Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Azimah oh Azimah

 

Nama aku Mat Noor. Nama dia Azimah. Aku dan Azimah memang tidak pernah berjumpa pun sebelum ini. Sebabnya aku nun jauh di Itali. Dia senang tinggal di sini. Di Kampung Talam Terbalik. Kampung yang menjadi tempat kegemaran aku kerana kampung itulah tempat mula-mula sekali aku kenal dunia Tuhan yang serba indah ini.

             Lebih sembilan tahun aku di Itali aku pulang semula ke kampungku. Rindu pada kampung tak usah hendak diceritakanlah. Lepas emak dengan ayah aku meninggal tujuh tahun lalu, aku jarang melawat ke sini. Cuma bila ada hal-hal yang melibatkan keluarga dan saudara-mara sahaja baru aku balik.

 

***

 

            Nama aku Mat Noor. Nama dia Azimah. Sudah seminggu aku pulang ke kampung. Sudah seminggu jugalah aku nampak Azimah berjalan ke hulu ke hilir kepit sekeping gambar. Dia selalu pakai baju kurung pahang kuning. Kalau bukan baju kurung itu, dia akan pakai baju kebaya nyonya warna merah jambu. Sepanjang seminggu aku pulang, itulah baju-baju yang dia selalu pakai. Aku tidak pernah nampak dia pakai baju-baju lain selain dua baju tadi.

             Setiap kali aku terserempak dengan dia, dia akan berhenti dan mula tersenyum simpul dengan aku. Aku membalas dengan memberinya senyuman manjaku.

            "Nama aku Azimah. Nama kau?"

            "Nama aku Mat Noor"

             Setiap kali terserempak dengan Azimah, soalan itu jugalah yang sering dia tanya kepada aku. Kemudian, dia terus berjalan meninggalkan aku sambil kepit sekeping gambar. Pada mulanya aku ingat dia mahu berkenalan dengan aku. Namun sampai ke hari ini yang dia cuma tanya hanya nama aku sahaja. Kemudian dia terus berlalu begitu sahaja. Azimah tinggalkan aku terkebil-kebil. Lama-kelamaan aku sudah biasa. Setiap kali dia terserempak dengan aku dia akan tersenyum simpul dan tanya nama aku. Setiap kali itu jugalah aku akan membalas dengan senyuman manja dan memperkenalkan nama aku.

             Pagi itu aku singgah ke Warung Pak Mat Kechik. Lama juga aku tidak minum kopi Pak Mat Kechik. Sambil-sambil minum kopi dengan makan nasi lemak panas, sempat jugalah aku jumpa Pak Halim Misai, Din Comel dengan Abu Rock. Kami sembang tentang macam-macam perkara. Dari hal-hal kampung sampai ke hal-hal dunia luar. Masa itulah aku nampak Azimah lalu depan Warung Pak Mat Kechik.

            Dia pandang aku. Aku pandang dia.

            Dia senyum. Aku pun senyum. 

            Tiba-tiba Din Comel memekik.

             "Oi, Azimah! Sudah-sudahlah tu. Ke hulur ke hilir bawak gambar tu. Azam tu dah tak ada."

            Yang lain ikut gelak bila Din Comel pekik dekat Azimah macam itu. Azimah buat muka tak puas hati. Tapi dia tak balas apa-apa balik dekat Din Comel. Kaki Azimah yang terus melangkah cepat. Dia tinggalkan tempat itu sambil mengepit sekeping gambar.

             Aku musykil. Siapa Azam? Apa hubungan Azam dengan Azimah? Kenapa mereka bertiga ini beriya-iya gelakkan Azimah terutama sekali Pak Halim Misai. Lagi hebat dari Din Comel dengan Abu Rock. Sampai hentak-hentak meja dengan tangan. Aku cuba mengorek rahsia Azimah. Aku pun tanya Din Comel.

             "Siapa Azam?"

            "Itulah kau. Siapa suruh kau tinggal kat negeri orang putih tu lama-lama. Cerita kat kampung ni pun kau dah tak tau."

            "Kenapa dengan Azimah. Siapa dia sebenarnya? Aku tak pernah nampak pun dia sebelum ni", tanya aku tak puas hati.

            "Masa dia sampai ke kampung ni kau dah pergi nun jauh kat negeri orang putih tu. Azimah ni orang luar. Dia datang kat kampung ni dengan suami dia. Azam tu suami dialah",  Abu Rock pula mencelah.

            "Gambar yang dia selalu kepit ke hulur ke hilir tu gambar Azamlah", Pak Halim Misai sambung.

            "Mana laki dia?", aku tanya lagi.

            "Dah mati!", jawab Din Comel ringkas.

            "Mati terpijak periuk api dekat hujung kampung ni. Nasib si Azam tu tak baik. Dialah orang pertama dekat kampung ni yang mati sebab terpijak periuk api", jawab Abu Rock dengan gaya rocknya.

            "Tapi Azimah tu tak boleh terima kenyataan yang laki dia dah mati. Maklumlah, baru tiga bulan kahwin dah jadi janda. Sebab itulah dia ke hulur ke hilir keliling kampung kepit gambar laki dia. Dia tu memang dah gila. Janda gila!", Pak Halim Misai pula mencelah sambil tergelak besar.

 

***

 

            Nama aku Mat Noor. Nama dia Azimah. Tidak kira pagi atau petang aku selalu nampak Azimah jalan-jalan keliling kampung sambil kepit sekeping gambar. Gambar suami dia, Azam. Setiap kali jumpa aku dia mesti akan berhenti dan tersenyum simpul. Dia akan tanya soalan yang sama itu berulang kali.

             Suatu petang aku terserempak dengan Azimah lagi. Dia duduk dekat bawah pokok mangga dekat dengan sawah Haji Paman. Dari jauh lagi dia sudah melambai-lambai tangan ke arahku. Aku pelik. Tapi aku datang juga ke arahnya. Hari ini dia pakai kebaya nyonya merah jambu. Manis.

             "Apa yang dia orang cakap pasal aku semalam?", Azimah tanya aku sebaik sahaja dia pelawa aku duduk di sebelahnya.

            "Tak ada apa-apa"

            "Dia orang cakap laki aku mati terpijak periuk api kan?"

            Aku senyap.

            "Dia orang cakap aku gila kan?"

            Aku senyap lagi.

            "Sebenarnya dia orang tu yang gila. Orang kampung ni yang gila! Salah ke aku kepit gambar laki aku ke hulur ke hilir keliling kampung? Bukan aku kepit gambar laki orang. Salah ke aku pakai baju sama tiap-tiap hari? Baju-baju ni semua laki aku yang belikan. Aku tak minta duit dia orang belikan aku baju-baju ni", terang Azimah.

            "Tapi aku tak pernah kata kau gila", aku mula buka mulut.

            "Aku tahu. Sebab itulah aku suka bila terserempak dengan kau. Aku tahu kau orang baik."

            Aku senyum.

            Dia senyum.

            "Dulu, bila orang kampung kata aku gila aku memang meradang. Aku jerit dekat dia orang. Tapi lagi aku layan dia orang, lagi galak dia orang panggil aku janda gila. Lama-lama aku biarkan saja sebab aku tak kacau hidup dia orang. Aku ingat lagi, laki aku pernah cakap, hidup kita ni terlalu pendek untuk fikirkan hal-hal remeh. Aku ikut apa yang laki aku cakap."

                       Mulai hari itu aku selalu jumpa Azimah dekat bawah pokok mangga dekat dengan sawah Haji Paman. Aku banyak tahu tentang latar belakang Azimah. Bukan dari mulut Pak Halim Misai, Din Comel, Abu Rock atau mana-mana penduduk kampung ini. Dari mulut Azimah sendiri. Walaupun orang kampung tidak pernah percaya apa yang Azimah cakap tapi aku lebih percaya Azimah daripada orang kampung.

             "Aku seronok hidup macam ni. Walaupun ramai yang kata aku ni gila tapi aku tak peduli. Laki aku pernah beritahu aku, makin kurang kita fikir pasal dunia, makin bebas kita hidup. Aku percaya apa yang laki aku cakap. Sebab aku tak perlu fikir pasal orang lain. Cukuplah aku fikir tentang diri aku saja."

            "Laki kau dulu kerja apa?"

            "Kerja cikgu"

            "Kau sayang dia?"

            "Laki aku tu lelaki yang paling baik aku pernah jumpa. Aku sayang laki aku. Orang kampung ni tak faham perasaan aku bila aku dapat tahu laki aku dah mati. Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa yang tahu"

            Aku senyap.

            Dia pun senyap.

                       Sejak aku rapat dengan Azimah orang kampung mula pandang serong pada aku. Dia cakap aku sudah jatuh cinta dengan janda gila yang selalu jalan-jalan keliling kampung sambil kepit gambar suami dia. Aku mula-mula naik angin juga tapi Azimah cakap tak usah dilayan hal-hal yang remeh macam itu. Aku pun biarkan. Mulut tabuh dapat di sumbat, mulut orang bagaimana nak sumbat?

 

***

            Nama aku Mat Noor. Nama dia Azimah. Adakalanya aku selalu terserempak dengan Azimah dekat dengan pili air awam. Dia selalu basuh muka dekat situ. Kadang-kadang dia guna air pili itu buat keringkan tekak. Ramai juga orang kampung yang guna pili air itu. Ada yang guna untuk basuh pakaian kotor macam apa yang Mak Limah Gelang dengan Anis anak Pak Saad selalu lakukan. Ada juga yang guna pili air itu bila ada acara kenduri-kendara dekat kampung ini. Kanak-kanak juga suka main air dekat pili air itu. Pendek kata pili air awam itu memang banyak jasanya pada orang Kampung Talam Terbalik.

             Sejak akhir-akhir ini cuaca panas membahang. Sejak akhir-akhir ini juga aku selalu nampak Azimah dekat pili air itu. Kadang-kadang basuh muka. Kadang-kadang dia minum air pili itu untuk keringkan tekak dia.

             Hari ini aku nampak Azimah lagi. Dekat pili air awam itu lagi. Aku lambai dekat dia tapi dia tak nampak. Sibuk keringkan tekak dia. Aku malas hendak lambai lagi. Aku teruskan saja perjalanan aku. Baru dua tiga langkah, aku dengar satu bunyi.

             "BOOOMM!"

             Bunyi itu datang betul-betul dekat dengan pili air awam tempat Azimah keringkan tekak tadi. Aku kaget. Aku hampir pitam bila nampak Azimah terpelanting jatuh tersungkur atas tanah.

 

***

 

            Nama aku Mat Noor. Nama dia Azimah. Baru semalam aku nampak Azimah jalan-jalan keliling kampung sambil kepit sekeping gambar. Gambar suami dia, Azam yang mati terpijak periuk api. Hari ini giliran Azimah pula. Dia mati terpijak periuk api dekat dengan pili air awam. Orang kampung terkejut. Tidak sangka tempat letaknya pili air awam yang banyak jasanya kepada orang kampung Talam Terbalik itu tersembunyi periuk api.

            "Nasib Si Azimah tu tak baik. Dialah orang pertama dekat kampung ni yang mati sebab terpijak periuk api dekat dengan pili air awam", kata Abu Rock dengan gaya rocknya.

 

***

 

            Nama aku Mat Noor. Nama dia Azimah. Mulai hari ini aku sudah tak dapat melihat kelibat Azimah yang jalan-jalan keliling kampung sambil kepit sekeping gambar. Gambar suami dia, Azam. Senyum simpul Azimah yang selalu bergaya dengan baju kurung kuning pahang atau yang kadang-kadang pakai baju kebaya nyonya merah jambu sudah tak dapat aku balas lagi. Semua yang berkaitan dengan Azimah jadi kenangan. Kenangan Kampung Talam Terbalik. Kenangan aku.

             Aku melalui pokok mangga tempat aku dengan Azimah selalu berbual. Tiba-tiba aku teringat kata-kata akhir yang dia pernah ucapkan kepada aku.

            "Kehidupan ini singkat tetapi manis"

             Aku renung pokok mangga itu dalam-dalam.

            Aku rindu senyuman manis Azimah.

           

 

 

           

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) huh.

    seedey

    dan cute
  • 2) best
  • 3) btl kta apun..sedy, tp cter ni cute sgt..comey btl si azimah tu..bkn pd rupa tp pada pragai dia..

    "makin kurang kita fikir pasal dunia, makin bebas kita hidup"
  • 4) best jgk citer ne.. :)

  • (Penulis)
    5) mmg bercita2 nk buat cite psl org gile...:)
    robot:sy mmg imaginekn azimah tu cute orgnya... ;P
    bestball: tq :)
  • 6) macam baca cerpen kat dewan sastera. ala2 camni ar. kamalia ada style penulisan tersendiri. :)

  • (Penulis)
    7) nurie: tq :)
  • 8) azimah, stuju dgn kata2 awk~ ;)

    kamalia, this is such a good story~ *senyum*

  • (Penulis)
    9) syud: saya pn setuju dgn kata2 azimah :P. tq *senyum*
  • 10) sweet...
    normally tiap pasangan susah utk lupe n time hakikat yg pasangan dia dh xde...
    sedey tapi jue suke...
    daaaaaaa.......
  • 11) wow. memang unik dan berbeza.
    hehe. tulisan-tulisan kreatif begini wajar dibanyakkan lagi di sini! :)
    suka saya melihat.

    kamalia ni pandai meletakkan diri di dalam kasut-kasut orang lain. nice!
  • 12) cute tapi cdey gak..

    nape sad ending..

  • (Penulis)
    13) pinkygul: mmg ramai org cmni sbenarnye...
    caha: tq. mmg cita2 nk buat citer psl org gile (tp x gile sbenarnye). amik masa berbulan jgk nk cari idea + create cite + polish, etc. sbb tu lama x hntar cerpen kt sini
    nurish: mmg skali baca nmpak mcm sad ending. Tp kalau betul2 faham cite ni happy ending sbenarnye. :)
  • 14) uish...bes citer nih.. sungguh pon giler..betul cakap azimah tuh..best la.
  • 15) wow! bagus... sy penah gak wat cerpen cam ni..eh, bukan cam ni...cerpen pasal org gila...masa sekolah dulu tp lupa letak kt mana.. nnti nk cari balik...

    gud work kamalia.!

  • (Penulis)
    16) safina: trima kasih:)
    shazmiey: carilah balik cerpen tu... :)
  • 17) cerita nie tersangatlah best
  • 18) dlm proses mencari tp sy rasa tak sebaik cerpen yg kamalia tulis ni.. lgpon cerpen tu ditulis utk exam karangan BM... hahahah..markah pun tak seberapa..huuu
  • 19) nasib baik bukan lepas tu mat noor pulak yang keliling kampung kepit gambar azimah.. hehe.
    nice story. kadang-kadang kita kata orang lain gila, tapi sebenarnya tak sedar yang kita ni pun mungkin gila jugak... ??

  • (Penulis)
    20) cika: mat noor x smpat nk amik gambar azimah time tu... :P
  • 21) senyuman azimah kekal dalam hati..
  • 22) cerite yg sangat sweet.....ade pengajaran juge...saye suke...:)
  • 23) gaya bersahaja tapi menarik!

  • (Penulis)
    24) bluessie: tq :) org gila x blh serius sgt. kena bersahaja je...

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia