” Along tak tau nak buat muka macam mana apabila mendengar suara abah. Rasa macam nak tergelak, tapi masih cuak.

 

“ tu, kain pelikat tu pakai leklok.”

Along rasa malu.

 

“Yang kau lipat tepi macam kain batik tu kenapa?”

Along rasa sangat malu.

 

“Sampai terlondeh dibuatnya.”

Along rasa malu semalu-malunya.

 

Mahkamah bersurai.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cerpen sebelumnya:
Kepala Gangster dan Kisah di Hari Raya
Cerpen selanjutnya:
SESUCI CINTA KASEH

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.4
10 Penilai

Info penulis

~miszjun~

~no paiN nO gaIn~
miszmextor | Jadikan miszmextor rakan anda | Hantar Mesej kepada miszmextor

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya miszmextor
kerinduan bintang part 2 | 2719 bacaan
kerinduan bintang | 2256 bacaan
Kasut,Famous Amos dan Zen | 3905 bacaan
Cerita Tentang Len | 3059 bacaan
MO1S06~TUJUH SYARAT | 3336 bacaan
kerana kita kawan...1 | 1499 bacaan
ECLAIRS~3 | 2122 bacaan
ECLAIRS~2 | 2230 bacaan
ECLAIRS~1 | 2194 bacaan
HEY THERE DELLYLA...part 5 (penutup cerita) | 1438 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

33 Komen dalam karya along, adik dan cacing
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik