Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Chairel

 

Bilik itu masih gelap. Sejalur cahaya yang cuba menerjah masuk membuatkan pandangannya picing lalu ditutup muka dengan bantal kecil yang menjadi teman tidurnya sejak 10 tahun yang lalu.

Bunyi mesin basuh di dalam bilik air mengejutkan dia, namun matanya masih terpejam rapat. Berat rasanya kelopak mata setelah penat menampung tangisan yang tidak sudah malam tadi.

Sepuluh minit bergelumang dalam gebar tebal dan kesejukan hawa pagi, akhirnya dia mengalah dan bangkit menuju ke bilik air. Sesejuk air pagi, dia wajib menyejukkan hati dengan wuduk. Dengan langkah yang longlai, kakinya menyusun tapak satu persatu ke arah tuala yang tersangkut di belakang pintu. Sebaik sahaja mencapai tuala, dia kembali melabuhkan punggung ke atas katil.

"Sha, tolonglah jangan macam ni. Aku tak tahan tengok kau begini," satu suara menyentuh gegendang telinganya. Shaza tidak menoleh. Tidak juga bereaksi apa-apa. 

"Sha..."

Masih diam. Kemudian, sebuah keluhan dilemparkan. Setelah itu, dia kembali melangkah ke bilik air untuk menyucikan diri. 

************

Sebaik sahaja menunaikan solat Subuh, Shaza kembali merebahkan badannya ke atas tilam. Dia berpaling ke kanan dan memandang sekujur tubuh di sebelahnya. Lena sungguh. Wajah mulus gadis sunti itu direnung lama.

"Dik, bangun. Subuh dah nak habis ni," seru Shaza sambil menggoncang perlahan tubuh Shazlin. Gadis sunti berusia 8 tahun itu menggeliat malas. Lagi Shaza cuba kejutkan, lagi Shazlin tarik selimut dan menyelimuti tubuhnya. 

Shaza membiarkan Shazlin terus lena, lalu dia memusingkan tubuhnya ke kiri. Bantal kecilnya dipeluk erat.

"Lepaskan aku, Shaza."

Shaza pejam mata rapat-rapat. 

"Tak nak! Aku tak mahu lepaskan kau!" Makin erat bantal kecil dipeluk. 

"Tapi, sampai bila? Sampai bila kau nak terus hidup macam ni dengan aku? Kau takkan jumpa apa yang kau nak, Sha."

Shaza geleng kepala.

"Aku tak ada sesiapa. Aku cuma ada kau!" tempik Shaza. Namun itu semua hanya dalam hatinya. 

"Jangan jadi bodoh..."

"Memang aku bodoh! Memang! Sebab aku bodohlah, aku tak nak lepaskan kau. Aku ni tak berguna, Chairel. Aku ni tak ada apa-apa kecuali kau!" laju air mata mengalir. Shaza tersedu menahan lagi cucuran air mata yang sudah tidak terbendung.

Chairel diam. Mana mungkin dia dapat menangkis kata-kata Shaza. Kalau tuan badan sendiri yang ucapkan, apa daya jiwa yang lain. Namun, sedaya mungkin Chairel tidak ingin berputus asa. Dia wajib untuk menolong Shaza.

"Aku tahu...Aku sayangkan kau, Sha. Tapi, kau mesti sedar kita tidak akan dapat bersama. Walau apa cara sekalipun yang kau buat, kita tetap tak boleh bersama."

"Aku boleh jadikannya kepada sesuatu yang tidak mustahil. Dengan syarat, kau rela," buntang mata Shaza merenung Chairel. Namun, lelaki itu hanya memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia tidak sanggup memandang wajah Shaza. Risau andai pandangan dia nanti akan terus melekakan Shaza.

"Tidak, Shaza. Tidak mungkin. Aku tak mahu kau terus sesat. Aku nak kau kembali ke jalan yang benar," pujuk Chairel lagi. Shaza terus terdiam. Sedih dia mendengar ayat yang terbit dari bibir Chairel.

Bukan itu yang dia mahu dengar. Dia perlukan kata sokongan, bukan mematahkan jiwanya... jika itu yang dikatakan pematah semangat.

"Kau tak sayang aku," sayu dan pilu. Shaza cuba memancing simpati Chairel. Kerdipan mata sedihnya mengharukan Chairel. Namun, cepat-cepat dia larikan matanya daripada terus menatap mata lawannya itu.

"Sebab aku sayangkan kau, maka aku nak kau kembali ke alam nyata. Bukan alam yang membinasakan jiwa kau!" Chairel seakan hilang sabar.

"Kau tak sayang aku!" Balas Shaza lagi. Bantal kecil dalam dakapannya dilempar ke hujung bilik. Terdampar objek yang tidak punya perasaan itu. Shaza membenamkan mukanya lalu terus menyambung tangis syahdu hatinya.

******************

"Aku ingat kau dah tak sayang aku," sindir Shaza, namun langsung tidak terkesan di hati Chairel. Malah, dibalas dengan senyum sinis. 

"Kau tahu perasaan aku, Shaza."

"Aku tak tahu. Aku keliru."

"Jangan tipu diri sendiri."

"Kenapa aku rasa kau macam tak puas hati?"

Sekali lagi Chairel tersenyum sinis. Bahu Shaza dipeluk erat. Shaza sekadar membiarkan perlakuan Chairel. Memang itu yang sering didambakannya setiap malam, malah setiap saat. Pelukan erat penuh dengan kasih sayang daripada seorang lelaki bergelar kekasih. 

"Berapa banyak bintang malam ni?" soal Chairel, cuba mengalih tajuk. Kepalanya didongak ke langit yang terbentang luas. Shaza berpaling memandang lelaki yang setia di sisinya. Kali ini, giliran dia pula yang tersenyum sinis. 

"Kiralah sendiri. Kenapa tanya aku?" ada nada ceria dalam ayat sinisnya. Chairel tersenyum indah mendengar suara Shaza yang mula berubah nada ceria. Ubun-ubun Shaza menjadi persinggahan bibirnya. Dikucup lembut.

"Kan baik kalau hari-hari macam ni," Shaza merapatkan kepalanya ke dada Chairel. Tubuh sederhana lelaki yang mengisi kekosongan hidupnya dipeluk erat.

"Tak boleh hari-hari. Ingat, aku tak nak kau terus leka, Shaza. Aku datang hari ini pun, sebab aku tahu kau takkan melampaui batas. Kau  baik hari ni. Hanya bila kau jujur dengan diri sendiri, baru aku berani datang menjengah. Sekadar mengisi hari kau yang kosong, bukan hati," Chairel memberi penjelasan. Dalam dakapan, dia merenung wajah Shaza yang tersenyum sinis. 

"Jangan cakap lagi. Aku tak nak dengar. Cukup kau ada di sisi aku hari ini."

Langit malam yang dihiasi kerdipan lampu alam menyaksikan bagaimana seorang gadis terlena dalam dakapan cinta yang dia cari meski tidak termiliki. 

********************

Perjalanan anak Adam dan Hawa telah Tuhan tentukan. Namun, terletak pada tangan dia untuk memilih untuk menjadikannya baik atau buruk. Segala yang terjadi, menjadi tanggungan sendiri. Tuhan tidak akan mengubah sesuatu kaum, kecuali kaum itu berusaha untuk berubah.

Shaza termenung panjang. Chairel di hujung sana, di suatu sudut hanya menanti jawapan. Segala keputusan di tangan Shaza. Memang dia berat mahu meninggalkan gadis itu, tetapi itulah yang terbaik. Dia sewajarnya tidak perlu muncul dalam cerita hidup Shaza. Shaza sendiri akui hakikat itu, cuma dia degil dan menerima sahaja kehadiran Chairel.

Keluhan halus yang keluar dari mulut Shaza, mengalihkan mata Chairel ke arahnya. Dia sedar Shaza masih berbelah bagi. Hati Shaza berat untuk membuat keputusan yang betul. Kerana manusia itu diciptakan untuk taat kepadaNya, maka akan ada ujian untuk menguji ketaatan itu. Maka, itulah yang Shaza hadapi sekarang.

"Shaza, anggaplah masa kau sudah tiba. Kau harus buat keputusan yang betul. Kau lepaskanlah aku," Chairel merayu. Dia tidak mahu bermain dengan api lagi. Cukuplah Shaza terseksa dalam dunianya. Dia tidak mahu Shaza terus terseksa. Dia begitu sayangkan Shaza. 

"Demi sayang kita, Sha. Lepaskan aku."

"Aku takkan lepaskan kau. Tapi..." Shaza terus tersenyum kepada Chairel."... aku janji akan berkelakuan baik dan aku cuma akan panggil kau bila aku betul-betul perlukan kau, okey?"

"Shaza..."

"Please..." wajah sedih bertukar keanak-anakan. Dua tapak tangannya disatukan dan diletakkan di bawah hidungnya sambil tersengih lebar.

Chairel pula yang mengeluh kali ini. "Janji?"

Shaza mengangguk laju.

"Janji kau akan berkelakuan baik dan hanya panggil aku bila kau perlukan aku sahaja?"

"Ya...eh, satu lagi tambahan. When I really, really, really need you...Please," 

Chairel terusik dengan gelagat manja Shaza. Kononnya mahu bermanja. Shaza mengerdipkan kelopak matanya berulang kali. Chairel terus tersenyum. Anak matanya langsung tidak dialihkan daripada mata Shaza. 

"Jadi?" Chairel inginkan kata putus yang pasti. Serta-merta air muka Shaza berubah lagi. Kali ini, dia menunduk ke lantai. Sayu dan sedih.

"Jadi...sampai jumpa lagi. Doakan kesejahteraan aku. Harapkan dan lakukan yang terbaik untuk aku. Aku mahu bahagia sampai bila-bila..."

"Tak sepanjang masa kita akan bahagia, Sha. Sekali-sekala berduka, apa salahnya."

"Dah! Pergilah, jangan cakap banyak lagi. Aku nak buat kerja...Pergi!" Cepat-cepat Shaza menutup telinga dan memejamkan matanya. Rasanya cukup sudah pertemuan antara dia dengan Chairel. Tiada apa lagi yang mahu dibicarakan. Kalau sekadar kata nasihat, Shaza lebih rela Chairel pergi. Kerana dia pasti Chairel pasti akan kembali.

***************************************************

notakaki:

Penyakit Psikosis

 

Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu di tahap teruk ini. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan "luar biasa". Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.

Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna.

Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

diambil dari::http://www.geocities.com/uitm_ot/schizophrenia.htm 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) selajur atau sejalur? mesin basuh atau mesin basih? Maknanya Shaza ni skizofrenia dan Chairel itu tidak wujud? ke akak yang keliru ni.Anybody help?

  • (Penulis)
    2) aiyak typo... dah betulkan dah... thanks!
  • 3) cerpen yang best.tapi saya kurang faham sket cikgu.
    adakah itu hanya khayalan shaza dan kalau ya maknanya chairel itu tidak wujud?betulkan saya jika salah. =)
  • 4) huhu

    bgus tol..skizo pastu gile brcinta? :D

    huhu..sya oh sya~
  • 5) yeay! 2 rangkap sya dah tahu, ini cerita ke-3 dalam cerita "SEPI".

    wuuuuu

    wuuuuuuuuuuu
  • 6) erm..cite le tahan....cume keliru...adakah c shaza ni bermain kata2 n watak ngan diri sendiri...wujud kah insan bernama cairell...?

    so far so good..( sori amik mase nk abiskan...ade comit bende lain plak) huhuu..

  • (Penulis)
    7) kalo korang keliru, maknanya betulla korang xfaham shaza... maknanya juga korang xfaham org skizo... hehehe... yep, chairel doesnt exist... just her own imagination... huhu.. skizo la katakan...

    btw, thanks for the comments and rate...tihihi..*yeah! percubaan ku berjaya...lenkali buat lagi*
  • 8) bagi Sara..tak ramai orang yg faham masalah orang skizo ni so sebagai cerpen..perlulah jelas sikit soal itu. Jika tak semua pembaca yang akan jadi skizo he3
  • 9) hehehe, teringat cerita beautiful mind. wahh, ida sudah semakin berani melangkah. nice nice. kemajuan beginilah menarik :D

    p/s islam menyuruh umatnya menjaga kewarasan akal. pikullah amanah tersebut
  • 10) shaza..shaz..shazmiey.....cam dekat2 je...

  • (Penulis)
    11) sara: sbb tu sy letak nota kaki di bawah... tp mybe lainkali sy bleh cuba olah utk cerpen yg lain..;) thanks..

    caha: terima kasih...

    teja: apa ada pada nama...eceh!
  • 12) Cerita yang menarik... tahniah untuk anda. teruskan menulis ya... =)

Cerpen-cerpen lain nukilan shazmiey

Read all stories by shazmiey