Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Aduh!! Mahalnya hantaran..
- 16
- LeaQistina
- 15 years ago
- 4,947
- FREE
"Apa??!! Dua puluh ribu??" terkejut Adif mendengar
nilai yang disebut oleh Nila. Hampir
tersedak Adif dibuatnya. Mujur saja air
yang sedang dihirupnya tidak tersembur keluar.
"Biar betul Nila??" Adif cuba mendapatkan kepastian mengenai
apa yang didengari tadi. Dua puluh
ribu??!!
Nila hanya mengangguk lemah. Adif meraup kepalanya, tanda resah.
"Nila.. mana Adif nak cari duit sebanyak tu?" nilai
itu dirasakannya bagai tidak masuk dek akal.
Dirinya bukanlah anak orang berada malah baru sahaja dua tahun mula
bekerja. Mana mampu untuk menyediakan
mahar hantaran buat Nila yang sebanyak itu?
Nila hanya tertunduk. Tidak tahu apa yang perlu
diperkatakannya.
"Ayah Nila tak setuju dengan perhubungan kita ke
Nila?" entah mengapa hati kecil Adif kuat menyatakan bahawa permintaan nilai
hantaran yang terlalu tinggi itu merupakan signal secara halus daripada ayah
Nila - dia menentang perhubungan ini. Ada calon lain yang lebih
layak buat Nila.
"Entah la Adif.
Setahu Nila, ayah tak pernah halang perhubungan antara kita.." Nila juga
tidak pasti akan permintaan ayahnya itu yang dikira agak melampau.
"Bila Adif rancang nak hantar rombongan meminang?"
"Minggu depan.." jawab Adif perlahan.
"Hmm.. mungkin sempat lagi untuk Nila berbincang
semula dengan ayah.."
"Biar Adif yang cakap dengan ayah Nila.."
"Jangan Adif.. Biar Nila yang cakap, kalau tak
berjaya jugak nanti baru kita fikirkan tindakan kita yang selanjutnya ya.."
pujuk Nila. Nila tahu, hati Adif sudah
pasti resah ketika ini. Begitu juga dengan
hatinya.
"Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan-urusan kami
dalam menuju jalan redha-Mu", doa Adif di dalam hati. Moga hati ayah Nila lembut untuk
mempertimbangkan kembali, nilai hantaran Nila nanti.
* * *
"Ayah, boleh Nila cakap sesuatu?" tanya Nila
lembut. Ayahnya yang berada di sofa
sedang membaca akhbar didekatinya.
Nik Nirwan melipat akhbar ditangannya lalu
diletakkan di meja kopi.
"Nila nak cakap apa?"
"Fasal nilai hantaran.." jawab Nila pendek.
"Kenapa? Adif tak mampu?"
"Memang Adif tak mampu, yah. Keluarga Adif bukanlah orang berada, Adif
pula baru dua tahun bekerja. Mana sempat
Adif nak mengumpulkan wang sebanyak tu?
Lagi pulak, tempoh pertunangan yang ayah letakkan cuma enam bulan.."
Nila cuba
memancing akal rasional ayahnya. Moga
setiap hakikat yang dibentangkan dihadapan mata ayahnya itu mampu membuka mata
ayahnya mengenai tahap kemampuan Adif.
"Nila.. dengar sini. Nilai yang ayah tetapkan itu bukanlah untuk
menyusahkan kamu berdua. Bukan juga niat
ayah untuk menghalang niat murni kamu berdua untuk mendirikan rumah
tangga. Cumanya, jika Adif tidak mampu
untuk menyediakan nilai hantaran yang telah ayah tetapkan, itu bermakna Adif
belum bersedia untuk memikul amanah menerajui sesebuah rumah tangga.. Macam
mana Adif nak bela Nila kalau duit hantaran pun dia tak mampu sediakan..?"
hujah Nik Nirwan pada setiap patah kata anaknya.
"Tapi yah, wang bukanlah segalanya. Persediaan itu bukanlah terletak pada nilai
wang tetapi apa yang terdapat di dadanya, kasih sayangnya, ilmu dijiwanya.. Itu
yang lebih utama yah.." selar Nila pula.
Nik Nirwan merengus tidak senang dengan kata-kata anaknya.
"Kenapa kamu yang berbincang dengan ayah dan
bukannya Adif sendiri?" Nik Nirwan cuba memesongkan bicara.
"Bukan Adif tak nak, ayah. Nila yang tak izinkan dia berbincang dengan
ayah. Biarlah Nila yang berbincang
dengan ayah terlebih dahulu. Nila
betul-betul tak faham kenapa ayah tidak mahu mempermudahkan perancangan kami
ini ayah.." Nila kesal dengan sikap ayahnya.
Entah apa yang diharapkan oleh ayahnya melalui nilai hantaran yang
banyak sebegitu. Nik Nirwan berpura-pura
tidak mendengar akan jawapan anaknya. Surat khabar yang
dilipatnya tadi diambil semula lalu berpura-pura kembali membaca. Tidak mahu anaknya itu memanjangkan bicara. Keputusannya muktamad.
* * *
"Eh.. Korang semua ni bercerita tentang apa? Riuh semacam je bunyinya.." soal Nik Nirwan yang baru turun dari pejabat, pada
rakan-rakannya yang riuh berborak.
Itulah aktivitinya dan rakan-rakan pejabat yang lain selepas selesai
waktu pejabat. Mengeteh barang sejam
dua. Berborak-borak perihal semasa.
"Tak ada apa-apalah Nik. Si Farid ni ha.. Bercerita fasal nilai
hantaran anak perempuan dia. Lima belas ribu kau tau
dia letak.." jatuh rahang Nik Nirwan mendengarkan nilai hantaran anak temannya
itu.
"Kau biar betul, Farid?!!" tanya Nik Nirwan tidak
percaya.
"Betullah.. Bukan senang aku bela anak aku
tahu? Ingat senang-senang je aku nak
bagi anak aku macam tu? Atleast biarlah
berbaloi dengan segala penat lelah aku membela dan membesarkan anak aku tu.."
jawab Farid acuh tak acuh. Bangga pula
rasa hati Farid tatkala melihat wajah kagum rakan-rakannya.
"Tapi Farid, tu dah macam kau menjual anak kau?"
tegur Luqman yang nyata agak kurang bersetuju dengan Farid.
"Mana ada aku jual anak aku?!! Sedangkan harga anak
lembu pun mencecah lima
enam ribu, inikan pula anak aku.. Aku hantar dia pergi sekolah tau, siap masuk
universiti lagi.. Takkan nilai dia hanya setara dengan anak lembu.." balas
Farid dengan wajah yang jelik. Nik
Nirwan pula hanya mendiamkan diri. Cuba
mencerna hujah kedua-dua rakannya.
"Logik juga kata Farid. Itu bukan menjual anak, cuma meletakkan nilai
yang setimpal buat anaknya.." hati kecil Nik Nirwan mula termakan oleh
hujah-hujah Farid tadi.
"Aku dengar, hantaran anak kau si Eisya tu cuma
enam ribu. Murahan betul ya anak kau
tu.." ucap Farid tanpa memperdulikan perasan Luqman. Luqman hanya menggeleng kesal. Tidak disangkanya, begitu dangkal tahap
pemikiran Farid.
"Terpulanglah pada kau Farid. Cuma aku nak ingatkan kau bahawa redha Allah
akan mengiringi perempuan yang murah, yakni murah mahar dan hantarannya. Apalah sangat nilai hantaran dan harga wang
belanja andai akhirnya anak kau tidak bahagia.." ucap Luqman sebelum berlalu
meninggalkan rakan-rakannya.
Wahaha.. Farid ketawa berdekah-dekah apabila
melihat Luqman berlalu meninggalkan mereka semua.
"Apa lagi yang boleh si Luqman itu katakan. Dah memang nilai anak dia tu murah, so nak
pulak dia selitkan kononnya mudah mendapatkan redha Allah.." Farid ketawa lagi,
lagi dan lagi. Ketawa hingga hatinya
puas. Rakan-rakannya yang lain juga
turut ikut ketawa.
"Kalau tak ada duit, bagaimana nak hidup
bahagia..?" tambah Farid lagi dalam nada yang sinis.
"So Nik, hantaran anak kau pula nanti berapa??!"
* * *
"Adif, apa yang kita nak buat ni? Nila dah cuba bincang dengan ayah but still
dia tak nak turunkan nilai hantaran tu.
Still dua puluh ribu. Macam-macam
alasan yang ayah bagi. Sampaikan Nila
sendiri dah tak tahu nak cakap apa? Nila
sendiri pun malu nak berhadapan dengan Adif" ujar Nila lirih. Wajahnya ditundukkan. Segan untuk bertatapan dengan Adif. Segan dengan sikap ayahnya yang seolah-olah
ingin menjualnya.
"Hei.. apa yang Nila cakapkan ni? Jangan risau, kita masih ada masa lagi untuk
memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini.." pujuk Adif. Nila hanya mendiamkan diri. Buntu memikirkan cara supaya Aidif dan
dirinya dapat bersatu.
"Nila.." panggil Adif setelah sekian lama mendiam
diri.
Nila mengangkat wajahnya. Cuba memberi tumpuan pada Adif.
"Adif belum tahu caranya but Adif rasa Adif perlu
berbincang sendiri dengan ayah Nila.
Boleh tak kalau Nila aturkan
suatu pertemuan antara Adif dan ayah Nila, esok petang, dalam pukul empat lebih, di Taman D. R.
Seenivasagam. Boleh?", tanya Adif. Hati Adif tersenyum. Adif yakin, dengan izin Allah, rancangannya
esok akan berjaya.
"Boleh, tapi apa yang Adif nak cakapkan pada ayah?"
Adif hanya angkat bahu. Fikirannya kosong dan buntu. Masih tidak tahu tindakan terbaik bagi memujuk Nik Nirwan.
"Yang itu biar Adif fikirkan nanti. Sekarang ini, jom Adif hantarkan Nila balik
dulu."
* * *
Adif buntu memikirkan masalah yang sedang
dihadapinya kini. Entah bagaimana cara
yang perlu dia lakukan untuk mendapatkan kata setuju dari ayah Nila. Dua puluh ribu? Bukan suatu nilai yang sedikit. Mana hendak aku cari wang sebanyak itu? Ah.. Nila, Adif mengeluh sendiri. Adif berjalan tanpa tujuan di Taman D.R
Seenivasagam ini atau lebih di kenali dengan nama Taman D.R sahaja dikalangan penduduk sekeliling. Langkah ayunan kakinya
dibiarkan lepas tanpa haluan. Setelah
agak lama dia begitu akhirnya Adif duduk di sebuah bangku kosong yang berada di
tepi tasik. Otaknya masih lagi ligat
memikirkan cara untuk memujuk ayah Nila esok.
Sedang otaknya ligat, matanya pula meliar memerhatikan sekeliling. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu poster
yang ditampal pada tiang lampu yang berada tidak jauh darinya.
Masalah kewangan? Jangan risau.
Kami mahu menolong anda.
Hubungi : 015-65846544
* Tak perlu cagaran dan tak perlu gelentor.
"Mungkin inilah jalan penyelesaian yang terbaik
buat aku," bisik hati Adif penuh semanagat.
Pantas poster tersebut dicabutnya.
Sambil matanya khusyuk membaca ayat-ayat yang tertera pada poster
ditangannya, tangan kirinya pula cekap mendail nombor-nombor yang tertera. Menunggu seketika hingga talian dihubungkan.
"Hello.."
* * *
"Hello.. Assalamualaikum Adif.. Adif dah sampai
ke? Nila baru saja sampai dengan ayah
ni.." Nila menghubungi Adif sebaik sahaja mereka tiba di tempat yang ditetapkan
semalam. Jauh dilubuk hati Nila, dia
sendiri tertanya-tanya mengenai perancangan yang dilakukan oleh Adif. Namun, atas dasar rasa percaya yang kukuh
pada Adif, Nila yakin perancangan Adif itu bakal membawa kebaikan pada mereka
dengan izin daripada-Nya.
"Waalaikumussalam Nila. Adif dah sampai. Nila ingat lagi tak, pondok pokok buluh
kita? Adif ada kat situ.." ujar Adif
sebagai jawapan.
"Okey.. Nila ingat.." jawab Nila ringkas sambil
menutup telefon bimbitnya. Jika boleh
pada petang ini, Nila tidak ingin diganggu.
Semoga perancangan Adif pada hari ini berjalan dengan lancarnya, doa
Nila di dalam hati.
"Jom ayah.." ajak Nila. Nik Nirwan hanya mengikuti langkah anaknya
tanpa sebarang kata.
* * *
"Assalamualaikum pak cik. Apa khabar?" sambut Adif sebaik sahaja
melihat kelibat Nila bersama ayahnya kelihatan.
Tangan dihulur. Lalu Adif tunduk
bagi menyalami tangan Nik Nirwan. Walau
apa yang terjadi, hormat pada orang tua perlulah dijaga. Itulah prinsip yang Adif pegang selama ini.
Adif tersenyum pada Nila. Nila turut membalas senyuman daripada Adif.
"Eh Nila, takkan nak tersenyum aje. Ajaklah ayah Nila duduk. Marilah duduk dulu, Pak Cik.." sengaja Adif
mengusik buah hati pengarang jantungnya sambil menjemput Nik Nirwan duduk. Sopan sahaja budi bahasanya. Nik Nirwan mengangguk. Lantas mereka bertiga duduk di pondok buluh
yang terdapat di situ.
"Pak cik, beberapa hari yang lepas Nila ada
maklumkan pada saya mengenai nilai hantaran yang telah pak cik tetapkan.." Adif
memulakan bicara pada petang itu.
"Kenapa?!! Kau tak mampu nak sediakan?" pintas Nik
Nirwan bertanyakan soalan yang dirinya sendiri sudah mengetahui jawapannya.
"Ya, pak cik.
Terus terang, saya mengaku pada pak cik bahawa saya tidak mampu untuk
menyediakan mahar hantaran yang sebanyak itu.." lembut sahaja suara Adif menjawab. Nila hanya mendiam diri. Tidak mahu menyampuk dan mengganggu perbualan
antara Adif dan ayahnya.
"Dah tu, berapa nilai hantaran yang kau rasa mampu
untuk diletakkan untuk anak aku?" tanya Nik Nirwan kasar.
"Ayah.." tegur Nila lembut. Dia agak kurang menyenangi cara ayahnya
melayani Adif. Adif memberi isyarat
‘tidak mengapa' pada Nila, membuatkan Nila tidak jadi untuk bersuara.
"Kalau kau rasa tak mampu lagi untuk menyediakan
duit hantaran semua ini, kenapa kau gatal-gatal nak ajak anak aku kahwin
pulak??!! Entah-entah nanti anak aku
mati kering tak makan, kalau dia kahwin dengan kau..!!" tambah Nik Nirwan lagi. Adif hanya tersenyum dan cuba menenangkan hatinya yang pedih
akibat kata-kata kasar Nik Nirwan.
"Insyaallah pak cik. Andai kata sebegitu daif kami pada waktu itu,
rela saya tidak makan demi mendahulukan keperluan isteri dan anak-anak saya
nanti. Lagi pun nanti mereka adalah tanggung
jawab saya. Masakan saya akan
membiarkan mereka mati kebuluran tidak makan.." Adif masih lagi berlembut. Nik Nirwan merengus kasar. Tidak suka dengan jawapan Adif yang dia kira
sebagai sengaja ‘tunjuk baik'.
"Huh!! Belum
dapat memanglah itu jawapan kau. Hah..
jangan cakap banyak. Agak-agaknya berapa
nilai yang kau mampu letakkan?" malas Nik Nirwan hendak melengah-lengahkan
bicara. Tambahan pula, hatinya sudah
bulat untuk meneruskan dengan keputusan yang telah dibuatnya sebelum ini. Pasti gah nanti apabila aku bercerita pada
Farid dan rakan-rakan pejabatnya nanti, desis hati Nik Nirwan.
"Sepuluh ribu pak cik.. Itulah sahaja nilai yang
saya mampu buat masa ini.."
"Sepuluh ribu?!! Gila..!! Kau ingat Nila ni apa? Anak lembu??" tengking Nik Nirwan tiba-tiba.
"Ayah..!!" Nila tidak menyangka bahawa ayahnya akan
berkata begitu.
"Kau diam Nila.
Ayah tak mahu kau masuk campur.
Hei, kau dengar sini Adif.
Sedangkan anak lembu lembu pun dah berharga lima enam ribu, inikan pula anak aku.."
sengaja Nik Nirwan mengulangi kata-kata yang pernah dituturkan oleh Farid suatu
ketika dulu. Marahnya meluap-luap
apabila mendengar nilai hantaran yang diminta oleh Adif.
Adif hanya diam melihatkan keadaan Nik Nirwan yang
sedang marah.
"Sepuluh ribu?!!
Empat ribu sahaja lebih daripada harga lembu? Kiranya kau anggap si Nila ni, up sikit jelah
daripada lembu. Begitu?!!" sambung Nik
Nirwan lagi.
Adif menarik nafas dalam. Pipinya yang gatal akibat digigit nyamuk,
digarunya perlahan. Entah mengapa
hatinya berasa lucu mendengar kata-kata Nik Nirwan tadi. Ada ke patut dia membandingkan Nila, buah hati
aku yang comel ini dengan lembu? Sungguh
hati Adif tidak percaya. Sedaya upaya
ditahan agar tawa dihatinya tidak terlepas dibibirnya. Di tambah pula dengan riak wajah Nila yang
mula merintik merah apabila mendengar butir bicara ayahnya. Marah barangkali, teka Adif lagi.
"Baiklah pak cik.
Kalau itu yang pak cik inginkan, saya.." bunyi deringan telefon bimbit
Adif telah mematikan butir bicaranya.
"Maaf.. Sebentar ya pak cik.." Adif bangun daripada
kerusi yang didudukinya dan menghadap ke belakang. Lagaknya seolah-olah ingin berahsia mengenai
perbualan tersebut.
"Baiklah.." kata Adif sebelum menamatkan perbualan
telefon tersebut. Adif kembali duduk
ditempatnya tadi.
"Beginilah pak cik.
Kalau pak cik tetap bertegas dengan keputusan pak cik, nampaknya saya
terpaksa akur. Demi Allah pak cik, saya
sanggup melakukan apa sahaja asalkan saya dapat bersama-sama dengan Nila. Pak cik jangan risau, sebentar lagi 'kawan'
saya akan datang. Dia dah bersetuju
untuk memberikan saya pinjaman.." kata Adif tenang. Nila pula terharu melihat akan kesungguhan
Adif untuk mendapatkan dirinya sebagai suri hidup Adif.
"Huh!! Boleh pun.. Aku dah agak dah, kau memang
sengaja bagi alasan sebelum ini..", balas Nik Nirwan acuh tak acuh. Dalam hatinya sudah membayangkan betapa bangganya
dia nanti apabila bercerita pada rakan-rakannya. Adif tersenyum lagi.
"Hello my friend.." tiba-tiba suatu suara
kedengaran menegur mereka. Pantas Nila
dan Nik Nirwan menoleh ke belakang. Tempat
di mana arah suara itu datang. Kelihatan
dua orang lelaki lelaki datang menghampiri mereka. Berubah wajah Nila tatkala melihatkan
penampilan kedua-dua lelaki itu. Lagak mereka seperti ahli-ahli kongsi gelap.
Adif tersenyum sambil mengangkat tangan kepada dua
lelaki tadi.
"Ok.. you sudah setuju ka?" tanya salah seorang
lelaki tadi apabila mereka sudah berada di sebelah Adif.
"Ya.." jawab Adif ringkas.
"Wah.. you punya amoi manyak cantik wo.." kata
lelaki yang seorang lagi. Nila cuba
menjauhkan diri daripada lelaki itu.
Agak takut dan tidak selesa dengan situasi itu.
"Adif, siapa mereka semua ni?" tanya Nila. Ternyata Nila tidak senang hati dengan
suasana ini. Hatinya tiba-tiba berdenyut
risau. Rasa seperti ada yang tidak kena.
Adif diam, tidak menjawab soalan yang diajukan oleh
Nila.
"Okey.. kalau itu macam, lu sign sama ini borang.."
Adif menyambut borang yang dihulurkan kepadanya. Setelah menandatangani borang tersebut, Adif
pun menyerahkan kembali borang kepada kedua lelaki tadi.
"Tahniah..!! Terima kasih kerana berurusan dengan kami
Ah Long Bukit Beluntong.." ujar lelaki yang menerima penyerahan borang daripada
Adif. Sebuah beg pula diserahkan kepada
Adif sebagai balasan borang tadi. Adif
menyambutnya dengan senang hati.
"Wah..!! Wa talak sangka wo itu duta kita olang,
Aflin Shauki sama itu Din Belamboi buat kelija manyak baguih.. Sampai Ipoh
sini, kita olang boleh dapat customer.." tambah lelaki yang seorang lagi.
"Apa??! Ah Long?!" jerit Nila dan Nik
Nirwan serentak. Gila. Tidak Nila sangka, Adif senekad itu hingga
sanggup mengambil langkah gila yang sebegitu.
"Ya. Adif
terpaksa. Maafkan Adif kerana
terpaksa mengambil langkah ini, Nila. Adif dah
tak layak buat pinjaman daripada bank sebab sebelum ini Adif dah buat dua
pinjaman. Satu untuk beli rumah dan satu
lagi untuk beli kereta. Adif harap Nila
faham tindakan Adif ini.." ucap Adif tulus memohon pengertian daripada
Nila. Segalanya terpaksa Adif lakukan
Nila, demi kita dapat bersama.
"Pak cik, sekarang ini duit dua puluh ribu sudah
ada dalam tangan Adif" kata Adif sambil menepuk beg yang berada di atas meja.
"So, Adif kira perbincangan kita hari ini selesai
ya.."
Huh!! Hanya itu sahaja balasan daripada Nik Nirwan.
"Kalau begitu, marilah kita pergi makan dulu. Biar Adif yang belanja.." ajak Adif. Nik Nirwan berjalan dahulu dan meninggalkan
Nila dan Adif sedikit terkebelakang.
Belum pun sepuluh tapak mereka berjalan, tiba-tiba
mereka telinga mereka disapa oleh suatu bunyi.
Bunyi seperti orang sedang bergaduh dan diikuti oleh bunyi erangan
kesakitan. Pantas mereka menoleh ke arah
bunyi tersebut. Kelihatan seorang lelaki
dibelasan dihadapan keluarganya oleh kedua-dua lelaki yang menggelarkan diri
mereka Ah Long Bukit Beluntong tadi.
Pucat wajah Nila melihatkan insiden itu.
Pantas Nila menarik baju Adif. Adif sedar maksud Nila.
"Jangan risau sayang, Adif akan pastikan bahawa
Nila tidak akan apa-apa nanti.
Insyaallah.." ucap Adif perlahan. Tahu akan risiko yang mendatang.
Air mata Nila sudah mula membasahi pipinya.
"Oh, Nila tak apa-apa. Habis, Adif macam mana?!" marah Nila. Suara Nila yang kuat telah menarik perhatian
kedua lelaki yang sedang khusyuk membelasah mangsa mereka.
"Hallo abang.. Mali sini.." jerit salah seorang
lelaki tadi. Tangannya dilambai-lambai,
memanggil Adif, Nila dan Nik Nirwan mendekati mereka. Dengan langkah yang gerun, mereka bertiga
berjalan merapati kedua-dua lelaki tadi.
"Hmm.. wa mau lu olang tengok apa jadi sama ini
olang. Dia sudah pinjam sama kita tapi
talak mau bayar.. Hmm.. Busuk punya olang.." kata lelaki itu sambil menarik
rambut lelaki yang sudah mula longlai akibat dibelasah tadi.
"Ayo yo.. Tolong la.. Jangan pukul suami saya
lagi.." rayu isteri lelaki tersebut bersama-sama tangisan.
"Haiya aci.. Lu jangan lisau la.. Kita olang sudah
penat belasah sama dia ma.. Ah Keong, hali ni lu la pulak potong.." ujar lelaki
itu kepada rakannya.
"Wokeh.." lelaki yang dipanggil Ah Keong tadi
mengeluarkan parang pendek yang sememangnya tersisip rapi dipinggangnya.
"Eh, tapi hali ini kita mau potong apa?"
"Haiyya lu ni.. Dia talak jali ka?" tanya Ah Keong. Kim Kit menarik kasar tangan kanan lelaki yang sudah lemah tadi. Membelek kelima-lima jari. Cukup.
"Hmm.. ada.. ada.. cukup semua.." maklum Kim Kit pada sahabatnya yang sudah bersedia dengan parang pendek.
"Kalau itu macam kita potong jali saja ma.. lain-lain 'benda' next time loh" balas Ah Keong itu ringkas. Adif, Nila dan Nik Nirwan memejam celik mata mereka beberapa kali. Tidak sangka mereka bakal menyaksikan perkara sebegini. Kecut hati mereka.
"Ok.. Talik itu busuk punya olang sini.." arah Ah Keong pada Kim Kit sambil menunjukkan batu besar yang berada dihadapannya.
Dengan susah payah Kim Kit mengheret
lelaki yang sudah lemah longlai itu menghampiri batu yang dimaksudkan dan meletakkan tangan
lelaki itu dalam keadaan tangannya yang menggenggam dan hanya tinggal anak jari
sahaja yang diluruskan. Apabila mereka
berdua sudah bersedia, maka parang pendek tadi diangkat tinggi sebelum
dihayunkan. Sebelum parang pendek itu
sempat menetak jari lelaki tadi, Nila berlari dan menolak Ah Keong.
"Jangan..!!" jerit Nila.
"Haiyya.. Lu punya amoi manyak kacau la.." rungut
rakan Ah Keong sambil menggaru kepalanya.
Adif pantas mendapatkan Nila. Bimbang Nila diperapakan oleh kedua ahli
kumpulan Ah Long itu. Nila melutut di
kaki Adif.
"Adif, tolonglah.. Pulangkan balik duit yang Adif
ambil tadi. Nila tak mahu semua perkara
ini terjadi pada kita.. Tolonglah Nila, Adif.. Nila rela kita tak kahwin
daripada kita terpaksa mengambil risiko yang tak berbaloi macam ni.." rayu Nila
bersama tangisan yang teresak-esak.
Mujur sahaja tempat itu agak terselindung oleh pokok-pokok buluh yang
merimbun. Jika tidak pasti keadaan ini akan
menarik perhatian orang ramai yang mula memenuhi kawasan taman rekreasi ini.
Adif meraup mukanya. Resah dengan kata-kata Nila.
"Tidak Nila.
Adif lebih rela ambil risiko ini.
Adif rela mati Nila, asalkan kita dapat bersama.." ucap Adif nekad. Tidak sanggup menerima kata-kata Adif tadi,
Nila bangun dan melutut pula dihadapan ayahnya.
"Ayah.. tolong Nila ayah. Sanggupkah ayah rampas kebahagian Nila,
semata-mata untuk mendapatkan nilai hantaran yang tinggi. Nila dah tahu ayah. Nila dah dengar semuanya, apa yang ayah
borakkan dengan Uncle Farid waktu dalam telefon hari tu. Ayah tetapkan hantaran Nila tinggi-tinggi
sebab ayah nak berlagak dengan kawan-kawan ayah, kan?
Tolong Nila ayah.. tolong Nila.. " rayu Nila lagi. Kaki Nik Nirwan dipeluknya erat. Harapannya agar ayahnya dapat melakukan
sesuatu. Harapannya juga agar ayahnya
dapat memikirkan akan kebahagiaan dirinya.
"Nila.. bangun.." Nik Nirwan menarik Nila supaya
berdiri. Air mata yang mengalir laju
dipipi Nila disapunya perlahan.
Kemudian, Nik Nirwan mengalihkan pandangannya ke arah Adif yang berdiri
tidak jauh daripada mereka.
"Adif, pulangkan wang mereka. Baiklah.. kita ikut sahaja kemampuan
Adif. Jika begini nanti kesudahannya,
nilai hantaran yang tinggi itu tiada maknanya.." ucap Nik Nirwan perlahan. Namun masih lagi dapat ditangkap oleh deria
pendengaran Adif.
"Apalah sangat nilai hantaran dan harga wang
belanja andai akhirnya anak kau tidak bahagia," kata-kata Luqman suatu ketika
dulu kembali bergema ditelinganya. Ya
Allah, moga Kau merahmati perkahwinan anakku nanti, doa Nik Nirwan di dalam
hati.
"Haiyya.. Ini macam wa manyak lugi la.." rungut
ahli Ah Long Bukit Beluntong itu. Nila
ketawa dalam tangisan. Ya Allah.. Aku
bersyukur terhadap-Mu.
* * *
Majlis peminangan berjalan dengan lancar. Telah ditetapkan bahawa nilai hantaran adalah
sepuluh ribu dan tempoh pertunangan akan dijalankan selama sebulan sahaja. Dipendekkan tempoh selama empat bulan sebelum
tempoh asalnya, enam bulan.
* * *
"Thanks ya Ah Keong, Kim Kit, Ravi
and you jugak Mangges.. Gaya
korang hari tu memang hebat.." kata Adif.
"Tak ada hal, lah Adif. As long as you dapat kahwin dengan Nila,
cukuplah.." kata Mangges sambil tersenyum.
"Eh.. orderlah.
Jangan malu-malu. Hari ni aku
belanja.."
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) hehehe..aduhai. nasib baik si adif bijak buat plan. ade ke pulak nak bndg anak dgn lembu? huhu... tak sihat btl mentaliti mcm ni.
emm mmg kdg2 hantaran mahal melampau, tapi yg wajib mahar(mas kawen). huhu..
best!- adra
- 15 years ago
-
2) stuju2..bagus2..seswai utk my "teman tapi mesra"..kne suh die bace nih..haha..best2..nice work!
- azix
- 15 years ago
-
3) Terasa macam dia menipulah pula kan? Hmm, tapi mmg masyarakat kita ni dah 'terbelenggu' sgt dengan sentimen nak menjual anak ni. Kesian.
- Siberkop
- 15 years ago
-
4) >mak i..mhalnya hntarn..ehehe...
- eDieca_88
- 15 years ago
-
5) haha...nice idea...
:)- enarif
- 15 years ago
-
6) wat tragik abes drama :p
cess..pandai eh ekau adif? hahaha
nak idup hebat ajeeeeeeee agagaga- syud
- 15 years ago
-
7) 20 ribu memglah tersangat mahal
- rain
- 15 years ago
-
8) suspen punyer citer...best ar...rm20,okey apa...barang suma mahal la..lain ler kalu nak wat kawin koboi jer
- AngelpeQan
- 15 years ago
-
9) 20K xmahal cz wang hantaran adalah wang yg dpt bantu mjlis pihak pompuan (ni yg jue paham, if silap maaf la)
wang hantaran tinggi @ rendah, bkn isu besar cume manteliti (btl ke jue eja??) manusia yg nk berlawan nilai hantaran sape yg lebih tinggi...
Bg jue, 20K mmg xcukup tp name pun membantu so kene pikir la jgn rendah sgt pihak laki nk bg n jgn la sampai mahal sgt pihak pompuan nak mintak, nant xkawen plak anak..
bg jue biar nilai mas kawen yg tinggi cz mas kawen 2 hak pengantin pompuan so if dia ckp nk lg mahal dr 'lembu' so letak pd mas kawen bkn wang hantaran...
ni pendapat jue la..
hehehehe...thanks...
daaaaaa...- pinkygul
- 15 years ago
-
10) haha, 20 ribu. takpelah, mak bapak lagi suka tengok anak buat maksiat (tapi masyarakat tak anggap maksiat pun, masyarakat kita anggap zina je maksiat. kohkoh) dari tengok anak dia mempunyai ikatan sah.
dia lupa kut, dosa anak tu dia tanggung sekali. kohkoh- cahatomic
- 15 years ago
-
11) Nikah, akad = TUHAN punya arahan
Hantaran, kenduri besar2an = undang2 buatan manusia
ALLAH yg kasik susah ker, atau manusia yg menyusahkan manusia lain?
- Siberkop
- 15 years ago
-
12) hehe.. mcm2 reaksi ek untuk citer ni.. hurm.. ada yang cakap mahal giller n ada plak yg cakap tak mahal..
pd lea.. benda ni kita kena tgk dr perspektif masing2.. hehe.. mungkin perempuan suka la kot ble harga hantaran tinggi.. leh wat kenduri grand sket.. [tp nilai 20K untuk zaman skrang ni ckp ke utk wat grand2? erm.. kalau wat kat umah sendiri or dewan cukup kot ek?]
but pd pengantin lelaki.. nilai rm20K tu mungkin perit sket la kan.. sbb dia yang nak cari duitnya.. [lea dpt idea ni pun sbb dengar keluhan pemanggil2 lelaki waktu tengok siaran wanita hari ini - topik hantaran tinggi.. hehe]
erm.. ada org kata.. untuk menjayakan sesuatu majlis.. kita leh wat dengan cara.. budget first then baru planning.. atau pun.. plan first then baru kira budget.. so kalau ada cara untuk mengurangkan kos tu.. nape nak buat majlis dengan menggunakan kos yg terlalu tinggi.. [pd lea rm20K tu mmg tinggi gler..] sian la si bakal suami kesayangan tu.. tersiksa dia.. hehe..
tp apa pun.. tepuk dada.. tanya hati.. semua jawapan ada pada kita.. :D
daaaaaaaa.. thanx coz sudi membaca citer ni..
- LeaQistina
- 15 years ago
-
13) mak ai datuk....anak datuk ke...
takleh jadi ni....
i ingat i nk start trend baru la....
biar pmpuan bayar wang hantaran kt lelaki...
tp i letak tak tgi pun.....
3 bln gaji bersih die dah la.... :)
or kalo die tak keje...3 bln gaji bersih penjaga die...- joni
- 15 years ago
-
14) owh.. 20k, cam kawan aku jer... but then again kalau nak kawen juga bayar jer 20k tu, pastu cakap kat bapak pompuan tuh.. saya nih beli terus yer anak pokcik.. pasni jagn harap ah leh jumpa... :p sambil jelir lidah lepas akad nikah disahkan.. muahahahaha
- Reason
- 15 years ago
-
15) aik joni.. tu bkn adat india ke.. pompuan yg bg hantaran.. hurm.. klu xsalah lea la.. wah.. kalau mcm tu.. once kita org bayar hantaran.. keje2 rumah sume lelaki amik la ek.. hehe .. pas..
reason: klakar la plak.. tu cari fasal dgn bpk mertua ke ape..? wahaha. siap men jelir2 lidah lagi.. wahahah.. lawak2.. sabo jelah..- LeaQistina
- 15 years ago
-
16) adeshhh...gugur jantung makcik baca artikel ni...seb bek lah bapak die ni ader prikemanusiaan g...tp mmg pendek akal lah bapak die ni?agak2 ader g ke bapak2 macam ni skang???
then kenape ekh...org selalu nak samekan manusia ngan binatang??? binatang mahal sbb x ramai yang membela...then nak membela bukan ngan modal yang kecik...kalau manusia plak, x kan nak dibiarkan lahirnyer anak2 luar nikah...hmmm...dunia dah nak kiamat...macam2 prihal manusia plak.
BTW, ur story mmg best..congratt.- Ynz1624
- 15 years ago