Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

Tol Mistik

Cerpen sebelumnya:
Rusak Rosak
Cerpen selanjutnya:
Anak Muda Tak Keruan - Bahagian 1

Kota Damansara, 2007.

Krakk! Tup! Tup!

Bunyi-bunyian dari perlanggaran tulang temulang aku melontarkan bunyi yang sungguh ekstravaganza. Urat-urat yang melingkar bersimpul, terlerai. Aku melontarkan nafas kelegaan. Akhirnya siap jugak.

Aku menutup semua application dan memadam semua suis mesin2 yang menggangu hidup aku sepanjang hari ni. Nak bagik komen ke, nak suh ubah ape ke, esok2 citer. Mahu balik, pastu tido. Aku melangkah keluar dari bilik editing. Sunyi. semua pegi shooting. Tinggalkan aku. Shit.
Aku memandang meja makan. Kosong. Sudin tak masak hari neh. Dem. Sudin mana? Neh mesti balik umah. Dem lagik. Aku memandang sofa. Ceh, tengah tido rupernya. Lapar weh. Malas nak balik umah tanpa mengisi perut dulu. Aku tidak mahu tido dalam kelaparan. Fakta mengatakan tido dalam kelaparan bole mengundang kegemukan. Oh tidak. Aku tidak mahu menjadi lebih gemuk. Cukuplah gemuk yang ada sekarang neh.

Aku mencapai telefon tangan, dan menaip sms.

"Malam ni jadik lepak weh. Mamak hujung. Jumpe sana"

Aku tutup suis lampu bilik editing. Menggalas beg hijau kusam feveret dan menjengket keluar dari opis seperti seorang perompak profesional. Tidak mahu menyedarkan Sudin dari tido lenanya. Nanti kalo die terbangun, banyak pulak tanyanya.

Aku tiba di mapley hujung dalam masa 1 minit. Sangat dekat dengan opis aku. Kalo jalan kaki 5 minit 14 saat je dah sampai. Tu pon bole siap singgah kedai majalah beli suwinggam.

Dipendekkan cerita, aku melepak dengan seorang member. Nasib baik aku tidak perlu menunggu lama, sebab opisnya mase tu juga berdekatan. Kami berborak dan mengutuk dan mengumpat apa sahaja yang terlintas di fikiran. Setelah hampir sejam lebih menebalkan buku dosa, aku meminta diri untuk pulang, walau ketika itu jam menunjukkan pukul 8.25pm. Sebelum pulang, member aku yang bermulut celupar berkata;

"Ko jaga-jaga sket drive balik tu, nanti terjumpa hantu...kikikiki"

Celaka. Tak perlu pls. Tengok ko pon da macam tengok hantu. kata aku didalam hati. Aku memandu pulang dengan rileknya. Bilangan kereta di jalanan biasa-biasa je.

Setibanya tayar haiwan beroda aku di tol Kota Damansara yang menghala masok ke NKVE, dengan tidak semena-menanya, hati aku tergerak melencongkan stereng ke lorong tol yang dihujung sekali. Eh, kenape eh? Padahal lorong tengah kosong je, tade orang. Baru aku terpikir, oh, mungkin nilai kredit Touch n Go aku tak cukup, cepat betul naluri aku detect. Otak aku pon takleh capture pasal tu lagik. Fine, cukup duit. Hahaha. Masa tu zaman forever tak cukup duit. Tak paham aku, sampai sekarang zaman macam tu tak habis2.

Selepas mengambil tiket, dengan kelajuan 10km/j, aku meneruskan perjalanan. Biasalah, lepas tol kan kene slow-slow. Ko ingat kete ko Evo nak pecut gear 5 trus?

50 meter dihadapan, dalam samar2 malam, mata aku menangkap sesuatu.

Neh apehal berbungkus diri tepi jalan neh?

Aku memperlahankan kenderaan. Gila perlahan. Lane paling tepi. Aku nampak sesuatu berbungkus dengan kain putih. Tinggi. Tinggi sangat. 2 kali tinggi seorang lelaki Malaysia yang normal. Kain putih yang membaluti makhluk itu bercalit2 dengan debu2 tanah. Terkuak sebahagian kain di bahagian mukanya. Aku pelik, aku tak rasa apa-apa time tu. Aku ingin lebih tahu. Semakin aku mendekati, aku nampak mukanya macam hangus terbakar. Dan aku nampak matanya. matanya melihat tajam kearah tol.

Budak-budak neh, tade kerja ke cuti sekolah neh?. Ade ke malam2 dressing macam pocong tepi highway?

Pocong? Pocong? Logik ke budak2 tinggi 2 kali manusia biasa? Dan kain yang membaluti tubuhnya itu terikat kemas. Takde unsur2 terhuyung hayang langsung. Dan siap ade efek kain beralun2 ditiup angin. Sumpah, aku nampak dengan mata kasar ini.

Pocong ke tu? Pocong? Dem! Eh tidak, astagfirullahalazim!

Aku tak tahu kenapa, mata aku tanak lepas dari memandang makhluk itu. Selepas aku melintasinya, baru lah bulu roma aku terus naik. Jangankan kata bulu roma, bulu ketiak, bulu hidung, bulu mata, bulu...ermm..semua bulu la naik. Jantung aku berdegup kencang. Kulit mulus ini mula merembeskan peluh yang bertong-tong. Hati aku tak sedap.Aku cuak gile!

Aku pandang cermin belakang. Makhluk itu masih berdiri, memandang ke arah tol. hui efek angin tu tak tahan. Kalah cgi sial. Tangan aku terketar-ketar. Tiba-tiba, aku lihat kereta belakang memberi high beam 2-3 kali dan terus memecut laju. Aku tengok jam, baru pukul 8.30pm. Tepat 8.30pm.

Weh makhluk misteri, kalo ye pon nak muncul, janganla time2 camneh. Neh peak hours neh, buletin utama pon tak habis lagik.

Aku pecut laju. Tapi kereta aku berat. Fukuaka betul! Kalo nak tumpang beri salam dulu pls! Aku bawak kete sehabis laju yang mungkin. Kata orang, kalo rasa2 mistik begitu, baca ayat 3 qul. Hurmm, jangankan 3 qul, al-fatihah pon aku bole lupa time tu! Selawat je aku mampu. sampai rumah, sepantas kilat aku masok rumah dan masok bilek dan kunci bilik.

Malam tu jugak nak jadik citer bertambah sedap, aku terpakse berseorangan sebab abang dan kakak ipar aku takde, balik Ipoh.

Huwarghhhh!!!

Alhamdulillah, tiada apa yang muncul sehingga siang.

Cuma, pada malam itu, sebelum aku tidur, aku dengar bunyi kerusi dihempas ke lantai. Luar bilik aku je.Luar bilik je bai!

Dan malam tu, aku tidur bukak lampu dan ditemani senaskah Quran.


Notakaki: Ini adalah kisah benar yang dialami oleh penulis sendiri. 2 bulan selepas itu, penulis berhenti kerja.

Cerpen sebelumnya:
Rusak Rosak
Cerpen selanjutnya:
Anak Muda Tak Keruan - Bahagian 1

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
6 Penilai

Info penulis

Nuts

seorang beruang pink yang berhati tisu.
nutsdecoco | Jadikan nutsdecoco rakan anda | Hantar Mesej kepada nutsdecoco

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya nutsdecoco
Adik, Kamu Dimana? | 2259 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

22 Komen dalam karya Tol Mistik
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik