Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mahkamah Dewata Raja-raja

 

Perbicaraan terhadap kes oxoxoxox akan di mulakan.

Pengawal mahkamah : (hormat terhadap mahkamah) Bangun!!!!!

* Yang Mulia hakim tinggi Mahkamah agung Dewata raja-raja masuk mengambil tempat*

sebutan kes oxoxoxox bemula.

Tertuduh : prinzessinzlya bt si polan si polan
defenden : prinzessinzlya binti si polan si polan..

daripada barisan pendakwaraya di wakilli oleh yang mulia agen 44 dari titik putih and co mewakili tertuduh. manakala dari barisan defenden di wakili oleh titik hitam and friends.

hakim yang akan mendengar dan menjadi neraca penimbang untuk kes ini adalah yang mulia dewata prinzesinzlya bt si polan si polan si polan, amn aka ajm mpp mpq acca ccna dsb annex(panjang pangkat yg telah diperolehi). kes ini merupakan satu kes terpencil maka sistem penghakiman adalah menggunakan kaedah jurispunden yakni pengubalan keputusan berdasarkan pendapat juri-juri melalui konsep common law

barisan juri terdiri daripada yang mulia kembar, yang mulia apple pie, yang mulia kekanda beruang panda, yang mulia raja buaya,yang mulia optimistik_guy dan yang mulia agar-agar.

mahkamah bersidang setelah sebutan kes dilaksanakan.

Pengangkat sumpah : (sambil mengangkat tangan seperti membaca ikrar) saya bersumpah akan berkata benar,sebenar-benarnya dan tiada yang lain melainkan kebenaran.

Dikandang pesalah...

Tertuduh : saya bersumpah akan berkata benar,sebenar-benar-benarnya dan tiada lain melainkan kebenaran! (sambil menurunkan tangan yang berikrar setelah selesai angkat sumpah)

Pendakwaraya : yang arif cik hakim (masih bujang ya,maka cik bukan puan..!) saya ingin bertanya pada tertuduh.

Hakim : mahkamah membenarkan.silakan.

Pendakwaraya : cik prinzessin, adakah kamu mengaku..bahawa kamu menulis blog sensasi itu bertujuan untuk memalukan seta mengaibkan pihak tertuduh dan berniat mahu meletakkan pasir di dalam periuk nasi beliau?

Peguambela : (berdiri) Yang arif, saya membantah yang arif. Pihak pendakwaraya sedang menghina anak buah saya yang arif!

Hakim : Mahkamah membenarkan soalan itu diteruskan. tertuduh..sila jawab.

Tertuduh : (dengan muka comel) Tidak Yang Arif! saya sekadar menulis. apa yang saya rasa saya ingin tulis. tidak pulak saya terpikir akan menyebabkan pihak sana terasa bila saya mengeluarkan kisah tentang resepi hati masak sambal dengan menggunakan kompilasi cili boh dan cili api. saya tidak sangka pihak defenden mempunyai aura yang sangat kuat akibat penggunaan cili-cili tersebut cik hakim!

Pendakwaraya : Mengapa kamu memilih cili?bukan lada atau lada sulah??atau barangkali sos cili atau "tobasco's sos"

Tertuduh : barangkali disebabkan masyarakat melayu suka makan cili dan saya sendiri suka makan cili terutama cili padi, maka saya tidak pula terfikir menggunakan lada sulah tuan pendakwaraya. yang tobasco'c sos tu..maaf..kalu sebutan tak betul...erk...saya tidak pasti di mana boleh dibeli. sebab saya hanya lihat ia di pizza hut sahaja tuan hakim.takkan saya nak merompak kat pizza hut pulak..jadi saya tak tahu bagaimana penggunaan tobasco sos. justeru itu,pada pandangan saya....cili lebih effisin dan effektif untuk diperolehi.

Pendakwaraya : itu saja yang arif soalan saya....

mahkamah terus bersidang..pertanyaan dan hujahan demi hujahan di keluarkan..serangan dai kedua-dua pihak semakin hangat. Setelah hampir 3 jam berbalas hujah dan cik hakim yang cumel pun hampir bernanah telinga... maka...


Hakim : Setelah mendengar segala hujah, dengan itu...mahkamah akan di tangguhkan sehingga minggu hadapan..(sambil mengetuk 'hammer' ke atas meja hakim) tok..tok.

Pengawal mahkamah : bangun......................... (hakim pun berjalan keluar dari tempat hakim sambil menggeleng-geleng kepala...)

sidang mahkamah pun bersurai.

Perbicaraan ini sangat mendapati liputan yang sangat meluas oleh media massa tak kira lah CNN, BERNAMA, TAKBERNAMA, CCTV dan sebagainya. Terjahan di luar mahkamah juga semakin hebat. Lalu wartawan hangat untuk sesi terjah menerjah dari TAKBERNAMA pun menemubual tertuduh.

wartawan TAKBERNAMA : mengapakah cik tertuduh menulis tentang cili?

tertuduh : sebab saya suka makan cili. terutama cili padi yang dijeruk...bla..bla..bla...

setelah menebual tertuduh, wartawan TAKBERNAMA berambut megi kerinting ini menemubual pula defenden...
wartawan TAKBERNAMA : mengapa pihak defenden terasa dengan kepedasan cili yang di tulis oleh pihak tetuduh?

Defeden : Dia menjatuhkan maruah saya sebagai salah seorg yang tidak makan cili. Tambahan pula saya memang species sensitip dan mempunyai aura kepedasan yang tinggi ..bla bla.. bla...

lalu pada keesokkan hari maka keluarlah headline di muka surat hadapan suratkhabar AKHBAR HARI-HARI:

MAHKAMAH DEWATA RAJA-RAJA MENANGGUHKAN ISU SAMAN MENYAMAN CILI PADI DAN LADA SULAH
Kuala Hanget,13/13/1313-Mahkamah Dewata Raja-raja telah menangguhkan perbicaraan keatas kes saman menyaman cili padi dan lada sulah. tertuduh si xxxxxxxxx dan defenden si xxxxxxxxx. Menlalui temubual yang di jalankan tertuduh si xxxxxxx mengatakan bahawa pihak defenden seorang magkuk hayun yang berlagak best dan lupa daratan sebab tak makan cili padi. manakala, di pihak defenden pula membalas kenyataan mengatakan si tertuduh xxxxxxx merupakan orang kampung yang tidak mempunyai pendidikan tinggi. "apa kelas makan cili padi" menurut kata-kata defenden. -melaporkan TAKBERNAMA

 

hari berikutnya...tertuduh telah menfailkan saman malu terhadap defenden atas tuduhan memalukan nama tertuduh dengan mengatakan tertuduh orang kampung yang tidak mempunyai kelas dan pihak defenden juga menfailkan satu lagi saman malu terhadap terrtuduh yang mengeluarkan kenyataan bahaya defenden mangkuk hayun yang berlagak best dan lupa daratan sebab tak makan cili padi.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) igtkn citer dewataraya :P

    mcm2 la cik lya nih...
    tgelak gak bace citer pendek nih...
    byk gak idea penulisan...

    p/s : ade gaye jd wartawan komik nih...chayok2 ;)
  • 2) laaa....

    lyaaaaa...ni ilham dtg dari mana ni? *xpenah trfikir nak bergaduh pasal cili~ :p

  • (Penulis)
    3) syud: ehehhe..takde klise kan syud??ehehe.....

    nizar: baru lya tau..lya ada prospek jd wartawan komek...

    well kawan-kawan, semoga dapat moral value yang cuba di sampaikan disebalik lawak jenaka ini. semoga ia dapat di jadikan pengajaran kepada diri kita...(nasihat pd diri sendiri jugak..ehehhe)
  • 4) di saat ku fikir, makin hari makin manusia akan ketandusan idea.
    ahaha. ntah? ilham dtg mana ni cik alya?

    siap ada illustration, court US. mmg perkara macam ni kot yg dibicarakan kat sana.

    dah tak kot dgn kepimpinan Obama. oops. termasuk cerita politic plak.
  • 5) ahahaha..lucu3..geliga btl cik lya kita nih
  • 6) haahha..lucu. tak berkesudahan la rsnye kisah dorg ni.

Cerpen-cerpen lain nukilan putri_alya

Read all stories by putri_alya