Petikan
tangsi-tangsi gitar lama itu sedikit sebanyak memberi gelombang
tersendiri dalam emosi aku, sedang dia masih senang memetik satu demi
satu nota di sana, atas pentas, atas kerusi. Baju merah petak hitam
yang memang jelas sengaja disarungkan ke susuk itu, kononnya mahu bawa
arus indie. Ah, cukup aku normal dengan baju itu. Memang kemeja plaid itu cukup lazim dengan band indie Malaysia. Jangan persoalkan sebabnya, kalaupun ada kemungkinan, hanya mampu aku andaikan baju itu banyak hubung kait dengan jeans.
Levi, Gap, atau syarikat lain yang aku tahupun tidak pernah memang
banyak menjual baju sebegini. Itulah, baju semacam papan dam aji, di
atas sana, dulu takkan pernah dia mahu beli sekalipun, tapi jelasnya
sekarang ini tampak cukup bersatu dengan lunak suaranya.
Bibir
itu terus terkumat-kamit, sambil matanya kadang terkatup rapat,
menghayati bait-bait dalam setiap serat lirik. Mungkin juga, mahu
mengelakkan gemuruh meilhat sebegitu ramai peminat melangu di hadapan
sini. Tapi, dia sudah biasa dengan mini konsert, gig, atau jamming, tak mungkin masih lagi gemuruh melampau seperti waktu kali pertama dulu. Pastinya dia mahu membaca lirik dalam mindanya.
“Tutupkan mata dan bayangkan kamu sedang membaca di atas lembarannya.”
Dia
yang ajarkan aku begitu, saat aku kehilangan kata suatu masa dulu.
Sengih kecil. Sampai sekarang masih belum termampu, masih belum
terdaya, masih belum cukup kuat untuk membaca apa ada pada lembaran
mindaku pada masa itu.
“Aku seakan menjadi kamu
Hilang
Dalam ruang rapuh ini,
Aku tak mampu berteduh
Dalam ruang tunduk ini
Tak mampu berlentok,”
Mengesat hidung. Sekali-kali kasut converse high-neck warna putih rona bintang itu dihentak perlahan pada kaki kerusi. Saiz
lima. Mungkin sudah membesar sedikit. Lima setengah mungkin, lihat
sahaja bagaimana lincah dia berjalan sekarang. Cukup tak betah duduk
diam, jadual cukup rapi, dengan kuliah, dengan latihan, dengan
persembahan, dengan jemputan peminat. Masih panas. Macam orang muda
bercinta. Sampai waktu bakal senyap, bakal ada celaru, bakal keliru,
bakal tertipu.
“Kenapa awak selalu bawa binatang ni ke hulu ke hilir? Tak .. apetuh, tak rimas ke?” :-?
“Benda ni tak lah sebesar awak.”
“Wo, jadi, awak nak cakap, saya lebih rimaslah dari benda… benda… benda hampeh ni.” [o.0]
“Don’t dare to said like that my dear.” >:(
“What? Say benda ni hampeh? Ha, alif, mim, pa, ya, ha, se-ngal!” (o.X)~
“=P
. Don’t dare to say, awak lagi rimas dari benda ni. Kalau awak ni boleh
saya junjung, bakal saya junjung. Kalau awak ni boleh saya bahukan, mehlah naik, kalau awak nak tengok saya dalam wad sebab patah tulang belakang.”
“Eeeei. Awak ni, saya berat kurang 10kg dari awak yang boroi tu tau!”
“Pardon?”
“Me asking, why you bring that guitar everywhere? Before this tarak pun.”
“Because, I want to sing u a song.” (-.-!
“Ho!”
Matanya bersinar semacam mutiara baru lepas digilap. Lebih-lebih lagi dengan contact-lense mata kucing, ditambah dengan cukup eye-lid,
maskara dan macam-macam lagi. Kadang-kadang wajahnya yang cukup mungil
itu kelihatan macam watak salah satu cerita anime. Cukup geram,
lagi-lagi bila dia tersenyum gebar bila aku menamatkan nyanyian satu
lagu untuknya. Tepukannya walaupun dari dua telapak yang masih lembut,
buat aku tersenyum bangga, walaup sendiri tahu suara aku tak lebih
semacam anak-anak kecil menyanyi lagu sekolah di perhimpunan pagi.
Itulah
harinya, bila dia meminta aku ajarkan petikan gitar. Itulah waktunya,
seorang anak gadis dengan gaun hitam rona kelabu, dengan tudung merah
jambu, dengan jemari masih kaku memetik gitar usia enam tahun lebih.
Suara masih seperti sekarang, lunak. Dek itulah, aku lagi senang
membetulkan letak jarinya, membetulkan cara petiknya dari menyanyi.
Pabila lelah dan malasnya bertandang, aku yang menjadi mangsa untuk
terus-terusan jadi pemusik latar untuk nyanyiannya.
Aku seakan menjadi kamu
yang malang
Di tepian hari,
bersimpuh lembut tanpanya
Di tepian waktu
bersila kalut dengannya,
Kala
itu kamu sendiri bisikkan ke kolong telingaku, beritahu aku, selain
syurga, apa lagi lebih indah? Dari melihat bibirnya yang masih berkilat
dengan lip-gloss itu sibuk terbuka-katup sampai kekeringan.
Keghairahan, melihatnya menyanyi waktu itu, melebihi dari segalanya.
Keghairahannya, pada muzik dan gitar coklat tua ini, melampaui kehendak
Sampailah
tiba waktunya, mungkin tiada salah seorang antara kami berdua dapat
menjangka bakal wujud hari yang serupa itu. Macam satu plot yang tak
pernah patut wujud.
Hari
di mana tiada lagi perempuan mungil kecil yang bermain gitar tua di
sisi. Tiada lagi seorang bernama teman, kawan, yang sifat cukup
perempuan ayu. Tiada lagi, manusia yang aku kenal dahulu. Semuanya,
dalam satu detik genting, dalam satu malam pening, dalam satu SMS
penting. Aku semacam bermimpi dan terus bermain dalam mimpi sendiri,
perempuan yang aku ciptakan dalam tidak sengaja, akhirnya menjadi
seseorang yang aku cukup benci.
Tapi, terkadang
mahu melangkah jelang,
Siapa kamu mahu tentukan aku?
Membawa aku searus
dalam kepuk usang
terus membawa aku
dalam kepuk itu
tak mahu lagi
terus bersimpuh pada urat ini,
Dia
mendapat tawaran dengan band indie yang merupakan band kawan baik aku
sendiri. Itu bukan kali pertama, aku rasa, kali kelima mungkin. Empat
kali, aku tidakkan, empat kali aku suapkan betapa aku benci, empat kali
dia turutkan. Kali kelima, entah dengan rasuk apa,
entah dengan sumpah apa, dalam enam puluh saat, semuanya tamat dengan
kata putus. Hubungan kami putus. Juga dia menjadi vokalis utama, juga
tetap.
Semuanya semacam satu noktah.
“Kita bakal duduk semeja dalam dua kerusi berlainan.”
“Kita bakal makan, dalam satu pinggan tapi lauk berlainan.”
“Who said I want to eat with you?”
“Er….
Ha, alif, mim, pa, ya, ha, bo-ngek!” Matanya menjeling tajam. “Orait,
someday I will be a great singer. And then u will beg me to the lutut
tau. Then awak taula, betapa makan sepinggan dengan saya itu just like
golden rain okey.”
“I don’t ever want diamond rainpun. I didn’t care, if I eat on the pelepah pisang,” aku diam. “But…”
“Hm..
please, I am joking, I will sing a song only, and only for you. But
apa-apapun, you will beg untuk makan one pelepah pisang dengan saya”
“Never, WEK!”
Never,
dan tidak akan berlaku langsung. Malah, aku rasa ayat itulah penipuan
paling jelak aku terima. Sekarang dia di hadapan ratusan peminat
sendiri. Malah aku sendiri tenggelam dalam laut ini.
Wahai laila yang majnun
juga uda dara yang luka lara
tinggalkanlah versi aku
yang masih berbayang
pergilah dari sisi aku
yang masih tak pudar
Aku
menolak kerusi plastik itu sedikit kebelakang. Sempat menjeling
penonton lain di sebelah kanan yang sibuk terkumat-kamit. Aku
bongkokkan sedikit mengambil beg kertas yang terpampang wajah seseorang
yang seperti aku pernah kenal pada wajahnya, tapi jelas, tidak pada
inti dan nafsunya. Kemudian, dengan sedikit menunduk, badan ini
digerakkan ke celah-celah manusia yang dari tadi, rasanya tidak lepas
ke pentas sederhana besar itu.
Wahai tuah dan dewi ledang
beri aku ruang pada sempit ini,
beri aku luang pada sedikit ini
nanti mampu terbang
jauh dari sakit ini.
Aku
sempat menoleh sekali dua, sebelum meloloskan diri ke kerusi terkakhir
dalam barisan ini. Sampai sahaja di situ, satu tepukan gemuruh cukup
kuat, dari bawah pentas. Seorang demi seorang berdiri, dan dalam
keributan itu, aku berundur ke belakang. Mencari pintu keluar. Mungkin
daun pintu ini menjadi laluan terkahir antara aku dan dunianya. Mungkin
dinding antara susur gajah di luar dan dewan ini menjadi pemisah
pertama setelah sekian lama. Mungkin, darjat, angan, realiti, dan hidup
mati antara aku dan dia akan terpisah dengan membran ini. Kemahuan.
Aku
senyum kepada penjaga pintu di belakang. Dia senyum dan mengangguk
kecil, seakan faham aku mahu keluar. Sesaat dua mata kami bertentangan,
sebelum tangannya memulas tombol dan menolak pintu keluar. Angin bahang
dari koridor menyapa ruang antara jemari ini, sebelum aku melangkah
keluar.
Badan dipusing, aku memandang ke atas pentas.
“Kenapa awak sayang saya?”
“I have a lot of reason”
“Jadi beritahu saya, cerita semuanya sampai saya tertidur dekat sebelah awak.”
“Hmmm, hmmm, kejap ek. Hmm.. Hm.. Macam mana nak bagitau he?”
“Hmmm…” dia mengejek, matanya yang bulat itu diputar-putar. Sedikit tanda protes.
“Err… betullah ada a lot”
“In fact awak tak tahukan, kenapa awak sayang saya? Kan? La la la.”
Aku lepaskan langkahan terakhir, antara dua zon ini. Meninggalkan segalanya. Mengeluh.
“Tapi saya tahu kenapa saya sayang awak.”
Menoleh.
Aku rasa aku belum pekak, untuk mendengar bunyi itu dari celah pintu
yang masih terbuka. Aku juga tak rasa cukup dungu, untuk rasa suara itu
bukan untukku.
|