Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Insaf

  • 7
  • eira
  • 17 years ago
  • 4,290
  • FREE

 

Aku menggosok mata berkali-kali. Namun itu jugak yang aku nampak. Bahang makin terasa. Pandangan luas melaut. Sayup mata memandang. Orang? Aku tidak nampak walaupun hanya bayangan.

Aku pandang ke atas. Langit memerah. Awan kemerah-merahan itu berarak pantas menuju ke suatu destinasi yang tidak ku ketahui.

Terduduk aku, meraba bumi. Kenapa bumi merekah? Terlalu kering, gersang. Tanpa sebatang pokok. Rumput juga tiada.

Berdiri. Aku tidak tahu untuk berbuat apa lagi. Hendak mengatur langkah. Tapi ke mana? Hendak berdiri di sini. Tapi untuk apa? Ya Allah, apa yang terjadi kepada ku? Aku takut menghadapi semua ini keseorangan. Di mana keluargaku? Teman-teman? Siapa-siapa sahaja.

Badanku menjadi semakin lemah. Bibir mula merekah. Ya Allah, sakitnya. Aku tak tahan lagi.

Tiba-tiba gegendang telinga ku di sapa oleh laungan azan subuh. Terkebil-kebil. Rupa-rupanya itu hanya mimpi.

Sudah sekian lama aku tidak menunaikan kewajiban ini. Solat fardhu jarang-jarang aku lakukan. Yang aku tahu berfoya-foya dengan kawan-kawan. Keluarga di kampung juga jarang aku jenguk. Aku berubah setelah aku mendapat segala apa yang aku ingini. Aku lupa asal usul ku. Ya Allah ampunkan hamba mu ini.

Perlahan-lahan aku mengatur langkah. Titis-titis air menyapa anggota badan ku. Nyamannyaaa..... Sesuatu yang sudah lama aku tinggalkan.

 p/s saya tak tahu nak letak kategori apa, kalau salah bagitau ye

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1)
  • 2) caha komen apa?
  • 3) er. aku cakap fendeknye citer ni. fanjangkan lagi.
  • 4) ya saya seken caha. mungkin dgn elaborasi yg lebih panjang, maka lebih byk kami dpt abstark.
  • 5) cadangan: apa kata gunekan semula insaf ni utk dibuat cerpen yg lebih sempurna. Anggap la ini macam sneak peek atau trailer cerpen insaf yg sebenar itu nnt.
  • 6) Hmm..aku bersetuju ngan jojo.. Yg ni may be boleh dijadikan sebagai trailer utk cerpen insaf.. Buat slow-slow, plot dah ade kot..pick the suitable word, pastikan macam mana teknik penceritaan tuh and finally, make it real..gud luck!!!

  • (Penulis)
    7)

    terima kasih semua
    saya akan berusaha ke arah yang lebih baik

Cerpen-cerpen lain nukilan eira

Read all stories by eira