Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Sebuah Perjalanan

Cerpen sebelumnya:
Pembukaan
Cerpen selanjutnya:
Pemuda, Pakcik, Kambing dan dot dot dot...

 

 

 

 

Allah  Hu Akbar” Seluruh makmum mengangkat takbiratul ihram. Kemerduan suara imam memimpin solat isya berjemaah itu bisa meruntun jiwa-jiwa yang mendengarnya. Alam sekeliling sunyi dan sepi. Hanya kedengaran sang cengkerik berlagu riang.      Sepasang kaki melangkah masuk mencuri ruang antara makmum yang masih bersisa. Tergesa-gesa dia dalam kepenatan.

 

                Assalamualaikum warahmatullah” Imam menggeleng ke kiri dan ke kanan. Semuanya telah selesai namun Fakrulrazzi masih berada di dalam qiam. Lambat benar dia.  Dia telah cuba untuk hadir di dalam takbiratul ihram yang pertama  namun  masih jua gagal.

 

                Selepas member salam  Fakrulrazzi bersandar melepas lelah. Lelahnya berlari ke telaga wudu’ , lelah jua dia berlari mengejar saf.  Akhirnya dia sendiri yang dihambat lesu. Dia hampa. Hampa kerana terlepas lagi kali ini.

 

                Assalamualaikum.., nak kenapa berwajah sedih begini,”

 

                “Saya dah gagal Pak Imam,”mendunghitam telah mula berarak ke wajah Fakrulrazzi.

 

                “Apa yang gagal, kalau tak keberatan cuba cerita manalah tahu, kalau –kalau saya boleh membantu,” Fakrulrazzi memandang wajah Imam. Dia mula mencari sinar kepercayaan di wajah tua itu. Kedutan wajah tua itu menceritakan bahawa sinar kepercayaan telah lama bertamu di hatinya.

 

                “Saya sentiasa berusaha menjadi yang terbaik, tetapi saya gagal,” Imam mengangguk perlahan. Dia cuba mentafsir dimana permasaalahan bermula. Sejak dia menjadi imam di kampung itu pelbagai masaalah setempat yang di dengarinya. Ada yang mampu diselesaikan ada jua yang tertinggal tanpa jawapan.

 

                “Menjadi yang terbaik?  Macam mana tu?” Berkerut dahi Imam. Huraian yang pasti amat di perlukan agar kefahamanya lebih arif pada mentafsir persoalan ini.

 

                “Saya mahu dapat nombor satu dalam kelas…,saya dapat nombor sepuluh.., saya cuba menjadi johan dalam sukan, sayalah yang terakhir..,saya cuba menjadi makmum yang tidak meninggalkan takbiratul ihram yang pertama juga gagal,” manik- manik hangat mula merembes membasahi dataran pipi.

 

                “Nak, kenapa perlunya kamu menjadi terlalu sempurna?”

 

                Hati Imam seakan mula membaca gelodak anak ini.  Jarang berlaku di usia anak ini yang berfikiran sedemikian. Lazimya waktu ini hanyalah erti keseronokan yang dicari. Dia mula mengira-ngira apakah persolan yang sebenarnya.

 

                “Saya ingin membanggakan ibu dan bapa saya, saya ingin membalas budi mereka. Mereka telah membanggakan saya, tetapi mengapakah saya tidak boleh melakukannya sepertimana anak-anak yang membanggakan ibu-bapa mereka?”

 

 Imam menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Mengertilah dia kini namun, persoalan ini bagaikan memaksa otaknya bekerja di tahap maksima. Dia merenung wajah kerdil di hadapannya. Wajahnya ternyata hampa. Tubuhnya terhenggut-hengut menahan esakan hati. Dia perlu bijak menangani persoalan ini apatah lagi kanak-kanak di hadapannya kini terlalu hijau  untuk memahami natijah kehidupan.

 

“Nak..,” Kepala kanak-kanak itu diusapnya perlahan. Terasa bahang keikhlasan hati membakar jatungnya.

 

“Apakah pekerjaan ibu dan bapa kamu?” Tangisan anak itu  tiba-tiba semakin menggila. Imam tersentak. Dia kaget apakah pertanyaan nya tadi mengguris hati kanak-kanak ini?  Salahkah pertanyaannya tadi?  Dia cuba mencipta kedamaian di hati kanak-kanak ini.

 

“Ayah dan ibu saya telah lama meninggalkan saya dan nenek,” getar suara yang terlahir dari esakan yang kian reda.

 

“Ibu-bapa kamu pergi kemana?”

 

Imam cuba memancing jawapan yang lebih pasti. Perlahan-lahan fikirnya mentafsir akan makna yang lebih jauh dari itu.

 

“Ibu dan Ayah saya telah meninggal dunia,” sedih berbaur kesal imam merangkul kepala kanak-kanak ini ke dadanya. Ternyata telahannya tadi bukanlah anggaran semata-mata.

 

“Sebelum mereka pergi,  mereka berpesan agar saya dapat menjadi kebanggaanya, tapi saya gagal…saya gagal!”

 

“Nak..,jangan menangis nak. Kamu tidak gagal, kamu baru bermula…,masih banyak masa lagi, saya akan bantu kamu menjadi juara,” Imam cuba meniupkan api perjuangan di dalam diri milik kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu menggangguk perlahan.

 

“Sudah…, sekarang kamu pergi cuci muka kamu.”Kanak-kanak itu berlalu pergi.

 

Sepemergian kanak-kanak itu. Imam memikirkan alangkah indahnya hidupnya andai dia punya anak seperti kanak-kanak itu. Halus budinya, ikhlas hatinya kalau tidak, masakan dia masih mengingati pesanan ibu-bapanya dan berusaha menunaikannya meskipun keduanya tidak lagi bersamanya meneruskan kehidupan.

 

Tidak sepertinya, hanya kerana satu perkara yang kecil, dia ditinggalkan sendirian meranduk arus perjalanan kehidupan yang amat panjang. Isterinya mengatakan dia taksub mencari Uhkrawi hingga tanggungjawabnya bersama isteri dan dua anaknya sering di anggap sepi. Waktu itu baginya hanyalah tanggungjawab berdakwah, kebajikan anak dan isterinya diserahkan sepenuhnya kepada kuasa yang maha esa.               

 

                Selama hampir sepuluh tahun dia mengembara berbekalkan ikatan azamnya membawa syiar Islam.  Kepuasannya telah Berjaya di penuhi namun, seketika hatinya di hambat kesyunyian yang teramat sangat. Di kala itulah dia mula merindui saat-saat indah bergelumang kemanisan tawa isteri dan anaknya.  Tanpa sedar manik – manik hangat menitis laju membanjiri dataran pipinya.

 

“Di manakah kan ku temui mereka? Sesungguhnya aku rindu pada kalian. Pulanglah…, aku mengaku akulah yang salah. Akulah yang Khilaf sebenarnya.”

 

Namun tangisan akan hanya tinggal tangisan. Kerana walau selautan air mata bercucuran sekalipun,  manakan mungkin dapat diputarkan kembali detik yang berlalu. Sebagai mengubati jiwa dia menghadirkan diri dalam sesi ceramah dan kuliah agama mengisi kekosongan hidupnya.

 

Perasaanya sayu tatkala melihat ada ibu-bapa yang membawa anak-anak mereka untuk turut sama memungut ilmu yang bercurahan di masjid.  Hibanya tidak dapat di tahan lagi. Dia mengasingkan diri melayan sebak yang bertamu tanpa di undang datang.

 

“Baru kini aku sedar bahawa, tanggungjawab seorang pendakwah bukan semata-mata berdakwah kepada orang lain. Aku telah mempersia-siakan kesetian seorang isteri dan anak kepada suami dan bapa yang tolol seperti aku. Maaf kan aku sayang,” Rintihnya dalam bening air mata yang menghujani himpunan perasaan.

 

Semenjak dari itu, dia berazam memperbaiki diri. Dia kembali semula ke kampung ini hanyalah untuk mengutip kembali sisa kemanisan hidup yang masih berbaki.  Tetapi kepulangannya hanyalah sia-sia. Bekas isterinya telah berkahwin lain dan meninggalkan kampung ini. Malahan kedua bekas mentuanya juga tidak tahu kemana haluan yang ditujui oleh bekas isterinya. Hatinya remuk bagaikan kaca yang dihempas ke batu.  Ruang masanya saban hari hanyalah masjid dan kebun yang diusahakan sebagai penyambung sesuap nasinya.

 

Entah kenapa hari ini hatinya tersentuh pada setiap kali melihat  anak kecil itu menahan sendu di dinding masjid. Bertahun telah dia mengimami masjid ini . Tetapi baru kini dia merasa bagaikan ada kejutan elektrik yang menyentap tangkai hatinya. Wajah itu terlalu jujur buatnya.Wajah itu menceritakan seribu dendam kasih yang tak berkesudahan.

 

“Pak Imam..!”

 

“Allah Hu Akbar!”

 

Terkejut bukan kepalang Pak Imam, lantas mulutnya sepontan bertakbir. Seraya dia memandang Fakrulrazzi dan mengukir senyum. Terasa rindunya hilang tiba-tiba. Usapan lembut di berikan ke wajah kanak-kanak itu.

 

“Indah sungguh senyuman mu nak,” hatinya berkata-kata sendiri.

 

“Tadi saya tengok Pak Imam termenung dan sedih. Pak Imam bersedih untuk saya? Pak Imam kata saya tak perlu bersedih, tapi Pak Imam sendiri bersedih,”

 

Imam hanya tersenyum. “Kau takkan mengerti wahai anak. Suatu waktu nanti akan kau rasai keadaannya.” Hati kecilnya berbisik lagi.

 

“Siapa nama kamu?”

 

“Fakrulrazzi Bin Lokman,” hatinya bergetar tiba-tiba. Nama itu mirip nama anaknya dahulu.  Mungkinkah dia…? Lantas mulutnya lancar mengatur tanya.

 

“Nama ibumu”

 

“Rabiatul Adawiyah”

 

Dadanya semakin kuat berombak. Tiada pantai dan daratan yang hendak di hempas cuma badai menusuk jiwa.

 

“Adakah nenekmu safiah”

 

“Betul! Pak Imam kenal keluarga saya?” Hanya linangan air mata yang memberikan jawapan. Permata yang diburu bertahun kini masih lagi dalam gengaman. Inilah anak yang di carinya. Kalaulah sepuluh tahun dahulu masih merah kini sudah biasa mengatur kata. Lantas di peluk erat dan dikucup-kucup dahi Fakrulrazzi.  Fakrulrazzi hanya merelakan didalam seribu pertanyaan.

 

“Kenapa pula Pak Imam ini?” Pertanyaan yang tiba-tiba mengasak ruang fikirnya.

 

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat. Imam segera menunaikan wudu’nya. Seraya dipimpin tangan Fakrulrazzi mengiringinya. Hatinya berterusan melagukan zikir syukur.

 

Allah Hu Akbar!”  Hatinya kini lebih yakin.  Fakrulrazzi turut sama tersenyum kali ini, dia tidak gagal lagi. Dia sudah dapat menunaikan solat tanpa terlepas takbiratulihram yang pertama. Namun tanpa dia sedari ada kedamaian pada suara imam yang membaca surah Al-Fatihah.

 

Assalamualaikum warahmatullah,” geleng ke kiri , ada harapan. Geleng ke kanan, masih punya waktu membaiki kesilapan, tiada lagi kesangsian yang menghuni di pojok hati Imam. Perjalanannya kini dihiasi debunga harapan yang kian mengutum dan mewangi di sanubarinya. Namun dia masih menaruh bimbang. Benarkah dia?

 

Tirai senja berlabuh menyambut malam. Remangnya merah keemasan . Perlahan-lahan kegelapan menelan keindahan petang. Imam termanggu merenung diri.  Cuba-cuba diselaknya kembali tirai memori yang tersimpan kemas di pustaka hidupnya. Menurut bekas mentuanya bekas isterinya berkahwin lain dan meninggalkan kampung halaman. Mana mungkin kanak-kanak ini berada di sini dan mengatakan ibu bapanya telah meninggal dunia. Masakan kanak –kanak ini tidak mengenali ibu bapanya. Satu demi satu persoalan yang menerjah mindanya. Tiba-tiba dia menaruh syak, apakah sebenarnya permainan yang cuba di mulakannya kini?  

 

Assalamuaalaikum warahmatullah”, dia menyudahkan salam akhir solat hajatnya.  Dia berteleku menadah tangan memohon ihsan Rabbul Allamin .

 

“Ya Allah. Hanya Engkaulah tempat aku memohon pertolongan, tiada tuhan yang layak disembah melainkan engkau. Berilah aku kekuatan menempun ujian yang kau timpakan keatasku. Sesungguhnya aku di antara orang-orang yang rugi dan menzalimi diri sendiri. Seandai benar Fakrulrazzi itu anakku . Kau temukanlah aku jalan penyambungnya.  Andainya dia bukan anakku berilah panduan padanya untuk menuju jalan-jalan kemenangan.  Janganlah kau timpakan ujian yang bukan atas kemampuannya untuk menyelesaikannya. Berilah kasih sayangmy buatnya. Sesungguhnya dia adalah anak yang baik. Amin”

 

Ada harapan yang di paut tatkala dia menyudahi permohonan itu pada azali.  Hatinya mengatakan anak itu zuriatnya manakala hatinya menaruh seribu persoalan. Segalanya bagaikan diadun menjadi satu. Dia semakin keliru memilih yang mana harus diikutinya. Kepalanya dicengkam denyut yang menyakitkan.

 

“Biarlah hanya Allah yang menentukan segalanya. Aku tidak mampu mencari pengertian di sebalik semua titipan ini,”

 

Imam memejamkan matanya. Terasa dirinya terawang-awang dibawa pergi. Jauh mengembara ke satu alam lain yang lebih asing. Terasing darinya segala kehidupan yang pernah di laluinya.

 

Kembara sufinya akan terhenti di sini untuk kesekian kalinya. Guguran kemboja mengiringi perpisahan ini. Imam pasrah menerima segalanya andai takdirnya begini. Cuma dia menyaksikan bahawa kembara manusia takkan pernah sempurna tanpa kasih sayang dan Iman.

 

Inna lillah hi rojiun,” seluruh jasad islam dipakaikan baju putih dan tulus. Sepertimana tulus hatinya mencari kasih yang abadi.

 

Cerpen sebelumnya:
Pembukaan
Cerpen selanjutnya:
Pemuda, Pakcik, Kambing dan dot dot dot...

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.3
4 Penilai

Info penulis
Berkata benar sekalipun pahit
Macaisuci | Jadikan Macaisuci rakan anda | Hantar Mesej kepada Macaisuci

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Macaisuci
Jerangkung Dalam Almari | 3177 bacaan
Jaguh | 2791 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya Sebuah Perjalanan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik