Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Satira

Mengheret Sang Permaisuri

Cerpen sebelumnya:
Inilah aku
Cerpen selanjutnya:
Bangun dan rebah.....



Bekerja di dalam bidang pelaburan tidak menjanjikan kemewahan hidup. Lebih-lebih lagi di kota metropolitan paling hebat selepas Antananarivo, yakni Kuala Lumpur. Tanya sahaja kepada Harisah dan Azuliya. Dua wanita moden yang setiap hari melawan arus kekalutan dan kesesakan demi sesuap nasi dan sushi.

Keadaan ekonomi negara yang saban hari tidak nampak tanda-tanda untuk kembali terubat(walaupun semua tahu harga minyak dunia semakin turun dan kegawatan ekonomi di Amerika Syarikat patut dipergunakan kerajaan), memaksa dua sahabat ini mencari kaedah lain untuk menambah sumber kewangan mengisi tangki petrol mereka. Selain mencari alasan untuk pulang ke rumah lebih lewat daripada biasa.

"Aku rasa kalau kita berniaga dalam talian memang boleh untung banyak," Azuliya yang sedang melayari internet sudah mula mencari tapak di laman-laman yang dirasakan punya prospek yang menguntungkan. Bermula dengan laman
Facebook.

Tersedak Harisah yang sedang menelan donat
Big Apple,"Aku tak pasti kalau kita ada masa untuk kemaskini laman atau layan e-mail pelanggan setiap masa. Kerja di pejabat pun belum tentu aku terlayan. Inikan pula nak layan blog."

"Tapi kita boleh sahaja upah orang untuk jaga."

"Maka, belanja akan bertambahlah kan?" Harisah meneguk
Mecca-Cola sedikit demi sedikit,"buatlah yang tak perlu keluarkan modal langsung. Kalau duit minyak aku memang tak kisah."

"Kalau kita buat jualan langsung?"

"Modal juga. Belum tentu dapat untung pun!"

"Melabur? Tabung amanah?"

"Wahai Azu yang disayangi. Kau pun tahu bila melabur kurang-kurang 2-3 tahun baru dapat untung. Itupun kalau harga naik."
Mecca-Cola sudah habis, tekak si kecil molek masih terasa mengganggu. Harisah mencari air untuk diteguk,"kalau harga macam sekarang kau kena beli. Itupun kalau ada duit. Argh, aku dah bosan cakap pasal duit dan saham!"

Azuliya faham apa yang dirungutkan sabahat baiknya itu. Dalam dunia perniagaan dan pelaburan memang keberanian itu penting. Selain rajin, selain seksi. Jika sasaran ketua kumpulan mereka tidak dapat dicapai, bersedialah untuk dimaki, disepak, dicubit malah diraba. Dunia kapitalis memang kejam. Terus Azuliya melayari laman
Wikipedia untuk mendalami fahaman sosialis.

"Esah," bersinar-sinar mata Azuliya. Idea datang bagai dalam kilauan bintang. Berpinar-pinar mata Harisah memandangnya.

"Azu, ucapkan!"

"Mari ke JALAN BUKIT BINTANG!"

"..."

Mereka tiba di satu lorong gelap berhampiran persimpangan ke Jalan Pudu.

"Aku tak pernah buat kerja macam ni Azu."

Azuliya memandang Harisah penuh sayu,"kau jangan tipu aku. Macamlah kau dengan Zamani suci sangat!"

"Dengan dia lainlah. Tapi dengan orang yang aku tak kenal. Hmm..."

Masih dengan renungan penuh sayu terhadap sahabatnya, hati kecil Azuliya faham perasaan Harisah ketika ini. Berdebar-debar, rasa ingin terkucil. Melayan teman lelaki tidak akan sama seperti melayan lelaki yang tidak dikenali. Ya, dosanya sama. Tapi masih lain. Azuliya meneguhkan hati, menarik tangan sahabat baiknya, melangkah menuju salah sebuah pintu di lorong gelap itu. Demi sesuap nasi dan sushi.

Seorang lelaki berbadan tegap. Mereka tidak pasti apakah bangsanya. Azuliya beranikan membuka mulut,"bang, kami datang sini nak minta kerja. Ada kosong tak?"

Lelaki tadi memandang mereka berdua. Renungan tajam penuh sinis dan kotor. Dari atas ke bawah. Tidak sedikit pun tubuh mongel sahabat karib berdua itu yang hanya dibaluti kain paling jarang dan singkat, terlepas dari tatapannya.

"Umur berapa?"

Azuliya dan Harisah tersenyum. Mungkin di sinilah bermulanya rezeki haram mereka.

"Cukup muda bang," Azuliya menjawab dengan penuh manja. Amat manja sehingga sang penulis terpaksa berhenti menaip seketika untuk ke tandas.

"Aku tahu muda. Tapi berapa?" Lelaki tegap yang rupanya berkesan parut panjang di bawah dagu meninggikan suara.

"Saya 32. Dia 34," kali ini suara manja Harisah pula kedengaran. Sekali lagi, penulis, ke tandas.

"Sekejap."

Lelaki berparut mendail telefon bimbitnya. Bercakap dalam bahasa yang kurang difahami Azuliya dan Harisah. Selepas beberapa ketika, dia memutuskan perbualan dan kembali memandang tajam dada dan wajah kedua sahabat tersebut.

"Tiada kerja di sini. Tapi kalau kamu ponen, pintu depan sana ada kosong," dengan selamba lelaki tegap tadi meninggalkan Azuliya dan Harisah kekagetan.

Malam itu, kedua sahabat baik, petugas tegar di dalam bidang pelaburan, di kota metropolitan itu, akhirnya berjaya pulang lewat ke rumah. Tapi atas alasan yang menjengkelkan. Dan tanpa hasil pendapatan tambahan.

Cerpen sebelumnya:
Inilah aku
Cerpen selanjutnya:
Bangun dan rebah.....

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
8 Penilai

Info penulis

Abah Addin

Siberkop | Jadikan Siberkop rakan anda | Hantar Mesej kepada Siberkop

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Siberkop
Hama Hambatan | 1795 bacaan
Orang akan Lupa | 1926 bacaan
Gerald Espada | 1788 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

11 Komen dalam karya Mengheret Sang Permaisuri
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik