Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KAK EEETONNNNN.......

 

Aku pun ada cerita seram gak nak story...tapi aku ni macam xder perasaan jer, tak feel sangat seram ni, ke memang aku ni jiwa kosong. Bukan apa sebab aku ni kurang percaya sangat benda tahyul ni (etc: tangkal, azimat, dll) walaupun aku tau 'benda halus' tu wujud. Tapi kalau tak takut sangat susah gak, nanti diujinya, mau terkencing terberak dalam seluar. Pada aku selagi kau percaya sesuatu benda yang tahyul itu, maka ALLAH akan uji kau dengan benda tahyul itu untuk melihat kau ni syirik tak pada Dia.

Ye..... aku sedar ini buka genre agama ini genre seram, cuma kasi intro sikit jangan terpesong lak akidah tu.

Sebelum aku mulakan al kisah aku ni, aku nak minta maaf dulu la kalau ada berkaitan dengan diri engkorang, lagi satu aku ni budak baru dalam mengarang cerita ni so mungkin cerita ni tak best langsung or best skit jer, tapi still korang jangan la tukar topik lain sebelum habis baca cerita ni. Kalau best cerita ni aku sambung lagi, kalau tak best sumpah aku tak karang lagi, malu siot.

-------------------------

Cerita dia bermula macam ni....


Kakak aku ni baru dapat kerja kat 7 eleven. So bila dapat kerja kat baru ni mesti la dapt member baru. Maka berkenalanlah kakak aku ni dengan sorang kakak ni. Kitorang panggil dia kak Eton, sebab nama dia Zaiton. Dia tak kisah sangat kitorang panggil dia kak Eton sebab dia pun asal dari kampung dan datang sini pun nak cari kerja kat KL. Dia ni ada boyfren..Boyfren dia ni pula, mentang-mentang minah tu datang dari kampung, sukati sukati dia nak lempang awek dia. Yang awek dia ni pulak baik la sangat, dia biarkan je boyfren dia ni nak buat aper2 kat dia ("tak kisah la lempang la i still love u"). Psycho boyfren dia ni..

Nak dijadikan cerita sejak dia kawan dengan kakak aku ni dia dah berani nak lawan cakap or nak gaduh dengan boyfren dia kat ring ker, or nak lempang boyfren dia balik ker, dia dah berani dah.... pasal aper pasal kakak aku ni kesian kat kak Eton ni, maka di brain wash nyer otak kak Eton ni kasi buih skit siram dengan air pastu kering kan bawah cahaya matahari, ha bersinar-sinar otak kak Eton jadinya. Tu yang dia jadik cam gitu tuh.

Macam bukan cerita seram jer....tak per belum sampai lagi part seram tuh... rilek dulu, amik kopi ke pop corn ke aper ker...janji jangan tukar topik lain.

Bila si boyfren kak Eton ni tengok perangai kak Eton ni semakin menjadi-jadi maka hangin lah satu badan seorang lelaki dayus ni..hari-hari diorang ni gaduh. Tumbuk-tumbuk la, smackdown la, flying kick la dan pelbagai lagi aksi seram dan ganas yang tidak dapat dipratontonan dalam cerpen pendek ini. Bila dah gaduh-gaduh kak eton ni amik tindakan tak nak duduk rumah sewa dia tu buat sementara waktu, sebab boyfren dia yang psycho tu selalu kacau dia kat situ. Maka kakak aku yang macam baik hati ni kasi la tumpang kak Eton ni tinggal kat rumah aku (mestilah kena kasi tumpang sebab dia yang tolong buat masalah ni!! tak pasal-pasal kena duduk sebilik dengan aku, sebab masa tuh aku tinggal sebilik dengan akak aku. dah tu kak Eton sukati sukati mak bapak dia pinjam baju aku, untuk melawa..eh ni dah melalut jauh ni, dh bukan citer antu dah ni)

wei ni still cerita antu ni jangan blah lagi aku tak tipu percaya lah..
Maka bermulalah cerita seram dalam hidup aku. Jap lagi skit nak sampai tahap seram ni, jangan kemana-mana.
 

Mak aku pulak, kawan la dengan makcik ni, nama dia per ntah lupa r.. makcik ni cantik, janda ada anak 4 tak silap aku. Anak dia sumer kecik lagi yang pompuan baya aku dah kawin dah melepas la korang nak berkenalan...eh..melalut lagi aku ni..maaf bro...sebabkan makcik ni cantik lagi, maka ramai la bapak bapak duda or teruna teruna yang tua gayut tak kahwin lagi nak berkenalan dengan makcik ni tapi makcik ni tak layan. Bila makcik ni tak layan diorang ni jadi iri hati, bengkek dan sebagainya...diorang ni pun bomohkan la makcik ni. Di hantarnya hantu raya kat makcik ni.(aku betul2 ni) Maka selalu la makcik ni sakit-sakit. Mak aku ni konon baik sangat nak tolong lah makcik ni, bawalah makcik ni gi berubat. (jumpa bomoh la) Disebabkan mak aku ni baik sangat, hantu raya tu jadi bengkek dengan mak aku.. diikutnya mak aku balik ke rumah....... jeng jeng jeng........

Malam tu aku ikut mak aku gi rumah bomoh yang tolong ubatkan makcik janda ni....maklum ler aku ni berani sangat. Sebelum tu....

Sehari sebelum malam yang aku kuar dengan mak aku ni kakak aku ceritakan pada aku....

Malam tu macam biasa kak Eton yang dah dibrainwash otak nyer tu bergayut la selama yang mungkin dengan boyfren dia yang lain. Biasa la bila bergayut mesti malam-malam baru romantika.. Rumah aku ni jenis dua tingkat..bilik aku ni kat sebelah belakang. Bilik aku ni ada beranda tau. Beranda ni mengadap pintu belakang rumah orang lain. Jadi kak Eton ni bila bergayut suka la dia lepak kat beranda tu, buka sliding door lepak sambil menghayati malam yang larut.....

"Esok kita kuar nak tak?"
"Gi mana?"
"Ala gi mana-mana la, Eton dah lama tak jumpa abang, rindu la." sambil senyum gedik ala2 cipan skit.
"Bole juga, abang pun sama rindu kat Eton. Tapi dengan satu syarat.."
"Apa dia?"
"Eton belanja abang ok? Abang gaji belum masuk lagi. Dah masuk nanti abang bayar balik"(biasa la laki macam tak kenal)
"Ala abang ni..sajer jer..ermm...ok la..." (biasa la Eton tetap Eton) sambil gigit jari..(cun la konon)
"Eh, abang tak tidur lagi ker?"
"Nak tidur aper, kan abang tengah gayut dengat Eton ni, nanti kalau abang tido saper nak gayut dengan Eton?"
"Takper la Eton gayut dengan hantu.."sambil ketawa.
..............................
"Hello....?abang asal senyap jer? jangan main-main la, tak klaka pun."
"Hello......................" tiba-tiba satu suara garau berbunyi. 
Suara yang ala2 macho tadi dah takder, yang keluar suara garau....diikuti dengan hilai tawa.....hiiiiiiiiiiiiiihiiiiiiiiiiiihiiiiiiiiiiiii.......kak Eton yang duk suka2 tadi terus terkedu..dimatikannya telefon tu cepat-cepat. Kak Eton cuba gerak akak aku, tapi akak aku tu tido mati la pulak. Aku? aku tido bawah ari tu..ecehhhh......Kak Eton apa lagi terus tarik selimut tutup muka pejam mata buat-buat tido. 

Aku rasa citer ni nak bersambung la.. sebab aku dah nak balik tak lama lagi, aku ni dalam ofis ni..narrator aper la aku ni..sumer nak citer...
 
 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) sekali tulisan aku kecik sangat daa... pandai2 la korang buka besar skit.. al maklumlah aku kan budak baru mana aku tau dia jadi kecik...
  • 2) siap ada iklan lg...
  • 3) >mCm saspEn plaK..smbung...nk tau ceta slanjutnya.
  • 4) ha ha
    kejam betul. ade ke bleh separo2 lak. tak aci sungguh. hehe!

    idea : cislah! hahaha baru sekerat. geram betul.
    penceritaan : santai, more to blog style. relatively okay

    ok. abiskan! grr
  • 5) citer ni macam- kejap2 bercakap..kejap2 berbisik...hehe.
    smbg2.
  • 6) ala....nape benti???sambung la.....

    hehe...kak eton tu mmg....mulut takde filter..kan dah kene:p

    hahaha...gaye penulisan yg sempoi:)
    sambung plisssssssssss:p
  • 7) ha...saspen..der...hehhhe..sila sambung...seram sejuk jap ni..
  • 8) hahahaha..saya suka citer nie..sila sambung..

  • (Penulis)
    9) korang nak tau gak ker?nant aku sambung lepas abis kerja aku ok...
  • 10) kejam!!! penderaan jiwa ni!!!
    • sha
    • 15 years ago
  • 11) nak lagi !!!!!!!!!!!!!
  • 12) suspen suspen..aku suka citer nih
  • 13) cerpen pendek?

    hahaha

    cerpen tu kan dh mmg mksud dia 'cerita pendek', lgpun,xrasa pendek pon cite kak eton ni :p

    padan muke! dok gayut lg mlm2 buta dekat beranda..mulut capuih plak tuu kohkoh

  • (Penulis)
    14) syud:ntah la aku salah topik kot.
  • 15) Datang membaca dari permulaan cerita..

Cerpen-cerpen lain nukilan wakaka

Read all stories by wakaka