Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

kerinduan bintang part 2

Cerpen sebelumnya:
Sambungan Suite 6019 : Alahai.. Pengsan aku..!!
Cerpen selanjutnya:
Lagu Rindu

Aku mengatur langkah ke tirai besi. Terasa seram sejuk. Rasa sangat asing. Tapi, demi dia yang berada di dalam, aku gagahkan jua kaki untuk terus menapak. Selepas pemeriksaan oleh pegawai penjara, aku rasa berdebar yang amat. Dan degupan jantung bagai terhenti seketika apabila melihat wajah yang cengkung itu. Botak. Ada senyuman di wajahnya.

" Assalamualaikum." dia memulakan bicara. Sedangkan aku masih mengumpul kudrat untuk berbicara.

" Senyap je? Tak nak cakap apa-apa? Kau sihat tak?" soalnya lagi. Aku cuba sedaya upaya untuk menahan sebak. Aku hanya mampu tersenyum.
" Tembam, kau ni apasal? Muka cam nak tercirit je?" usiknya lagi. Ceh, baru nak syahdu-syahdu, dia dah spoil. Benci betul.
" Kau apa cer? Botak dah skang. Tak leh la nak pakai gel." Dia mengusap kepalanya sambil tersengih.
" macho apa. Mesti lepas ni kau ngigau aku yang botak ni." Aku pula tersenyum. Jangan kata lepas ni, memang tiap-tiap hari aku mimpi nampak kau je. Bosan betul. Kalau nampak Yamapi takpe la jugak.
" kau dah makan?" soalku. Sesungguhnya bila berjumpa dengan dia, sukar benar untuk meluah kata. Sedangkan sebelum sampai ke sini, pelbagai soalan telah aku rangka.

" dah.kau?"

"kau makan apa?"

" fish and chips. Spaghetti bolognese. Side dish mash potato. Sound delicious kan?"

"betol ke?" soalku lurus.

" ngek la kau ni. Makan free kat dalam ni. Telan je la apa-apa pun." Dia agak berubah. Kalau dulu sangat cerewet pasal makanan, sekarang telan aja apa-apa.

" kau datang ni apasal? Dah nak kahwin ke?" nak je aku ketuk kepala yang botak tu. Ada pulak nak kahwin.

" datang melawat kau la. nak kahwin apanya. Tunggu kau keluar dulu la." ops! Apa yang aku cakap ni.

" oo, nak kahwin dengan aku ek? Ada hati nak dekat kita..hehe.." comel betul wajahnya.

" actually, aku dapat offer kat ukm. Dietetic. Next month daftar." Terangku. Dia sekadar menganggukkan kepala.

"hmm, baguslah. Dapatlah kau jadi dietitian nanti. Dah belajar masak ke belum ni?" soalnya dengan kening yang terangkat. Ni dah kes perli namanya!

" dah la. ingat aku ni cikai sangat ke?" aku pula mengangkat kening. Tapi tak naik sangat.

" wow, makin garang cik tembam ni. Ada apa-apa rahsia ke?" Dia masih lagi dengan mode tak serius.

" orang serius, dia main-main pulak. Keluarga kirim salam. Mak Hanim kirim salam peluk cium." Aku sekadar menyampaikan amanat.

" wa'alaikum salam. mana peluk cium nyer?"

Penumbuk aku tayangkan kepadanya. Dia menahan gelak.

"orang gurau je la. kirim salam kat diorang sekali. Zul camne? Dah ready nak gi oversea?"

"i dont know." Tegas aku bersuara. Tak nak ambil tahu pasal makhluk bernama Zul.

" Sefiya." Cair hatiku pabila dia memanggil namaku dengan lembut. Tapi, Zul punya pasal, aku tak nak beralah.

" aku tak nak tahu pasal dia." Tegasku.

" ok. By the way, yang kau pakai cun ni kenapa?nak mengorat pak guard ke?" Dia mengusikku sambil tersenyum. Berapa kali dia nak senyum ni? Cair meleleh aku nanti.

" mana ada. Biasa-biasa je la. Kau tu je yang tak pernah tengok perempuan."

" yela, aku ni duduk kat penjara. Hantu perempuan pun takde."

"hish, mulut tu." Aku memang pantang sebut pasal benda-benda misteri nusantara ni.

Pegawai penjara memberi isyarat bahawa masa melawat sudah hampir tamat. Sedangkan aku masih belum puas menatap wajahnya.

" okla, nanti aku datang lagi. Jaga diri tau."
" Sefiya, jangan datang lagi. Jangan tunggu orang macam aku. banyak lagi orang yang baik kat luar sana. Open your eyes." Dia cuba menyedarkan aku dengan realiti, tapi dia seharusnya tahu pilihanku adalah muktamad. Tiada talian hayat.
" my eyes are widely open. And yet i choose to wait for Azfar Iskandar."
" kenapa kau ni degil sangat?" dia mengeluh. Tapi aku dapat lihat ada senyuman yang muncul disebalik keluhan itu.
" i'm sefiya ketegaq. Kau yang selalu panggil aku macam tu kan. So, be nice. Jaga diri. Rindu kat aku je. Ok?"pesanku lagi sebelum melangkah keluar dari tirai besi yang mengurung cinta aku bersama jasadnya.
" Sefiya. Sefiya. Sefiya."

Aku karam di lautan cinta,
aku lemas dipukul ombak rindu,
aku terbang disapa bayu asmara

 ********************************************************************************************************************************************

" Sefiya, berapa kali orang nak panggil ni? Tu ada kawan kau datang. Apa la dibuatnya kat dalam bilik tu." Suara ibu yang nyaring itu menyedarkan aku. Siapa la yang datang ni? Nak datang tak sound dulu. Aku membetulkan rambut yang kusut. Dengan malas, aku menuruni tangga menuju ke dapur, tidak ke ruang tamu. Hidungku terhidu aroma yang enak dari dapur.

 

" siapa yang datang ibu?" soalku sambil mencapai jemput pisang yang terhidang.

 

" hish budak ni. Kawan kau datang tu. Pergilah tengok. Yang kau duduk kat dapur ni kenapa?" ujar ibu sambil sibuk membancuh air. Aku mengambil lagi dua biji jemput pisang lantas menyumbatkan ke dalam mulut. Ibu hanya menggelengkan kepala dengan telatah anak daranya. Aku hanya tersengih. Satu biji lagi jemput pisang ku ambil.

 

" buat bekal." Kataku sambil tersengih apabila ibu sudah mengangkat senduk.

 

Aku melangkah ke ruang tamu. Dari belakang aku lihat seseorang dengan rambut terpacak. Apabila dia menoleh, aku berasa terkejut yang amat sangat hingga terlepas jemput pisang di tangan. Ala, dah membazir. Pantas aku menyepak jemput pisang ke bawah sofa sebelum dileter ibu.

 

Tetamu yang tak diundang itu bangun dari sofa. Dia memandang aku. sedangkan aku berkira-kira membuat alasan yang logik untuk mengelakkan diri dari berjumpa dengannya. Aku menapak kembali ke dapur.

 

" nah airnya. Pergi hidang kat tetamu. Lama dia tunggu kamu tadi." Ibu bersuara sambil menghulurkan dulang. Ada jemput pisang! Aku melangkah kembali ke ruang tamu.

 

" jemputlah minum." Aku mempelawanya dengan sopan supaya ibu tak mengesyaki apa-apa.

 

"thanks." Dia minum teh wangi it seteguk. Cawan itu diletakkan kembali ke atas meja.

"Ada apa cari aku?" soalku dengan tegas. Sempat lagi aku mencapai jemput pisang dan disuapkan ke dalam mulut.

 

" aku nak minta maaf." Ujarnya sambil menundukkan kepala.

" for what?" soalku sinis.

" for everything. Pasal Azfar. Pasal kes tu. Pasal penjara." Mata kami bertembung. Pantas aku mengalihkan pandangan.

" buat apa nak minta maaf dengan aku? kau bukan buat salah dengan aku pun. Bila kau nak pergi oversea ni? Buat semak je kat sini." Sungguh tak sopan apa yang aku ucapkan, tapi sememangnya lelaki ini layak dengan kata-kata seperti itu.

 

"aku tahu kau marah. Aku betul-betul minta maaf. Tapi, aku tak boleh lepaskan peluang ni. Kau tahu kan aku nak jadi doktor. Ini la peluang aku. Azfar pun harap sangat aku jadi doktor. Dia sendiri yang sanggup mengaku salah kes curi tu. Aku terdesak sangat masa tu. Tu pasal aku terpaksa mencuri. Sumpah, aku takde niat pun. Apatah lagi nak menyusahkan Azfar." Dia cuba menerangkan keadaan dalam masa yang sama cuba untk menegakkan benang yang dah basah lencun.

 

" you know what? You are the damn selfish person i've ever met. Aku tak faham kenapa Azfar sanggup mengaku kesalahan yang dia tak buat. Mesti kau dah puas hati kan. Pergila kejar cita-cita kau. Jangan jadikan pengorbanan Azfar sia-sia." Aku bersuara tegas meskipun dalam hati ni bercampur marah dan sedih.

 

" Ok. By the way, thanks coz melawat Azfar. All the best in your life. Sekali lagi aku minta maaf ." ikhlaskah apa yang diucapkan lelaki dihadapanku ini? Aku hanya menganggukan kepala. Tak tahu apa lagi yang wajar diucapkan.

 

" Aku balik dulu. Terima kasih. Teh wangi dan jemput pisang, kegemaran Azfar kan?" Dia berkata sambil tersenyum. Aku mendiamkan diri. Jemput pisang disumbatkan ke dalam mulut. Azfar!

 

Apabila tetamu itu pulang, ibu duduk di sebelahku. Ibu juga mencapai jemput pisang dan menyuapkan ke dalam mulutnya.

 

" Siapa tu?" soal ibu.

" Azhar Zulkarnain. Kembar Azfar." Jawabku malas. Malas untuk menyebut nama dia.

" Patutlah seiras je. Ibu pun terkejut tadi.Baik orangnya. Sopan santun." Puji ibu. Kalaulah ibu tahu hal yang sebenar, mesti ibu pun tak benarkan dia masuk rumah kita.

" Kenapa dia datang?" tanya ibu lagi.

"Dia nak pergi oversea." Takkan aku nak kata dia nak minta maaf sebab kes curi dan pasal Azfar masuk penjara kerana dia.

"Oo.."

"Piyah naik dulu ibu." Aku ingin bersendirian. Jiwaku belum tenang. Hatiku belum aman.

"Jangan nak mengelat. Pergi basuh pinggan dan cawan ni.Jemput pisang bawah sofa tu kutip sekali." Alamak, kantoi! Ibu ni tau aja trick anaknya. Hehe...

kerinduan bintang http://www.kapasitor.net/ms/cerpen/post/1327

Cerpen sebelumnya:
Sambungan Suite 6019 : Alahai.. Pengsan aku..!!
Cerpen selanjutnya:
Lagu Rindu

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis

~miszjun~

~no paiN nO gaIn~
miszmextor | Jadikan miszmextor rakan anda | Hantar Mesej kepada miszmextor

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya miszmextor
kerinduan bintang | 2331 bacaan
Kasut,Famous Amos dan Zen | 3966 bacaan
along, adik dan cacing | 3171 bacaan
Cerita Tentang Len | 3127 bacaan
MO1S06~TUJUH SYARAT | 3395 bacaan
kerana kita kawan...1 | 1545 bacaan
ECLAIRS~3 | 2163 bacaan
ECLAIRS~2 | 2273 bacaan
ECLAIRS~1 | 2271 bacaan
HEY THERE DELLYLA...part 5 (penutup cerita) | 1478 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya kerinduan bintang part 2
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik