Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Asalnya, Mereka Duduk-duduk Saja Di Sofa. Berbual Kosong. Apabila Penat Makin Menjalar Di Tubuh Tasnim, Dia Minta Diri Untuk Merebahkan Badan Di Katil. Sangkanya, Hakim Akan Pulang Ke Rumah Sewanya.

Asalnya, mereka duduk-duduk saja di sofa. Berbual kosong. Apabila penat makin menjalar di tubuh Tasnim, dia minta diri untuk merebahkan badan di katil. Sangkanya, Hakim akan pulang ke rumah sewanya.

  • 44
  • cika
  • 15 years ago
  • 7,579
  • FREE

Selesai pembentangan sesi petang, Tasnim menerima satu kiriman SMS. "Honey Tee, petang ni lepas Kim abis keja, Kim pegi Hotel Gurney, ok. Kim rindulah." Pendek SMS yang dihantar Hakim.

 

"Hah, kamu semua baca ayat-ayat ni. Renungkan.. Allah menyatakan di dalamnya ciri-ciri orang-orang yang berjaya dan beruntung. Bukan saja berjaya di atas dunia. Bahkan, lebih lagi. Berjaya di akhirat." Ustazah Kamilah memulakan bicara selepas salam diberi. Cahaya dari overhead transperancy dipancarkan ke arah papan putih yang menjadi skrin. Beberapa baris ayat Al-Quran beserta terjemahannya kelihatan di papan putih. Malam itu, program ceramah mingguan diadakan di bilik perbincangan di sebelah surau. Aktiviti biasa di Sekolah Penuh Cahaya.

"Orang-orang yang berjaya? Hm, 11A1 SPM kira berjaya jugak tak? Hehehe.." bisik hati Tasnim sambil mata mula membaca ayat demi ayat yang ada di depannya. "Nampaknya, tak termasuk kategori tu lah. Agaknya, 11A1 tu berjaya dunia aje lah kot." hatinya menyambung lagi membuat kesimpulan sendiri.

"Orang-orang mukmin, mesti bijak. Bijak melihat serta menimbang, nilai antara dunia dan akhirat. Dia tahu, dunia yang serba seronok ni, hanya sementara sedangkan syurga dan neraka yang dijanjikan Allah di akhirat sana kekal abadi. Nikmat di syurga kelak, lebih hebat daripada apa saja yang ada di dunia ni. So, orang mukmin juga mesti kuat hati menghadapi dugaan nafsu dan syaitan." sambung ustazah muda itu.

Tasnim mula membuat satu bulatan yang agak besar di tengah-tengah muka surat buku usrahnya. 'Orang-orang yang BERJAYA' ditulis dalam bulatan tadi. Lalu, anak-anak panah kecil dilukis keluar daripada bulatan itu, di hujung setiap anak panah ditulis perkataan-perkataan 'khusyuk dalam solat', 'menjauhi perkara yang sia-sia', 'berzakat', 'memelihara kehormatan'. "Senang nak ingat macam ni." hati Tasnim berkira-kira.

"Bijak ustazah cakap? Oo..Padanlah orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati,kan? Sebab dia tahu, mati tu hanya transit dan dia tengok lebih jauh lagi. Dia intai-intai apa yang ada di penghujung jalan selepas alam kubur tu." Hati suci tujuh belas tahun itu mencongak. Lantas, di bawah muka surat itu ditulisnya 'PS: orang yang paling bijak ialah orang yang selalu mengingati mati'.

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya (kehormatannya). Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barang siapa mencari yang di luar daripada itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Al-Mu'minun 23:1-7.

"Tak nak lah, Kim.." perlahan suara Tasnim. Tenggelam timbul suaranya antara dengar dan tidak. Malam itu, selesai konferens di Hotel Gurney, Pulau Pinang, Tasnim naik ke biliknya. Penat. Mujur konferens selama dua hari itu cepat berlalu. Kerana konferens itu juga, dia menginap di hotel tersebut. Malas nak berulang setiap hari dari Gurney Drive ke Pekaka.

Selesai pembentangan sesi petang, Tasnim menerima satu kiriman SMS. "Honey Tee, petang ni lepas Kim abis keja, Kim pegi Hotel Gurney, ok. Kim rindulah." Pendek SMS yang dihantar Hakim. SMS yang dibaca lewat dua jam akibat telefon dimatikan untuk memberi tumpuan kepada pembentangan yang berlangsung. Tahu-tahu sahaja, Hakim, buah hatinya tercegat di lobi hotel, tersengih-sengih.

Hakim, insan yang berjaya mencuri hati Tasnim. Insan yang amat disayanginya. "I'd do anything for you, Kim." terucap di bibirnya suatu ketika dulu. Pertemuan mereka di lobi hotel petang itu, melarat ke bilik. "Kim nak teman Honey Tee la, kesian Honey Tee sorang-sorang kat sini. Kita sembang-sembang je." senyum membunga di wajah Hakim. 'Tee' untuk Tasnim, dimudahkan dan dimanjakan lagi menjadi Honey Tee. Dan Honey Tee percaya apa saja kata-kata Hakim.

Asalnya, mereka duduk-duduk saja di sofa. Berbual kosong. Apabila penat makin menjalar di tubuh Tasnim, dia minta diri untuk merebahkan badan di katil. Sangkanya, Hakim akan pulang ke rumah sewanya di Bayan Lepas malam itu. Tapi, "Kim teman Honey Tee lah malam ni. Tumpang tidur sini eh? Malas nak drive balik. Dah lewat ni." selamba Hakim menuruti langkah Tasnim ke katil.

"Hey, jangan la buat muka garang tu. Gerun tau tak? I'm not gonna do anything to you. Trust me, ok?" sambung Hakim lagi, membalas pandangan curiga Tasnim. Dia cuba mencari kejujuran dalam bicara pujaan hatinya. "Hm, tak buat apa-apa, tak pe kot." hati kecil Tasnim mengizinkan. Dan malam itu, buku log malaikat penjaganya bakal tertulis sesuatu yang tak pernah tercatat di lamannya selama 25 tahun hidup Tasnim.

"Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya." Al-Mu'minun. 23:8-11.

Anak panah ditambah lagi, 'amanah dan menepati janji' dan 'memelihara sembahyang' ditulis di penghujungnya. Tasnim tersenyum membaca nota ringkas itu. Harap-harap aku termasuk dalam golongan orang-orang mukmin yang berjaya. 'Kekal dalam syurga Firdaus' ditulis di atas penjuru kanan muka surat itu dan dihighlight.

Nafas Hakim kedengaran begitu hampir. Jantung Tasnim berdebar. "Apa Hakim ni, kenapa rapat sangat ni?" Tasnim bimbang. "Tak nak lah, Kim.. Kim nak buat apa ni?" suara Tasnim tenggelam dalam sinaran lampu tidur yang malu-malu mahu menyala. Hakim makin hampir. "Kim, apa ni.." Hati Tasnim berkencang laju, meninggalkan sedikit demi sedikit logik akal dan rasional.

"It's ok baby. I just wanna be close with you. I'm not gonna screw you. I swear.." lafaz sumpah Hakim sumbang. Rasional Tasnim tumbang.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." Ar-Ruum. 30:21.

"Nampak tak kat sini. Allah kata, rasa kasih sayang tu akan dianugerahkan Allah pada pasangan suami isteri yang halal. Sampai kita pun akan rasa cenderung, tenteram dan selesa di antara satu sama lain. Allah tak cakap pun, cinta dan kasih sayang tu untuk pasangan kekasih, kan?" Kak Iffah berhenti memerhatikan wajah tujuh orang adik-adiknya dalam program usrah kelompok itu. Kak Iffah, naqibahnya menyambung lagi, "Kalau dengan pasangan bercinta, atau senang kita panggil 'couple' ni, asyik rasa tak tenteram je. Bila berdua, syaitan mesti datang menyibuk jadi orang ketiga, mana nak tenang, kan adik-adik? Lagi pun, hati yang sentiasa khauf dan roja', iaitu takut dan mengharap pada Allah sentiasa berhati-hati agar tak melakukan dosa."

"Tu dia, dia bukak dah topik favourite sekolah ni. Macam ada pengalaman je Kak Iffah ni.." Tasnim tersengih-sengih dalam hati. Memang, entah apa sebabnya, gemar sungguh kakak naqibahnya bagi tazkirah pasal couple-couple ni. Bukan naqibahnya saja, yang lain-lain pun serupa, sehati dan sejiwa. Hantuk kepala, bunyi yang keluar sama saja. "Asyik-asyik coupling, cerita la bab lain pulak." bosan Tasnim pada topik yang satu ni. Topik tak berkesudahan dan bergantung pada pendapat masing-masing katanya. "Ye lah, ada kata haram, ada kata makruh, ada pulak kata bergantung pada penerimaan dan pendapat masing-masing. Tak kurang juga yang kata, asalkan niat ikhlas..Aiseh, niat ikhlas, tapi dosa pahala main bedal je. Confuse jugak. Tak berkesudahan la tu namanya." ngomelnya sendiri.

Sedang asyik mengomel, Tasnim hilang fokus. Teringatkan senyuman manis menggugat iman yang dilihatnya petang tadi. Senyuman Naim memang manis. Macam bersalut coklat. Walaupun senyuman itu untuk Ahmad yang duduk di sebelahnya, Tasnim yang mencuri pandang pula yang rasa berbunga-bunga. Kaki dah tak jejak bumi. "Tapi, Naim tu alim, baik, naqib lagi tu. Nak ke dia berkawan dengan aku? Tapi kan, camne kalau dia pun suka kat aku. Mesti best kan... hehe..asyik-asyik jumpa dalam kelas ngan English Lab je..bila nak dapat chance sembang-sembang dengan dia eh?" angan-angan Tasnim dah ke mana-mana. "Tasnim....!" Mata Kak Iffah mencerun ke arahnya. Tembus. Terkulat-kulat Tasnim, sengih dan buat muka suci tak bersalah. Macam kembar kerang busuk.

Pagi masih awal, tapi mata Tasnim sudah puas beradu. Jam biologinya mengejutkan Tasnim untuk segera bangun membersihkan diri dan bersedia menghadap Pencipta. "Tasnim nak masuk syurga.. Tapi, Tasnim buat dosa." Air suam berlari-lari dari pemanas, menyiram Tasnim. Berkabus bilik air itu. "Tasnim tahu semua tu tak boleh, tapi Tasnim buat juga." Tasnim hanyut dalam fikirannya. Tangan diangkat menyapu cermin, membuang kabus yang melekat. Wajah seseorang menjelma. Wajah yang ditatap saban hari sejak akal bijak menempati ruang otaknya, agar tak kosong. Tapi, mana pergi akal itu malam tadi? Hilang dalam hangat pelukan kekasih?

Tasnim mandi dan menyental tubuhnya. Seolah-olah membuang kotoran yang menodai kesuciannya. Memang, Hakim memegang janji. Mereka hanya bermesraan tanpa melakukan'nya'. Sungguh, Tasnim menyesal. Maruahnya tercalar. Tapi..cinta dan kasih sayang untuk Hakim masih menebal. Hakim yang masih 'memegang janjinya' itu diingati. Tak terdaya hatinya untuk membenci Hakim, malah tak pernah terfikir olehnya. "Takpe la, bukannya berzina pun." suara hati yang kedengaran lain semacam mengetuk pintu hati. Macam bisikan syaitan!

"Kim, Kim pernah terfikir tak pasal the ultimate love. Cinta yang agung. Orang cakap, cinta yang agung tu cinta yang unlimited. Boarderless. Apa kata Kim?" petang itu Tasnim tiba-tiba melontar buah fikiran minta disambut. "Hm..Honey Tee rasa macam mana?" ringkas jawapan Hakim.

"Kita tanya dia, kita pulak kena jawab!" Tasnim tak puas hati. "Ceh, rasa nak back-hand manja je Kim nih." Tapi sayang punya pasal, Tasnim menyambung juga. "Tee rasalah kan, cinta yang ultimate ni, cinta yang dibawa mati. Cinta di dunia dan akhirat. Rasa cinta yang amat sangat, sampai rasa tak sanggup nak biarkan buah hatinya berdosa sampai masuk neraka. Kalau masuk neraka macam mana nak bercinta lagi dah, kan? Kalau boleh nak masuk syurga sama-sama. Bercinta dalam syurga.." Tasnim diam, tersenyum. "Camtu, boleh tak, Kim?" disoalnya lagi jejaka di sebelah. Mentaliti pelajar Sekolah Penuh Cahaya itu masih tak hilang. Tanpa sedar, isi kandungan buku usrahnya masih melekat di hati walaupun tangannya dan tangan Hakim tergenggam kemas bersama.

"Boleh kot, my sweet Honey Tee." senyuman Hakim tinggal segaris.

"Teman-teman yang akrab saling kasih mengasihi, pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa." Az-Zukhruf 43:67.

Dilihatnya dalam-dalam ke anak mata insan yang cukup dikenalinya itu, yang menunjukkan wajah tak berperasaan dalam cermin bilik mandi. "Ini ke cinta? Cinta agung yang kau cakapkan tu, Tasnim?" suara hatinya bergema. "Cinta membuah dosa? Cinta menghalang jalan ke syurga? Kau mesti tinggalkan dia Tasnim. Amanah sangat ke Hakim bila dia buat macam tu dengan kau? Boleh percaya ke kalau kau nak sehidup semati dengan orang yang tak takut dosa tu? Dia sayang kat kau ke tak ni, sampai sanggup heret kau buat dosa?" panjang hujah yang bertingkah dalam kotak akalnya. "Tadaimak.." Rasionalnya dah pulang.

Tapi hati masih ragu-ragu.

Selesai mandi dan mengangkat wudhu', Tasnim berjalan perlahan-lahan ke sejadah yang sedia terbentang. Lambat-lambat telekung disarungkan. Dia berdiri menghadap kiblat. Baru tangan mahu mengangkat takbir, hati memasang niat solat Subuh, "Usolli fardhal subhi raka'taini lillahi.." gerakannya terhenti. "ta'ala..." Malu menyerbu entah dari mana. Rasa diri mengecil lebih kecil dari semut. Rasa diri kotor, hina, lebih teruk dari sampah. Rasa berdosa. Rasa takut. "Ya Allah...malunya aku padaMu. Aku sedar Kau tahu perbuatanku. Ampunkan hambaMu ini.. Macam mana aku nak menghadap Allah ni, aku penuh dosa. Allah..." suara hati Tasnim tak tertahan lagi. Tasnim terduduk. Air mata tak sudi lagi bersembunyi. "Aku akan tinggalkan Hakim" hati Tasnim membulatkan tekad, tiada bantahan lagi. Sunyi hening pagi dirasakan menyetujuinya. Diam sekujur tubuh yang masih hanyut dalam lena di pembaringan meyakinkan keputusannya.

"Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenang" Ar-Ra'd 13:28. Sebaris ayat yang dihafalnya itu, bermain-main dalam hati. Ketenangan yang di cari, lebih dekat dari hati sendiri rupanya.

Malam yang indah. Bintang-bintang menyanyi damai irama tahmid dan takbir, memuji Pencipta. Gelap malam menyampaikan rahsia tak terungkap. Savvy berjasa dipandu laju. Satu persatu lontaran kata Hakim sekejap tadi bermain di tabir telinga. Mereka bertikam lidah, meluah rasa yang terpendam. Kesefahaman yang selama ini terukir di hati masing-masing terpadam dan menghilang. Hakim yang 'amanah' sangat malam itu, rupa-rupanya takut pada komitmen, apa lagi ikatan perkahwinan. Seperti membayangkan Lord Voldemort yang pecah masuk Azkaban, tapi tiba-tiba lari menjerit-jerit menyorok belakang pintu sebab takut lipas. "Ceh, lima duit pun tak boleh pakai." geram Tasnim. Tambahan lagi, rupa-rupanya Hakim bukan hanya ada Honey Tee, malah Honey Bee, Honey Jay, Honey Vee dan entah Honey apa lagi yang Tasnim tak pernah tahu. Kesetiaan yang memang berbelah bahagi!

Akhirnya, perpisahan menjadi noktah perhubungan mereka. "Ya Allah, aku bertawakal padaMu, berilah hambaMu ini sedikit kekuatan. Tunjukkan aku jalan pulang menujuMu." hati Tasnim hanyut mengingati Allah. Entah mengapa, Tasnim tak menangis walaupun cinta hatinya baru saja melangkah pergi. Macam baru semalam dia menulis "if you say you can't live without me, why aren't you dead already?" Sungguh, cinta membutakannya buat seketika. "Allah... ampuni aku"

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." At-Thalaq 65:2-3.

Di selatan tanah air, pen hitam itu berhenti menari-nari. Mengungkap rasa yang tak lagi terpendam dalam hati dan tak terluah pada bibir. Gambar kelas Tingkatan Lima Cahaya Putih ditatap lagi. Direnung insan yang berdiri di hujung barisan pelajar puteri kelas itu. "Macam manalah dia sekarang ye? Dah lapan tahun, tapi aku tak pernah lupa kat dia. Dengarnya dah jadi RO lepas habis belajar hari tu. Harap-harap dia dan keluarga dia dapat terima pinangan dari keluarga aku nanti. Janganlah mak ayah tangguh lagi hajat nak merisik tu. Dan jangan la pulak dia terkejut beruk nanti. Hehehe.. Kita bercinta lepas kahwinla nampaknya, cik adik. Ya Allah, permudahkanlah niat suciku ini." hatinya berbisik, senyumnya melirik.

Dalam hatiku ada taman.
Untuk Tasnim bertandang.
Buat penyeri sang suria.
Bunga cinta menguntum.

Khairul Naim Amir

*tadaimak: saya dah pulang
*naqib/naqibah: ketua usrah
*RO: Research Officer/ Pegawai Penyelidik
*tazkirah: peringatan
*lima duit: lima sen

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) nice...
    i like..
  • 2) satu peringatan untuk umat muhammad yang kadang kala sering terpesong daripada jalan yang ditunjuk... nice one... banyakkan lg citer camni tp dalam penceritaan yang santai....
  • 3) Good Cika! Saya sangat suka cerita yang macam ni. Buatlah lagi banyak2 yang macam ni.

    Ada sedikit kesamaran dalam cerita, susunan plot tidak begitu jelas. Kena baca betul2 2/3 kali pada sesetengah perenggan baru paham plotnya. Btw, overallnya cantek je. :)

    sebab saya suka so sy bg 5.
  • 4) comel~~~

    ameen..

    cinta itu lebih indah dan manis kiranya atas dasar yg halal~ :)
  • 5) cerita ini agak stand out dan segar.

    i second nurie tentang plotting yang sedikit terganggu continuitynya. tapi masih boleh difahami. no woris.

    mesej dan ilmu yang disisip sarat. idea cerita biasa didengar, tapi olahan dan kupasan yang dibuat menjadikannya istimewa.

    kudos cika. cerpen pertama yang memberangsangkan. hope to see more cerpen like this! :)
  • 6) nice.bnyk mesej yg disampaikan.menyedarkan diri yang alpa~~

  • (Penulis)
    7) mizz_aszni: tQ.

    adnieyl: satu peringatan untuk saya dan awak juga. :) insyaAllah, kalau ada rezeki dan kesempatan, ada la lagi. lebih santai ye? hem.. nice idea~

    nurie: tQ. saya tak pandai sikit nak tulis cerita dgn plot yg mantap. ni 1st try. tau dah, susunan plot tu lemah dan dah cuba betulkan..tapi nampaknya, kena banyak belajar lg ni. "saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan" :) hehe

  • (Penulis)
    8) syud: amin.. dan kita semua mencari cinta yg indah dan manis,kan..

    caha: tQ. harap-harap juga akan ada lagi cerpen macam ni.

    miszmextor: tQ. menyedarkan diri sendiri yang alpa juga~

    terima kasih, untuk seseorang yang banyak membantu, tapi tak membenarkan namanya disebut ketika saya berterima kasih.. :) semoga diberi sebaik-baik balasan dari Allah..
  • 9) wah...atas promosi caha....trus membaca...trus insaf...harap2 berkekalan lah!!!! we want more~~~
  • 10) insaf sekejap pas baca cite nih...
    keep on writing sis!!!

  • (Penulis)
    11) joni & enarif: tQ guys. jom insaf lama2 sket..hehe.
  • 12) cinta itu suci..

    Teja suka cerita ni...

  • (Penulis)
    13) tQ teja.
  • 14) >e...bEstnYa:)
    >thumbs uP!
    >muHasaBah diRi skeJap:)
  • 15) sgt bermakna...penuh nilai islamik...skrg mmg perlu diperbanyakkan karya mcm ni kak! ganbarimas!

  • (Penulis)
    16) edieca: thanks. saya pun nak muhasabah gak la.
    adra: thanks..adra pun, sumbangkanla jugak karya camni..hehe
  • 17) peringatan untuk saya yang lupa
    terima kasih cika
    mengingatkan ucu
    ucu tunggu lagi peringatan -peringatan lain
    :)
  • 18) fwahh!~~ best2~~ best gile~~ insaf woo..
  • 19) penceritaan yg baik. saya rasa tak de masalah pada continuity cerita (pd pemahaman saya anda menggunakan teknik flashback/present, dan ini create curiosity reader which is good). Saya agak confuse ckit pasal kebiasaannya Tasnim ni nama lelaki (so ingat yg lain hehe). Cuma part perenggan last tu,adakah tasnim atau naim. semestinya naim, tapi mungkin confusekan pembaca pd awalnya.

  • (Penulis)
    20) ucu: sama-sama n terima kasih, ucu.

    azix: yg best dan baik tu dr Allah, yg kurang-kurang tu, kelemahan saya. harap dpt diperbaiki lagi.

    mokai: tQ. mungkin saya suka bermain dengan curiosity. tQ sbb memahami.
    biasanya, saya jumpa tasnim perempuan. maaf ya, so tak aware sangat la dengan isu tu. perenggan last tu, pasal naim. naim nak meminang tasnim-sebab tu puisi tu ditulis untuk tasnim. (naim di selatan, dan tasnim di penang)
    seolah-olah, menunjukkan Allah punya perancangan yang tak disangka-sangka pada kita, andai ada taqwa dan tawakal..insyaAllah. tak mustahil..
  • 21) manusia yang bijak juga saling ingat-mengingati dengan cara halus dan berseni.. peace/

  • (Penulis)
    22) dan manusia yang bijak juga, mengambil peringatan dengan hati yang terbuka dan bersyukur. peaceV, masfer 86!
  • 23) kerohanian sungguh... terbawa-bawa aku dengan plot-plot keagamaan ni.
  • 24) Thanks cika for a fresh & heart soothing story. Santapan rohani utk saya hari ni....
    • bee
    • 15 years ago
  • 25) Best ah cite nie. Ade flashback sket, campur real time stories. Part yang paling best adalah perenggan terakhir. Every cloud has a silver lining.

  • (Penulis)
    26) zhfr: mari membawa kebaikan dalam kehidupan

    bee: sama-sama. semoga kenyang..hehe

    ka6_jeram: one of my fav part gak tu. sentiasa yakin, Allah has plans for us. :) dijadikanNya kita kecewa, agar kita bijak menghargai pemberianNya kelak.
  • 27) cika thanks utk penjelasan tu ;)

  • (Penulis)
    28) sama-sama mokai.. :)
  • 29) memang superb... cerita cinta macam ni lah sy inginkan...

    cinta? hmm... wujudkah cinta pada yg belum sah? atau sekadar kasih dua hati... peace...

  • (Penulis)
    30) cinta membuah syurga. :)
  • 31) mendalam sungguh n penuh pengertian...
    nice story cika...

  • (Penulis)
    32) thanks nizar
  • 33) tanpa disedari, air mata saya menitis setelah selesai membaca karya awak cika. i'm speechless. so speechless. this is so damn good. go cika go!

  • (Penulis)
    34) thanks wallawalla..mai saya sapukan air mata yang menitis tu.
    semoga setitis air mata, membawa kebaikan utk kite..utk membasuh hati. :)
  • 35) aik kak! anto media, nice, buat pedoman anak2 kecil. (kecil = apun).

  • (Penulis)
    36) apun = kecil ke?
  • 37) best!
    BSK (Bercinta selepas kawen)....bagus

  • (Penulis)
    38) terima kasih!
    BSK: Bercinta sampai ke syurga..hehe
  • 39) bergenang air mata sekejap waktu Tasnim di atas sejadah

    thx 4 the great story

  • (Penulis)
    40) Ancalime: thanks sbb membaca. air mata untuk cinta agung, insyaAllah...
  • 41) this is awesome!

    p/s dah baca lama, lupa nak komen.

  • (Penulis)
    42) thanks, reason!

    p/s dah komen lama, baru nak reply.
  • 43) membaca semula kisah ni boleh buat orang menangis.
    one of the best di sini!
  • 44) Thanks to Caha sebab letak cerpen ni dlm senarai pilihan. Memang best!

Cerpen-cerpen lain nukilan cika

Read all stories by cika