Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lagu Lima Minit, Iklan Sepuluh Minit

 

Panas terik mentari tidak dihiraukan. Miang renyam lalang juga tidak dipedulikan. Berdiri terus-menerus dua belas jam di production line sambil mengendali mesin pun dia biasa. Inikan pula mencangkung sambil berpelekat dan bersinglet di tanah belakang rumah pangsa tempat dia tinggal. Apalah sangat dengan panas dan miang tu. Orang Melayu kata, alah bisa tegal biasa. Janji hatinya lapang.

Tersenyum sinis Rampwalk Remo. Kembang-kuncup hidungnya. Api yang marak itu ditenungnya bersahaja. Macam budak baru lepas pekena ais kacang free lagaknya.

Puas!

Pagi tadi. Rampwalk Remo bangun lewat sedikit daripada hari-hari biasa. Maklumlah hari cuti. Setiap minit, setiap saat harus dihargai betul-betul. Apalagi operator pengeluaran macam dia. Dalam seminggu, hanya satu hari cuti yang diberikan majikan. Berbanding dengan rakan-rakan serumah, dia agak beruntung. Ada diantara mereka yang langsung tak diberi cuti oleh majikan. Jadinya, pengisian aktiviti pada hari cuti amat penting. Rugi kalau tersilap. Hendak tunggu cuti minggu hadapan mamang jenuh.

Setelah puas bermalas-malas atas tikar tempat tidur, Rampwalk Remo ke dapur. Nasi goreng dua ringgit semalam yang masih berbaki separuh dicapai. Kopi pekat dalam termos yang masih suam-suam kuku dituang tiga suku ke dalam gelas ayan. Dia bersila di depan tv. Sudah seminggu tv tu rosak. Bukan tv yang hendak ditonton, tapi, Rampwalk Remo dah biasa makan di depan tv. Selesa. Luas. Bilik dan dapur kecil dan bersepah. Ruang tamu agak besar dan bersih. Perutnya yang lapar dan hatinya yang riang, membuatkan hidangan terasa sedap walaupun cuma nasi goreng pasar malam dan kopi berkeladak yang dijamah.

Sambil makan, sambil Rampwalk Remo berkira-kira. Dia tak boleh keluar membeli-belah hari ni. Keluar berjalan-jalan pun dia tak mampu. Wang gaji sebahagian besar sudah dihantar ke kampung di seberang laut. Sebahagian sudah dibuat bayaran levi untuk imigresen. Yang tinggal hanya cukup untuk seminggu sementara gaji hujung bulan.

Habis makan. Dia mati kutu. Bosan. "Perut dah kenyang. TV rosak. Layan radiolah".
Radio kecil tu dia beli di Tesco tahun lepas. Walaupun murah, f ungsinya cukup.

Dia laras tombol frekuensi.
Era FM - Rentak muzik terkini.
"Aduh sakit kepalaku. Uphamol enam lima kosong melegakan ..."
"Cit poodah. Iklan."

Dia laras tombol frekuensi lagi.
Hot FM - Lebih hangat daripada biasa.
"Kalau makcik jumpa Ronaldo, makcik akan marah dia ..."
"Cit poodah. Iklan."

Dia laras ke tombol frekuensi lagi.
Hitz FM - Malaysia's No. 1 hit station.
"Daling ah, do you know that we spend more than ..."
"Cit poodah. Iklan."

Dia laras tombol frekuensi lagi.
Mix FM - Tune me on.
"Mix FM Malaysia's best variety ..."
"Cit poodah. Iklan"

Dia laras tombol frekuensi lagi.
Sinar FM - Muzik retro terbaik.
"Masak beras moghul basmati sajalah ..."
"Cit poodah. Iklan lagi ka."

Dia laras tombol frekuensi lagi. Lagi. Dan lagi. Dari hujung ke hujung. Lagi. Dan lagi.

Dei thambi!
Apa cerita?
Semua iklan?
Dah la bosan. Duit tade. Mau dengar radio, radio bikin kacra. Boleh
ka iklan serentak semua station. Radio is for entertaintment, not advertising la dei.

Rampwalk Remo panas. Fikirannya terganggu. Laju je dia ke dapur. Botol minyak tanah dicapainya. Radio kecil Tesco disentapnya. Pintu rumah dihentamnya. Wayar radio dilibasnya kiri dan kanan. Tanah lapang belakang rumah pangsa ditujunya.

Kalau di kampungnya sana, bila wayang tak best dia orang bakar pawagam. Di Malaysia, bakar radio pun jadilah.

Puas!

Macam budak baru lepas pekena ais kacang free lagaknya. Api yang marak itu ditenungnya bersahaja. Kembang-kuncup hidungnya. Tersenyum sinis Rampwalk Remo.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) haha..jln cerita sgt menarik..tersusun..membawa pembaca merasa bgaimana Rampwalk Remo rasa. besh!
  • 2) aha..lagu 5 minit iklan 15 minit...cit!
  • 3) besttt~!
  • 4) gempak seh penulisan. terase ade irama. nak2 time aku bace ni tengah dengar lagu2 jazz. rase mcm bace suratkhabar sambil minum hari ahad di tepi pantai dan handphone telah pun di tutup. nyaman.

    aku bagi 3 bintang. (tiru gaye ahmad kassan)
    • xr
    • 15 years ago
  • 5) I love u Rempwalk Remo!

    sbb u sengal tahap pak pandir~~ hahahaha
  • 6) sweet!!!!!!!!!!!!
  • 7) ha ha. nicely told!
    rindu kat rampwalk remo
  • 8) HAHAHHAHA

  • (Penulis)
    9) rObOt, elyla, pinkgurl, caha: Thanks.
    kamalia: Terlalu banyak iklan. melampau kan?
    xr: Sebijik mcm ahmad kassan.
    syud: Remo mmg sengal.
    zInggOf: Miahahahahaha
  • 10) cerita ni mmg sempoi dan best!
  • 11) ahahaha...berair mata gelak! sempoi ar Rampwalk Remo.
  • 12) bagus! bagus! ni kalo bleh perkemaskan lagi jalan cerita ni..pos ke setiap stesen radio pon best gak ni.. baru depa tau perasaan para pendengar...

    lagi satu tambahan: lagu 5 minit, iklan 15 minit, membebel ntahapa-apantah tak terkira...
  • 13) hahaha. betul betul betul.
    iklan je lebih kan..
  • 14) hahaha...apekah???:p
    tp mmg bengang gak byk sgt iklan:p
    bakar saje...yeah!!!:p
  • 15) bakar? kufur nikmat ni :P
  • 16) hahaha
    btol2
    lagu 5 minit,iklan sepuluh minit
    sama cam tv3

Cerpen-cerpen lain nukilan akai-x

Read all stories by akai-x