Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

skrip komik: rempit-rempitan

 

 

Page 1 (3 panel)

 

Panel 1.

Seorang remaja, Rizal sedang terbongkok di sebelah sebuah motor kapcai antara deretan beberapa buah motor di sebatang lorong yang sunyi dan gelap sambil menarik beberapa utas wayar pada motor itu.

 

Rizal: Ish… kalau ada kunci, kan senang.

 

Kapsyen:

Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna. Itu slogan filem Soal Hati yang aku tonton di TV semasa musim raya beberapa tahun lepas. Ah, jangan salah faham. Aku bukan mat jiwang. Nenek aku yang buka cerita tu, jadi aku layan sajalah.

 

Panel 2.

Different angle.

 

Rizal: Itulah… orang nasihat pakai Solex, tak nak. Kunci tengkuk je, tolak engsel dalam ni… dah free!

 

SFX: KLAK!

 

Kapsyen:

Tanpa aku sangka, filem itu memberi inspirasi pada aku. Tak! Bukan sebab Afdlin Shauki yang kaya-raya dalam filem tu sanggup berlakon menjadi orang biasa kerana hendak memikat Erra Fazira. Sebab bagi aku, itu bodoh. Dah kaya tu, pergi sajalah mengurat Siti Nurhaliza! Dahlah cantik, bersopan santun, kaya pula tu! Dah kahwin, boleh suruh nyanyi pagi petang siang malam. Tapi takpela... dah melepas.

 

 

 

 

Panel 3.

Rizal memecut kapcai itu dengan laju meninggalkan kawasan itu. Tayar hadapan terangkat sedikit. Ada seorang lelaki tidak jauh di belakangnya kelihatan terkejut.

 

Rizal: Bengkel Ah Tiaw! Aku datang ni~

 

Lelaki terkejut: Oi! Motor aku! Tak sempat aku guna Solex baru beli! Cis!

 

Kapsyen (diletakkan di bawah/berhampiran belon Rizal):

Aku juga suka menonton anime alih suara di TV. Sehingga terbawa-bawa nadanya dalam dialog aku.

 

Kapsyen:

Pembikin filem kita sentiasa bercakap kepada wartawan yang filem mereka ada mesej dan bukan sekadar hiburan. Aku bersetuju dengan itu. Filem Soal Hati ini mengajar masyarakat supaya berani mengejar impian sebagaimana dalam slogannya. Jadi aku mencontohinya, tetapi bukan setakat berani mengejar impian malah berani dalam semua aspek hidup aku… termasuklah mencuri motor!

 

 

Page 2 (4 panel)

 

Panel 1.

Rizal kelihatan gembira sambil menerima sejumlah wang daripada seorang mekanik. Motor yang dicuri kelihatan di dalam panel tetapi motor itu sudah dibogelkan.

 

Kapsyen:

Pembikin filem akan mendapat wang daripada kutipan tiket di pawagam. Begitu juga penontonnya yang mendapat manfaat daripada mesej filem yang disampaikan, contohnya aku.

 

Panel 2.

Close-up wajah mekanik.

 

Mekanik: Jai, motor lu aaa... gua sudah potong seat.

 

Panel 3.

Rizal menepuk-nepuk seat kapcainya sambil tersengih.

 

Rizal: Baru la tak senak perut aku nak pacak duyung.

 

Mekanik (off panel): Nanti malam aku nak tengok lu boleh celen itu Maya Kalin, ke tak.

 

 

Panel 4.

Rizal sedang merempit dengan aksi pacak duyung.

 

Rizal (jerit): Ah Tiaw! Jangan lupa record masuk youtube!

 

 

Kapsyen:

Aku rasa kalau Prof. Razak tengok aku buat pacak duyung ni lebih awal, menangis gigit jari le Maya Karin tengok aku berlakon dengan Saiful Apek.

 

 

Page 3 (3 panel)

 

Panel 1.

Seorang polis trafik berkeledar sedang bercakap dengan walkie-talkienya.

 

Polis: Burung sudah terlepas, over! Burung sudah terlepas! Kucing sedia menerkam!

 

Panel 2.

Beberapa buah motosikal polis memecut mengejar mat-mat rempit di celah-celah kenderaan yang bergerak.

 

Polis: Oi! Berhenti!

Mat rempit: Tak mau! Tak mau jumpak Mazidul!

 

Kapsyen:

Namun kata orang, langit tak selalu cerah. Studio Jalan Ampas yang gemilang suatu masa dulu pun boleh tutup, inikan pula merempit.

 

Panel 3.

Close-up wajah Rizal yang terkejut dan cuak.

 

Rizal: Alamak, Skuad 42 keluar sarang pula malam ni!

 

 

Page 4 (4 panel)

 

Panel 1.

Sebuah motosikal polis berjaya mengejar Rizal dan bersaing dengannya. Rizal menoleh ke arah polis itu.

 

Rizal: Encik boleh kejar saya? Pomen mana modified motor encik? Boleh rekemen kat saya?

Polis: Rizal? Kamu tak serik-serik lagi? Dah dua kali aku tangkap kamu! Ada sekatan di depan. Kali ni hatrik!

 

 

Panel 2.

Medium shot Rizal tersengih selamba.

 

Rizal: Zaman teknologi kultur tisu ni, pisang berbuah dua kali, encik! Tapi…

 

Kapsyen:

Tiba-tiba wajah Afdlin Shauki dan Erra Fazira terlintas dalam fikiran aku.

 

 

Panel 3.

Rizal memanjat divider dengan kapcainya dan meluru menentang arus jalan yg bertentangan.

 

Rizal: … pisang berbuah tiga kali tu susah sikit la!

 

 

Panel 4.

Close-up wajah polis yang terkejut.

 

Polis (jerit): Hoi! Kamu nak mati ke?

 

 

Page 5 (4 panel)

 

Panel 1.

Rizal mencilok-cilok di celah-celah kereta melawan arus trafik.

 

Kapsyen:

Aku seorang hero. Hero tidak mudah ditangkap. Biar kantoi sekalipun macam Sarjan Hassan yang dikurung di kubu Jepun, dia tetap boleh lepas lari.

 

 

Panel 2.

Seorang pemandu menekan hon kereta dengan marah

 

Pemandu: #@%##!

 

 

Panel 3.

Beberapa buah kereta mengelak daripada melanggar Rizal.

 

SFX: SKREEETTT!

 

 

 

Panel 4.

Beberapa buah kereta termasuk sebuah MPV berlanggar sesama sendiri.

 

 

Page 6 (7 panel)

 

 

Panel 1.

Close-up. Rizal menoleh ke sebelah.

 

Panel 2.

Pandangan sisi sebuah MPV. Pada tingkap belakang, samar-samar kelihatan susuk tubuh kecil.

 

Panel 3.

Close-up tingkap belakang MPV. Susuk tubuh yang kelihatan adalah seorang budak perempuan comel yang berwajah ‘innocent’ sedang memandang ke arah Rizal.

 

Panel 4.

Berlaku letupan pada kenderaan yang mengalami kemalangan.

 

Panel 5.

Sama seperti panel 3.

 

Panel 6.

Komposisi sama seperti panel 5 di atas. Tetapi wajah kanak-kanak itu ditelan api dan bahang letupan.

 

Panel 7.

Komposisi sama seperti panel 1. Cuma kali ini wajah Rizal nampak terkejut, matanya terbeliak dan kelihatan amat menyesal.

 

Kapsyen:

Hero? Aku…? Hero… tidak akan membunuh orang yang tidak berdosa…

 

 

End

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hohoo bagus sekali unjuran2 aksi yang digambarkan. mula2 sy ingat komik mcm ala2 'ujang' tp rupa2nya komik serius.. kalau diilustrasi dengn warna pasti menarik.. :)
  • 2) demit! best gila
  • 3) wow!!!
  • 4) besh kangag! lagi;)

    part paling besh, 'taknak jumpa mazidul' wakakaka..

  • (Penulis)
    5) Nadnad: malangnya sy tak pandai melukis.. hehe..
    zInggOf, shazmiey, mosh: terima kasih kerana sudi membaca ;)
  • 6) woww, camni rupanya skrip buat komik. now i know!
  • 7) uu wow
    sangat teliti
    uu wow lagi (untuk 2 minit)

  • (Penulis)
    8) cahatomic: skrip komik ada pelbagai. ini cuma jenis ringkas tanpa terlalu detail pada jenis2 shot.

    uculer: weee... (utk 2 minit setengah)
  • 9) adoi.. x boleh blah cite ni...
    perli ke ape?
    hahaha!!
  • 10) amboi detail no... kelakar2 ;)


  • (Penulis)
    11) kamalia: terpulang pada interpretasi masing2.. ngeh... ngeh...

    _theRain_: amboi cakap utara no...? hihii
  • 12) cerita yang menarik... tahniah untuk anda! =)
  • 13) best..mindaku berjaya membayangkan shot-shot digambarkan..Malah kesan bunyi turut terngiang-ngiang.. Bravo! Paling suka ayat "Rizal: Zaman teknologi kultur tisu ni, pisang berbuah dua kali, encik!" haha..Sokong! Sokong!
  • 14) mantap!! ahaha
  • 15) jue agak blur pd mulanya tp bl difahami lama2 br paham....
    lampi skit...
    heheheh...
    nice...daaaa

  • 16) gile ah...
    best ar..
    bley ar nak g shoot aksi ni..
    leh kalahkan filem shamsul..
    huhuu..
    nice..
  • 17) dasat!
  • 18) Oh, rupa-rupanya komik juga perlu dibuat skripnya dahulu. Hebat, teruskan berkarya Kangaq!
  • 19) best! kalo dibuat secara storyboard lagi best! lagi senang nk m'hayati la kot..
  • 20) kagum2..mexico wave bro..
  • 21) ahhh..

    hebat..!!
  • 22) babak-babak terakhir dengan MPV tu nampak mustahil berlaku dalam realiti antara 2 kenderaan yang bertentangan arah..the rest is good anyway..
  • 23) Kenapa setiap kali aku terjah ke dada2 moniter yang menyakitkan mata

    membutakan telinga ni..

    membuat dadaku sebak tanpa kata2

    tetpi berakhir dengan bunyi


    ADESS!
  • 24) huhu..da xtau nk kate ape..
  • 25) BEST!

Cerpen-cerpen lain nukilan kangaq

Read all stories by kangaq