Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KAK EEETONNNNN....... 2

 

Sebelum korang baca episod 2 ni baca dulu episod 1..(pada siapa-siapa yang belum bacalah)

--------------------------------

Selepas kejadian kak Eton diganggu makhluk halus semasa dia sedang bergayut telefon tempoh hari, satu lagi kejadian pelik berlaku.......



-------


Malam tu macam biasa lepas makan malam, kitorang sekeluarga tengok tv. lepas kitorang tengok tv kitorang pun masuk tidur. Al maklum ler dah larut malam kan, mata pun dah ngantuk. So macam biasa, mak aku dengan adik aku tidur kat bawah, kat ruang tamu. Biasalah orang melayu zaman dulu mana suka sangat tidur bilik ni. Adik aku pula masa tu rapat dengan mak aku jadi kemana-mana pun dengan mak aku, sampai tidur pun dengan mak aku, nasib perempuan kalau lelaki....aduhai tak tahu nak cakap apa. Aku? Kali ini aku tidur atas plak dengan kakak aku, nak test power la konon ada berani tak!!! ecehhh....


Pukul 1 pagi...


Aku terjaga.. rasa macam nak kencing. Aku pun pergi lah toilet, nasib toilet tu dalam bilik aku juga so tak payah lah turun bawah untuk gi ke toilet bawah. Dalam pada nak sampai ke toilet tu, aku ngintai-ngintai gak kat beranda luar bilik aku tu, saja je nak cari pasal. (sliding door umah aku ni sebelah toilet aku jer..)

Bila malam,  nak tengok melalui sliding door tu mesti ko kena tekupkan muka kat sliding door tu guna dua belah tangan baru nampak kat luar betul tak?(
pada yang ada sliding door tu test la kat umah yer pastu inform kat yang tak faham)

So aku pun tengok la kat luar, aku nampak satu cahaya merah....aku amati betul-betul cahaya tu..dalam hati aku, cahaya aper ni? aku rasa teringin sangat nak tahu cahaya aper tu..tangan aku ni plak gatal sangat, perlahan-lahan pegang sliding door tu tarik................................(dub dab dub dab)

aku nampak......






"mak.....!" aku melatah kecik.


Lah rupanya aku nampak anak bujang jiran aku ni tengah duduk kat beranda umah dia sambil hisap rokok....tulah cahaya merah yang aku dok ngintai tadi tu.. Tak der lah pulak aku nampak tuan empunya badan, al maklumlah gelapkan takder cahaya pulak, so yang aku nampak hanya lah cahaya rokok tu. Patut lah aku heran naper ada satu cahaya bukan dua! (Kalau mata hantulah yang korang fikir! sebab aku pun fikir mata hantu.)
Apa lah jiran aku ni wat saspen jer memalam buta ni gi lepak hisap rokok. nasib tak terperanjat beruk aku.. Jiran aku plak bila nampak aku, dia pun buat-buat selamba macho dia lah konon tak terperanjat, yang aku ni nak cover malu terperanjat tadi, dengan muka selamba tutup balik sliding door sambil cakap...
 
"Hish, panas betul la malam ni!"

Mana tak panas, 'kulit dah tebal' sangat tahan malu ni....
Maka tak jadi lah aku nak meneruskan hajat aku untuk ke toilet dek kerana malu yang teramat tadi. Aku pun sambung balik tidur tidak sedarkan diri.

Nanti dulu jangan belah lagi, still cerita hantu ni, tapi tak kena kat aku kena kat adik aku plak...... jeng jeng jeng.....

P/S: Untuk pengetahuan korang umah jiran belakang aku ni pun ader beranda, sebab masa tu tengah fesyen beranda buat kat belakang umah! Ramai gak jiran-jiran lain yang terikut, termasuklah mak aku.

Pukul 2:30 pagi waktu tempatan.........


Adik aku ni gemuk-gemuk sikit orangnya, bukan sikit banyak juga la. Dia ni penakut sangat. Agaknya tu sebablah dia tidur dengan mak aku kot. Nak dijadikan cerita, dari ruang tamu rumah aku, boleh nampak dapur. (dimana letaknya peti ais, dapur gas, periuk-periuk, kuali, dan sebagainya.)
Ntah kenapa adik aku tidur tak berapa lena malam tu(tak sedap hati la) Kejap-kejap dia terjaga. Dia mengiring kiri. Terjaga lagi, dia mengiring kanan pula. Terjaga lagi, dia mengiring kiri. Sebaik sajer dia mengiring kiri, dia terlihat satu susuk tubuh berdiri betul-betul dihadapan peti ais rumah aku tu. 'Benda' tu cuma pakai baju warna biru patern baju kurung kedah, (baju ni mak aku punya, mengikut firasat aku dia tengah bengkek dengan mak aku jadi dia nak menakutkan mak aku. Tapi adik aku yang kena).
Adik aku ni kan penakut, dia kejut mak aku....


"Mak bangun mak......!!!!" sambil menggoncang tubuh mak aku.
"....................." mak aku hanya diam, masih belum sedarkan diri. Agaknya ngantuk sangat kot.
"Mak~~~ bangun mak ada orang.....~~~"seakan-akan menangis, sambil menggoncang tubuh mak aku, kali ni lebih kuat. 
Kali ini mak aku tersedar, tapi masih belum membuka matanya, lalu menjawab,
"Eleh, ko mimpi jer tu, tidur lah! Lain kali tidur basuh kaki tu dulu."sempat lagi membebel sedikit sebanyak.

Adik aku seakan tak percaya dengan kata mak aku tu, ke memang dia bermimpi??? Dicubit pipinya......

"Adui sakit gak..maknanya aku tak mimpi..!!!!"

Dengan sedikit kekuatan di dalam diri, adik aku ni amati betul-betul susuk tubuh yang berdiri di depan peti ais tu tadi.
Sekali 'benda' tu menoleh ke arah adik aku........................
Dengan mata yang merah, gigi yang taring, dia merenung adik aku...Adik aku yang melihat dah tak terkeluar lagi suara bagai dikunci. Dah takder masa nak kejut mak aku tu lagi dah! Dia pun aper lagi mengiring ke kanan, tarik bantal letak sebelah kanan,(sebelah lagi mak aku la jadi penghadang) satu lagi bantal buat tutup muka dia. Pastu dia baca lah aper-aper doa yang dia tahu, sampai dia tertidur dan terjaga keesokkan paginya..


Pukul 9:30 pagi esoknya.........


Aku pun yang tidur mampus tadi bangunlah.. Rutin harian aku di waktu  pagi, pergi toilet, gosok gigi bukak sliding door...................


"Eh, apsal baju kurung kedah mak ni ader kat luar beranda ni? malam tadi takder pun? saper yang pakai????"








P/S: Adik aku yang nampak 'benda' tu. Dia kata 'benda' tu selain mata dia merah, dia tinggi and warna hitam.




Oppsssss......... jangan risau sambungan dia ader lagi........ belum habis lagi... minggu depan lebih mendebarkan!!!! aku pergi dengan mak aku sekali adik aku, jumpa bomoh.... sambungan dari pernyataan ini....'Malam tu aku ikut mak aku gi rumah bomoh yang tolong ubatkan makcik janda ni....maklum ler aku ni berani sangat.'(dalam episod satu)

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) ok siap satu lagi... aper2 hal tak faham kasi tau aku yer.. kali ni tulisan aku ok skit...so nak tau tak sambungan dia? tungguu....
  • 2) alaaa...melakukan penderaan jiwa lg kamu ni!!
    • sha
    • 15 years ago
  • 3) alllllaaaaaaaaaaaaaaaaa....sambung la ............keji la kamuuu.......:p
  • 4) sila sambung........tinggalla keja tue kejap..sambung citer nie dulu..

  • (Penulis)
    5) weh mana boleh tinggalkan kerja aku tu.. kalau tinggalkan gaji tak masuk r.. keja penting..
  • 6) memang suspen abis ni
    hehehehe..
    nk lagi !!!!!!!!!
  • 7) huih...pandai melawa hantu nih..
  • 8) mak aih. ni yg aku rasa nak gigit2 ni. asik bersambung je. nak kena starlight?

  • (Penulis)
    9) ni kan genre saspen, kena la saspen selalu yer mr cha...
  • 10) adik..nk tdo bsuh kaki..pastu slawat byk2 he..sian adik~ huhu
  • 11) naya la si adik dia..
    ketakutan!
  • 12) datang membaca episod sambungan..bukannya seram..ketawa adalah.

Cerpen-cerpen lain nukilan wakaka

Read all stories by wakaka