Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

Adik, Kamu Dimana?

Cerpen sebelumnya:
kerinduan bintang
Cerpen selanjutnya:
Ini Cerita Kami

2003, petang yang damai.

Sudah menjadi kebiasaan, bila petang je, pasti rumah family akan menjadi sunyi sepi, seolah-olah dilanda garuda, seperti selepas diserang tsunami. Aku yang ketika itu bercuti semester pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta dalam aktiviti tidur secara berjemaah selepas makan nasik tengahari dan solat Zuhur itu. Sungguh tidak produktif. Masakan begitu, cerita hindustan di televisi tidak menarik, takde citer Rajnikanth, tak caras.

Aku masuk bilik bawah, semua terbongkang seperti ikan paus yang terdampar akibat pencemaran sisa toksik dilautan. Mak aku, adik aku, complete terdampar, kecuali bapak aku je ntah kemana-mana, keluar. Aku pasang tv, damn, oh lupa, tiada movie Rajnikant. Aku baca majalah, ape jadah majalah Mangga neh sume letak gamba tepi swimming pool. Tak full pornografi langsung. Aku capai bantal, pasang tv dan cuba melelapkan mata. Telenevola di tv menghanyutkan aku ke dalam medan separuh nyawa itu. Dan aku tertidur.

Tup tup.

Aku tersedar. Bunyi tapak kaki yang melintas di telinga aku membangkitkan aku dari tidur. Aku lihat jam, pukul 3.15pm. Cis, baru sejam ke?

Demit, siapa berlari-lari neh? Nak main kejar-kejar sila bermain di luar pls.

Aku lihat sekeliling. Kosong. Sunyi. Aku tak mampu menyambung tidur. Aku angkat bantal, dan menuju kebilik bawah. Eh, adik, mana kamu? Adik aku, Ina yang masa tu baru berumur 5 tahun tiada di tempat tidurnya sebentar tadik. Mak aku ade, Ina? Hish, mane lak budak neh pegi. Main masak-masak ke? Dem tak ajak. Aku kebilik bacaan, mencarinya. Takde. Aku pegi dapur, takde jugak. Aku jenguk luar rumah, takde. Aku check pintu, kunci siap lock atas bawah. Aku naik atas, carik dalam ketiga-tiga bilik diatas, termasuk bilik air. Takde.

Takde. Takde. Cuak. Adik, dimana kamu?

Aku mula rasakan adrenaline aku deras mengalir. Adik, jangan main-main pls.

Aku berlari turun ke bawah mengejutkan mak aku. Dengan efek termengah-mengah, aku tanya mak aku mana adik aku. Mak aku dengan mamainya selamba rock je menunding sebelahnya kata adik aku tengah tidur.

Mom, please dont play-play ok. Mane ade orang sebelah tu!

Mak aku terkejut. Dia cakap, tadik adik aku ade tidur sebelah dia. Ye, memang, aku pon nampak. Tapi sekarang mana dia? Dia kecik lagi, takkan dia pegi drive makan ABC kat Kow Po. Aku cakap aku da carik satu rumah, takde. Mak aku cuak. Adrenaline mak aku pulak merusuh. Haa, kan, aku da cakap. Mamai lagik.

Mak aku suh aku ambush satu umah. Aku carik macam nak gila. Bawah kerusi, bawah meja, dalam almari, dalam kabinet, semua aku selongkar. Aku tak puas hati. Aku pegi naik atas semula, cari dalam setiap pelosok bilik, masuk ke setiap penjuru bilik air. Takde ok takde! Dalam fikiran aku, aku terpikir dia telah diculik alien, bole? Mak aku lak sibuk duk call bapak aku tanya dia ade angkut adik aku mana-mana tak. Dan jawapan konfiden bapak aku, takde.

Aku turun bawah, mak aku da nangis. Aku jerit nama adik aku, sunyi. Fak ah, tak gune punye alien, nak culik tinggal la surat ke, note ke ape ke. Neh tak, main sebat je. Aku tenangkan mak aku. aku nak nangis gak, sayang weh kat adik. Sape tak sayang adik weh.

Tiba-tiba, bunyi air mengalir dalam tub dalam bilik air diatas. Aku dan mak aku saling berpandangan. Aku lari naik atas. Aku lihat pintu bilik air mak aku terbuka. Aku cemas. Bunyi air semakin kuat. Aku jalan slow-slow. Sampai depan muka pintu, aku nampak adik aku tengah berdiri, dengan memakai seluar kecik sahaja. rambutnya separa basah. Dia memegang cebok sambil raut muka kelihatan pucat, memandang ke atas.

Aku kaget, "Ina...kamu buat ape tu, kamu pandang sape?"

Dia memandang aku, "kakak..."

Aku terus peluk dia, aku capai tuala dan selimutkan dia. Aku tenangkan dia. Dia kelihatan takut sangat. Aku bawak dia turun. Dalam 10 minit selepas itu, dia mula bersuara.

'Ma,...takut.."

"Awak main air ye tadik?" Aku meneka. Sebab dia neh suka main air dalam bilik air. Aku selalu marah tak kasik dia main air sebab bahaya, dia kecik lagik, takut terjatuh dalam bath tub. Selalunya, dalam bath tub tu kami isi air sebab senang nak mandi.

Ina mengangguk.

Apsal aku tak nampak? 5 kali aku masok bilik air tu, sunyi takde ape pon. Camne ko bole muncul lak neh?

"Ade orang marah ina..."

Serentak itu, aku dan mak aku berpandangan. Aku mula seram sejuk. Siapa je nak marah? Dah sah2 aku dan mak aku sedang membuta masa tu.

"Sapa marah?" mak aku cuba berlembut. Takut histeria lak budak tu nanti.

"Ade orang tu. Dia marah ina main air. Dia tolak kepala ina..." Wajahnya yang pucat mula kemerah merahan.

"Orang tu macammane?" aku mula bertanya soalan yang lebih fokus.

"Dia pakai baju putih. Ade janggut. Tinggi. Muka dia garang. dia kata jangan main air. Dia suh keluar sekarang. Pastu dia tolak kepala ina." katanya sambil membuat demo menolak kepala menggunakan kepala aku. Motif?

"Tula, main lagik air. Mama da cakap jangan main kan?? Tanak dengar cakap mama lagi, da ade orang lain yang marah. Dah, nutsdecoco (nama samaran), pegi pakaikan baju adik" cepat je mak aku memintas sebelum aku bertanya lebih lanjut. Dem. Aku nak tahu lagi.

Aku pandang Ina, dia masih ketakutan. Tangannya sejuk. Dia memandang aku seraya menggerakkan mulut tanpa mengeluarkan suara,

"Takut kak..."

Dem, jangan buat macam tu pls.

Selepas itu, aku slow talk ngan mak aku. Mak aku pandang aku. choy, apsal semua orang saiko neh?

"Budak kecik takkan menipu..."

"Hurmm...nampak muka dia takut sangat tadik.."Aku mengiyakan kebenaran, bahawa budak kecik senang ditakeover dengan makhluk2 halus.

"Sebenarnya, rumah neh ada mende jaga...sebab tu dia tolong soundkan adik kamu, sebab dia degil sangat.."

Ade orang jaga? Siapa yang jaga??

Erkk...abih tu, yang suis kipas bilik selalu tertutup sendiri waktu aku tidur malam sorang2 tu, dia jugak la?


Haa, yang tu kita tak tahu.

Bersambung, mungkin.

Cerpen sebelumnya:
kerinduan bintang
Cerpen selanjutnya:
Ini Cerita Kami

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
7 Penilai

Info penulis

Nuts

seorang beruang pink yang berhati tisu.
nutsdecoco | Jadikan nutsdecoco rakan anda | Hantar Mesej kepada nutsdecoco

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya nutsdecoco
Tol Mistik | 2931 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

17 Komen dalam karya Adik, Kamu Dimana?
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik