Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

skrip komik: rempit-rempitan

Cerpen sebelumnya:
Malam Suwey Untuk Julia
Cerpen selanjutnya:
Cinta Antara Kita

 

Page 1 (3 panel)

 

Panel 1.

Seorang remaja, Rizal sedang terbongkok di sebelah sebuah motor kapcai antara deretan beberapa buah motor di sebatang lorong yang sunyi dan gelap sambil menarik beberapa utas wayar pada motor itu.

 

Rizal: Ish… kalau ada kunci, kan senang.

 

Kapsyen:

Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna. Itu slogan filem Soal Hati yang aku tonton di TV semasa musim raya beberapa tahun lepas. Ah, jangan salah faham. Aku bukan mat jiwang. Nenek aku yang buka cerita tu, jadi aku layan sajalah.

 

Panel 2.

Different angle.

 

Rizal: Itulah… orang nasihat pakai Solex, tak nak. Kunci tengkuk je, tolak engsel dalam ni… dah free!

 

SFX: KLAK!

 

Kapsyen:

Tanpa aku sangka, filem itu memberi inspirasi pada aku. Tak! Bukan sebab Afdlin Shauki yang kaya-raya dalam filem tu sanggup berlakon menjadi orang biasa kerana hendak memikat Erra Fazira. Sebab bagi aku, itu bodoh. Dah kaya tu, pergi sajalah mengurat Siti Nurhaliza! Dahlah cantik, bersopan santun, kaya pula tu! Dah kahwin, boleh suruh nyanyi pagi petang siang malam. Tapi takpela... dah melepas.

 

 

 

 

Panel 3.

Rizal memecut kapcai itu dengan laju meninggalkan kawasan itu. Tayar hadapan terangkat sedikit. Ada seorang lelaki tidak jauh di belakangnya kelihatan terkejut.

 

Rizal: Bengkel Ah Tiaw! Aku datang ni~

 

Lelaki terkejut: Oi! Motor aku! Tak sempat aku guna Solex baru beli! Cis!

 

Kapsyen (diletakkan di bawah/berhampiran belon Rizal):

Aku juga suka menonton anime alih suara di TV. Sehingga terbawa-bawa nadanya dalam dialog aku.

 

Kapsyen:

Pembikin filem kita sentiasa bercakap kepada wartawan yang filem mereka ada mesej dan bukan sekadar hiburan. Aku bersetuju dengan itu. Filem Soal Hati ini mengajar masyarakat supaya berani mengejar impian sebagaimana dalam slogannya. Jadi aku mencontohinya, tetapi bukan setakat berani mengejar impian malah berani dalam semua aspek hidup aku… termasuklah mencuri motor!

 

 

Page 2 (4 panel)

 

Panel 1.

Rizal kelihatan gembira sambil menerima sejumlah wang daripada seorang mekanik. Motor yang dicuri kelihatan di dalam panel tetapi motor itu sudah dibogelkan.

 

Kapsyen:

Pembikin filem akan mendapat wang daripada kutipan tiket di pawagam. Begitu juga penontonnya yang mendapat manfaat daripada mesej filem yang disampaikan, contohnya aku.

 

Panel 2.

Close-up wajah mekanik.

 

Mekanik: Jai, motor lu aaa... gua sudah potong seat.

 

Panel 3.

Rizal menepuk-nepuk seat kapcainya sambil tersengih.

 

Rizal: Baru la tak senak perut aku nak pacak duyung.

 

Mekanik (off panel): Nanti malam aku nak tengok lu boleh celen itu Maya Kalin, ke tak.

 

 

Panel 4.

Rizal sedang merempit dengan aksi pacak duyung.

 

Rizal (jerit): Ah Tiaw! Jangan lupa record masuk youtube!

 

 

Kapsyen:

Aku rasa kalau Prof. Razak tengok aku buat pacak duyung ni lebih awal, menangis gigit jari le Maya Karin tengok aku berlakon dengan Saiful Apek.

 

 

Page 3 (3 panel)

 

Panel 1.

Seorang polis trafik berkeledar sedang bercakap dengan walkie-talkienya.

 

Polis: Burung sudah terlepas, over! Burung sudah terlepas! Kucing sedia menerkam!

 

Panel 2.

Beberapa buah motosikal polis memecut mengejar mat-mat rempit di celah-celah kenderaan yang bergerak.

 

Polis: Oi! Berhenti!

Mat rempit: Tak mau! Tak mau jumpak Mazidul!

 

Kapsyen:

Namun kata orang, langit tak selalu cerah. Studio Jalan Ampas yang gemilang suatu masa dulu pun boleh tutup, inikan pula merempit.

 

Panel 3.

Close-up wajah Rizal yang terkejut dan cuak.

 

Rizal: Alamak, Skuad 42 keluar sarang pula malam ni!

 

 

Page 4 (4 panel)

 

Panel 1.

Sebuah motosikal polis berjaya mengejar Rizal dan bersaing dengannya. Rizal menoleh ke arah polis itu.

 

Rizal: Encik boleh kejar saya? Pomen mana modified motor encik? Boleh rekemen kat saya?

Polis: Rizal? Kamu tak serik-serik lagi? Dah dua kali aku tangkap kamu! Ada sekatan di depan. Kali ni hatrik!

 

 

Panel 2.

Medium shot Rizal tersengih selamba.

 

Rizal: Zaman teknologi kultur tisu ni, pisang berbuah dua kali, encik! Tapi…

 

Kapsyen:

Tiba-tiba wajah Afdlin Shauki dan Erra Fazira terlintas dalam fikiran aku.

 

 

Panel 3.

Rizal memanjat divider dengan kapcainya dan meluru menentang arus jalan yg bertentangan.

 

Rizal: … pisang berbuah tiga kali tu susah sikit la!

 

 

Panel 4.

Close-up wajah polis yang terkejut.

 

Polis (jerit): Hoi! Kamu nak mati ke?

 

 

Page 5 (4 panel)

 

Panel 1.

Rizal mencilok-cilok di celah-celah kereta melawan arus trafik.

 

Kapsyen:

Aku seorang hero. Hero tidak mudah ditangkap. Biar kantoi sekalipun macam Sarjan Hassan yang dikurung di kubu Jepun, dia tetap boleh lepas lari.

 

 

Panel 2.

Seorang pemandu menekan hon kereta dengan marah

 

Pemandu: #@%##!

 

 

Panel 3.

Beberapa buah kereta mengelak daripada melanggar Rizal.

 

SFX: SKREEETTT!

 

 

 

Panel 4.

Beberapa buah kereta termasuk sebuah MPV berlanggar sesama sendiri.

 

 

Page 6 (7 panel)

 

 

Panel 1.

Close-up. Rizal menoleh ke sebelah.

 

Panel 2.

Pandangan sisi sebuah MPV. Pada tingkap belakang, samar-samar kelihatan susuk tubuh kecil.

 

Panel 3.

Close-up tingkap belakang MPV. Susuk tubuh yang kelihatan adalah seorang budak perempuan comel yang berwajah ‘innocent’ sedang memandang ke arah Rizal.

 

Panel 4.

Berlaku letupan pada kenderaan yang mengalami kemalangan.

 

Panel 5.

Sama seperti panel 3.

 

Panel 6.

Komposisi sama seperti panel 5 di atas. Tetapi wajah kanak-kanak itu ditelan api dan bahang letupan.

 

Panel 7.

Komposisi sama seperti panel 1. Cuma kali ini wajah Rizal nampak terkejut, matanya terbeliak dan kelihatan amat menyesal.

 

Kapsyen:

Hero? Aku…? Hero… tidak akan membunuh orang yang tidak berdosa…

 

 

End

 

 

 

Cerpen sebelumnya:
Malam Suwey Untuk Julia
Cerpen selanjutnya:
Cinta Antara Kita

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.5
11 Penilai

Info penulis
Support underground talents!
kangaq | Jadikan kangaq rakan anda | Hantar Mesej kepada kangaq

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya kangaq
kisah di bumi berdebu | 2385 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

25 Komen dalam karya skrip komik: rempit-rempitan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik