Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Kisah Suka dalam Duka part 2

Cerpen sebelumnya:
Kisah Suka dalam Duka part 1
Cerpen selanjutnya:
Kisah Suka dalam Duka part 3 (final)

Nada dering Crush nyanyian David Archuleta mematikan langkah jariku yang ligat menyediakan laporan kerjaku. Terkejut aku dibuatnya. Sengaja aku biarkan telefonku berdering untuk sesaat dua untuk menaip ayat terakhir. Sikit lagi! Sabar ye Rin, bisikku. Memang aku tahu si Zurin yang menelefonku. Nada dering itu memang untuk Zurin.


Yo babe. Sorry lambat. Aku buat report sekejap,” Zurin diam di hujung sana. Aik, dah letak ke? Ke, marah sebab aku lambat?


“Hallluuuuuuuuuu?” aku masih mencuba nasib.


“Nat…” akhirnya Zurin bersuara, tapi….


“Rin? Kau kenapa pulak ni?” aku bertanya risau. Serak suara Zurin di hujung talian benar-benar menyentap aku. Kenapa pulak minah ni menangis?


“Nat. Aku…” aku terdiam penuh suspend, takut dengan kata-kata Zurin.


“Aku nak kahwin,” aku terdiam penuh kebisuan, langsung tidak tahu dialog yang yang patut aku suarakan.


“Kahwin?” aku beratanya perlahan untuk kepastian. Biar betul budak ni. Kena tangkap basah ke?! Setahu aku, Zurin memang tidak berpunya sekarang. Mustahil dia berahsia denganku. Yang aku tahu, dia tangkap cintan dengan kawan baik dia kat tempat kerja. Siapa pulak mamat yang nak kahwin dengan dia?!


“Ya babe,” terdengar pula bunyi Zurin berdehem. Hilang sikit suara bergetar dek menangis dia.


“Kau ni tengah lalok ke apa? Cakap bagi terang boleh tak? Kecut perut aku dengar kau cerita sepatah-patah ni. Kau kena tangkap….”


“Oi, minta simpang! Kau ni mengarut je pandai,” Zurin mula bercakap seperti biasa. Lega rasanya aku mendengar suara dia macam tu.


“Habis tu?!” aku menjerit tanda tidak sabar untuk mengetahui duduk perkara sebenarnya. Zurin berdehem sebelum membuka cerita.


“Anuar, kawan baik aku yang aku selalu cerita kat kau tu datang merisik aku tadi. Aku memang tergamam sangat, sampai aku pergi menangis depan parents aku tadi. Nampak sangat gatal!” Zurin ketawa besar tapi aku masih bingung.


“Kau couple dengan dia ke?” aku masih sibuk bertanya. Lanta kau la nak gelak ke, apa ke. Jawab soalan aku dulu!


“Tak, aku kawab baik je dengan dia. Tu sebablah aku tergamam kat situ. Dia tak ada cakap apa-apa pun dengan aku before ni. Tup tup, datang merisik. Rupa-rupa, dia pun suka kat aku. Aku gembira sangat, Nat. diorang balik je, aku terus call kau,” aku tergamam sesaat. Seakan mahu tumpah air mataku saat ini mendengar penjelasan Zurin.


“Rin, kau nak kahwin,” akhirnya air mataku tidak tertahan lagi untuk mengalir deras. Kalah Sungai Klang!


“Aku tahu, Nat,” Zurin turut menangis sepertiku. Sungguh di luar jangkaanku yang Zurin akan berkahwin tak lama lagi. Bukanlah aku nak kata Zurin takkan kahwin, cuma masa seakan berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar, kami telah berusia 26 tahun dan kini, rakan baikku akan melangsungkan perkahwinan. Zurin, I’m so happy for you, gal.


Kami sibuk berborak dalam esak tangis yang berlanjutan. Entah apa yang kami tangiskan, aku sendiri pun tidak pasti. Tapi, perbualan itu sungguh bermakna dalam hari-hariku kerana aku tahu, selepas berkahwin, aku dan Zurin tentu tidak lagi seperti dulu.

 

‘Rin, aku sangat-sangat gembira untuk kau. Hidup kahwin kau macam manalah agaknya? Aku doakan korang…..’

***************************************************************************************************************************************

Nat
: zurin nak kahwin…..

Zarul: ye ke??? Bila?

Nat: InsyaAllah hujung tahun ni..

Zarul: amboi, cepatnya!

Nat: dah jodoh….

Zarul: aik.. kenapa awak macam… moody je?

Nat: she’s my very very best fren ever…. And she’s getting married….

Zarul: u should be happy for her kan?

Nat: I am! Totally do! Cuma….

Zarul: awak rasa awak akan hilang kawan baik?

Nat: ……………………


Aku tidak tahu jawapan yang sesuai untuk aku berikan. Happy memanglah happy, tapi gundah gulana pun ada juga. Gulai betullah perasaan aku sekarang.


Zarul
: nat, mungkin frenship korang tak lagi macam dulu, tapi the value of your frenship dengan rin, takkan hilang macam tu je… saya rasa normal sangat untuk awak rasa macam tu.. it takes time kot?

Nat
: mungkin….. hurm…

Zarul: dahla, jangan fikir sangat.. awak pergi ke kedah ke nanti?

Nat: saya pengapit lagi tau! Mestilah pergi. Oh ya. Dia pesan suruh ajak awak..

Zarul: ok.. saya minta cuti nanti. Jom pergi sekali?


Aku diam. Pergi sekali? Aku pengapit Zurin dan aku datang sehari sebelum pernikahan dan persandingan Zurin nanti. Yang mamat ni nak pergi sekali tu, macam mana pulak?


Nat
: saya pergi awal…

Zarul: tak apa.. saya follow… saya stay hotel la nanti.. so, I’ll pick u up?


Kaku tanganku untuk membalas ayatnya. Gembira sungguh perasaanku ketika ini. Entah kenapa. Mungkin paras kegatalan sudah sampai ke tahap maksimum?


Nat
: ok then….


Ringkas jawapanku, dan saat itu, aku tersenyum lebar! Kedah, nantikan kedatangan kami!

 

‘memori kita kat Kedah will never be erased’

*****************************************************************************************************************************************
 

How do I look?” Zurin tersenyum manis memandangku. Beberapa detik saja lagi Zurin akan di nobatkan sebagai isteri kepada Anuar. Aku cuma mampu senyum je daripada tadi.


“You look gorgeous, gal,”
balasu jujur. Cantik gila minah ni dengan baju nikah warna krim dia. Puas dia berfikir panjang untuk memilih krim ataupun putih. Katanya, putih menampakkan dia gemuk. Padahal berat tak sampai 50 kg pun!


“Kau bila lagi?” kata Zurin tiba-tiba sambil membetulkan kain kebaya yang dipakainya sambil menilik mukanya di cermin. Tak sudah-sudah!


It’s your day. Jangan nak sibuk pasal aku pulak! Dahlah berjuta tahun kita tak hang out. Tup tup, aku datang kenduri kau,” balasku, cuba menukar topik. Zurin tergelak kecil.


“Cerita pasal kau dan ‘dia’ buat aku less nervous! Come on. Ceritalah. Dah 2 tahun dah korang chatting kat YM tu. Dah setahun lebih dah contact each other via phone, sms. Takkan tak ada apa-apa?” Zurin masih cuba mencungkil rahsia. Aku cuma diam dan mengeluh kecil.


Jujur aku katakan, memang aku sayangkan Zarul lebih daripada seorang sahabat. Tipu namanya kalau aku tak rindu pada Zarul hampir setiap hari. Tapi….


“Dia tak cakap apa-apa. I’m not daring to start first!” balasku keras. Tak mungkin sama sekali untuk aku tiba-tiba meluahkan rasa sayang aku pada dia. Malu!


I’m not asking you to be daring. Tapi, sampai bila kau nak tunggu? Kalau agak-agak dia slow sangat, carilah lain. Maksud aku, katakanlah kalau… kalau tau! Kau jangan sedih pula dengar soalan aku,” sempat pula si Zurin berteka teki, tapi aku dapat jangka apa yang dia nak tanya.


“Kalau, dia anggap kau macam kawan je? Maksud aku, kalau dia tak rasa apa yang kau rasa? Takkan kau nak tunggu dia?” aku diam. Aku sendiri ada terfikir pasal ni. Aku pun tak nak terlalu mengharap pada Zarul yang memang langsung tak bagi hint!


Then, I shall give up. Ada jodoh, adalah. Kalau tak, there’s someone out there untuk aku kan?” jawapan standard budak tak laku. Tapi memang benar pun apa yang aku cakap tu. Sekurang-kurangnya aku ada pengalaman kecewa, jadi lebih matang.

 


“Kak Zu, abang Nuar dah sampai!” tiba-tiba kami di kejutkan dengan jeritan petir adik perempuan Zurin. Zurin menarik nafas panjang, dan menahan nafasnya.


Panicking!” kata Zurin seraya melepaskan nafas yang kuat. Aku cuma mampu ketawa. Tadi kata boleh ‘less nervous’ lepas dengar cerita aku. Kelentong!

 


Majlis pernikahan Zurin dan Anuar berjalan dengan lancar. Sempat aku menangis selama dua saat melihatkan tangis gembira Zurin. Sungguh aku gembira bagi pihak Zurin.

Keesokannya, majlis persandingan Zurin pula akan dijalankan.


“Oi, yang kau lagi lawa daripada aku ni kenapa? Siapa yang kahwin sebenarnya?!” Zurin menerjahku dengan suara petirnya tu selepas aku selesai menukar pakaian. Aku ketawa besar. Lawa apa benda? Baju je design cantik, bukan baju kurung atau kebaya yang biasa aku pakai. Kecoh la budak ni.


“Kau yang nak kahwin. Aku tumpang cari jodoh je,” balasku selamba.


I think purple suit you well la,” Zurin masih cuba memujiku. Aku tersenyum bangga.


Purple suit you better,” kami sama-sama tersenyum. Memang Zurin jauh lebih cantik daripadaku pun. Sejak sekolah lagi dia memang senang menarik perhatian lelaki. Kulitnya cerah, keningnya lebat, bulu mata lentik bibir merah semulajadi. Siapa yang tak nak? Beruntung kau Anuar. Kalau nak dibandingkan dengan aku, jauh terjelupuk jatuh bezanya.


Dalam semua lelaki di sekolah dulu, semua akan memandang Zurin sebelum memandang aku. Zurin memang cantik. Aku pula, kurang cantik. Cuma, aku mungkin di kategorikan sebagai pelajar yang agak pandai, banyak menyertai pertandingan mewakili sekolah dan aktif dalam sukan dan berpersatuan, jika di bandingkan dengan Zurin yang memang pemalas nak join aktiviti sekolah tu. Itulah orang kata, setiap manusia ada anugerah tersendiri daripada Penciptanya.


“Zarul dah datang ke?” Zurin mematikan ingatanku.


“Dia datang daripada pagi tadi lagi,” jawabku ringkas. Katanya nak menolong mana yang patut, tak pula aku jenguk dia. Entah apa yang dia buat, aku pun tak tahu.


“Pergila jumpa dia, sementara aku nak bersiap ni,” kata Zurin. Jam baru menujukkan pukul 10 pagi. Tadi, kami cuma try baju je. Memang tak ada kerja!


“Ok. Kejap lagi aku datang balik,” sempat aku membelek wajahku di cermin sebelum keluar.


“Lama pun tak apa,” kata Zurin sambil tersnegih busuk dan mengenyitkan matanya. Dia ni memang support aku dengan Zarul sungguh!

 



Aku keluar mencari-cari kelibat Zarul. Di dalam khemah, Zarul tidak kelihatan. Masing-masing sibuk dengan tugas sendiri. Sampai susah aku nak mencari Zarul yang entah ke mana.

Melihatkan kelibat Zarul yang langsung tak ketemu, aku menghubungi telefon bimbitnya.


“Ui, mana awak? Saya kat luar ni,” kataku sebaik sahaja panggilanku berjawab, sambil mata masih melilau mencari kelibat lelaki kegemaranku itu.


Somewhere near you,” balasnya perlahan. Romantiknya suara! Cair sekejap.


Near me, where?” aku membalas sambil tersenyum kecil. Tersenyum gatal sebenarnya.

Tiba-tiba bahuku dicuit perlahan daripada belakang. Terkejut aku dibuatnya.


Near you, here,” sempat dia membalas perlahan sebelum memutuskan talian. Kacaknya!


“Hai,” kataku sambil berjalan menuju ke sebuah meja untuk melepak.


“Tak siap lagi?” kata Zarul sambil menarik kerusi untuk duduk.


“Baru pukul 10. Bukan saya yang nak kahwin pun. Zurin tengah mekap dan of course, ramai yang ada kat situ. Nantilah, baru masuk,” jawabku. Setiap kali aku melihat Zarul, jantung aku berdegup sangat laju! 130km/j. Inikah cinta?!


“Wak,” Zarul memanggilku perlahan. Wak ialah awak, bukan wak jawa ok?


“Yep?”


“Kita couple nak?” kata Zarul selamba badak sambil memandang ke anak mataku, tepat.


“Kita what?” aku bertanya bodoh. Zarul tersenyum kecil dengan soalanku. Aku sangat berdebar sekarang ni, seriously!


Couple?” tanya Zarul lagi. Aku tergamam, terkedu, tak tahu apa nak jawab. Aku perlu memikirkan jawapan yang sweet dan kurang gatal!


“Ok,” aku menelan air liur selepas memberikan jawapan yang paling bodoh dalam dunia ini! Aku jawab ‘ok’??? Apa kena dengan aku ni!


Thank you,” kata Zarul sambil tersenyum penuh makna. Aku cuma mampu memerahkan pipiku sendiri tanpa membalas kata-katanya. Terima kasih Ya Allah…

 

‘It’s the day that I won’t forget’

*************************************************************************************************************************************** 


Aku meletakkan pen di atas buku kecil bewarna ungu itu. Lenguh jari jemariku selepas menulis panjang tentang kehidupanku suatu masa dulu. Aku meneliti ayat terakhirku.


‘It’s the day that I won’t forget’


Aku tersenyum kecil selepas membacanya penuh perasaan.

Ketukan di pintu mematikan kenangan yang tidak jemu aku coretkan di atas helaian kertas itu.


“Masuk,” kataku, menjemput gerangan insan di luar sana.


“Kak Long,” aku tersenyum lebar melihat kelibat ibu di muka pintu. Serta merta hidungku disajikan dengan bau kuah asam pedas. Yes! Mak memang best!


“Asam pedas?” aku memulakan dialog dengan mak. Emak cuma tersengih kecil, tahu dengan perangaiku yang kuat makan.


Still menulis?” kata ibu sambil menjeling sekilas pada buku kecil ungu di atas meja. Aku mengangguk laju.


Best!” jawabku dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirku. Ibu mengangguk kecil, faham dengan hobi baruku itu.


“Kak Long macam mana?” tanya emak sambil menghulurkan pinggan berisi nasi dengan kuah asam pedas kegemaranku


“Sedapnya bau!” kataku sambil menyambut pinggan dari tangan ibu, tanpa menjawab soalan emak. Asam pedas lagi penting!

 


Selesai menjamah makanan tengah hari dengan lauk masakan emak, aku kembali mengambil buku kecil itu, dengan pen Carera kegemaranku.


“Nak sambung tulis?” tanya emak. Aku mengangguk laju.


Aku berfikir sejenak sebelum mula menyambung tulis.

 

 


“Apa yang awak buat ni?! Awak hampir-hampir bunuh patient tadi tau tak?!” terkedip-kedip mataku menahan kuat suara Ketua Bahagianku.


Aku terlupa untuk mengunci troli ketika mengambil x-ray seorang mangsa kemalangan. Ketika aku sedang sibuk membuat persediaan, lelaki yang aku ingatkan pengsan, tiba-tiba terjaga dan cuba bergerak ke kiri dan ke kanan, seolah-olah bingung dengan keadan persekitarannya. Ketika itu pula, jururawat yang menjaganya berada di kauter untuk membuat pendaftaran ringkas. Entah macam mana, lelaki itu tiba-tiba terjatuh.


“Saya memang tak sengaja,puan.  Saya ingatkan dia pengsan,” jawabku perlahan, tidak mahu menyimbah minyak ke api yang membara-bara depan aku ni. Mesti dia pun baru lepas kena marah, jadi dia lepaskan geram pada aku. Memang salah aku kerana mengabaikan lelaki tadi, itu aku akui.


“Kalau dia pengsan sekalipun, awak kena jaga dia masa nurse tak ada. It’s your responsibility!” marahnya lagi. Dia terus-terusan memarahi aku sampai aku rasa nak menangis saat itu juga. Sepanjang aku bekerja sebagai juru x-ray di sini, inilah kesilapan besar yang pertama kali aku lakukan. Berilah aku peluang.


“Saya dah malas nak cakap lagi,” mungkin ketua aku ni datang bulan? Aku mengeluh kecil. Malas nak cakap, tapi sambung lagi.


“Saya janji perkara ni takkan berlaku lagi, puan,” itu sahaja yang mampu aku lakukan saat ini.


“Natalia, dengar ni,” kecut perutku mendengar ayat ketuaku yang tiba-tiba serius.


He’s a trauma patient, dan kita tak dapat expect apa yang yang akan berlaku pada dia,” ketuaku menghentikan ayat setakat itu, sebelum menarik nafas panjang. Aku jadi gelabah.


“Kalau ada apa-apa komplikasi daripada apa yang berlaku tadi, keluarga patient tu mungkin akan saman kita dan mungkin awak akan digantung kerja buat sementara waktu,” sambungnya perlahan. Aku terkesima.


“Sementara sahaja, sampai benda ni settle. Awak faham apa yang saya cakapkan?” aku terdiam panjang. Walaupun aku memang faham apa yang cuba disampaikan, tapi aku masih belum mampu membalas.

Aku mengangguk kecil akhirnya.


Sepeninggalan ketua bahagianku, aku duduk di bilik rehat, cuba untuk bertenang. Panggilan telefon daripada Zurin memeranjatkan aku Aku mengeluh panjang sebelum menjawab.


“Rin, aku tak ada mood sekarang. Later ok?” kataku tanpa sebarang mukadimah. Zurin di hujung talian diam.


“Nat, makcik Ita ni. Zurin…. Zurin…. kemalangan,” dan saat itu, telefon bimbitku tidak lagi dalam genggaman tanganku.

 


Aku memandu laju menuju ke Kedah selepas menghubungi keluargaku. Aku tak mampu berfikir apa-apa sekalipun melainkan berdoa panjang untuk Zurin.


Telefon bimbitku berdering sekali lagi. Mendengarkan nada dering Crush nyanyian David Archuleta, aku jadi takut. Aku menghentikan kenderaan di bahu jalan sebelum menjawab panggilan tersebut.


“Hello,” aku memulakan perbualan.


“Kak Nat, Kak Zu dah meninggal. Akak datang rumah terus ya,” suara adik Zurin kedengaran dan serta merta talian dimatikan. Aku kaku, diam tak terucap.
**************************************************************************************************************************************


to be continued

Cerpen sebelumnya:
Kisah Suka dalam Duka part 1
Cerpen selanjutnya:
Kisah Suka dalam Duka part 3 (final)

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
2 Penilai

Info penulis

zira

im just an ordinary girl who loves to write..
nameless | Jadikan nameless rakan anda | Hantar Mesej kepada nameless

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya nameless
Detik Akhirku | 4371 bacaan
Ini Cerita Kami | 2636 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 3 (final) | 4814 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 1 | 4751 bacaan
Kasih Diana | 2514 bacaan
'i do' | 2703 bacaan
Cinta Buta | 999 bacaan
Impian | 2772 bacaan
Kera Sumbang | 3593 bacaan
Kisah Seorang Sahabat | 8029 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya Kisah Suka dalam Duka part 2
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik