Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Perasaan yang Perasan: Alternate ending 1

 

Bab sebelumnya: Perasaan yang perasan

 

"Sorry you. I lambat," aku memberi alasan sambil cuba memberikan senyuman seindah Jessica Alba.

  "Takpe, I faham," Mamat memandang aku dengan pandangan yang romantis. Aku membuat kesimpulan begitu kerana matanya kuyu. Mungkin dia mengantuk atau bosan menunggu aku. Ah, entahlah.

  "You nak makan apa?" Mamat mengunjukkan menu ke arah aku. Sebenarnya aku lewat kerana aku makan di kedai mamak di bawah apartment. Setiap kali keluar dengan Mamat, aku akan pastikan aku makan dahulu kerana aku mengelak untuk makan dengan banyak di hadapannya. Saham mesti dijaga supaya tidak jatuh merudum dan mendapat rating yang teruk daripada Standard and Poor.

  Mamat mengulang kembali pesanan yang telah dibuat sebentar tadi, mencadangkan aku untuk memesan makanan yang sama. Dia memesan makanan yang bunyinya lebih kurang krung-krap-krung-krap. Aku membayangkan seekor ikan kap akan diletakkan di hadapan Mamat apabila hidangan sudah siap. Dia minta maaf kerana tidak menunggu aku kerana katanya dia sangat lapar. Aku tidak kisah, kurang sedikit tekanan untuk membuat pesanan dengan cepat. Apabila pesanan Mamat tiba, kecewanya aku bila aku melihat sebelah nenas diletakkan di atas pinggan, di dalamnya berisi nasi berwarna kuning. Nama tidak mahu kalah, padahal nasi goreng campur nenas sahaja. Harganya pun tidak mahu kalah. Aku menelan liur. Naan cheese dan tandoori tadi nampaknya tidak cukup.

"‘Burp!", aku tidak sengaja tersendawa. Mamat tersentak, terhenti gerakannya yang sedang menyuakan sudu ke dalam nenas. Aku juga turut terkejut. Habislah hilang ayu aku. Habislah kalau mamat dapat mencium aroma naan cheese kegemaran aku.

  "Sorry," aku rasa hendak bunuh diri sekarang juga. Aku terasa mahu ke dapur, pinjam pisau potong daging dan menikam tepat ke tulang rusuk sebelah kiri. Tetapi mamat memang gentleman. Ditahannya ketawa, dipendam dalam-dalam kerana tidak mahu aku malu.

  Aku membuat isyarat untuk ke tandas. Mamat mengangguk dengan senyuman yang masih bersisa. Kalau berani gelaklah! Berlumba gigi masuk perut.

  Bila saja pintu bilik air ditutup, aku menyumpah-seranah diri sendiri dengan keazaman yang tinggi. Kalau boleh aku mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa Swahili, pasti itu juga aku lakukan. Malangnya, aku sekadar tahu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Itupun Bahasa Inggeris aku lebih baik sedikit sahaja daripada ‘Yes', 'No', 'Alright', 'Thank you’.

  Sesudah selesai sesi terapi tersebut, aku keluar dari bilik air. Tidak logik kalau aku terperap sepanjang malam di dalam bilik air, apa pula kata Mamat nanti? Aku tidak boleh menipu yang aku terpaksa pulang kerana meja kami tadi bersebelahan dengan laluan ke tandas. Dan, aku juga tidak mahu Mamat terpaksa menyuruh kakitangan restoran meruntuhkan pintu tandas demi kekasih hatinya. Eh, tersasul pula. Sabar, sabar, sedikit sahaja lagi.

                                                                                      +  +  +

Oh tidak! Sudah habis? Dapatkan dengan memuat turun Teori Pavlov si Syaitan, himpunan cerpen penulis dalam bentuk ebook.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) best!padan muka mamat tuh!

  • (Penulis)
    2) cherry: a ah, mmg padan muke die
  • 3) >wa!!!!!sukanya ending bgini:),pdn muka mamat!!!eheh...

  • (Penulis)
    4) edieca_88: tu la. buat jahat lagi kan? otengs sudi bace
  • 5) woo... sadis betul mamat ni.. gudjob la ucu... bravia.. eh, bravo!
  • 6) cara penyampaiannya mungkin biasa, tp plotnya yg agak lain dari yg lain... amek kau mamat kena kasi...*sy pon masih terkebil2 ni...dorang betul mengasi si mamat ni ke?"
  • 7) ucu... da la suh komen n rate.. pastu cite ending camnie

    ahhh ngilunyeeeeeee~ haha

  • (Penulis)
    8) ida: time kasih ida. mmg patut pun dikasi. lalala
    acol: jap la. ade ending lain. ish
  • 9) ucu, citer ni best. tamat..
    • bee
    • 15 years ago
  • 10) hoi, macam in punya family juga ada? Adakah ini amaran supaya orang xleh kacau kau ucu? Boncer lah, doktor jantinalah, bagai2 family ko, euiiiiiiiiiii serrrreeemmmmm
  • 11) huh! mcm ada kes dendam dr kisah benar je...
  • 12) wahh bravoooo!!!

    haha

    ucu u're the bestest!! ;)

    mamat go to hellyahhhhhh agagaga

  • (Penulis)
    13) bee: hihi tengs bee
    apun: tade yg pelik kot di dunia ni apun. tp tu bukan family aku. family aku tak cool mcm tu
    kamalia: kisah-kisah yang selama ni terpampang di dada-dada akhbar, ya, aku mmg dendam baca citer-citer sebegitu
    syud: haha die sudah pergi hell on earth
  • 14) hamikk!!... huih.. dasat tul..padan muke kat mamat!

    bes la ucu! ehehehe.
  • 15) sadissss..;P, anyway mamat deserved it!

  • (Penulis)
    16) sag: tengs saf!
    mosh: ye mmg org2 mcm ni patut buat mcm tu je kan?
  • 17) dem. tangan saya masih tak lepas melindung organ penting saya ketika menulis komen ini. saya bimbang.

    cerita kamu kemain lagi ya *tangan lepaskan kibod, kaver semula*
    bersalin bagai *larikan tangan sekali lagi*

    ok, saya tak berani lama2. bahaya! kamu terlalu imejinatif

  • (Penulis)
    18) cahatomic: aku rase post-post kau yg membuat aku ingat balik pada lorena bobbitt
    don't blame me, blame her *winks
  • 19) Dia memesan makanan yang bunyinya lebih kurang krung-krap-krung-krap. ----jom pi tgk ong bak!
    ‘Burp!’ ---mungkin mamat terkejut kerana si gadis lebih kuat sendawanya dr beliau..lalu mamat bercadang, utk date seterusnya akan diadakan pertandingan sendawa siapa yg boleh mengegar klcc
    ‘Yes, No, Alright, Thank you.’ ---tambahan (go straight, dont belok-belok)
    Mungkin awak-saya, mungkin awak-kamu. Anda-saudara/ saudari pun boleh juga.---combi/abg osman paling best
    Pak Teh, you are the bestest. ---penulis, kamu juga!!

    as usual, cik gayah mmg dramatisch!! i sooo loikeee it!! saya sbg pembaca sgt terhibur dgn alternate ending ini. Saya akan menunggu alternate ending seterusnya. (Am not hoping for a happily-ever-after-ending tho)
    • sha
    • 15 years ago

  • (Penulis)
    20) sha: weih jom lets ong bak!
    burp!--> bole ke aku mcm terpk yang same jugak?
    tambahan ayat ko superb ok
    i hate you (sambil gelak guling-guling). combi/ abg bidin pon bole

    silalah tunggu alternate ending tersebut. tatau la bile. i bz la bedah (sambil lipat setokin celoreng kuning hijau)
  • 21) wow!

  • (Penulis)
    22) adra: tengs sbb bace
  • 23) ayoo akak bedah..( eyh?)
    sambung cepat2 ckit!!
    ini adalah perintah...
    :)
  • 24) yey! akhirnya leh baca gak ari ni... haha... best!
  • 25) cian kat anak itu..wlpn dendam telah dilaksanakn n akhirnya telah dikawenkn tetapi nasib anak tuh gakz yg terumbang ambing...go to the hell laa mamat tuh..endingnyer suppose gurl tuh membesarkn sendri anak tuh smbil di temani oleh sedara2 sepupu sepapat gurl yg hebat itu...ahakz...

  • (Penulis)
    26) kangaq: time kaseh
    cikaaluk: kan? adeh silap ending
  • 27) wah...
    gile kentang kne kasi..
    hehehe..
    padan muke mamat!!
    klu sume perogol dikenekan hukuman cmtu kn bgus..
    sebat pon buat lagi,kasi je..
    huhuhu..

  • (Penulis)
    28) mizz_aszni: saya sokong plis!
  • 29) padan muke mamat!
    jahat
    tp syiaann kat baby tu..

  • (Penulis)
    30) ckin: takpe la ckin. die oke je kot
  • 31) sYok!

  • (Penulis)
    32) laNcY: time kaseh
  • 33) biar betol takkan sampai kena kasi...
    kesian kat mamat., macamne nak sabitkan dia dengan kesalahan kalau dia telah dikasi? atau hanya dikasi selepas dinikahkan / setelah laporan polis di buat?
    anyway citer ni menarik!
  • 34) mmg patut pon mamat tu kena kasi..
    padan muka dia..!!!
    mari suggestkan punishment ini..
    biar semua perogol takut!! hahahha!!!!

  • (Penulis)
    35) suz_ana: dia dipaksa kawen, itulah hukuman. die tak dihadapkan ke mahkaman
    aida: kan kan? mmg patut kite cadangkan hukuman ni
  • 36) kena kasi.. huhuh.. ksian.. mesti lagi kesian bahawa.. sistem pembiakan tidak akan berfungsi normal seperti dahulu.. hahahahahha..mcm sistem maharaja cina dulu kasi secetary

  • (Penulis)
    37) kimi_71: baru berkesan kan? kalu tak, memang tak serik

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer