Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bukan milikku

  • 7
  • eira
  • 17 years ago
  • 2,944
  • FREE

 

Setelah hampir tiga tahun aku berada di bumi yang cukup asing bagiku ini, tibalah masanya aku pulang ke Malaysia. Walaupun kedatangan aku dulu bukannya di rancang, namun aku tetap bersyukur kerana akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajianku di peringkat master.

Barang-barang untuk di bawa pulang sudah ku kemas sejak awal lagi. Aku tidak berapa suka mengemas di saat-saat akhir. Sedikit cenderamata untuk keluarga juga sudah di beli.

Setibanya aku di KLIA, aku disambut oleh ahli keluargaku. Betapa gembiranya aku bila dapat menatap wajah-wajah yang aku rindu. Tiba-tiba kedengaran satu suara kecil memanggilku. Aku segera membalas panggilannya. Tanpa ku sangka dia memelukku erat. Aku segera membalas pelukan si kecil itu. Bu, anak sapa ni?. Namun tiada jawapan daripada ibu. Sedetik kemudian aku melihat sebatang tubuh yang cukup aku kenali. Aku hairan, kenapa dia mesti berada di situ menyambut kepulanganku.

Tidak ku nafikan, pemergian aku dulu ada kaitan dengannya. Pemergianku membawa hati yang terluka. Hatiku sakit memikirkan apa yang telah berlaku. Namun berbekalkan tekad dan azam untuk melupakannya sekaligus memadamkan kisah silamku bersama dia, aku kuatkan semangat meninggalkan keluarga dan tanah air tercinta. Namun aku rahsiakan daripada semua orang. Harapanku, bila pulang semula aku dapat meneruskan kehidupanku seperti biasa. Tapi aku tahu kali ini aku perlu berhadapan dengan segala kemungkinan yang berlaku, melarikan diri bermakna aku akan mengkusutkan lagi keadaan yang sedia kusut.

Sesungguhnya, kehadiran dia di lapangan terbang itu memberikan tamparan yang hebat kepadaku. Juga turut menggugat ketenangan yang aku bina hampir tiga tahun lamanya. Namun aku cuba bersangka baik. Mungkin kerana rasa bersalah dia kepadaku membawanya ke mari.

Mak, Kak Mira tak datang ke? Aku agak pelik kenapa dari tadi lagi aku tidak ternampak kelibat Kak Mira. Tetapi soalan ku itu juga dibiarkan tidak berjawab. Aku sudah kehilangan kata-kata. Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri.

Setibanya di rumah, aku meminta izin mak untuk berehat. Penat memang penat. Dengan perjalanan yang jauh beribu batu. Di tambah pula persoalan yang membuatkan aku makin lemas. Keadaan ini membuatkan aku memerlukan rehat yang cukup. Selesai membersihkan diri dan menunai kewajipan sebagai seorang muslimah aku merebahkan badan di tilam yang sudah lama ku tinggalkan. Sedar-sedar hari sudah hampir senja.

Malam itu emak memasak lauk kegemaranku. Aku bukan main selera lagi. Sudah lama aku tidak merasa masakan mak. Lebih-lebih lagi semua adik-adik ku sedang bercuti. Aku lihat abah juga turut makan dengan berselera sekali. Mungkin seronok dengan kepulangan anak sulungnya ini. Selesai menjamu selera aku menolong emak mengemas pinggan mangkuk. Lin, esok Firdaus nak ajak Lin keluar. Hampir terlepas pinggan daripada tangan aku. Kenapa mak, Kak Mira tahu ke ni?. Aku tidak sabar-sabar untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Esok Firdaus akan jelaskan semuanya pada Lin. Aku buntu dengan segala persoalan yang merimaskan ini. Sungguh aku tidak ambil tahu langsung apa yang berlaku di sini selama aku menyambung pengajianku. Aku sengaja menyibukkan diri dengan urusan pengajian sehingga dengan sendirinya segala masalah ku di bawa angin lalu.

Pagi esoknya, dengan langkah yang berat aku terpaksa meluangkan masaku untuk Firdaus. Dalam hati aku bertekad untuk tidak jatuh buat kali kedua kepada seorang lelaki yang bernama Firdaus itu. Atau lebih tepat lagi Mohd Firdaus Hakimi Bin Zainal Abidin.

Nama itu suatu ketika dulu sentiasa meniti dibibirku. Menjadi pujaanku semasa dikolej. Dia sentiasa ada bersamaku ketika aku senang juga susah. Sentiasa memberi kata-kata semangat semasa aku hampir-hampir putus asa dalam pelajaranku. Dia menjadi sebahagian daripada hidupku dan sahabat terbaik bagiku. Dia juga pandai mengambil hati kedua ibu bapaku. Persahabatan kami tidak berakhir setakat di menara gading, tetapi sehingga ke alam pekerjaan. Detik-detik indah itu akhirnya membuahkan sesuatu yang aneh dalam diriku.

Tanpa ku sangka, dia dapat membaca gerak geriku. Lin, Fir tak nak Lin salah sangka dengan pershabatan kita selama ni. Fir tak nak kita khianati persahabatan ini dan Fir tak nak antara kita ada hubungan yang lebih daripada itu. Percayalah, persahabatan kita adalah perkara paling berharga dalam hidup Fir. Aku dapat rasakan yang berkata-kata pada hari itu bukan Firdaus yang aku kenal. Firdaus yang ada di depan aku itu terlalu ego meluahkan kata-kata seolah-olah aku tidak mempunyai hati dan perasaan. Dengan sekelip mata aku menjadi benci melihat dan mendengar namanya. Mungkin dalam hal ini aku terlalu emosional. Tetapi aku tiada kekuatan untuk menghadapi semua ini setelah aku melonggokkan segunung harapan buatnya.

Aku dapat rasakan selepas itu Firdaus sudah tidak semesra dulu denganku. Juah sekali bertanya khabar aku. Jika tempat kerja dijadikan alasan, sejak dari dulu lagi kami memang tidak pernah berada di satu tempat kerja yang sama. Semenjak itu aku juga menjadi terlalu sensitif terhadap Firdaus. Aku cuba berfikiran positif. Dalam cubaan aku berperang dengan perasaan sendiri, akhirnya aku rebah juga apabila mendapat undangan perkahwinan Firdaus bersama seorang gadis, Amira namanya. Katanya, Amira berjaya mengenalkan dia dengan apa ertinya cinta. Air mataku jatuh berguguran bersama luluhnya hati ini.

Aku tidak dapat bertahan lagi. Aku tidak mahu kelemahanku terserlah di mata mana-mana pihak. Aku terus mengisi borang permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bagaimanapun aku tidak dapat mengelak untuk tidak menghadiri majlis persandingan Firdaus. Berbekalkan tekad dan semangat yang cinta itu perlukan pengorbanan aku gagahi juga kaki ke majlis itu. Aku cuba berlagak ceria. Rasanya lakonan ku menjadi kerana emak, abah dan keluarga Firdaus tidak menyedari perubahan aku itu.

Lin kenapa ni, jauhnya termenung, teringat kat orang jauh ke? Firdaus memecah kesunyian yang sejak tadi lagi mengiringi perjalanan kami. Takdelah, Lin tak pikir pape. Tak tau kenapa hati aku mejadi lembut bila berhadapan dengan Firdaus. Tapi kali ini aku nekad, walau apa pun yang keluar dari bibirnya aku tidak mahu mengalah.

Firdaus membawa aku ke restoran yang kami selalu kunjungi suatu ketika dulu. Firdaus seolah-olah hendak mengheret aku pada kenangan yang aku cuba lupakan.

Lin, Fir nak mintak maaf banyak-banyak dengan Lin sebab sakiti hati Lin dulu. Fir tak bermaksud untuk melukakan hati Lin sebab Fir tahu yang Lin sayangkan Fir. Bohonglah kalau Fir cakap Fir memang tak ada perasaan langsung pada Lin. Tapi masa tu Fir terpaksa. Firdaus menarik nafas panjang. Aku hanya mendiamkan diri. Bagi aku apa pun yang dikatakan oleh Firdaus tidak dapat lagi menembusi tembok kedegilan aku ini.

Fir nak Lin tau yang Mira tu sebenarnya sepupu Fir, dia sayangkan Fir. Fir tak sanggup menghampakan perasaan dia sebab Fir tahu dia menderita penyakit leukemia. Dua tahun selepas kami kawin dia menghembuskan nafas terakhir. Masa tu Dania masih kecik lagi.
Aku terpaksa menahan sebak, akhirnya aku tahu jugak kebenarannya yang Firdaus pernah sayangkan aku semasa aku menyanyanginya separuh mati dulu.

Kita masih kawan lagikan? Kita boleh bercerita tentang apa saja. Kalau Fir ada masalah Lin boleh bantu. Tentang sume tu Lin dah anggap sebagai sejarah hidup kita. Tak perlu diungkit lagi. Lagipun Dania perlukan kasih sayang Fir, jangan biarkan dia terasa sangat kehilangan mama dia.

Lin, Fir nak Lin jadi sebahagian dari hidup Fir. Mama kepada Dania. Aku sudah mengagak ini yang hendak disampaikan oleh Firdaus selepas mendengar cerita Firdaus tadi. Patutlah beria benar dia pergi mengambil aku dekat KLIA semalam. Firdaus rupanya telah memikat hati keluargaku dulu.

Fir, Lin sayangkan Fir sebagai seorang sahabat. Lin tak dapat terima semua ni. Mungkin Dania perlukan pengganti Kak Mira, tapi orang itu bukan Lin. Akhirnya aku mampu jugak meluahkan suatu yang pahit untuk aku terima. Rupa-rupanya 3 tahun tak mampu memadamkan rasa sayang aku pada Firdaus. Namun, walau apapun yang terjadi aku tidak mampu menerima Firdaus sebagai suamiku. Biarlah ia kekal begini.

Emak agak kecewa. Tapi, lama kelamaan emak dapat menerima keputusan aku. Aku katakan kepada emak yang aku tak mahu manamatkan zaman bujangku lagi buat masa ini. Berlainan pulak dengan Firdaus, setiap hari dia menghubungi aku. Bertanya itulah, inilah. Sampai aku naik rimas dengan dia. Kadang-kadang aku tak paham jugak dengan perasaan aku ni. Entah.

Tiba-tiba ingatan aku melayang kepada kawan baik aku semasa di Amerika dulu. Suhaili. Dia seorang gadis yang baik. Mungkin dia sesuai untuk Firdaus. Tanpa berlengah lagi aku menelefon Suhaili.

Sue, kau kat mana ni? Kita jumpa nak. Aku rindu la kat kau. Sejak balik dari US dulu kita tak pernah jumpa lagi. Aku memulakan bicara.
Erm, okay. Kalau hujung minggu ni cam mane?. Okay aku setuju. Langkah pertama mengajak Suhaili keluar berjaya. Diluar pengetahuan Suhaili aku juga turut mengajak Firdaus keluar bersamaku. Bukan main gembira lagi Firdaus. Namun aku tidak memberitahunya tentang kehadiran Suhaili.

Assalamualaikum, amboi sejak balik dari US dulu langsung tak contact aku. Rupa-rupanya nak kenalkan aku dengan boyfriend. Perli Suhaili.

Eh Sue, kau ni apelah. Dia tu kawan aku. Aku nak kenalkan kau dengan dia. Suhaili agak terkejut. Kebetulan Firdaus memesan makanan, jadi aku gunakan peluang ini untuk menyampaikan niat aku pada Suhaili.

Kenapa, mamat tu bukan main hensem lagi nak kenalkan pada aku. Engkau amik je lah dia. Suhaili masih tak dapat terima apa yang aku maksudkan.

Dengan sikap aku yang acuh tak acuh melayan Firdaus sejak kebelakangan ini menjadikan hubungan antara Suhaili dan Firdaus semakin rapat. Mungkin pada ketika ini Firdaus betul-betul memerlukan pengganti Amira dan teman untuk berbicara.

Aku pula dapat rasakan masih ada perasaan yang aneh dalam diri ini namun aku mesti kuatkan semangat dan tabahkan hati. Aku tak mungkin berpatah balik. Tambah-tambah lagi Suhaili sudah mula menyukai Firdaus. Bukan setakat itu saja. Anak Firdaus jugak sudah rapat dengan Suhaili. Sesekali apabila Firdaus keluar dengan Suhaili dia akan bawa Dania bersama.

Aku mengetahui semua ini daripada Suhaili. Dia selalu bercerita tentang perkembangan dia dan Firdaus. Bukan main ceria lagi suara dia bercerita itu dan ini.

Sedihkah aku? Kecewakah aku? Bukankah ini yang ku mahu? Bukankah aku yang mulakan semua ini?

Sekeping kad undangan ini benar-benarnya meremuk kan hatiku. Walaupun aku sudah lama bersedia untuk menghadapi semua ini, kini aku sedar aku masih tidak mampu.

Kau jangan lupa datang tau, bicara Suhaili penuh mengharap.

Okay engkaukan kawan baik aku, aku pasti akan sama-sama meraikan hari bahagia kau, senyuman dibibir ini seolah-olah tidak memberikan apa-apa makna lagi kepada aku.

Cinta itu bukan milikku. Aku pasrah dengan takdir illahi. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa untuk kebahagiaan kalian.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) aloh la anis..bakpo g2 endingnya..aloh la ...tp ok la..wahh dah jadi penulis ya anis....hahahha

  • (Penulis)
    2)

    weh gnee. gno bulih msk kapasitor nih
    malu2~~~

    haha Wink

  • 3) hahahhaa.lame doh aku masuk kapasitor..aku suka baca novel n cerpen die...hahahha..x sangka eh..kate nak wat reunion..anis ke yg arrangekan..weh blur 12 pon bdak skolah kite gok...die senior la...akak..p kita pioneer..hahaha
  • 4) aiseh...reunion bdk sekolah ke nih? hahahahha....
  • 5) oloh la, samo skoloh ruponyo demo semo nih (panda2 nak kecek kelate gok) koh koh
  • 6)

    sedihnye ending mcm ni tapi kalo sume happy ending, tak bes kan?

    btw, mungkin kalo bole asingkan dialog ngan keterangan, lebih senang kot nk notice.  


  • (Penulis)
    7)

    gnee: meme nok buat pon. nati gi deh

    blur21: kak, jom join reunion kitorang. hihi

    cahatomic: hehe. nok kecek kelate pun bulih 

    uculer: kadang-kadang tak semua yang terjadi macam apa yang kita harapkan. Okay, nanti saya cuba perbaiki lagi cara penulisan saya. Terima kasih

Cerpen-cerpen lain nukilan eira

Read all stories by eira