Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

MO1S08- KEMBALI KE ASALAN

 

"Mampir ke purnama yang ketiga setelah penemuan warkah ketujuh, akhirnya warkah kelapan yang dikatakan daripada enam belas warkah telah dijumpai di sebuah pulau yang terletak jauh nun di sebelah timur Tanah Nusantara. Dikatakan, warkah ini hanyut jauh ke sana setelah berlaku pertengkaran sengit antara Pengerusi Majlis Warkah Purba Mesir dan ahli jawatankuasa yang kononnya mahu bertanggungjawab menguruskan warkah-warkah tersebut.

        Warkah delapan ini dicanting cantik oleh seorang pengasuh yang menyaksikan jatuh bangun masyarakat serta pengembaraan Lima Daeng bersaudara dari Tanah Hanyut menuju ke suatu tempat yang menjadi penanda aras kebangkitan Lima Daeng ini." 

****

Tengah samudera antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. 

Jauh mengembara mencari nasib,
Dalam hikayat akhirnya bertemu,
Apalah guna hendak ditafsir,
Andai matlamat masih disitu. 

Matahari telah mula condong ke barat. Angin yang tadi bertiup kencang, mula mengendur. Layar baksi yang awalnya berkibar megah mulai layu jatuh ke bawah. Sesekali air masin laut menerpa ke wajah Lima Daeng bersaudara yang sesungguh dan sebenarnya tidaklah kacak manapun seperti yang telah diakui oleh jabatan SIRIM.             

Dalam asyik keramaian dan menjamu selera, tiba-tiba Tanah Hanyut diserang oleh orang paling kanan Firaun Remeses II, Hussain Hossam lebih elok dikenali sebagai Panglima Mido itu. Hajatnya cuma satu, mendapatkan Lima Daeng bersaudara yang awalnya membuat angkara di tanah Mesir untuk dihadapkan kepada Remeses II sendiri. Mahu juga ditunjukkan kehebatannya mendapatkan kembali kepercayaan Firaun yang konon dikatakan hebat itu.  Berat hati Tunku Sultan Mahmud, tidak dapat digambarkan. Sudahlah perginya Diya tiada khabar berita, sekarang Lima Saudara ini terpaksa diserahkan demi kesejahteraan rakyat jelata di Tanah Hanyut. Jika tidak, yang sengsara pasti rakyat baginda. Yang terbuang pasti diri baginda sendiri.                

Daeng Sentol yang belum puas melahap, menggosok perutnya yang mula berkeroncong. Sambil mendongak ke langit, Daeng Sentol seraya berkata.             

"Kusangka kita akan terus terbang bersama garuda, rupanya dijatuhkan kita di tengah lautan. Kepala otak berjambul betullah Panglima Mido yang hikayatnya kuat tidur itu."             

Daeng Fathol dan yang lain saling berpandangan. Waima, kapal yang hampir putus anginnya serta-merta terhenti. Ibaratnya terkesima dengan kata-kata yang keluar dari mulut Daeng Sentol itu. Serentak, mereka berempat ketawa terbahak-bahak. Terlebih lagilah Daeng Fauzol yang menyambung gelaknya tatkala terpandang gigi rongak si Daeng Mentol.             

"Bersyukurlah Dik Sentol. Mujur juga dijatuhkan kita di tengah laut di atas kapal yang masih kukuh ini. Katakan dijatuhkan kita ke dalam lautan?" Daeng Fathol selaku yang sulung mula bersuara.                  

"Kan elok Mido itu terus terbangkan kita ke Mesir. Tak sangsikah dia bahawa kita akan arahkan layar ke tempat lain selain tanah Mesir?" Daeng Khairol bersuara sambil mendongak ke langit. Hari semakin senja. Sebentar lagi, bulan akan menggantikan mentari yang menjadi pujaan rakyat Mesir yang juga diakui Firaun Remeses II, baginda dari keturunan Tuhan Matahari.  Entah kenapa, sehari suntuk belayar, tiada seorang pun terfikir untuk mengalihkan layar ke arah lain. Semua berpandangan sesama sendiri. Daeng Khairol tersengih lebar sambil mengangkat kening lagak seperti orang baru mendapat tuah. 

****

Mesir purbakala       

Firaun Remeses II beralih ke sebelah timur persada. Tangannya disilang elok ke belakang. Masa dirasakannya berlalu sekian lama. Gelisah di jiwanya tiada siapa yang mampu mengubati hatta gundik nan seribu itu sekalipun. Tidak sabar rasanya untuk melihat mayat tebusan-tebusan yang berjaya ditawan Panglima Mido. Sesekali kepalanya berpusing ke arah pintu yang tingginya melebihi kepala dua ekor unta jantan yang diletak bertindih.             

Diriwayatkan juga, pintu piramid yang dibina dengan kudrat seribu jasa manusia lelaki yang gagah-gagah belaka, mengorbankan tiga ratus kudrat menjelang tahun ketiga pembinaan pintu itu sahaja. Belum dihitung lagi korban jasad untuk keseluruhan pembinaan piramid buat Firaun Remeses II itu.             

"Tuanku, Panglima Mido bersama garudanya telah selamat mendarat di padang pasir sana," seorang bentara luar yang telah ditugaskan menjadi penjaga pintu astana Remeses II datang menghadap.             

"Bagus!" Remeses II ketawa terbahak-bahak. Tongkat yang sering dalam genggamannya dihentak-hentak ke lantai. Bergegar segala benda yang ada di dalam istana bersegi tiga miliknya itu.             

"Tuanku, patik Panglima Mido  yang setia datang mengadap," Panglima Mido melangkah dengan penuh yakin. Jubahnya yang panjang mengheret segala debu sampah di sepanjang laluan di piramid megah Remeses II dilayangkan dengan penuh keangkuhan. Seraya, Panglima Mido melutut dengan sebelah kaki dan tunduk di hadapan Firaun Remeses II yang lebih lagi jalaknya.             

"Jadi, khabarkan terus kepada beta. Bagaimana proses penawanan tersebut? Sudah dihumban ke lautkah semua Daeng bedebah itu? Tidak sabar rasanya beta mahu mengetahui status diri kelima-lima manusia yang sangat kurang ajar menghina nama beta!" suara Remeses II sambil tersengih-sengih. Panglima Mido yang angkuh namun tidaklah berani untuk lebih nagkuh daripada tuannya mula mendongakkan kepala sambil tersenyum lebar.             

"Tuanku usah khuatir. Bedebah berlima itu sudah hamba humbankan ke tengah lautan. Sebentar lagi, pasti hilang sudah bukti kewujudan lima Daeng itu. Malah, keturunan mereka sudah pasti tiadalah dapat disambung lagi," dengan penuh rasa mendabik dada, Panglima Mido mencanangkan tentang tindakannya.             

Tidaklah diketahui oleh Firaun Remeses II itu bahawa dalam kegagahan dan keberanian Panglima Mido, terdapat satu perkara yang diberi tajuk IQ. Bahawasanya, IQ panglima yang disanjung-sanjung ini adalah sebenarnya tergolong dalam golongan mereka yang bersekolah dalam tahap 5 di peringkat rendah di zaman kebangkitan reformasi menentang komunis di Tanah Melayu. Terlalulah dungu dan rendah sehinggakan dia menyangka dengan menghumbankan lima Daeng bersaudara ke tengah lautan, maka akan adalah hidupan laut yang ibarat gergasi atau ibarat singa yang mana pula lebih senang dikatakan sebagai ikan jerung atau ikan paus pemakan daging yang akan menyerang mereka berlima. Tanpa pula diambil tahu, mereka berlima jauh lebih bijak dan pintar diibaratkan bersekolah dalam tahap 5 di peringkat menengah di zaman yang sama. 

"Beta sanjung kamu, Panglima Mido. Sudahlah gagah perkasa. Lagaknya ibarat pendeta yang telah beta pancung kepala siang tadi lantaran mahu menandingi kekuasaan beta. Namun, bijaknya kamu beta tabik," Firaun Remeses II ketawa berdekah-dekah. Baginda masih belum tahu lagi akan tahap kedunguan sebenar panglima yang menjadi sanjungan. 

"Jadi, di manakah bukti bahawa mereka telah mati?" 

"Mati? Oh, mereka belum mati, tuanku. Mereka akan mati sebentar lagi. Mereka telah hamba humbah ke tengah lautan seperti arahan tuanku dan patik pasti mereka akan disambar ikan-ikan yang kelaparan semuanya apabila tercium bau daging manusia," tanpa rasa bersalah atau takut, Panglima Mido bercerita. Terkebil-kebil mata Firaun yang sebelah buntang sebelah sepek itu. Baginda terdiam seketika cuba menghadam kata-kata panglima tersebut. 

Pek! Firaun Remeses II menepuk dahi. 

"Aduh! Bangap rupanya Panglima Mido ni. Pengawal!"

  ****

Kuala Lumpur, Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara             

Pening sebenarnya mahu merungkai sejarah yang sering bertindan antara satu sama lain. Di satu pihak, sejarah berkenaan bercerita tentang hal lain, di pihak yang lain pula, sejarah itu cuba memberitahu hal yang lain pula.            

Diya mengurut dahinya yang jendul itu. Sesekali dia melepaskan keluhan. Sampai di satu peringkat Diya menghempas semua surat-surat purba yang sedang dikaji olehnya. Mimpi atau realiti yang pernah dihadapinya turut mengganggu saraf fikirnya. Diya sekali lagi mengurut dahi.          

"Apasal surat lain cakap lain, surat lain tulis lain? Apa sebenarnya yang cuba diberitahu? Siapa sebenarnya lima Daeng ni? Apa kaitan mereka dengan Tanah Hanyut, Nusantara, Mesir? Kenapa semua seperti ada kaitan tapi susah sangat aku nak rungkaikan?" Diya bersoal jawab sendirian. Dia meneliti sekali lagi kelapan-lapan keping surat. Surat purba yang lain dibiarkan ketepi.              

Setakat ini, hanya tujuh surat yang mampu dibaca dan sedaya mungkin dia cuba mentafsir surat-surat berkenaan. Surat kelapan hanya sekadar menjadi tatapan sekilas lalu.             

"Mimpi ke kejadian yang benar yang aku hadapi tempoh hari? Kalau sekadar mimpi, macam mana kulit kambing..? Tapi, macam tak logik. Walhal... arrghhh! Kusut weh!" Diya hampir menjerit sambil ditarik-tarik rambutnya yang mengerbang seperti pontianak hilang anak. Selang ketika, dihentak perlahan dahinya ke atas meja kerjanya.             

Diya menyusun kembali surat-surat yang sudah dibaca dan mengasingkan surat yang belum dibaca. Dalam sebuah buku catatan yang bersaiz B6, Diya menulis sesuatu yang dirasakannya penting dan dapat membantunya menyelongkar segala rahsia tentang surat-surat yang berkenaan. 

Catatan 1: Daeng berlima. Tidak diketahui asal usul tetapi sejarah bermula di Kerajaan Tanah Mesir. Melarikan diri daripada Firaun Remeses II setelah baginda khuatir akan berlaku rampasan kuasa oleh lima bersaudara tersebut seperti yang terdapat dalam mimpi baginda. 

Catatan 2: Mereka dikatakan sekejap berpindah ke Tanah Hanyut sebentar kemudian berpindah pula ke Utopia.             

Catatan Diya terhenti di situ. Apakah sebenarnya yang terjadi? Adakah lagenda lima Daeng ini sekadar lagenda atau memang wujud memberi perhitungan pada semua untuk mencari makna yang tersembunyi di sebalik segalanya. Argh! Diya pening. (Sebetulnya, penulis yang pening kerana harus mentafsir segala cerita sebelum menemui penamatnya.)             

Sekali lagi Diya membaca kesemua surat-surat lama yang ada di hadapannya. Siapakah sebenarnya penulis surat-surat tersebut? Kenapa mesti setiap warkah mempunyai penulis yang berbeza? Kenapa pula setiap perjalanan lima Daeng ini akan dicatatkan walhal mereka bukanlah segah lima bersaudara dari Tanah Melaka. Rasanya inilah pertama kali Diya mendengar cerita tentang mereka berlima. Atau... adakah mereka berlima ini sebenarnya lima saudara dari Melaka mengikut versi Mesir pula memandangkan mereka asalnya lari dari Tanah Mesir sampai ke Tanah Nusantara. Mungkin juga lima bersaudara dari Melaka itu adalah lima Daeng ini? Hanya sekarang dapat diketahui bahawa asal usul mereka dari Mesir?             

Diya semakin bingung. Banyak sangat versi yang boleh diolah.             

Banyak sangat pembawa wacana yang pastinya berbeza mengikut jalan yang dilalui. Tentang mimpinya, tentang Tanah Hanyut, tentang Mesir, tentang Utopia...yang sebenarnya palsu. Tentang... tentang... 

****

Di suatu pesisir pantai di suatu daerah             

Daeng Fathol berdiri menghadap matahari terbenam. Tangannya dicekak ke pinggang. Seulas bibirnya menguntum senyum membawa seribu perasaan yang sukar digambarkan. Betapa gembiranya hati dia tatkala kaki menjejak pantai. Sesungguhnya dia dapat merasakan pengakhiran sebuah kembara yang tidak pernah sedikit pun dirancang. Hanya gara-gara kepetahan bicara dan tafsiran mimpi dari orang yang langsung tidak dikenali, maka mereka berlima tercampak entah ke mana.             

Daeng Fathol berpusing mencari sahabat-sahabatnya. Kelam kelibut mereka menaikkan kapal yang hampir patah layarnya.             

"Nasib kita baik juga, ya kanda-kanda ku sekalian. Mujur sempat kita mendarat sebelum barat menelan cahaya. Andai terlambat, dinda khuatir jalan kita gelap gelita. Entahkan daratan, lautan pun belum tentu kita kenal lagi," si bongsu bersuara dalam mengah sambil terus menarik kapal tanpa sedikit pun tidak disedarinya, keempat-empat Daeng yang lain sedang menahan rasa untuk menghamburkan tawa. Masakan tidak, susah payah si bongsu menarik, kekandanya hanya melihat, membiarkan atau lebih bagus disamakan dengan menderanya menarik kapal selayaknya kolek seorang diri.             

"Arrgh! Ini yang dinda benci sama kanda-kanda yang kononnya mengaku gagah perkasa, tapi membiarkan yang bongsu lemah tidak berdaya menarik kapal seorang diri," Daeng Sentol merajuk. Lagi galak tawa yang terhambur dari mulut mereka yang lainnya.             

"Sudahlah kalian semua. Tidak elok rasanya senja-senja begini kita ketawa. Lebih-lebih lagi ketawakan si Sentol yang lemah tidak berdaya ini...Hmm... Hahahahaha.." Daeng Mentol seakan mengejek. Lagi panjang muncung Daeng Sentol.             

Daeng Fauzol dan Daeng Khairol sekadar memerhatikan tingkah adinda tidak sedarah sedaging namun eratnya ibarat aur dengan tebing, enau dengan belukar. Rapatnya bagai cincin di jari, isi dengan kuku. Mereka saling berpandangan. Daeng Fauzol berjalan mendekati saudaranya Sentol lalu dipaut bahu itu.             

"Tiada guna kamu merajuk, Sentol. Mentol itu memang begitu. Kalau tidak masakan namanya Mentol alias sebenarnya Mental namun kerana mahu menjaga hati dan perasaannya maka kita tukar saja kepada Mentol..."             

"Bukan Mental lah, kanda Fauzol. Tetapi Montel..." tanpa sedikit terguris di hati, Daeng Mentol mencelah. Lain-lain terus ketawa mengekek, terbahak-bahak, dan juga terbatuk-batuk.             

"Ah, sudah. Hari semakin malu untuk bersinar. Sekurang-kurangnya kita harus mencari tempat untuk bermalam. Esok, subuh-subuh lagi kita cari pekan dan orang kampung supaya kita tahu di mana kita berada sekarang," Daeng yang sulung menamatkan geli di hati mereka. Empat Daeng yang lain mengangguk faham.             

Arkian, mereka meneruskan perjalanan yang tertempa tanpa agenda itu. Sesekali mereka berhenti menonton layar di langit nan gelap mencari arah yang sesuai untuk meneruskan kembara lima Daeng. Bintang-bintang yang bertaburan menjadi penunjuk arah memberi pedoman supaya tiadalah tersesat mereka di tempat asing.             

Sesungguhnya, kembara mereka tidak punya tujuan lantaran tujuannya ada pada Firaun Remeses II yang mengheret mereka ke lembah pengorbanan diri. Mujur atas ketololan Panglima Mido dan kebijaksanaan lima Daeng bersaudara, terlepas sudah mereka dari cengkaman Firaun yang kejam lagi tidak berperikemanusiaan itu.             

Atau, adakah mereka pasti mereka tetap selamat di daerah asing? 

Kembara di tanah gersang,
Bagai mencari emas di lautan,
Mungkinkah ketemu hajat dihidang,
Atau tersampuk jurang nan kelam. 
 

 

****

ps: penghargaan kepada yang terlibat dalam proses pembikinan cerpen bersiri ke 8 ini. terutama kepada encik safwan fital a.k.a apun kerana kesabaran beliau selaku penganjur dan pengelola untuk melihat terhasilnya cerpen yang tidak seberapa ini. Kelewatan adalah amat dikesali. Kepada yang lain-lain, selamat membaca dan selamat mengomen!

saya belum sempat nak letak glosari. kalau ada perkataan yang tidak difahami.. fikirlah sendiri.. hehehe.. carilah dalam kamus deh... 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) HAHAHA bukan mental lah, montel. HAHAHA xley blah okeey
  • 2) ya Allah..nape lebar smcm je nih???

    sumbudy help!!

    *pas dh okeh syud baca* :)
  • 3) okeh..dah baca..

    :)

    dr segi cite, syud xphm cmne diorg dpt kapal? setolol2 mido..klo nk humban, humban jela without kapal..atas kapal cmne jerung nk makan? :p
    kedua- er..bkn syud dh vanishkan (*ye vanish berkuasa pink! kohkoh) cite psl utopia ke? xley hadam ah utopia tu..dongeng keterlaluan sgt..hohoo

    selain itu, eh byk plak komen..tlg edit ida..penat tarik2 ke kanan utk mmbaca..huhu :)

    nice ida~ at last ada gak smbungan..*senyum*

  • (Penulis)
    4) apun:: haha

    syud:: sbb tu mido ni sy bagi tolol ya amat... tp mybe sy xwat explanation yg lebih clear... sory kalo syud xjelas...dan pasal utopia... dari pengamatan diya, benda tu kelabu..semua tu kelabu... jd, sy kasi sume org kelabu pasal utopia... up to next person plak nk hapuskan terus yg cara camne...
    then..apasal plak syud nk kena tarik2 ke kanan? ok je ni... *senyum jugak*

    ada gak org baca..fuh! kalo tak nak merajuk je...*hampir nangis*
  • 5) ida: er..syud dh cite b4 ni psl utopia tu tade..tu perbuatan khianat en.kanibal je :D

  • (Penulis)
    6) o yeke? haiya! sori la syud..poning sgt nk refer sume ketujuh2 cerpen tuh smpi sy pon da tak tau yg mana satu...
    xpela.. biar apun settlekan hal tu...ekekee...kejam tak?
  • 7) "Pening sebenarnya mahu merungkai sejarah yang sering bertindan antara satu sama lain. Di satu pihak, sejarah berkenaan bercerita tentang hal lain, di pihak yang lain pula, sejarah itu cuba memberitahu hal yang lain pula."

    ha ha. saya sangat fahami perasaan itu. tak mengapalah!

    sapa penulis ke 9 ya? elok kamu berbincang dan guide dia, apa idea penuh kamu utk chapter ini. kadang kita banyak tunas dan hint yang kita maksudkan utk disambung. tapi penulis akan dtg akan pusing sesuka hati. elok lah dibincang.
  • 8) oh bagus ;)
  • 9) penulis no 9 aku caha. aku akan mencantas sebanyak mungkin tunas
    mencantumkan
    merungkai
    dan menyetelkan sebanyak mana masalah. cuba.
  • 10) wohoooo... gud luck apun.
    ida: nice one, tapi bahasa klasiknya mcm tak menjadi sangat :p
  • 11) Argh! Diya pening. (Sebetulnya, penulis yang pening kerana harus mentafsir segala cerita sebelum menemui penamatnya.) --- ahahah..pemabaca pon da pening sikit2..
    maka apun, sila lah cantas, cantum dan rungkai sebaiknyer! GLHF!

    P/S: besss.. rase cam kat zaman dolu2.. suke dengan bahasa penulisan.. syabas shazmiey! *tepuk2 bahu*

    btw: saf pon kene tarik2 ke tepi.. so, saf kopi pes je semua terus ke words.
  • 12) eh.. tak menjadi ke jo? saf baca ok jer.. *wink wink kat ida*

  • (Penulis)
    13) caha: tengkiu kerana memahami..huhuu... sampai sekarang pening tak habes
    zu: terima kasih bebanyak kerana membaca
    apun: silakan cantas....sy rela kalau yg sy tulis dicantas sepenuhnya... tak dimasukkan dlm kompilasi pun xpe... huhu
    abe jojo: thanks... dan sy akui bhsa klasik sy tdk seterer yg abe jojo tulis...sbb sy tdk seklasik abe jojo..kehkehkeh...
    saf: apasal saf ngn syud kena tarik2? aiyo...tak tau... hhehee..btw thanks..wink wink...
  • 14) tu lah, saya pon kena tarik2 juga! tolong!!!!!!!!!!

  • (Penulis)
    15) sudah diedit *berdasarkan pengalaman lepas.* kalo kena tarik2 juga sy tak tahu... uhuhu...
  • 16) hahaha... sorry ida, I missed this one.

    Baru datang membaca... Nice one! Tapi macam dah lupa plak how the stories progress as whole. Kena baca yg lain-lain balik I think.

Cerpen-cerpen lain nukilan shazmiey

Read all stories by shazmiey