Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Titisan air mata ibu - Part 1

  • 4
  • Fiona
  • 15 years ago
  • 4,843
  • FREE

 

Aku bangkit dari tidurku dan terus mencapai "handphone".Ada beberapa "sms" yang perlu kubaca.Aku menerima "sms" dari ibu, katanya :

"Ibu dah tua,mungkin hidup pun tak lama.Jadi jagalah diri baik-baik dan jangan lupa solat dan tanggungjawab.Ibu minta maaf jika selama ini ibu tidak menjadi seorang ibu yang baik pada anak-anak ibu"

Ringkas kata ibu,tapi menyayat hati.Permulaan pagiku menjadi suram dan penuh emosi.Aku tertanya-tanya apa yang difikirkan ibu sejak beberapa hari ini.Ibu kelihatan sangat muram tak seceria dulu.Bila difikir-fikirkan kembali,beberapa hari lalu ibu ada menceritakan tentang perihal ayahku.

Ibu :

Hari itu ibu bergaduh dengan ayah,ayah hampir ingin memukul dan menendang ibu.

Aku :

Lah,kenapa bu? Apa pula yang dia buat kali ini?

Ibu:

Ibu tanya ayah, siapa yang beri izin pada ayah untuk tidur dirumah isteri lagi satu yang tak sah tu? Ayah melenting,dan segala makian keluar dari mulutnya.Ibu cakap,"Pukullah kalau abang berani! Sejak kita kahwin sampai sekarang anak dah besar panjang tapi perangai abang tak pernah berubah.Abang seksa batin saya.
Abang ingat saya tak berani nak mengadu kepejabat agama?"

Aku :

Kalau ibu rasa dah terseksa sangat,ibu pergilah mengadu,dari ibu asyik hidup menderita.

Ibu :

Ibu masih memikirkan anak-anak ibu.Jadi ibu tak mahu kehidupan keluarga ibu tunggang-langgang hanya kerana ibu ingin bercerai.Bercerai adalah satu perbuatan yang dibenci tuhan.

Itulah yang ibu ceritakan padaku beberapa hari lepas.Jadi aku tertanya-tanya adakah disebabkan itu ibu terlalu emosi? Atau ibu menyembunyikan sesuatu dariku?

Bersambung....

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Wah, first!
  • 2) Anyway, byk perlu dibaiki ni saudari Fiona. HeHe. Tapi kita akan tunggu sambungannyalah!
  • 3) laknat, kalau sengaja mahu bercerai atau atas sebab-sebab yang tidak patut.
    dalam hal ini rasanya tidak dilaknat kut.

    eloklah diperiksa kata yang ahli tentang hal ini.
  • 4) entah,

    klo tak takkan ada cerai dalam agama kan?

    :)

    cuma..yelaa..sehalal2 perkara tapi paling dimurkai oleh Allah adalah perceraian~

Cerpen-cerpen lain nukilan Fiona

Read all stories by Fiona