Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

BMX GT

Cerpen sebelumnya:
Tentang Syah
Cerpen selanjutnya:
“Sudah Jodoh”

setelah dimotivasikan oleh lann dan jojo.. saye cuba utk menulis (menaip)... walaupun saye sememangnya tak berapa suka akan karangan/report dan sebagainya.

jadi.. maafkan saye kalau ayat tunggang terbalik.. kosa kata yg salah.. penggunaan bahasa pasar.. dan lain-lain (konpem byk nye la tu)

terimalah cite dari saye.. "Saya Sebuah Basikal BMX GT"


-------------------------------




Hi, saya adalah sebuah basikal BMX. Nama saya GT. Saya dijual di kedai basikal di Kajang. Saya rasa saya agak hensem kerana saya digantung di depan kedai. Tokey kedai basikal itu yang pasang saya setelah saya sampai di kedainya.

Body saya jenama GT jenis balak besar berwarna 'chrome'. Handle bar pula cap ayam.. pakai kejap je 'confirm' berkarat. Rim aloy. Prewel hidup. Brek ada kunci. 'Double stand' untuk saya berdiri tegak tatkala parking. Manakala tempat duduk dan 'throttle cover' pula dari jenama GT serta macam-macam lagi aksesori tambahan yang lain. Cuma takde roket, mesingan dan seat yang boleh eject sahaja.

Pada suatu hari, datang seorang budak lelaki bersama kakaknya. Beliau baru sahaja menduduki peperiksaan UPSR dan berjaya mendapat keputusan 4A. Kakaknya terpaksa membelikan sebuah basikal kerana telah berjanji untuk hadiahkan pada budak itu jika mendapat keputusan yang diharapkan. Dari riak muka kakaknya.. jelas terpancar sinar kekesalan kerana janji itu.

Habis satu kedai budak lelaki ini geledah dan tawaf. Duduk sana.. duduk sini.. lepas satu.. satu basikal yg dicubanya. Akhirnya beliau ternampak akan saya yg sedang tergantung dgn macho nya di depan kedai. Lantas beliau tudingkan jarinya kepada saya. Tokey kedai terpaksa memanjat kerusi utk menurunkan
saya. Saya pasti di dalam hati beliau, terselit makian terhadap budak itu kerana sudah hampir semua basikal dicuba tapi masih tidak juga beli.

Setelah saya diturunkan, tanpa membuang angin perut di khalayak ramai, masa dan tenaga, terus sahaja budak itu melompat ke atas tempat duduk
saya. Disengetkan badannya ke kiri dan ke kanan. Konon-konon layan lap la tu. "Wuuuuuuu wuuuuuuu skreeetttttt" bunyi dari mulut budak itu.

Kemudian beliau menarik lengan baju kakaknya sambil menuding ke arah
saya. Kakaknya mengangguk lemah kerana tahu bahawa duitnya akan terbang sebentar lagi.

Setelah membayar harga diri
saya ini, tokey kedai mengangkat dan menyumbat saya di dalam bonet kereta. Tayar depan saya terkeluar dari bonet kereta itu. Dalam perjalanan pulang ke rumah tuan baru saya, terasa sungguh nyaman angin yang berhembus di sepit udang dan tayar depan saya ini. Betapa saya mengharapkan adanya lidah seperti anjing, bolehlah saya jelir dan layan angin ini.

Setibanya di rumah, tergedik-gedik tuan
saya ini nak menayangkan sayadi depan ahli keluarga beliau yg lain. Dikeluarkan saya dari bonet kereta dan di 'test drive' kan saya di depan ahli keluarga nya.. sambil menunjukkan skill 'wikang' dan 'willy' beliau. Walaupun agak poyo dan keterlaluan bongkak dan takbur tuan saya ini, saya tetap berasa gembira kerana sudah mempunyai tuan sekarang. Oh ya, tuan saya ini bernama Shamsul (bukan nama sebenar).

Setiap petang Shamsul akan membawa
saya pergi ke taman permainan. Setidak-tidaknya pon akan dibawanya saya pergi pusing-pusing satu kampung. Beliau cukup menyayangi saya. Setiap hari akan dimandikan saya ini walaupon beliau tidak mandi satu hari dan berbau sampah yg tidak dikutip selama 3 hari. Sedikit calar pon akan digosoknya dengan Autosol. Jika saya terjatuh ketika parking, muka beliau akan bertukar dari 'kaler' coklat ke merah padam kerana marah dan malu.

Dipendekkan cerita pasal ni pon dalam kategori cerita pendek... Setelah 6 bulan Shamsul mula tidak menjaga kebajikan
saya lagi. Mandi pon sebulan sekali. Kalau mood beliau baik, mungkin 2 minggu sekali. Jika saya jatuh pon beliau buat 'derk' aje. Muka pon sudah tidak bertukar 'kaler'.

Setiap petang Shamsul akan membawa
saya ke padang di mana beliau bermain bola. Dahulu beliau akan parking saya di tempat yg selamat, di tempat yg tiada kemungkinan langsung untuk saya cedera. Tetapi sekarang diletakkan saya di tempat yg dia rasa asal boleh parking sahaja.

Suatu hari ketika beliau sedang bermain bolasepak, digeleceknya seorang demi seorang kawan-kawan beliau. Tetapi akhirnya kandas dan pemain pasukan lawan membawa bola ke arah pintu gol Shamsul. Shamsul cuba mengejar tapi telah terlambat. Pemain pasukan lawan telah merembat dengan sekuat hatinya, tapi apakan daya kakinya 'pengkau'. Rembatannya tersasar dan bola itu terus sahaja ke arah saya. Saya cuba mengelak tapi saya ini hanyalah basikal, takkan nak bergerak sendiri kot? Saya hanya mampu berserah dan pasrah sahaja.

Debikkkkkk!~

Tepat di medula oblongata saya yakni di body saya yg berstiker GT itu. Tanpa segan silu saya pon tumbang dan terkangkang di situ. "Adehhhh, sakit laaaa.. punya la besar gol tu.. aku jugak yg kena rembat??" kata saya dalam hati.

Shamsul datang ke arah saya dan mengangkat
saya sambil tergelak-gelak mengutuk rakannya yg 'pengkau' itu. Dicampaknya bola pada rakannya dan diletakkan saya di tempat yg sama juga. Terdetik di hati saya, "Eh bole tahan sengal gak tuan aku ni.. letak aku kat sini nanti kang kalo kena rembat lagi camne? Aku 'jab' jugak perut tuan aku ni kannngggggggggg~~~ (echo)" seraya saya tumbang lagi sekali. Saya kena rembat lagi! Sakit laaahhhh!

Seminggu selepas kejadian itu, Shamsul  membawa saya bersiar-siar di kawasan perumahan beliau. Kelihatan terpancar kesangapan di wajah tuan saya ini kerana rakan-rakan sepermainannya tiada pada hari itu. Disebabkan kesangapan itu, Shamsul  mula mencari idea ape yg boleh dilakukannya.

'Willy', 'wikang', angkat dua tayar, bawa basikal tanpa memegang handle (look mom, no hands!) dan sebagainya, semuanya beliau sudah lakukan. Beliau mulai bosan.

Tiba-tiba, Shamsul ternampak sebuah longkang. Dengan senyuman sinis dan hampir menyerupai senyuman Farouk Gagak Hitam di dalam cerita Gila-gila Remaja, beliau mengangkat saya dan menyeberangi longkang tersebut. "Ah sudah.. apa pula tuan aku nak buat ni??" Saya mula diserang rasa panik yang amat.

Setelah menyeberangi longkang tersebut, beliau mengambil lajak yg secukupnya. Saya hanya mampu berdoa sahaja. Apa yg saya panikkan tadi mungkin menjadi kenyataan. Shamsul cuba untuk melompat dan menyeberangi longkang ini. Saya berasa tidak yakin Shamsul akan dapat melakukannya. Tapi apakan daya saya hanyalah basikal dan dia adalah tuan. Kalau hitam katanya.. hitamlah kata saya.

Setelah bersedia, Shamsul mengayuh dengan sepenuh hati.. cuba mengambil momentum yg cukup untuk melompat menyeberangi longkang itu. Dengan kelajuan yg tidak akan disaman oleh polis, kami menuju ke longkang tersebut.

Setelah dekat Shamsul mengangkat badan saya dan melompat melepasi longkang itu. "Yessss laaa lepas!!" kata
saya dalam hati. Tapi terlalu awal utk saya berasa lega.

Gaaaaaanngggggggg!!!!

Tayar belakang saya menghentak bucu longkang. Saya pitam seketika. Setelah sedar, saya lihat Shamsul sedang membelek tayar belakang saya. Rim aloi saya bengkok. Ah sakit nya tidak terperi. Dalam kesakitan yg maha dahsyat itu, saya masih sempat untuk memaki-hamun Shamsul di dalam hati. Tidak perlulah saya menceritakan lebih terperinci apa yg saya makikan itu, kerana tidak elok untuk tatapan umum dan pasti administrator akan filter.

Dengan tayar yg tiada angin dan rim yang bengkok, Shamsul menolak saya pulang ke rumah. Diletakkan saya di belakang rumah. "Mungkin esok dia tukar la kot tayar dgn rim blakang ni", saya termenung sendiri.

Seminggu berlalu masih tiada apa-apa tindakan dari Shamsul. Saya mula berasa hairan. Setelah 2 bulan, masih juga tiada apa-apa. "Haih apsal ni??", saya mula rasa tidak sedap hati.

Rupa-rupanya Shamsul tidak mahu menukar tayar dan rim saya yg rosak ini. Beliau mula berjinak2 membawa kereta. Walaupun di bawah umur, beliau berani mengambil risiko membawa kereta. Dan sejak dari hari itu Shamsul sudah tidak pandang pada
saya lagi.

Hanya labah-labah dan sesawang yang menjadi peneman hidup
saya. "Harap-harap kena la ko saman dgn polis.. bawak kete takde lesen", getus saya di dalam hati. Hari-hari saya berlalu penuh kebosanan dan kesangapan.

Sampai bila saya harus duduk di belakang rumah ini sahaja? Sampai bila????!!! Haaa.. itu kita tak tau...



- Cerita ini berdasarkan kisah benar, namun sehingga sekarang tuan basikal tidak tahu di mana basikalnya yang diletakkan di belakang rumah.. sama ada ianya telah dicuri, dijual atau pon melarikan diri kerana merajuk. Oleh itu cerita ini tergantung dan tidak dapat dihabiskan.. sekian wassalam -








Cerpen sebelumnya:
Tentang Syah
Cerpen selanjutnya:
“Sudah Jodoh”

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
12 Penilai

Info penulis

Achol / Acol

woott woott!~
loca | Jadikan loca rakan anda | Hantar Mesej kepada loca

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

28 Komen dalam karya BMX GT
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik