Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

SESUCI CINTA KASEH

 

SESUCI CINTA KASEH.....

Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Kaseh menahan kesakitan hendak melahirkan. "Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Abang sakit nya tak tahan saya" keluh Kaseh pada suaminya Adam yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Adam kepada isterinya, Kaseh.

Sebak hati Kaseh mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Kaseh hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Kaseh tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Kaseh tidak mampu berbuat apa - apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.

Sejak Kaseh mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Adam terhadapnya. Adam seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Kaseh dan anak yang dikandungnya itu.

Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Kaseh dan kemudian bergegas memanggil Doktor Arisah iaitu Doktor Peribadi Kaseh. Doktor Arisah segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Kaseh itu. Kaseh hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Kaseh menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Adam tadi.

Saat melahirkan pun tiba. Doktor Arisah menyuruh Kaseh meneran ..."Come on Puan Kaseh. You can do it...one more...one more Puan Kaseh." Kata kata peransang Doktor Arisah itulah yang membuatkan Kaseh begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...Alhamdulillah, bisik Kaseh apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Tiba-tiba Kaseh terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Puan Kaseh, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Arisah. "Tahniah En Adam, it's a twin" Doktor Arisah mengucapkan tahniah kepada Adam pula. Adam hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Arisah memang sengaja menyuruh Adam melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.

Kaseh sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Harris Danial dan yang perempuan akan diberi nama Airis Adelia. Kaseh merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Adam sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.

Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Adam yang membuat Kaseh berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Kaseh hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.

Kedua dua anaknya, Harris Danial dan Airis Adelia telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Kuala Lumpur (HUKM) untuk memberi peluang Kaseh berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.

Tiba tiba fikiran Kaseh menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu. Adam memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Kaseh. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Kaseh seolah - olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Kaseh menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Kaseh kuatkan juga semangat dan pendiriannya.

Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Kaseh mula mula disahkan mengandung. Adam tidak percaya yang Kaseh mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Adam tentang anak dalam kandungan Kaseh itu. Adam tidak boleh menerima kenyataan yang Kaseh akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Kaseh sudah masuk 2 bulan... bermakna Kaseh cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Kaseh pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.

Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Kaseh pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Kaseh berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Adam tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Adam menuduh yang Kaseh berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Kaseh sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Kaseh pasrah......

Pernah suatu ketika Kaseh bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Kaseh sahaja. Mengapa bang?" Kaseh bertanya kepada Adam .

"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Adam. Entah jantan mana yang kau dah layan kat pejabat kau tu." sergah Adam lagi.

"Abang syak Kaseh buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Kasehkan isteri Abang yang sah, tak kanlah Kaseh nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Kaseh pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Kaseh menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Adam meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Kaseh dibuatnya. Serentak itu juga Kaseh menangis . Adam langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Kaseh semakin laju. Kaseh hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Kaseh rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Adam, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Kaseh. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu pejabat dengan kau tu, Zaryll, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak Adam lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Adam menaruh cemburu terhadap isterinya.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Adam lagi pada Kaseh. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Kaseh yang bukan-bukan. Kaseh bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Kaseh hanya anak angkat dalam keluarga ni, Kaseh bukan jenis macam tu, Kaseh tau akan halal haram, hukum hakam agama.

Memang Kaseh tak pernah tau asal usul keluarga kandung Kaseh, tapi Kaseh bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Kaseh kerana menjaga Kaseh sejak dari kecil lagi. Kaseh dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Kaseh mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Kaseh kerana walaupun mereka tidak membesarkan Kaseh tetapi disebabkan merekalah, Kaseh lahir kedunia ini.? Tambah Kaseh lagi dengan sebak didada.

Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Kaseh terpaksa pergi ke tempat kerja Adam apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Adam pulang Kaseh berehat di Surau tempat Adam bekerja. Adam bekerja sebagai Accountant Executive di CIMB Ampang Point. Kalau Adam bekerja sampai malam terpaksalah Kaseh menunggu Adam sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Adam masih memaksanya. Terpaksalah Kaseh berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.

Dengan keadaan perut semakin membesar Kaseh masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Adam tidak menjemput Kaseh ditempat kerja terpaksalah Kaseh berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Kaseh sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Kaseh minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Adam membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.

Suatu hari Adam dalam keadaan marah telah menarik rambut Kaseh dan menghantukkan kepala Kaseh ke dinding...Kaseh hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Kaseh hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Rawang. Emak Kaseh sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Kaseh mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Kaseh.

Tanpa disangka sangka kata kata Kaseh itu membuatkan Adam marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Adam bangun. Dengan muka bengisnya, Adam memandang Kaseh. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Adam. Kaseh menjawab,"Itu Kaseh tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Adam datang kepada Kaseh dan direntapnya rambut Kaseh lalu di hantukkan kepala Kaseh kedinding. Kaseh tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Adam berbuat demikian...terasa kebas kepala Kaseh dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Kaseh dibuatnya.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Kaseh dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Kaseh memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang, Kaseh minta maaf jika kata kata Kaseh tadi membuatkan Abang marah." Kaseh memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.

Hari itu seperti biasa Kaseh ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Arisah menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Kaseh.

Setibanya di hospital sahaja,"Adam, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Kaseh tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Kaseh mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Kaseh jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? Doktor Arisah bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Adam. Adam hanya mendiamkan diri.

Serentak itu juga Adam teringat yang dia pernah menarik rambut Kaseh dan menghantukkan kepala Kaseh kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu Adam tidak pernah sekali pun membawa Kaseh ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Kaseh sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun Adam tidak pernah mengendahkan kesakitan Kaseh itu, malah baginya Kaseh hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...

Sambil menekap mukanya dengan tangan Adam menyesal...."YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."

Doktor Arisah menjelaskan lagi,"Doktor Intan yang merawat Kaseh kerana Kaseh mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Intan telah membawa Kaseh ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Kaseh tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Adam.

Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Adam. Allah lebih menyayanginya.? kata Doktor Arisah lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Adam.

Adam mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Kaseh mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Adam membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan dan segala luahan rasa Kaseh semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Adam dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Adam terhadap Kaseh...

"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Adam penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Adam terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Adam tertarik untuk membacanya...

Untuk suamiku yang tersayang, Adam.

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Adam memulakan bacaannya....

Assalamualaikum.

Abang...

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Kaseh pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Kaseh simpan bunga tu Bang...

Bunga inilah lambang kasih sayang Kaseh pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering.....Kaseh teramat menyayangi Abang. Kaseh sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Kaseh. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Kaseh pada Abang..

Terlebih dahulu Kaseh teringin sangat nak dengar Abang panggil Kaseh SAYANG seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Kaseh SAYANG...terasa diri Kaseh dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Kaseh cuma dapat merasa panggilan SAYANG itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan SAYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Kaseh lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Kaseh? Kaseh telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?

Abang...

Tulisan ini khas Kaseh tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Kaseh pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Kaseh berikan Abang.......Harris Danial dan Airis Adelia.

Buat diri Kaseh, Kaseh tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Kaseh. Kaseh akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Kaseh. Kaseh pergi untuk menemuiNya. Kaseh reda Bang....

Kaseh harap, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Kaseh dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Kaseh tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...

Dan yang terakhir sekali, Kaseh ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Kaseh belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Kaseh. Jiwa dan raga Kaseh hanya untuk Abang seorang.

Ribuan terima kasih Kaseh ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Kaseh walaupun Kaseh cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Kaseh dari kecil hinggalah Kaseh bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Kaseh harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Kaseh tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Kaseh yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Kaseh tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Kaseh. Kaseh harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Kaseh ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Kaseh tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Kaseh.

Berjanjilah pada Kaseh, Bang! dan ingatlah Harris Danial dan Airis Adelia adalah darah daging abang sendiri...

Ampunkan Kaseh dan halalkan segala makan minum Kaseh selama setahun kita hidup bersama.

Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Harris Danial dan Airis Adelia dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Kaseh supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Kaseh sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Kaseh. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Kaseh nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Harris Danial mengikut raut muka Abang... dan Kaseh yakin mesti Airis Adelia akan mengikut iras raut wajah Kaseh...Ibunya...sejuk perut Kaseh mengandungkan mereka.

Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Kaseh untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Kaseh walaupun Kaseh sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.

Salam sayang terakhir dari Kaseh Untuk Abang dan semua.

Doakanlah Kesejahteraan Kaseh.

Ikhlas dari isterimu yang malang,

Sesuci Cinta - KASEH

Sehabis membaca diari tersebut, Adam meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.......menyesal.......

"Sabarlah Adam, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Harris Danial dan Airis Adelia." pujuk Zul, kawan baiknya. Adam hanya tunduk membisu.

Ya Allah...

Kaseh, maafkan Abang. Tubuh Adam menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Adam dan Kaseh terjatuh dikakinya lalu segera Kaseh mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.

Adam terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Kaseh seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Kaseh, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.

Sewaktu jenazah Kaseh tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Adam sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Kaseh kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Adam sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.

Untuk kali terakhirnya, Adam melihat muka Kaseh yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Adam terus mengucup dahi Kaseh. "Kaseh, Abang minta ampun dan maaf." bisik Adam perlahan pada telinga Kaseh sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Adam meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Adam ada titisan airmata bergenang di tepi mata Kaseh. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Adam.

Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Adam dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Kaseh dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Kaseh dan Adam mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Kaseh, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Adam tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Kaseh yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.

Dan akhirnya Jenazah Kaseh pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Adam keseorangan di pusara Kaseh yang masih merah tanahnya...meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Adam dengan berjuta juta penyesalan ...

Sambil menadah tangannya, Adam memohon pengampunan dari yang Maha Esa...

Ya Allah.

Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku pada Kaseh....ampunkan aku Ya Allah....

Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Adam terlelap disisi pusara Kaseh. Sempat juga dia bermimpi, Kaseh datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.

Adam melihat Kaseh tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Kaseh yang putih bersih itu. Kaseh..., Kaseh..., Kaseh..., nak kemana Kaseh. Adam terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Adam. Mereka semua menyabarkannya.....

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Kaseh......

 

WITH LOVE :

 

PRINCESS EFFA

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) 1st time attempt ke? not too bad~~ ;) tapi..kenapa banyak question marks? and kenapa ada ani? nama dia kaseh ke ani? *or..mungkin nk eja 'ini' tapi jadi 'ani'?

    mungkin sebelum post ble scree tru so dat xmnganggu pembacaan..huhu..sekadar pendapat~
  • 2) cerpen ni saya pernah baca dalam laman web penulisan2u. but it's nice.

  • (Penulis)
    3) tq so much

  • (Penulis)
    4) saya masih baru dalam penulisan...sorry jika ada bnyk kekurangan
  • 5) nice story, but maybe pemerengganan boleh dibanyakkan lagi. hu hu. sedikit crowded.
  • 6) penah bace gak citer ni b4 this..
    • bee
    • 16 years ago
  • 7) ending dia sedih

  • (Penulis)
    8) tq
  • 9) kite pn pnh baca cite ni tp xingat kat mane but cite ni mmg nice..
    penyabar sungguh isteri dia...
  • 10) tp knp laki dia buat cmtu??

  • (Penulis)
    11) kisah ni kisah benar,kisah yang betul2 terjadi..cuma realiti ending kisah ni si isteri x meninggal tetapi diceraikan.

  • (Penulis)
    12) saya pernah post cerpen ni,tetapi ada org yang copy.
  • 13) so sad...

Cerpen-cerpen lain nukilan kaseheffa

Read all stories by kaseheffa
No stories.