Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Jenaka

tembikai dan ubi

Cerpen sebelumnya:
macam mane leh jadi??
Cerpen selanjutnya:
Aku, dia dan kamu

 

Kehidupan di asrama bukanlah seteruk yang disangkakan. Ada waktu gembira, ada waktu memerlukan tahap kesabaran yang mencukupi. Tapi bagi aku, hidup di asrama sebenarnya sama saja kalau nak dibandingkan hidup di rumah. Yang penting disiplin dan dengar arahan. Warden ni dah macam ibu kita. Kalau dia marah-marah maknanya dia sayang kita, mahukan yang terbaik dalam hidup kita.

Alhamdulillah, setakat ini aku tidak ada masalah dengan puan warden. Segala arahan dan peraturan aku ikut dengan sempurna. Cuma entah kenapa hari itu, aku terlupa. Aku terlepas pandang akan peraturan yang sangat mudah untuk diikuti. Malah, kalau diberitahu kepada budak tadika sekalipun, aku yakin peraturan itu pasti akan dituruti tanpa banyak soal. 

Jam 6 petang setelah habis waktu prep, aku dan rakan-rakan segera menuju ke dewan makan. Hidangan untuk hari ini adalah nasi putih, sayur petola dan ikan goreng. Manakala untuk pencuci mulut pula sepotong tembikai. Kalau diikutkan, selepas makan nasi, aku akan terus makan buah sebelum balik ke dorm. Tetapi, aku telah membuat keputusan untuk makan sambil berjalan dan berborak. 

Oleh kerana aku makan sambil berjalan, perjalanan aku menjadi perlahan. Maka aku ditinggalkan oleh kawan-kawan. Berjalan aku seorang diri ke dorm sambil bersungguh-sungguh menghabiskan tembikai yang manis itu. Dan tanpa aku sedari...

whusssh! Aku buang kulit tembikai begitu saja. Sumpah, memang aku tak perasan tangan aku suka hati membuang kulit tembikai. Lagi parah, aku buang kulit tembikai betul-betul di hadapan rumah warden. Jadi, selang beberapa langkah...

"SIAPA YANG BUANG KULIT TEMBIKAI MERATA-RATA TEMPAT NI???"

Di sekolah mahupun di asrama, sebaik saja terdengar suara puan warden, semua pasti akan lari bertempiaran asalkan puan warden tidak nampak. Tak kiralah sama ada buat salah atau tidak. Kalau buat salah, lagilah kecut perut. Begitu juga dengan kejadian ini, kawan-kawan yang lain semua lari masuk ke dalam dorm termasuk aku. Pada awalnya aku tak perasan apakah penyebab puan warden menjerit bak halilintar sampaikan secara automatik aku dan beberapa rakan bersembunyi di dalam jamban!

"Siapa yang buang kulit tembikai merata-rata tadi?" aku terdengar sayup-sayup suara tegas puan warden bertanya kepada kakak senior. Aku pandang kawan aku.

"Kau ke?" bisik kawan aku.

"Mana ada," bisik aku semula. 

"Bukan ke tadi kau yang makan tembikai sambil berjalan?"

Erk...Alamak!

*****************************

Tinggal di asrama, yang menjadi teman hanyalah rakan-rakan sebaya, kakak-kakak senior dan adik-adik junior. Kadang-kadang anak puan warden 2 menjadi kawan untuk kami bermain permainan kanak-kanak di waktu riadah yang membosankan. Aku suka bercakap dengan anak puan warden 2 sebab aku nak mengorat abang dia yang juga merupakan rakan sekelas aku. Entah kenapa, lain yang aku mahu tanya lain pula yang keluar dari mulut aku. 

Anak puan warden 2 ni namanya Umi. Aku lupa nama penuh dia tapi aku ingat nama penuh abang dia. Ahmad Mustaqim. Comel! Putih melepak! Aduih! Mustaqim pun baik dengan aku, cuma dia tak tahu yang aku selalu baik dengan adik dia sebab nak mengorat dia. Tapi, tak pernah jadi sebab mulut aku terherot sebut pasal perkara lain. 

Suatu hari, seperti biasa selepas prep, aku lebih suka masuk ke dorm. Sambil-sambil tu aku jenguk juga keluar tengok kawan-kawan bermain coh, bola jaring atau badminton. Kadang-kadang mata aku lebih kepada Mustaqim yang sedang mengayuh basikal bersama adik-adiknya. Bagus betul Mustaqim. Walaupun hanya dia seorang remaja lelaki yang ada di sini (asrama untuk pelajar lelaki masih belum dibuka), dia tidak kekok. Kalau dia tidak bermain dengan adik-adiknya, dia akan menyertai penghuni Aspuri bermain coh. Waktu tu aku mulalah gatal nak keluar.

Sewaktu aku menuju ke padang, Umi melintas di hadapan aku. Oleh kerana selalu aku gunakan Umi untuk memikat Mustaqim, maka aku panggil Umi. Kononnya aku mahu berbasa-basi dengannya sebelum aku mengorek rahsia tentang Mustqaim.

"Umi, Ibu ada tak?" soalan basi pertama. Umi yang berusia 7 tahun mengangguk. Aku bersiap sedia dengan soalan basi kedua.

"Umi, Ubi sedang buat apa?"

Hoh?

 

*************************

 

ps:: tiba-tiba teringat kenangan zaman sekolah, ingat nak tulis dalam blog tapi sebab dah lama tak menulis cerpen, curah sikit idea, campur dengan tokok tambah sikit, maka jadilah cerpen kontot ini... sekian terima kasih. 

Cerpen sebelumnya:
macam mane leh jadi??
Cerpen selanjutnya:
Aku, dia dan kamu

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.2
5 Penilai

Info penulis

Shazmiey NSMY

apabila hidup ini dicurahkan dengan kasih sayang... kebencian sukar menjelang. namun sekali terpalit kelukaan, kebencian sukar terpadam... haruskah aku membenci atau membiarkan kehidupan dengan rona warna yang tak pasti.
shazmiey | Jadikan shazmiey rakan anda | Hantar Mesej kepada shazmiey

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya shazmiey
misteri kain putih | bacaan
Obsesi | 2334 bacaan
no title | bacaan
Berbaloikah? | 2255 bacaan
Hitam Putih Kehidupan | 2378 bacaan
no title | bacaan
Kisah benar seorang guru | 9884 bacaan
Aku anak si kupu-kupu | 3085 bacaan
Chairel | 2240 bacaan
MO1S08- KEMBALI KE ASALAN | 2302 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya tembikai dan ubi
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik