Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mencari malaikat

  • 13
  • Jo3y
  • 15 years ago
  • 4,483
  • FREE

 

Tidak dapat dinafikan akan kepentingan biah solehah dalam pembentukan sahsiah dan amalan seharian. Aku sendiri merasakan bahawa biah solehah merupakan satu daripada tarbiyah kepada manusia dan akhlaknya kerana aku pernah sekali berada di dalamnya serta merasai kesannya. Aku bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh integrasi yang mana pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah amat terbatas. Hanya dalam acara serta urusan tertentu sahaja lelaki dan perempuan berhubungan itupun tidak terlalu rapat. Kalau dalam hal berbual kosong, haram. Tiga keadaan yang menjana reformasi sebegini. Pertamanya, si lelaki yang enggan atau yang kedua, si wanita yang enggan atau dalam banyak keadaan, kedua-duanya enggan. Dengan kata lain, perhubungan rapat antara lelaki dan perempuan memang tidak wujud sama sekali dalam situasi harian di sini.

Selepas menduduki SPM, masing-masing mula terasa bebas dan tidak lagi terikat dengan disiplin ketat. Pada masa inilah, surat-surat layang berisi suara hati dan perasaan diutus secara senyap-senyap kepada yang diminati. Namun selalunya berakhir dengan dibuang ke longkang, di flush ke laluan air ataupun dikoyak didepan mata. Method ke tiga adalah yang paling meluluhkan hati sang arjuna.

Aku turut menyedari perubahan dalam sistem badanku. Kalau dulu, aku seorang yang alah pada wanita, kini sudah tidak lagi kerana wanita adalah hidangan harian di kolej baruku. Setiap urusan adalah dengan wanita bahkan hampir kesemua guru di kolej itu adalah wanita. Sukar dipercayai bahawa wanita muslim yang tidak bertudung juga antara yang paling mudah ditemui dan selalunya mereka bagai belangkas, berkepit dengan seorang lelaki, ke mana sahaja berpergian.

Dalam suasana kecamuk maksiat ini, aku juga tidak terlepas dari panahan bisikan syaitan yang didasari nafsu. Diam-diam aku menyukai seorang muslimah. Bagiku, dia adalah muslimah sempurna dan sukar untuk ditemui. Dalam hari-hari biasa, tidak pernah aku melihat dia bercakap atau berteman dengan lelaki samada dalam soal akademik ataupun mesyuarat kokurikulum. Kalaupun ada urusan dengan lelaki, dia membawa bersama seorang dari sahabatnya dan biasanya, dia akan mendiamkan diri dan temannya lah yang akan berkata-kata sebagai wakil dirinya. Dalam soal hubungannya dengan wanita lain, aku seronok sekali melihat sikapnya yang mudah mesra dan kerap kali tersenyum.

Pada suatu masa, aku berkesempatan berdepan muka dengannya mengenai program kemasyarakatan yang akan diadakan di kolej. Kami merancang mengadakan aktiviti gotong-royong sebagai wadah merapatkan hubungan senior dan junior yang baru sahaja in-take beberapa hari yang lalu. Seperti biasa, dia membawa sahabat baiknya bersama. Sepatutnya, kami akan diiringi seorang guru penasihat.  Namun, guru yang sepatutnya hadir tidak juga muncul-muncul hingga menyebabkan sahabat baiknya tidak berdaya menahan sabar lalu dia berkejaran ke bilik guru dan meninggalkan kami berdua. Dia menunduk kemalu-maluan sewaktu ditinggalkan sahabatnya itu dan hanya memandang ke bawah seperti membilang jarinya samada kurang atau cukup. Aku seperti memahami getar perasaannya yang mungkin seumur hidupnya tidak pernah berdua-duaan dengan bukan mahramnya. Perasaanku juga bergetar dahsyat hingga aku tidak mampu menahan gejolak didada. Aku cuba sedaya upaya mengajaknya berbual namun dalam keadaan yang tidak keterlaluan.

Walaubagaimanapun, sahabat yang mencarikan guru sebentar tadi telah pergi terlalu lama hingga aku berani-berani meluahkan perasaanku padanya. Dia terkelu. Namun tidak pula hingga melatah. Kelihatan wajahnya memerah sewaktu aku mengungkapkan kata yang tidak sepatutnya. Lama dia termenung lalu berkata sesuatu padaku namun dia masih tidak mengangkat wajahnya.

"Astaghfirullah al-azim. Kamu sudah keterlaluan Zuhri kerana menyukai kecantikan makhluk Dari kecantikan si pencipta. Aku menyesal sekali diberi kecantikan begini dan merasa berdosa kerananya. Namun kuakui, aku juga memendam perasaan untuk menyintai dan dicintai. Jadikan aku halal bagimu sekiranya kau benar-benar menyukai aku kerana Allah dan rasulnya..."

"Apa maksud Balqis sebenarnya?" aku menyoal lebih dalam. Apa maksud dia dari ‘halal bagiku'? Adakah maksudnya berkahwin?

"Cukuplah Zuhri, aku merasakan perbualan ini menghujankan aku dengan dosa keingkaran pada Tuhanku dan Tuhanmu. Aku minta diri dulu. Keselamatan ke atasmu, hamba Allah" Balqis berlalu sambil tangannya mengesat matanya yang basah digenangi air. Aku terkejut dengan tangisannya yang tak dijangka.

Seminggu kemudian, kulihat tingkah Balqis sangat berlainan dari sebelum ini. Dia kulihat mula memakai purdah ke tempat-tempat awam. Aku berasa menyesal dengan tindakan beraniku. Namun jawapannya tempoh hari seperti memberitahuku bahawa dia berperasaan sama sepertiku. Akhirnya pada suatu penghujung petang minggu yang sama, mesej darinya sampai. Dia meminta aku segera ke surau kerana ada seseorang menungguku di sana. Dengan perasaan pelik, aku menuju ke surau dan disana, aku menemui Balqis bersama seorang wanita dan seorang lelaki. Tekaanku tidak silap bahawa mereka adalah ibu bapa Balqis. Ibunya senyum dengan manis sekali. Senang dibuatnya. Ayahnya pula senyum dengan tipis sekali hingga tidak kelihatan garis senyuman di wajahnya. Aku kecut perut dibuatnya. Ayahnya mengajakku masuk ke dalam surau dan duduk di suatu sudut.

Dia memulakan bicara. "Balqis ada memberitahu kami mengenaimu. Jadi jangan terkejut pula jika kami katakan bahawa kami mengetahui banyak perkara tentangmu. Kami juga tahu tentang apa yang kau luahkan pada Balqis sekitar minggu lepas." Dia menghela nafas dan menyambung lagi. "Kamu tahu kan bahawa perkara tersebut sangat tidak elok ditanya pada seorang wanita kerana mereka memiliki walinya. Namun kami tidak menyalahkanmu kerana sifat manusia untuk menyintai dan dicintai jadi katakanlah kepada kami samada kamu benar-benar serius mengenai perasaanmu?"

Aku agak kaget tetapi masih mampu bertenang. Aku mengangguk lemah. "Ya Pak Cik, saya sangat serius sewaktu mengatakannya. Maafkan saya Pak Cik." Aku memohon ampun darinya.

"Jangan bermohon ampun dari kami. Bertaubatlah kepada Allah kerana zina hati yang kau lakukan. Ketahuilah bahawa islam ada caranya menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan hingga tiada batasan antara mereka. Mahukah kamu jika kami menawarkan cara islam tersebut?" dia menyoal lagi.

Aku semakin pucat. Soalan ini pernah ditanya Balqis ketika pertama kali bertemu dahulu. Tidak ku ketahui bahawa dia akan memberitahukan perkara ini kepada kedua ibu bapanya. Aku jadi sangat takut sekali hingga tidak mampu berkata-kata. Lama aku terdiam sebelum ditegur.

"Ayuh, khabarkanlah hasratmu. Aku bukan beniat apa-apa..."

"Pak Cik, adakah Pak Cik mahu mengahwinkan saya dengan anak Pak Cik? Tahukah bahawa ini salah dari sisi undang-undang kerana kami masih dibawah umur?" Aku menegurnya kembali.

"...kau berbicara mengenai undang-undang manusia atau undang-undang Tuhanmu? Berikan satu nas yang menyebut tentang umur yang melayakkan manusia berkahwin." Dia menyangkal teguran ku. Sekali lagi aku terpempan.

"Ya. Pak Cik benar. itu hanya aturan manusia. Tapi, saya amat takut dengan tentangan yang bakal diterima dari orang tua dan saya bimbang tak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami yang baik kerana saya masih seorang pelajar. Sedangkan biaya pelajaran sahaja saya terpaksa mengemis dari orangtua, bagaimana mungkin saya hendak memberi nafkah kepada isteri saya nanti?" Aku masih beralasan. Namun, seperti dijangka, bapa Balqis menyangkal hujahku dengan baik.

"Kau nampaknya mempunyai pemahaman mendalam dalam agama dan memahami bahawa perkahwinan adalah tanggungjawab. Begini, kami setuju untuk membiayai semua tanggungan kamu sekeluarga sekiranya kamu berkahwin. Kami tidak merasakan ianya bebanan bagi kami kerana niat kami baik. Kami mahu kau merasai perasaan memiliki hingga tidak perlu kau mencari cinta dalam gelumang maksiat. Kalau kau menolak lagi, kami terpaksa beralah tetapi aku masih bimbang kau akan hidup dengan zina hati kerana Balqis" dia terhenti seketika. Memandang kedalam mataku. Terlalu dalam hingga aku serba-salah. Aku melarikan pandanganku jauh.

Menyedari kecelaruan pemikiranku, dia tersenyum simpul menampakkan keramahannya. Tanpa disedari, dia rupanya mempunyai rancangannya sendiri. Rancangan untuk menjerat aku dan Balqis. Dia berkata dengan sangat baik "ambillah masamu berfikir sebagai muslim. Kuharap kau akan datang ke rumahku untuk mengkhabarkan pendirianmu dan kuharapkan ianya menyenangkan hatiku. Tak perlulah kau khabarkan pada orangtuamu kerana orang lelaki tidak memerlukan walinya dalam membuat keputusan ini" Bapa Balqis berlalu meninggalkan aku keseorangan berputar bersama otakku.

Selepas lama berfikir, aku memilih jalan yang menyenangkan dan menenangkan. Pada waktu cuti pertengahan semester pertama, aku mengunjungi rumah Balqis dengan Balqis sendiri memandu jalan. Bapa Balqis menyambut baik kedatanganku dan sangat gembira mendengar persetujuanku. Dia memelukku erat hingga sesak nafasku dibuatnya. Dia memanggil Balqis duduk di sebelahnya dan meminta Balqis menanggalkan purdahnya. Balqis akur. Begitu, hatiku berdebar-debar menanti melihat wajahnya. Aku tekad. Walau bagaimana sekalipun wajahnya nanti, aku tetap menerimanya kerana imannya. Demi Allah dan rasulnya. Aku bertasbih melihat keindahan ciptaan Tuhan. Inilah kali pertama aku melihat wajah Balqis dari sangat dekat. Kalau sebelum ini, tidak pernah dia mengangkat wajahnya untuk dipertontonkan tetapi waktu itu, dia mengangkat wajahnya memandang kepadaku. Pandangan kami bertaut. Sewaktu silau matanya menombak anak mata, aku dapat merasakan jantungku berhenti berdegup. Subhanallah... Balqis adalah wanita paling sempurna yang telah menambat hatiku. Wajahnya bulat dengan lesung pipit di kedua pipinya. Alis matanya yang tebal menambahkan kecantikannya dihiasi sepasang mata berwarna hazel gelap. Subhanallah... aku jadi malu dengan pandangan Balqis. Waktu itu kulihat dia begitu matang berbanding umurnya. Lantas pandangan ku jatuhkan. Entah kenapa perasaanku seram sejuk bagai diserang demam kura-kura. Badanku menggigil.

"Pak Cik, saya takut saya tak mampu memenuhi tuntutan bayaran bagi pihak Balqis. Saya mohon agar diringankan atau diberikan tempoh untuk seberapa lama lagi untuk saya sediakan mas kahwin maupun hantaran," Aku sedikit gugup mengatakan hal itu.

"Anakku, kamu celaru dengan hukum manusia dan tuhan-Mu. Pemiliknya hanya memintakan sedikit mas kahwin. Adakah kamu tahu siapa pemilik Balqis? Cuba kamu tanyakan sendiri padanya." Bapanya memberi arahan. Mungkin ini caranya membuat kami bercakap antara satu sama lain.

Giliran Balqis memandang wajahku. Aku cuba menumpukan pandangan kepada anak matanya. Dia berkata, "Sungguh, pemilikku adalah pemilikmu dan pemilik semesta. Jalan aku adalah jalan Allah, dan aku meminta seorang suami yang tidak hanya menyuapkan makanan ke mulutku tetapi juga memimpin aku dalam pelbagai perkara termasuklah ke syurga-Nya." Dia sangat yakin mengatakan itu hingga dadaku mula terasa sebak. Tubuhku seakan mengecil di hadapan dua orang hamba-Nya yang paling taat. Terasa bahawa aku tidak layak melangkah ke rumah ini.

"Adakah kamu ikhlas menerima aku sebagai teman hidupmu buat selama-lamanya?" aku bertanyanya. Sewaktu itu, pandanganku berkaca-kaca dek titisan air yang mengembun di mataku. Terasa ada air menitis setitis demi setitis di dalam dada.

" Ya, demi Dia yang akan kutemui di akhirat kelak, aku ikhlas menerimamu sebagai jodohku." Matanya turut berair namun, lebih banyak hingga mengalir dipipi.

Aku terpana. Kalau dia seteguh ini menerimaku, aku lebih teguh lagi. Insya Allah, aku akan menjadi seorang suami yang baik padamu wahai isteriku. Akanku pimpinmu ke dalam redha-Nya. Amin.

Kami meneruskan perbualan dan berkongsi pemikiran. Balqis mengatakan bahawa kerjaya tinggi bukanlah misi terbesar hidupnya tapi sebaliknya dia mengidamkan kebaikan dalam setiap pekerjaannya. Kebaikan di dunia dan di akhirat. Dia sanggup berhenti dari menyambung pelajaran atas arahan suaminya dan menumpukan pada rumahtangga.

Aku menyahut dengan memuji ketaatannya kepada suami dan mendoakan syurga baginya kelak. Aku turut menyatakan kesanggupanku untuk bekerja demi sesuap rezeki kami anak beranak sekiranya diperlukan. Aku mengutarakan keinginanku untuk menunaikan ibadat haji dalam masa terdekat ini supaya tidak dibebani dengan usia suatu masa nanti. Balqis tergelak kecil. Bahawa dia mengatakan keinginannya sama sepertiku. Aku tekelu. Ah, Semoga titik persamaan ini akan terus menyatukan hati kami. Wahai Tuhan yang memiliki hati-hati.

Selepas itu, kami berkenalan dengan latar belakang masing-masing. Balqis merupakan adik bongsu daripada 6 beradik. Dua orang abangnya berkerja di luar negara dibawah syarikat abang yang sulong bernama Muaz. Kakaknya yang kedua bekerja dengan Ayahnya, Muzhaffar. Kakak yang keempat masih belajar di sebuah kolej swasta dalam jurusan usuluddin. Balqis mengambil sehelai kertas dan menulis nama-nama abang dan kakaknya dalam susunan menurun. Muaz, Aisyah, Farid, Nafisa, Yusuf dan Balqis. Ibunya bernama Maryam.

Aku turut memperkenalkan diri. Ayahku, Aminul-Rashid dan ibuku Zaleha. Adikku yang bongsu bernama Amir Zulkarnain masih bersekolah, abangku yang sulong, Amir Zulkifli berkerja di Damansara dan aku, Amir Zuhri merupakan anak yang tengah. Perbincangan kami berakhir tepat pada waktu asar.

Bapa Balqis mahu menikahkan kami secepat mungkin. Jadi, aku keluar sebentar, membelikan senaskhah mushaf dan sehelai selendang sebagai ganti hantaran kepada pihak perempuan. Malam itu, sesudah selesai solat maghrib, aku tertidur keletihan. Malam itu juga, selepas isya' aku dijangka akan dinikahkan oleh kadi.

Azan isya' berkumandang. Selesai solat, aku menambahkan dua rakaat sunat dan memohon agar diteguhkan hati dan diberikan kekuatan oleh Allah.

Majlis bermula. Semua tetamu yang tidak kurang ramainya mengambil tempat. Dalam keramaian malam itu, aku menyedari, abangku, Zulkifli turut menghadiri majlis itu. Dia kelihatan sangat mengenali bapa Balqis. Mereka berpelukan. Aku menanyakan pada bakal ibu mertuaku yang mesra dengan panggilan Umi. Dia menjawab "itu pekerja pejabat Abi kenapa? Kamu kenalkah?"

Aku mengangguk lemah. "Abang saya..."

Malam itu, sah lah aku sebagai pasangan kepada Balqis binti Muhammad Muzhaffar. Tengah malam, sebelum pulang, abangku masih sempat berpesan supaya menjaga isteriku seperti nyawaku sendiri. "wanita itu bukanlah kelemahan lelaki sebaliknya itulah tulang belakang yang menguatkan andai ia persis Khadijah, Aisyah dan Asma' Abu Bakar" aku mengangguk, mengiyakan kata-kata tersebut. Dia berlalu pergi setelah melafazkan janji untuk menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan orang tuaku.

Balqis telah lama masuk beradu kerana  malam benar larut. Mungkin sudah nyenyak tidur. Mata ini entahlah, agak susah dipejam. Aku berlalu ke dapur. Hajat mahu membantu mencuci pinggan mangkuk. Dalam perjalanan, aku terserempak dengan Yusuf yang menegur "pengantin jangan turun ke dapur, nanti hilang seri" dia senyum lalu menyambung "kenapa tak temankan Balqis?" dia mengajukan soalan tersebut dengan separuh berbisik. Mungkin memahami gejolak rasa di dadaku.

Aku meluahkan ketidakselesaanku. Dia menyahut dengan senang. "Abi dan Umi bukanlah bermaksud mahu memalukan atau menyusahkan sesiapapun antara kamu berdua. Celakalah Abi dan Umi kalau itu yang berlaku. Begini. Kamu adalah suami isteri yang sah. Bahawa tiada lagi batas yang wujud antara kamu. Pergunakanlah sebaik mungkin kerana satu malam bersama zaujah(Baca: pasangan) itu membawa keberkatan satu tahun berjihad dijalannya" dia tersenyum galak hingga aku ragu-ragu dengan keikhlasannya. Lalu dia menepuk bahuku "aku tahu kamu berdua masih belajar. Jadi demi kebaikan masa depan kamu, lebih baik undurkan sedikit hajatmu itu tetapi masih tidak kurang hebatnya malam pengantin jika dihiasi gurauan ringan. Pergilah, jangan kecewakan isterimu yang sedang menanti."

Aku beralah. Di dalam bilik peraduan yang dihias cantik, Balqis duduk termenung dibirai katil. Pandangannya mengarah keluar tingkap. Menyedari kehadiranku, dia berpaling sambil senyum memandang kepadaku. Aku turut tersenyum. Aku berdebar-debar menanti apa yang bakal berlaku seterusnya. Kuharapkan Balqis akan memulakan malam ini tapi itu adalah sangat mustahil. Aku yang sepatutnya bermula. Malam itu adalah sebenar-benar malam yang menerangkan bagaimana perasaan berdebar, serba salah yang dimiliki pasangan yang baru sahaja diakadkan. Sangat kacau.

Aku berbaring di atas lantai. Memohon kebenaran dari Balqis untuk beradu di sini dan dia kubenarkan tidur di atas tilam. Balqis tidak berpuas hati. Dia menjalar ke lantai lalu memelukku dari belakang sambil berkata "Kalau hari ini imamku berbaring di atas bara, apakah aku masih tegar berbaring di atas salju? Kalau aku tidak sanggup berimam denganmu pada hari ini, apakah yang akan terjadi keesokkan hari? Suamiku, jangan ziharkan isterimu pada malam pertama lagi. Aku takut ziharmu mencelakakan ikatan ini."

Aku tersentak. Kata-katanya menghunjam tepat ke dasar hatiku hingga tubuhku menggeletar. Astaghfirullah al-azim bahawa malam pertama lagi aku sudah mula mengabaikan tanggungjawab kepada isteriku. Balqis, ampunkanlah aku, suamimu, imammu. Aku menarik lengannya merapati tubuhku lalu kukucupi dahinya dan mendoakan "Allaahumma, inni asaluka min khairiha wa khairi ma jabaltaha, wa a'udzubika min syarriha wa syarri ma jabaltaha! Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan wataknya. Dan aku mohon perlindungan-Mu dari kejahatannya dan kejahatan wataknya. Amin."

Malam itu, semua perasaan bersalah hilang sama sekali. Walaupun masing-masing amat kekok tetapi malam itu tersangat indah kerana kami bebas menyentuh membelai dan mengungkapkan rasa cinta tanpa ada unsur terlarang. Segalanya menjadi pahala yang boleh kami tuai hasilnya di akhirat kelak. Balqis baring di atas dadaku dengan aku membelai rambutnya yang wangi. Sekali sekala, dia mencubit lenganku dengan lembut apabila aku mengajuk percakapannya atau bila ku sentuh hidungnya kerana geram. Letih bercakap, dia akhirnya terlelap sewaktu aku masih membelai rambutnya. Aku turut mengakhiri malamku diatas permaidani.

Esoknya, selepas solat subuh berjemaah, Balqis mengajakku membaca Al-ma'thurat bersama-sama sebelum dia sendiri turun menyediakan sarapan di dapur. Aku turut membantu apa yang patut. Dan selama seminggu berada di rumah itu, aku kenal hampir semua jiran terdekat, cara hidup dan kebiasaan Balqis. Yang paling aku kagumi, dia tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan solat dhuha, sesungguhnya dia bukanlah golongan yang dilalaikan'

Sebelum berangkat kembali ke kolej, aku mencadangkan pertemuan mingguan untuk kami. Kutanyakan tempat dan masanya. Dia mengusulkan waktu petang, dua kali seminggu di tingkat atas pusat sumber. Katanya lagi, di situ, ada sebuah sofa lembut dan empuk yang amat disukainya. Teringin untuk merasainya bersama suami tersayang. Aku membalas dengan senyuman panjang dan dia angkat kening.

Pertemuan dua kali seminggu teratur cantik. Selalunya dia akan sampai lambat sedikit berbanding aku. Mungkin kerana karenahnya yang gemar bersolek. Namun, aku menyedari kebiasaannya yang selalu mengenakan wangian pekat tetapi belum lagi menjangkaui tahap melampau. Bauan nyaman tak ketahuan namanya itu hanya dikenakan pada hari-hari pertemuan sahaja. Begitu juga dengan purdahnya yang akan ditanggalkan sebelum kami bertemu. Pernah suatu waktu bilamana kuliahnya berakhir agak lewat, aku terpaksa menunggu agak lama hingga tertidur. Sebaik sahaja tersedar, aku kaget dengan pandangan orang-orang disekeliling. Reza, rakan sekelas yang duduknya tak berapa jauh berkerisin nakal. Beberapa orang yang lain turut mengekek. Kalau sahaja bukan di pusat sumber sudah tentu si Reza gelak berguling -guling agaknya. Aku jadi tak keruan lalu menoleh mencari punca situasi tersebut. Astaghfirullah Al-azim. Rupanya ada jasad lain di sebelah kananku yang turut menumpang tidur. Balqis. Kepalanya terlentok diatas bahuku. Dan yang pastinya, reputasi ketua gerakan wanita kolej serta aku sendiri sebagai ketua gerakan freshie bakal terganggu.

3...2...1... aku pejamkan mata kembali. Ya, Allah, Ya Allah, apa yang akan berlaku nanti. Apa yang nak dijawab? Dan aku terpaksa berpura-pura tidur untuk beberapa lama lagi. Menunggu hingga suasana menjadi lengang.

"Balqis, Balqis...Balqis!!"

"Hmm..." Kepalanya bergerak sedikit.

"Jangan buka mata... semua orang dah tahu"

"Hmm??" bunyinya agak terkejut.

Aku menggerakkan bahuku pada kadar yang kecil. Biar dia sedar yang dia telah tersalah landing.

"Ya Allah... ramai ke yang tahu?"

"Wartawan buletin kolej dah ambil gambar kita berdua, setakat ni"

"Hehe, aku dan suamiku bakal menjadi popular. Mahu terus tidur di sini atau mahu sambung lagi di bilik nanti? Wahai suamiku?"

Aku menjadi geram. Mahu sahaja ku cubit pipinya yang gebu kalaulah di sini bukan pusat sumber.

Seperti yang dijangkakan, buletin kolej memaparkan gambar kami dengan sangat jelas di muka hadapan. Hanya sahaja bahagian mata di kaburkan dengan niat ikhlas untuk menyembunyikan identiti. Ah, konon-kononnya... mengapa tidak dikaburkan sahaja keseluruhan gambar?

 

Bersambung....

 

Sedutan episod akan datang (dedikasi untuk penulis agung SF):

 

"Abang rasa inilah waktunya untuk kita lepaskan sahaja ikatan ni..."

"Abang!" Balqis mengangkat wajahnya yang ditundukkan dari tadi. Pijar rasanya menatap wajah bengis di hadapannya tapi digagahkan jua. Air mata mengalir menuruni pipi gebu. Panasnya wajah, pedihnya bebola mata semakin menjadi-jadi.

Aku menatap rona merah pada wajah Balqis. Hati aku turut berbelah bahagi... sejenak, aku terpana. Mencari buah butir bicara "Baiklah, tapi Balqis kena janji takkan ikut abang lagi. Sumpah, Balqis abang kena pergi kerja, bukannya buat apa-apa yang tak patut dibuat," selesai berkata demikian, ku usap airmatanya dengan jemari.

"Dah, nanti kering air mata tu... sabar ye sayang," kataku lagi sambil tersenyum.

Balqis akur. Alu lesung di tangannya dihayunkan untuk menghancurkan campuran bawang, lada dan sedikit garam sebagai bahan asas masak lemak. "Abang jangan bukak ikatan beg plastik tu tau. Semua keperluan abang, Balqis letak ikut kegunaan. Plastik merah barang-barang mandian, kuning untuk pakaian dalam, dengan hitam untuk baju kemeja. Jangan ganas sangat ye, kemeja tu Balqis dah gosok ‘tajam-tajam'..." katanya sambil mengecilkan mata sewaktu menyebut 'tajam', gaya paling tak tahan.

Kuhadiahkan satu ciuman di pipi indah itu. Oh... Indah dan pedas sekali....

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) indah dah pedas sekali~ nice.. bila nak sambung?
  • 2) wah...
    menarik2...
    terasa bagai membaca novel ayat2 cinta plak..
    saya sukakan jln ceritanya..
    keep it up!
  • 3) want more!!!!

    :)

  • (Penulis)
    4) cika: tak tahulah bila lagi nak sambung... insya allah bila dapat idea nanti..
    mizz_aszni: thankz.. ;>
    enarif: bagi la suggestion tentang cara nak habiskan citer ni... saya sangat bermasalah tang nak abiskan citer...
  • 5) mcm ayat2 cinta..mintak2 ader kelainan..but still nice and best..
  • 6) interesting......suka lya membacanya....
  • 7) mengonglah part last tu!

    tak perlu kot~

    spoilt the story! oh plislah..:p
  • 8) hmm.. betullah.. cam ayat2 cinta.. cam terlalu mengikut sgt... rasa lame gak esp bab2 dialog.. apa2 pun nice.. nak kawen! erk?
  • 9) hmm SF siapa? serunai faqir. hehe
    joey memang tgh in the mood menulis ni. hehe pantas je keluar tulisan2 beliau.
    :)

    nice story. cepat sambung!
  • 10) menarik..
    tu je yg k bleh komen
  • 11) Wau! menarik sungguh...pengisian yang cukup murni..mcm mana dapat idea best nih
  • 12) wahhh best2..biler nk smbung laghi?da abes ker?
  • 13) Eh dah habis eh?

Cerpen-cerpen lain nukilan Jo3y

Read all stories by Jo3y