Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PUMM PUMMM

 

PUMMMM PUMMMM PUMMMMMMMMMMMMMM KPUM KPUM KPUM KPUMMMMMMM PUMMM

Dari hujung mata, Redz melihat Aza menjadi sangat pucat sehingga kulitnya yang gelap kelihatan seperti kulit model antarabangsa yang cerah. Tangan kanan Aza yang sedang  menggenggam tangannya juga semakin erat sehingga terasa sakit.

*********************************************

Sepuluh minit sebelum itu..

“.. berikan kekuatan kepada kami untuk menang esok. Amin”
“Amin..” sambut pelajar-pelajar itu mengaminkan doa tersebut.

“Weh, Redz, kau dah siap homework maths?” tanya Aza selepas menyarungkan selipar jepunnya.

O sh*t! Blom. Dem, kau ?” jawab Redz pula dengan separa gelabah.

“Belum gak. Hehe, jom buat kat bilik aa.” Sambung Aza lagi.

“Aku pun tak siap lagi. Tapi buku tinggal kat kelas. Jom teman aku gi amek” sampuk Alep yang berada di sebelah.

Let’s go!” Aza dan Redz serentak mengiyakan permintaan itu.

Ketiga-tiga pelajar itu berjalan dengan agak santai sambil bersembang-sembang menuju ke kelas yang berada tidak begitu jauh dari surau sekolah.

Mereka terus bergegas mengambil buku-buku yang berkaitan sebaik sahaja sampai ke kelas untuk cepat naik ke bilik supaya tidak dimarahi warden kerana berada di tempat larangan selepas pukul 11.30 malam.

Setelah mengunci pintu kelas, mereka pon mula melangkah untuk kembali ke tangga yang berada di hujung paras untuk naik menuju ke blok asrama.

*********************************************

Aih, banyak lagi aku tak siap ni. Sempat siap ke? Menyesal pulak tadi dok baca komik je.

Ni budak due ekor ni pon tak siap gak. Hish, kang nak buat katne
.

“Weh, kang korang nak buat katne homework ni?”

“Kat bilik la, takkan kat dewan makan kot?” jawab Aza berseloroh.

“Ye la, maksud aku, kat mana kat bilik tu. Lampu dah tutup. Camne nak buat ?”

“Meja depan bilik tu bleh pakai” Alep pula menjawab.

“Memang ada meja. Tapi satu kerusi. Kite tige orang. Haih, payah betul cakap dengan orang-orang lampi ni”

Kedua-dua rakanku itu terdiam sebentar. Memang ada benarnya apa yang aku katakan. Setiap bilik mempunyai satu meja yang boleh digunakan untuk kes-kes emergency seperti yang kami lalui sekarang.

“Katil tepi pintu tu kosong, bleh kot buat situ” sambung Aza lagi.

“Haa betul gak”

Korang share la katil tu. Aku nak buat kat meja.  Buwaahaha.

PUMM PUMM

Bunyi yang agak kuat kedengaran dari sebelah kiri membuatkan monolog aku sendirian terhenti. Aku cuba memastikan apakah yang mengeluarkan bunyi tersebut namun gagal kerana keadaan yang agak suram ekoran hanya satu lampu koridor yang terpasang.

PUMM PUMM PUMM

Eh, bunyi ape plak ni?

Macam dari kelas Jaya. Tapi pintu tingkap semua kunci.

PUMMM PUMMM PUMMM PUMMMM

Bunyi yang kedengaran semakin kuat. Fikiranku mula memikirkan perkara-perkara yang tidak patut difikirkan pada ketika itu. Aku mula membaca ayat-ayat suci di dalam hati.

Eh apsal aku nak takut? Bukan aku ada so…

Tangan kiriku terus digenggam Aza.
………..
………..

*********************************************

Esok aku nak lari betul-betul. Baru derang tau, aku memang atlet sejati. Boleh lari long distance. Ingat aku bleh sprint je ke ? Hmphh.

“Weh, kang korang nak buat katne homework ni?” suara Redz memecah kebuntuan.

“Kat bilik la, takkan kat dewan makan kot?” cubaku membuat loyar buruk.

“Ye la, maksud aku, kat mana kat bilik tu. Lampu dah tutup. Camne nak buat ?” tanyanya lagi.

“Meja depan bilik tu bleh pakai” Alep yang berada di kiri ku menjawab soalan Redz itu.

“Memang ada meja. Tapi satu kerusi. Kite tige orang. Haih, payah betul cakap dengan orang-orang lampi ni”  sambung Redz dengan nada sedikit marah.

“Katil tepi pintu tu kosong, bleh kot buat situ”

“Haa betul gak” ujar Redz, lega dengan jawapanku.

Sape sampai dulu, die dapat meja la. Ahaha, mesti la aku sampai dulu. Aku kan la..

PUMM PUMM

Eh? Bunyi ape tu?

Aku menoleh ke kiri untuk melihat dari manakah datangnya bunyi yang kedengaran seperti orang mengetuk meja. Kelas 2 Jaya yang berada dalam keadaan gelap gelita merupakan sumber bunyi ketukan yang kudengari.

PUMMM PUMMM PUMMM PUMMMM

Bunyi yang makin kuat dan panjang membuatkan aku menoleh kembali ke depan dengan harapan tidak terlihat apa-apa yang mungkin mengeluarkan bunyi itu. Hati kecilku terasa seperti hendak menjerit tapi aku hanya mampu terdiam dan tidak berbuat apa-apa selain terus menggenggam tangan Redz yang berada di sebelah kananku.

………..
………..

*********************************************

La la la la.

“Weh, kang korang nak buat katne homework ni?” suara Redz memecah kebuntuan.

“Kat bilik la, takkan kat dewan makan kot?” jawab Aza dengan separa serius.

“Ye la, maksud aku, kat mana kat bilik tu. Lampu dah tutup. Camne nak buat ?” tanya Redz lagi.

“Meja depan bilik tu bleh pakai”

“Memang ada meja. Tapi satu kerusi. Kite tige orang. Haih, payah betul cakap dengan orang-orang lampi ni”  sambung Redz, tidak puas hati dengan jawapanku.

“Katil tepi pintu tu kosong, bleh kot buat situ” jawab Aza pantas, tidak mahu rakannya itu panas hati.

“Haa betul gak” ujar Redz lagi.

Emo je keje budak ni. Hish.

Eh, aduu, esok petang lepas cross-country ade training band le pulak. Camne la aku leh lupa. Malehnyaaa….

Aku mula memikirkan alasan yang sesuai untuk tidak menghadirkan diri ke latihan pancaragam esok. Sedangku cuba memerah otak yang sememangnya kering, aku tersedar Redz menoleh ke arahku.

Ha, budak Redz ni pandai kelentong. Japgi mintak die reka alasan ah.

……………..
……………..

*********************************************

PUMMMM PUMMMM PUMMMMMMMMMMMMMM KPUM KPUM KPUM KPUMMMMMMM PUMMM

Bunyi yang kedengaran semakin kuat dan semakin panjang. Kesimpulan awal bahawa ada pelajar yang bersembunyi di dalam kelas tersebut untuk menakutkan mereka bertiga sudah tidak boleh dipakai lagi.

Bunyi yang pada awalnya seolah-olah orang mengetuk meja bertukar menjadi seperti bunyi kerusi diketuk pada tingkap dan semakin teruk sehingga kedengaran seperti orang membaling kerusi meja ke tingkap tanpa memecahkannya.

Sebaik sahaja kaki Aza mencecah anak tangga teratas, dia terus mengeluarkan suara.

“Cabuuuuuuuuuuuuttttttttttttttttttttttt!”

Tangan Redz dilepaskan dan Aza memecut sekuat mungkin merentasi gelanggang bola keranjang yang memisahkan blok kelas dengan blok asrama.

Redz terkesima sebentar dengan perbuatan Aza namun dia mula terasa adrenalin di dalam badannya mengepam laju dan terus mengikut langkah rakannya memecut sedaya  mungkin. Meskipun Aza merupakan olahragawan sekolah, kelajuan Redz pada ketika itu sememangnya boleh menyaingi kelajuan Aza.

“Aaaa?” Alep hanya mampu ternganga melihat kedua rakannya memecut seperti sedang berlumba di dalam acara pecut 100 meter.

*********************************************

“Kau nampak?!!” tanya Aza tercungap-cungap ketika berada di dalam surau sekolah.

“Kau plak?!” Redz bertanya selepas mengangguk.

Aza juga mengangguk.

“Ape yang korang nampak ni?” suara Alep yang berjalan dengan selamba kedengaran.

Redz dan Aza berpandangan sama sendiri. Mustahil Alep  tidak tahu apa yang mereka tahu. Mustahil Alep tidak dengar apa yang mereka dengar. Mustahil Alep tidak nampak apa yang mereka nampak. Mustahil!


*********************************************

PUMMM PUMMMM KPUMMM KPUMMM

Lembaga putih yang membaling kerusi dan meja di kelas 2 Jaya hanya tersenyum menyeringai dengan mata merah yang menyala.

PUMMM PUMMMM

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hmm.. aku ada sket kurang paham

    ade 3 org je kan? ngape scene yg sama tapi berulang2? adekah kerana dari POV karekter yg berlainan?

    dan kenapa alep tak nampak lembaga putih dan bunyi2an kpum kpum tu?

  • (Penulis)
    2) ohoo, ya.. POV dari 3 orang berlainan.. confusing sangat kah?
    aa tu la, die mmg tak nampak/dengar ape yg lagi due org nampak/dengar.. (ekceli sampai skrg pon aku tatau apsal si alep tu tak nampak/dengar benda tu)
  • 3) confius nye....
  • 4) agak confius.. sbb, tanda **** panjang selalunye org gune utk pisahkan scene. masa aku skim awal2 tadi, aku ingatkan ko mmg nak repeat scene tu 3 kali :p

    kalo dlm cerpen aku tak pasti cam mane nak bezakan kalo scene yg sama tapi from 3 POV berbeza. maybe org lain yg lg mahir dlm tulis cerpen boleh bgtau kot. cuma, aku rasa mcm kurang sesuai kalo POV lebih dari 1 utk cerpen.. melainkan novel @ nopen (novel pendek aka cerpen bersiri :p)

  • (Penulis)
    5) time terpikir nak buat.. mcm best.. tp lepas taip ekceli rasa mcm panjang sangat plak utk jadi cerpen..

    kalau edit buang.. ok tak?
  • 6) hmm.. aku rasa jgn edit. biar je. nnt org lain tgk, diorang takkan repeat the same mistake ;)

    aku suggest tunggu 1-2 hari.. biar ramai sket yg baca. POV aku bukannye betul sangat pon :p

  • (Penulis)
    7) yosh.
    (cis cerita ni patut takut ni) hahaha
    time aku taip aku takut doh pasal flash back teringat..

    tape2, nnt akan ku coba lagi.. kofkof
  • 8) oh...alep tu tak nampak ek antu tuh??? sedikit konpius kalo tak bace btul2 citer nih...
  • 9) hehehe, penceritaan dia menarik. tapi tak berapa fokus kat yg nak disampaikan. maybe next time ko bleh detailkan lagi kat part yg ko nak org takut.

    structure ade sedikit confusing. but sedikit je la. faham je pastu.

    gile ah antu ;E merah dan berbunyi seperti rimau mengawan. pumm pumm pumm!!
  • 10) repeat 3x ke??
    jue ingt jue yg terskrol ke atas..
    heheheheh....
  • 11) apehal antu tu men baling2 kerusi meja? oi! tu hak kerajaan! suka suki men baling2.. :p

    hantu gile.dh baling2 kerusi pastu menyeringai sorang2..hahahahaa

Cerpen-cerpen lain nukilan demityuh

Read all stories by demityuh