Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Rusak Rosak

 

"Wan, kau cuba search group ini - Kapasitor.net", celah Asmah kepada Wan.

"Ahh.. Kapasitor tuh apa? Setahu aku kapasitor ini semacam benda alah yang aku belajar dalam Kemahiran Hidup dulu". balas Wan.

"Haha.. Lawak.. Ini kapasitor.net, geng penulis-penulis. Semua karya akan dicampak kat sini. Cuba la tengok dulu..". Asmah menyakinkan Wan.

Sememangnya manusia entiti bernama Wan ini pelik. Dia tidak suka orang membaca penulisannya meskipun dia mempunyai blog. Malahan dia menolak konsep menyebarkan penulisannya kepada umum. Dia ego. Umum tidak sehebat ilmu dia, umum telah terasuk dengan budaya kapitalis dan ke 'pop' an anak-anak muda sekarang. Umum tidak kenal geng-geng penulisan semacam dia. Umum ini hanya suka membaca novel-novel cinta, novel-novel Faisal Tehrani yang keIslaman dia, umum hanya poyo baginya. Maka itu, Kapsitor.net ini dipandang sebelah matanya sahaja. Sebelah lagi dia buat-buat pejam. Berlakon.

Jari-jemari Wan menari menaip, K.A.P.A.S.I.T.O.R. NET.COM..

'Aduh, lembabnya nak masuk'. Getus hati kecilnya.

5 Minit kemudian, terpapar laman yang digembar-gemburkan Asmah kepadanya.

'Oh.. Ni yang namanya KAPASITOR ini..'. Hatinya berbual-bual bersama dirinya.

Kemudian, hati dia lagi bergelojak keseorangan..

'Cis. Nak register pun susah. Itu ini nak kena isi. Dulu Shahnon Ahmad, Burhanuddin Al-Helmy, Baha Zain, Usman Awang, Keris Mas dan penulis lain tiada pula mereka bercerita pasal nak kena isi semua-semua ini. Birokrasi dan kekangan dah masuk dalam diri penulis zaman sekarang ke? Penulis-penulis dunia global atau dunia ke-3 sekarang ini macam hebat sangat. Semua nak kena isi, borang A sampai Z nak kena isi. Inilah yang jadi apabila asuhan si tua-tua korup dah masuk ke dalam diri anak-anak muda..'

Seketika, dia terawangan mengingat kisah di kampungnya..

'Pakcik betul-betul tak faham. Masuk ni dah 10 kali pakcik ke pejabat kerajaan negeri dan masuk ini juga pakcik dah isi dekat 20 borang. Tapi masih lagi pihak kerajaan tak meluluskan pinjaman perumahan kepada pakcik. Janji cakap lepas isi borang, semua selesai. Alih-alih kena isi berpuluh-puluh borang lagi. Ni jadinya bilamana banyak sangat birokrasi, bila banyak sangat itu dan ini. Bodoh. Baghal!!'. .

Wan terkejut dan tercengang dengan kenyataan seorang pakcik yang sedang bercakap seorang diri disebelahnya. Nak disapanya, tapi takut makan penampar pula nanti.. Lalu, dibiarkan sahaja. Takut..

'Sama saja dengan kapasitor.net ini.. Semua nak diisi, daripada nama sampailah kepada peti simpanan surat alam maya. Semua nak diisi. Sumpah AKUJANJI pun ada..'. Carutan isi hati Wan berkumandang lagi di setiap penjuru ceruk hatinya..

Haishh.. Macam-macam. Teknoloji dan kemudahan rupanya bukan mudah.. Teknoloji nampaknya sudah pandai nak menyusahkan..

Ini langkah untuk mengisi di Kapasitor.Net. :

1. Click Sign Up

Hahaha..

Aku lupa..

Tapi aku register juga..

Aku akan gempur dengan Revolusi di alamyang tiada mata dan telinga ini. PEKAK!!!

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) haha.. Jangan marah!!!!
  • 2) er..susah sgt ke nak register? setau den idak ah secomplicated mane~ :P
  • 3) aah laaa...
    tak laa susah mane...
    :)
  • 4) ha ha. sempat menyisip satira semasa mahupun dahulu kala.
    i like this kind of writer.

    marilah gegarkan bersamaa!! hiyah!
  • 5) betul2 geram nampaknye nih..hehe.

    ape2 pun da join gak..kamon kamon ;D
  • 6) >haha..ni comment:P
  • 7) *senyum kambing*
  • 8) dlm idup neh tade mende yang senang.

    nak senang, tido je.uhuh

Cerpen-cerpen lain nukilan Kareem

Read all stories by Kareem