Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Suratan Takdir

Cerpen sebelumnya:
Aku, dia dan kamu
Cerpen selanjutnya:
Kalau Ada Jodoh

Hampir 2 tahun aku menyulam kasih dengan Ery,  akhirnya aku mendapat tahu yang dia sudah bertunang.  Hancur hati mengenangkan apa yang dia sudah buat dengan aku.  Selama ni adakah aku orang ketiga diantara dia dan tunang dia.

            Ery adalah dua pupu aku.  Ayh Ery dan Mak aku sepupu.  Sebab Atuk dia dengan arwah Nenek aku adik beradik.  Aku baru aja kenal dia masa kakak dia kahwin.  Itupun Pak Ngah aku yang kenalkan sebab aku dengan dia satu tempat kerja Cuma lain department dan lain tower.

            “Ina hari ni kau ikut Am balik rumah aku ye!  Kebetulan minggu ni Kak Jura buat kenduri kahwin.  At least kau boleh tenangkan fikiran kau buat masa ni.” Lyda suruh aku pergi rumah dia minggu ni.

            Hopefully aku boleh lupakan dia buat sementara waktu ni.  Tapi kuat ke untuk aku lupakan dia.  Dia ialah cinta pertama aku.  Susahnya kalau bercinta dengan saudara sendiri.  Ya Allah Ya Tuhanku!  Apakah rahsia disebalik semua ni Ya Allah.

            Lepas aja aku habis kerja, aku bertolak ke Pekan Nanas dengan Am.  Am tunang Lyda.  Kebetulan kami bertiga dulu belajar di tempat yang sama dan jurusan yang sama.  Diploma Pengurusan Bank.  Lyda kerja dengan kerajaan manakala aku dengan Am bekerja dengan bank.

            Aku sampai aja aku terus cari Lyda.  Lyda peluk aku.  Bila aku jumpa dia menitis air mata aku turun tanpa dapat ditahan.  Lyda adalah kawan baik aku.  Dia selalu dengar masalah aku.  Bila aku dapat tahu yang Ery dah bertunang terus aku call dia. 

            “Ina banyak bersabar.  Mungkin dia bukan jodoh kau.  Perjalanam kau masih panjang lagi.  Insya allah kau akan jumpa yang lebih baik dari dia Ina.  Janganlah macam ni.  Aku tak boleh tengok kau terus nangis macam ni Ina.”  Lyda cuba memujuk aku. 

Aku tahu aku tak kuat hadapi semua ni.  Bila aku dah sayangkan orang tu susah rasanya aku nak lepaskan dia.  Lyda lah yang faham dengan perangai aku.  Segala tentang aku dia tahu.  Aku tak pernah selindung satu apa pun dari dia.  Tentang family aku dan kawan-kawan aku.  Kebanyakan kawan-kawan aku adalah kawan-kawan dia.  Dia lah yang selalu tolong aku bila aku dalam kesusahan.

Aku terus masuk dalam rumah.  Mak Lyda hairan tengok aku nangis.

“Anak mak ni kenapa?  Ada masalah ke?” tanya Mak Lyda

“Tak de apa-apa lah Mak.  Mungkin Ina rindu sangat dengan Mak dan Abah sebab Ina dah lama sangat tak datang sini.  Ina minta maaf ye!”  Aku bersalam dengan Abah dan Mak. 

“Takpelah!  Lyda bawak Ina dengan Am makan dulu. Kejap lagi adik sampai dari Melaka.” Balas Mak

Aku terus ikut Lyda dan Am ke dapur.  Rumah Lyda sudah menjadi rumah kedua aku.  Aku saying family dia macam aku sayangkan family aku.  Kebetulan Lyda hanya 2 beradik aja.  Adik Lyda nama Norli sudah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Suhaizad.  Kejap lagi mereka sampailah sebab hari ni Ejat ada ambil gambar orang kahwin dekat Melaka.

“Ina macam mana cerita sebenarnya.  Aku tak faham bila tiba-tiba kau cakap Ery dah tunang. Selama ni aku ingatkan kau serius dengan dia.”

“Aku tak tahu Lyda.  Bila aku call handphone dia perempuan angkat.  Bila aku tanya dia kata tunang Ery.  Lepas tu dia kata kalau boleh jangan call lagi.  Aku call Pak Ngah aku. Aku tanya betul ke Ery dah tunang.  Pak Ngah aku kata ye.  Bulan 1 hari tu.” Jelas aku.

“Kau ada tanya dengan Ery tak?” tanya Lyda

“Aku ada tanya dengan Ery tapi dia tak mengaku yang dia dah tunang.  Dia kata dia tak tunang lagi.  Aku confius Lyda.  Tak tahu mana satu yang aku nak dengar Lyda.  Tapi takkan Pak Ngah aku nak tipu aku.  Bila aku tanya Pak Ngah aku dia tunang dengan siapa, Pak Ngah aku kata budak tu dekat dengan rumah dia.  Kalau nak tahu siapa dia suruh aku tanya dengan Ery.  Bila aku tanya dengan Ery dia tak mengaku.  Aku tak tahulah nak buat apa sekarang ni.” Aku tak tahan aku terus nangis.

Sepanjang aku dekat sini aku bukan diri aku.  Mak dengan Abah naik risau tengok aku sebab senyap aja.  Bila aku balik KL seminggu aku tak call Ery.  Lepas seminggu dia call aku dekat ofis.

“Kenapa awak dah lama tak call saya?” tanya Ery

“Macam mana saya nak call awak.  Awak tu tunang orang.  Saya tak nak kacau tunang orang.” Balas aku.

“Saya jumpa awak dekat tangga.  Sekarang!  Jangan bagi saya tunggu lama sangat.”  Ah lelaki ni selalu macam ni.  Dia memang tahu kelamahan aku.

Aku memang lemah dengan pujuk rayunya.  Dia memang pandai ambil hati aku dan pandai pujuk aku.  Macam mana aku boleh tak perasan yang dia dah jadi tunang orang.  Aku berjumpa dengan Ery dekat tangga lif belakang.

“Kenapa awak nak jumpa saya?”

“Kan saya dah beritahu awak yang saya belum bertunang lagi.  Berapa kali saya nak explain dengan awak.” Jelas Ery

“Pak Ngah sendiri cakap yang awak dah  tunang.  Takkan Pak Ngah nak tipu saya.  Awak biar betul.”

“Awak percaya ke dengan cakap Pak Ngah tu.  Sekarang ni yang nak kahwin siapa?  Saya ke atau Pak Ngah?”

“Awak tolonglah.  Tell me the truth!  Saya tak nak kacau tunang orang.”

“Saya tak pernah cakap yang saya dah bertunang. Awak yang cakap saya dah bertunang.” Balas Ery lagi.

“So awak nak saya buat apa sekarang?” tanya aku lagi.

“Saya nak awak!  Saya tak nak yang lain.  Saya nak awak!” balas Ery

Ah lelaki ni memang selalu buat Iman aku goyah.  Aku selalu tunduk dengan pujuk rayuannya.  Ah kali ni aku mesti kuat.

“Ok macam ni ajalah awak.  Saya tak nak tunang awak marah dengan saya.  So kita hanya kekal sebagai saudara aja.  Pasal jodoh, kalau ada jodoh insya allah saya akan jadi isteri awak.

 

 

Selama 10 bulan aku cuba terima dia sebagai saudara aku.  Saudara yang lama tak jumpa.  Aku pun tak pernah ungkitkan lagi pasal pertunangan dia.  Pak Ngah pernah tanya aku apa hubungan aku dengan Ery.  Aku hanya menjawab sebagai saudara aja tak lebih dari tu.

Hari ni aku pergi Jaya Jusco Maluri.  Tiba-tiba handphone aku berbunyi.  Private Number.  Takkan Along call aku.  Nak apa yek?

“Hello…….”

“Hello…..Awak…”  aku tak sangka yang Ery call aku.  Lelaki ni jarang telefon aku tengahari.

“Awak kat mana?” tanya Ery

“Saya dekat JJ Maluri dengan Kak Lina, Kak Ayu, Fariza, Fiza ngan Aznil.  Kenapa?” tanya aku.

“Oh saya ingatkan awak kat ofis.  Saya baru nak ajak awak makan tengahari dekat kafe.” Balas Ery

“Oh! Sorry saya kat luar.  Saya lupa nak beritahu awak tadi yang saya keluar.”

“Takpe.  Eh nanti saya sms.  Ada call masuk lah.  Saya dekat mailing room ni.” Aku matikan talian.  Selalunya time macam ni bos dia suruh hantar surat atau barang.

Kitaorang makan dekat KFC.  Bila aku duduk aku sms dengan dia.

<Ina> Awak nak apa?  Saya dekat KFC ni.

<Ery> Saya tak nak makan.  Saya nak awak.

<Ina> Awak nak saya.  Tunggu saya balik ofis dulu

<Ery> Kalau KFC takpelah awak.  Pukul 2.30 nanti saya kena pergi Bangi kena hantar surat bos suruh.

<Ina> Takpelah saya belikan awak snack plate ajalah.  Nanti saya dah sampai ofis saya call awak.  Jumpa tempat biasa.

<Ery> Ok saya jumpa awak dekat ofis.

Hampir pukul 2 kitaorang baru keluar dari JJ Maluri.  Kebetulan ada barang keperluan yang harus dibeli.  Lagipun duduk ofis boring macam-macam masalah yang nak kena fikirkan.  Sampai dekat ofis aku jumpa Ery tempat biasa.  Aku bagi KFC dekat dia. 

Tiba-tiba dia kata dengan aku yang dia tak nak kahwin.  Aku terperanjat bila dia beritahu aku.  Aku cuba nasihatkan dia.  Tapi macam biasa dia takkan  cakap pasal tunang dia depan aku.  Hampir pukul 2.45.  Aku kena masuk ofis ni.  Kalau tak mesti bos aku bising sebab lambat masuk.

“Awak dah nak dekat pukul 3.00 ni.  Saya kena masuk ofis lah.  Nanti bos saya cari.” Jelas aku

“Oklah awak  saya pun kena pergi bangi ni hantar surat.  Bos suruh.  Nanti dia bising pulak dengan saya.  Saya tak macam orang tu.  Orang tu ada staff nak suruh buat kerja.” Balas Ery

“Dah lah tu saya masuk dulu.” Aku salam dan cium tangan dia.  Tiba-tiba dia cium pipi aku.  Aku tanya kenapa dia senyum aja. Dan seperti biasa dia akan suruh aku call dia petang ni.

Aku telefon Pak Ngah nak tanya pasal Ery.  Pak Ngah beritahu aku yang Ery tangguhkan perkahwinan dia.  Dan Pak Ngah pun tak tahu kenapa.  Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi.  Kalau ada jodoh aku dengan dia adalah.  Hanya Tuhan yang tahu segalanya.

 

 

 

 

Cerpen sebelumnya:
Aku, dia dan kamu
Cerpen selanjutnya:
Kalau Ada Jodoh

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
2 Penilai

Info penulis
Potential=Possibility
zawina | Jadikan zawina rakan anda | Hantar Mesej kepada zawina

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya zawina
Nurul Iman Qistina | 2836 bacaan
Kalau Ada Jodoh | 10377 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

5 Komen dalam karya Suratan Takdir
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik