Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Perasaan yang Perasan?

Cerpen sebelumnya:
MO1S08- KEMBALI KE ASALAN
Cerpen selanjutnya:
Malam Suwey Untuk Julia

Diangkatnya kening sedikit. Tidak puas hati barangkali dengan tindakan aku yang memandang dia tidak berkelip. Aku pun tidak tahu jin apa yang sudah merasuk dalam badan aku. Ini kali pertama kami keluar berdua. Selama ini kami keluar dengan rombongan Cik Kiah.

  1. Kami bekerja di pejabat yang sama.

  Aku terasa seperti seekor paramesium yang terpinggir di piring petri kerana Mamat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada hidangan di depan mata. Dia terus mengadap makanan, kusyuk benar lagaknya. Bukanlah sesuatu yang menghairankan tetapi aku yang tidak biasa begini. Selalunya, waktu makan aku (atau kadang-kadang: kami) akan dikelilingi bunyi riuh suara kawan-kawan berbual. Hari ini, Amcorp Mall yang sesak seolah-olah senyap sunyi. Seperti semua pengunjung sudah diserap ke dalam ruang vakum. Yang tinggal hanya aku dan dia. Sepiring mee hoon goreng aku dan semangkuk mee sup dia. Itupun, makanan dalam pinggan aku seperti tidak berusik. Ini ada lagi satu jin yang sudah menghuni badan aku. Sudah dua minggu aku tidak mahu makan. Sesudu nasi sudah cukup untuk memberi aku kekuatan seperti biskut Biskuat Tiger.

  Tidur apatah lagi. Sekejap-sekejap aku terjaga. Pandang siling, ‘making friends with shadows on the walls’ bak kata Matchbox Twenty. Risau juga kalau-kalau ternampak benda selain bayang-bayang. Tetapi mata aku yang rabun ini masih nyalang terbuka. Ah, benci.

  Semuanya bermula dua minggu lepas. Hati jadi terusik bila dia menemankan aku sepanjang malam, menunggu keretapi ke Singapura. Banyak kali aku halau dia pulang, aku tahu dia penat tetapi dia enggan. Mamat mahu meneman aku, sekurang-kurangnya aku tidak bosan, katanya. Akhir sekali, aku mengalah. Dia bukan budak kecil yang boleh disuruh-suruh. Kalau dia terasa mahu tunggu aku di situ, silakan. Elok juga. Tidaklah aku bosan. Dan tidak perlu keluarkan duit sendiri untuk makan malam.

  Aku memang mudah terpengaruh. Ini adik aku yang cakap, bukan aku. Sampai sekarang aku terpengaruh dengan kata-kata dia. Dan, aku sedang dipengaruhi oleh kata-kata dalam sebuah buku. Ia mengatakan kita perlu melihat setiap kejadian, sekecil-kecil tanda sebagai satu petanda dalam apa sahaja yang kita lakukan. Percaya dan perhatikan kerana bila kita inginkan sesuatu, alam akan sama-sama berkonspirasi dengan kita untuk merealisasikan impian itu.

  Secara tidak sengaja, aku mula ternampak apa yang dia lakukan selama ini. Memang kami akan selalu makan tengahari bersama dengan kawan-kawan yang lain tetapi dia sentiasa akan mengajak aku. Padahal itu sudah jadi rutin, tidak perlu ajak pun aku sudah tahu apa yang aku perlu lakukan. Kalau aku lambat, terpacaklah dia di pinggir meja aku.

                                                                             + + +

Oh tidak! Sudah habis? Dapatkan dengan memuat turun Teori Pavlov si Syaitan, himpunan cerpen penulis dalam bentuk ebook.

Cerpen sebelumnya:
MO1S08- KEMBALI KE ASALAN
Cerpen selanjutnya:
Malam Suwey Untuk Julia

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.2
13 Penilai

Info penulis

Siti Aishah Abdul Aziz

the one who loses her rose-tinted glasses, with the tendency to borrow others thinking caps. 
uculer | Jadikan uculer rakan anda | Hantar Mesej kepada uculer

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya uculer
Janji | 31623 bacaan
Ukur | 2525 bacaan
'Weih, tak mau lunch ke?' | 2315 bacaan
Satu nyamuk dalam kelambu | 2846 bacaan
Nama | 2417 bacaan
Sebuah buku, sekeping hati | 2576 bacaan
Dia: Di Tepi Lif | 2409 bacaan
Battered | 1117 bacaan
Periuk Belanga | 2742 bacaan
Hati | 480 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

28 Komen dalam karya Perasaan yang Perasan?
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik