Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kalau Ada Jodoh

  • 9
  • zawina
  • 15 years ago
  • 11,958
  • FREE

 

Sampai ke hari ini aku masih berhubung lagi dengan Ery.  Aku selalu meluahkan perasaan aku dan segala apa yang bermain dekat fikiran aku dengan Lyda. 

          Dalam aku berhubung dengan Ery aku ada juga berkawan dengan Harmizi dan Hilman.  Mereka berdua umur lebih kurang 30-an.  Harmizi masih bujang lagi manakala Hilman seorang duda anak tiga.  Malam ni Harmizi mengajak aku keluar makan dekat dengan kawasan rumah.  Pukul 8.30 aku berjumpa dengan Mizi di gerai Char kueh teow tak jauh dari rumah aku. 

          “Salam Ina.  Dah lama kita tak jumpa kan.  Rasanya sebulan kot.  Mizi minta maaflah sebab dah lama sangat tak contact dengan Ina.  Lagipun Mizi sejak kebelakangan ni kesihatan tak berapa mengizinkan.” Luah Mizi.

          “Kalau dah tahu tak sihat kenapa tak beritahu dengan saya.  At least beritahulah dengan saya.  Kita kan kawan.” Balas aku lagi.

          “Kita setakat kawan aja ke Ina.  Tak boleh ke lebih dari tu.  Mizi kalau boleh nak hantar wakil untuk meminang Ina.  Itupun kalau Ina izinkan.” Luah Mizi.

          Aku hampir tersedak bila Mizi kata nak hantar rombongan meminang ke rumah aku.  Buat sementara waktu ni aku tak boleh nak terima sesiapa lagi dalam hidup aku.  Susah rasanya nak gantikan orang lain dengan Ery dalam hati aku.  Walaupun pada hakikatnya Ery sudah bertunang.  Aku pun masih tak nampak lagi jalan keluar.

          “Hantar rombongan meminang?”  aku bertanya untuk kepastian.  Mizi hanya mengangguk.  Sebenarnya ini kali kedua dia menyatakan hasrat nak melamar aku sebab Mizi tahu kisah aku dengan Ery.

          “Saya minta maaf banyak-banyak.  Saya kena beritahu mak dengan ayah saya dulu.  Apa-apa nanti Ina beritahu Mizi.  Ina tak janji.” Balas aku lagi.

          Kami makan sambil berbual hal lain.  Aku balik rumah dekat pukul 10.00 malam.  Kalau keluar dengan Mizi aku tak keluar lama sebab dia memang tak berapa sihat.  Pening aku memikirkan  dengan lamaran Mizi.  Apa yang aku nak jawab dengan dia nanti.

          Keesokan harinya aku telefon mak sejurus aku sampai ke ofis.  Aku rasa macam nak nangis aja bila telefon mak.  Mak memang seorang yang memahami keadaan anak-anaknya.

          “Ina kenapa telefon mak pagi-pagi lagi ni.  Selalunya Ina akan call mak dalam pukul 10.00 pagi atau tengaharikan?  Kenapa ni?”

          “Mak kalau Mizi nak hantar rombongan meminang kerumah mak nak terima ke?” tanya aku.

          “Mizi nak hantar rombongan meminang?   Ina dah fakir masak-masak ke?” tanya mak.

          “Tu sebablah Ina tanya mak.”

          “Mak tak boleh nak beri jawapan dengan Ina.  Kalau boleh mak nak Ina gembira dengan pilihan Ina sendiri.  Mak tak nak Ina kahwin dengan orang tu atas sebab lain.  Bukan sebab Ina sayang dengan orang tu. Mak tak nak Ina kahwin bukan dengan orang yang ada dalam hati Ina.  Ina buatlah sembahyang istikharah.” Jelas mak lagi.

          “Hmm…baiklah mak Ina buat sembahyang istikharah dulu lah.”

          “Tapi bagi mak kalau boleh Ina cari lain.  Tapi kalau Ina dah nak kahwin dengan dia nak buat macam mana?”

          “Takpelah mak apa-apa nanti Ina beritahu maklah.  Assalammualaikum mak.” Aku terus letak telefon.  Apa aku nak buat sekarang ni.  Antara Mizi, Man dan Ery mana satu pilihan aku.  Mak dengan ayah dari awal lagi memang tak berapa suka aku berkawan dengan Mizi dan Man.  Aku tahu mak dan ayah kalau boleh nak yang terbaik buat anak-anaknya.

          Ah kenapa aku susah nak lupakan Ery.  Semakin aku cuba lupakan dia semakin kuat rindu aku dengan dia.  Kenapa perlunya macam ni.  Aku cuba menyibukkan diri aku dengan kerja-kerja pejabat.  Aku cuba tak nak berfikir tentang dia.  Tapi bila keluar aja dari ofis secara automatik aku akan teringat tentang dia.  Aku cuba berkawan dengan orang lain tapi tak juga berjaya untuk terus memikirkan tentang Ery.

         

 

 

Minggu ni ada sukan dekat Padang UIA Gombak.  Kawan-kawan aku ajak pergi kesana tapi kebetulan minggu ni aku kena jumpa parents aku dekat rumah abang aku Desa Pandan.  Bila hujung tahun cuti sekolah abang aku ambil kesempatan untuk anaknya berkhatan.  Terpaksalah aku pergi tengok sekejap.

          Tiba-tiba Man call handphone aku.

          “Hello!  Ina tengah buat apa?”

          “Tak de buat apa-apa?  Kat rumah Abang kat Desa Pandan.  Tengok anak buah bersunat.  Kenapa?”

          “Malam ni keluar makan dengan Abang.   Dah lama tak keluar dengan Abangkan?” tanya  Man

          “Boleh jugak.  Abang ambil Ina dekat desa pandan ajalah.  Lagipun deh dekat dengan rumah abangkan?” tanya aku lagi.

          “Ok abang ambil Ina dekat rumah.”

          Malam tu aku keluar dengan Hilman.  Kitaorang pergi makan dekat area kampong baru.  Sambil makan kami berbual tentang sukan yang diadakan semalam dekat padang UIA. Hilman juga satu ofis dengan aku tapi lain department.  Hilman juga kenal dengan Ery tapi kenal sebagai sepupu aku.  Aku kenal Hilman pun sebab masa tu kebetulan dia hendak berkenalan dengan ofismate aku Fiza.  Bila dia dapat tahu Fiza ada boyfriend dia jarang keluar dengan Fiza.

          “Kenapa tak datang semalam?”

          “Tak ade orang nak bawak.  Lagipun Gombak jauhlah.  Kalau ada transport bolehlah Ina pergi.”

          “Kenapa tak cakap dengan Abang.  Abang pergi sorang aja.  Anak-anak abang ada dengan ex-wife abang.”

          “Diaorang ada ajak main bola jarring.  Suruh Ina jadi centre.  Malaslah dah lama tak main.  Lagipun kalau budak department Ina tahu Ina main untuk department lain, mampus Ina nanti kena dengan diaorang.”

          “Cakap pasal bola jarring.  Ex-wife abang pun main bola jarring.  Kalau Ina datang semalam boleh abang kenalkan dengan ex-wife dan anak-anak abang.”

          “Nak kenal dengan dengan ex-wfie abang?  Nak buat apa?” tanya aku pelik.

          “Nak kenalkan Ina sebagai bakal isteri abang?  Boleh tak?” tanya Man lagi.

          “Abang kan Ina dah beritahu yang kita kawan kan.  Ina belum nak kahwin lagi walaupun makcik-makcik Ina dah bising suruh Ina kahwin.”

          “Ok! Abang tak cakap pasal kahwin lagi.  Tapi abang memang kalau boleh nak kahwin dengan Ina.” Jelas Man lagi.

          Kenapa lah dua-dua boleh nak kahwin dengan aku pulak ni.  Macam mana nak cakap dengan Mizi dan Man yang aku masih belum bersedia lagi untuk berkahwin.  Mungkin kalau Ery yang melamar aku, aku mungkin terima.  Sebab mak pun suka dengan Ery sebenarnya. 

          Hari ni aku janji jumpa dengan Ery tempat biasa.  Lama rasanya tak jumpa walaupun baru beberapa hari aja.  Rindu semakin menggunung terhadap dirinya.  Tapi kata putus harus diberikan.

          “Dah lama awak tunggu?  Sorrylah tadi last minute saya kena anta surat kat tingkat 15.” Jelas Ery

          “Takpe saya pun baru sampai kat sini.  So macam mana?  Apa cite?”

          “Apa cite?  Saya rindu dengan awak.”

          “Rindu dengan saya?  Nanti ada orang marah.  Susah saya nanti.”

          “Awak!  Kan saya dah kata.  Saya takde tunang.”

          “Ok macam ni.  Saya memang sayangkan tapi satu aja saya nak minta tolong.”

          “Awak nak saya tolong apa?” tanya Ery kehairanan.

          “Saya nak awak teruskan juga perkahwinan awak.  Tolong jangan hampakan family awak dan family tunang awak.”

          “Habis awak nak kahwin dengan Man ke?”

          “Buat sementara waktu ni tak de sesiapa.  Bukan dengan Man dan bukan jugak dengan Mizi.  Insya allah kalau ada jodoh saya nanti saya akan kahwin.  But we still can contact each other.”

          “Baik kalau itu keputusan awak.  Awak jangan pertikaikan keputusan saya nanti.  Kalau ada jodoh antara kita tak kemana.  Dahlah awak saya pening.  Nak balik.  Lain kali kita jumpa.”

          “Awak marah dengan saya ke?”  aku cuba memujuk dia.  Aku tahu dia memang terasa hati dengan keputusan aku.  Tapi aku rasa itulah keputusan terbaik yang dapat aku beri pada dia.

          “Saya tak tahu nak cakap apa lagi dengan awak.  Masa depan saya bukan awak yang tentukan.  Saya yang merancang semuanya.  Saya rasa awak pun faham maksud saya kan.  Kita jumpa lain kali aja.” 

          Ery terus berlalu pergi.  Aku tahu dia memang terasa hati.  Selalunya kalau kami berpisah aku akan salam dengan dia.  Kali ni pandang pun tak nak lagi.  Awak saya minta maaf banyak-banyak kalau saya ada melukakan hati awak.  Kalau kita ada jodoh insya allah adalah kita.

         

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) nak lg...konfius plak samada ery ni dh btunang ke belum...sambung plz....

  • (Penulis)
    2) ini adalah sambungan suratan takdir.
  • 3)
  • 4) TERUK NYER WATAK ERY TU....
  • 5) nape heroin tu suker sgt ngan si ery tu...tak jelas la watak si ery tu....jelaskan leh..baru leh bayangkan camner...
  • 6) Emm..si ery nie ibarat sabut kelapa kot...
    cian tunang ngn heroin nei..asyik kena tipu je...
  • 7) > La' besT nya dPt 2 lamaRan:) hEhEhE
  • 8) sbb si ery blur? wakakaka

    :p

    edieca: best ke? kusut ade ah kot~ *best sbb byk pilhan je..hahahaha (trase hawt gittew)

  • 9) betul2..kalau sampai byk sgt nak masuk meminang..pening jugak tuw..

Cerpen-cerpen lain nukilan zawina

Read all stories by zawina