Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Si Badut Yang Menangis

 

"Tukar wajahmu jika mahukan aku"

 

            Itulah kata-kata yang masih terngiang-ngiang sehingga sekarang. Tutur katanya lembut dan bersahaja tetapi maknanya benar-benar menyentap jiwa saya ketika itu.

 

            Selama bertahun-tahun saya menggunakan wajah ini, tergamak dia menyuruh saya menukarnya dengan yang lain. Mungkin ianya lebih baik dan lebih secocok dengan wajahnya.

 

            Adakah saya tidak secocok dengannya? Mungkin juga. Berambut biru gelap, bermuka putih susu, berhidung merah dan bulat serta bibir yang lebar dan besar memang tidak pernah menjanjikan satu keindahan pada wajah saya ini. Cuma ada sedikit keindahan pada mata saya ini yang diakui ibu. Ianya sentiasa bersinar-sinar seolah-olah bintang terang di malam hari.

 

             Sememangnya saya kelihatan pelik bagi dia. Malah saya kelihatan pelik kepada masyarakat di Pekan Hitam Putih ini. Namun begitu, wajah inilah yang menjadi bukti penyatuan cinta ibu dan bapa saya selama bertahun-tahun.

 

            Saya dilahirkan setelah berbelas tahun ibu dan bapa saya menanti dengan penuh harapan. Lahir saja ke dunia, saya disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Kedua ibu dan bapa saya tidak pernah sekali pun mempertikaikan wajah saya yang sebagini rupa.  Bagi mereka, wajah sayalah wajah  yang paling indah yang pernah mereka tatapi di dunia ini. Lalu, setelah saya dilahirkan, saya telah diberi nama Si Badut oleh ibu dan bapa saya. Saya menyukainya dan nama itu sangat cocok sekali dengan diri saya.

 

            Saya membesar dengan penuh kegembiraan dan kasih sayang. Hidup saya dilimpahi dengan warna-warna kehidupan yang menyenangkan. Namun, ketika umur saya menginjak 20 tahun, saya seolah-olah bagai kehilangan sesuatu. Saya merasakan diri saya kesunyian dan keseorangan.  Saya perlu mengubah hidup saya.

 

            Di tempat yang baru, kehidupan saya benar-benar berubah. Saya berubah kerana seseorang. Saya berubah kerana dia.

 

            "Engkau perlu tukar wajah kerana kita ini ibarat empat susu ,dua perut"

 

            Pertama kali menjejakkan kaki ke Pekan Hitam Putih, terasa benar kelainannya. Adakah pekan ini yang lain atau saya yang kelihatan lain. Kehidupan di sini tenang dan mendamaikan. Cuma mereka tidak seperti saya, Si Badut yang berwarna-warni ini.

 

            Di pekan ini saya mula mencari-cari kerja. Saya tidak tahu kerja apa yang boleh saya lakukan. Masyarakat di pekan ini seolah-olah meminggirkan saya. Adakah kerana rupa saya yang tidak secantik mereka. Entah. Saya sendiri tidak tahu.

 

            "Muka kau yang begini, elok saja jadi penyanyi"

            "Jangan...jangan jadi penyanyi. Jadi pelakon mungkin sesuai"

            "Muka macam ni tak boleh jadi pelakon"

            "Kau sesuai jadi tukang lawak"

            "Ya, jadi tukang lawak!"

 

            Maka sepanjang saya tinggal di pekan ini, saya bekerja sebagai tukang lawak. Pelawak. Penghibur. Di mana-mana saja pesta atau keramaian yang diadakan di pekan ini, saya akan diupah untuk memperdagangkan kisah-kisah lucu kepada penduduk di sini. Saya gembira jika mereka juga gembira.

 

            Pada suatu hari, saya ditugaskan untuk menghiburkan orang ramai di sebuah pesta yang diadakan sempena hari ulangtahun kelahiran anak ketua pekan ini. Seperti biasa, saya datang dengan berpakaian yang berwarna-warni dan ceria.  Sebaik sahaja melangkah di dalam dewan, saya terpandangkan seorang gadis yang tidak keterlaluan saya gelarkan nya sebaagai bidadari. Mukanya sedikit pucat tetapi masih sedap dipandang. Rambutnya hitam mayang mengurai. Matanya bulat dan berseri-seri jika ditatap.

 

            "Min"

            "Hah?"

            "Nama dia Min"

            "Perempuan yang kau tenung tu, namanya Min. Anak ketua pekan ni. Hari ni hari ulangtahunnya yang ke 18"

            "Oh..."

            "Kau suka dia?"

            "Aku tak rasa dia akan suka kau. Dia tak sepadan dengan kau"

            "Yalah. Keadaan kau yang sebegini mungkin tak sesuai dengan Min"

            "Dia mesti suruh kau tukar"

            "Tukar apa?"

            "Tukar wajah. Tukar muka kau yang err...berwarna-warni sangat tu"

            "Tak mungkin. Dia mesti suka dengan wajah aku yang warna-warni. Masakan dia suruh aku datang ke sini kalau dia tak suka dengan wajah aku"

            "Terpulanglah. Aku cuma beritahu saja"

 

            Selepas daripada pesta tersebut. Saya sering terkenangkan Min. Wajahnya yang lembut dan senyumannya yang sentiasa manis membuatkan saya seolah-olah diserang mabuk cinta yang tiada penawarnya. Ah! Cinta? Mungkin memang benar saya dilamun cinta. Saya mesti menemui Min.

 

            Setiap hari saya akan mengayuh basikal ke rumah Min. Min akan selalu berada di luar pada waktu petang. Menghirup udara segar. Saya akan mencuri-curi pandang Min. Sayangnya, saya tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu perasaan saya kepadanya.

 

            "Buang masa kalau suka tapi tak beritahu"

            "Aku takut"

            "Takut apa? Bodohlah kau kalau macam tu!"

 

            Malam itu saya tidak dapat tidur dengan tenang. Saya bangun. Saya ambil kertas dan pensil tulis. Cuba menulis sesuatu kepada Min. Mungkin surat, mungkin nota ringkas atau apa sahaja yang terlintas di fikiran.

 

Kehadapan Min,

Saya manusia

Yang menyukai

Tidak!

Mungkin

Yang menggilai

Anda...!

 

Yang menanti,

Si Badut (yang sanggup memberi warna-warna kehidupan saya kepada anda)

 

            Tidak! Ia tidak membantu. Saya koyakkan kertas itu dan membuangnya. Ah...saya buntu! Saya ambil keputusan muktamad. Esok hari saya akan ke rumah Min. Bukan untuk curi-curi pandang. Saya mahu berdepan dengan Min secara terus. Saya mahu memberitahu dia apa yang saya rasa selama ini. Saya perlu!

 

            "Min, saya hanya mahu berterus-terang"

            "Ya?"

            "Saya manusia yang menyukai. Tidak! Mungkin, menggilai anda...!"

            "Oh..."

 

            Saya pulang ke rumah selepas itu. Menunggu jawapan yang akan diberikannya pada esok hari. Saya menanti dengan sabar tetapi juga di dalam keadaan  yang separuh gila. Ya! Hidup saya benar-benar berubah. Berubah kerana Min!

 

            "Tukar wajahmu jika mahukan aku"

            "Tukar wajah?"

            "Ya. Di hujung pekan ini terdapat kedai menukar wajah. Sila ke sana dan tukar wajah kau jika mahukan aku"

            "Mengapa perlu wajahku ini ditukar? Bukankah..."

            "Wajah seperti badut bukan pilihan aku. Kau memang baik tetapi kau perlukan lebih daripada itu untuk mendapatkanku. Pergilah tukar wajah. Ramai yang sudah menukar wajah mereka yang hodoh kepada yang lebih baik di kedai itu."

            "Mana mungkin..."

            "Jika kau tak mahu, aku tak akan kau miliki. Sampai bila-bila. Sampai mati!"

 

            Hari itu buat pertama kalinya saya merasakan ada titis-titis air keluar dari mata saya. Mata saya menangis. Bukan tangisan gembira. Tangisan itu sangat menyakitkan. Hanya kerana saya Si Badut, saya tidak diterima.

 

            Mungkin saya perlu menukar wajah untuk mendapatkan Min.

 

            Saya menangis lagi...

 

Nota: Empat susu, dua perut- tidak sama taraf dan keturunan

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) kelas gitu. Hebatlah kau. Aku jarang baca cerpen sampai habes. UuUU buktinya, aku komen lebih dari 10 patah perkataan.

    Hey, macam cerita edward the scissorshand. :)

    tapi. EH? tak elok pulak letak tapi. Ini cerpen imaginary. :)

    nice one!

  • (Penulis)
    2) tapi apa? cpt bgtau...!
  • 3) Menarik!
  • 4) tapi sebenarnya aku mahu tahu lebih pasal latar tempat, tentang kampung black-white tu. Kalau kau lebih trangkan tentang latar masyarakat dan tempat, aku lebih tertarik, mungkin boleh dapat 5 dari aku yang kedekut nak mampos ni. :D
  • 5) yep setuju..menarik!
  • 6) bagus kamalia.menarik dan menyentuh hati walau satira boleh di fahami dari banyak sudut. Adik sara sure nangis bila baca ni.
  • 7) nice, satu sindiran yang tajam.
    kalau nak terima seseorang itu, terimalah seadanya....
  • 8) aku baru nak timbulkan idea nie.. hehheee tapi takpelah .. apa apa pun bagus.. saya suka
  • 9) Semua org suka badut,
    tapi belum tentu org boleh terima badut sebagai teman hidup...

    tersentuh wo00o..kalaulah aku sang badut tersebut...
    btw, soo0oo~ nice!

  • (Penulis)
    10) zinggof: ooo psl tu sbnarnya aku mmg x brape suka tulis pasal latar tmpat dgn detail. terpulang pd reader nk ltk latar tmpat tu kt mane. pasal latar masyarakat tu mmg x clear sgt...hehehe. act, dlm otak aku, aku nk buat masyarakat pekan hitam putih tu seolah2 pntingkn diri, w/pun pekan tu aman damai. hidup mereka tanpa warna (sbb tu namanya pekan hitam putih). badut tu lah dtg m'beri "warna2nya". fhm x? mcm x fhm je kn explanation aku nih. huh!

    nurcahaya,upenyu,mr_kajiwa: tq
    aniegma: timbulkn la... sama tp x serupa kn? kn?
    azix: ehh..tak sume suka badut. cuba ko search internet, ada group yg buat blog/website anti-badut...huhuhu! kalau ko badut tu..mungkin akan tukar wajah???
  • 11) WOWW.
    saya sangat suka karya ni.

    idea : bagus sangat pemilihan perspektifnya. sangat imejinatif
    penceritaan : anda boleh menjadi penulis satira yang bagus. pandai betul menghayati watak begini. easy to the eye writing

    saya beri 5!

  • (Penulis)
    12) caha: saya mmg "pandai" menghayati watak mcm ni... sbb mungkin dh ada pengalaman..huhu!
    tq anyway...
  • 13) kamalia :: ahaks, no need detail, just a some more clue.

    er, sometime bila kita bebaskan reader, dorang jadi banyak imaginasi, so kadang boleh buatkan dorang tak faham. ;D

    Lagipun, kalau bijak, dia boleh jadi pembangun plot yang lebih menarik.

    Contoh :kau ada katakan si badut ni pindah ke "tempat lain". Kalau kau dapat beri satu contoh kelainan, agak menarik.

    Plus, kau kata bandar itu damai. Tambahkan estrak damai, seperti
    "keadaannya sunyi sepi",
    atau
    "tak ramai yang dapat aku lihat di luar rumah, di jalan ataupun pasar",

    dan kau juga nak tunjukkan mereka2 itu pentingkan diri

    "tak banyak bual bicara antara penduduk bandar sendiri."

    "aku lihat, mereka lagi senanguntuk tidak bertegur sapa."

    "agak pelik untuk melihat mereka keluar secara berkumpulan, bergelak ketawa."


    kalau aku, lebih berminat bermain dengan "bau". Sebab aku suka novel Salina dengan latar "bau kambing".

    Tapi sebab cerpen ini bermain dengan warna, agak cantik kalau kau tambahkan warna.

    Contoh, penduduk bandar hitam putih ini aku bayangkan semuanya black n white, so nak tunjukkan si Min tu ayu, bolehlah kata

    "walaupun semua penduduk di sini berwarna cuma hitam atau putih, tapi Min lain. Rambutnya tidak terlalu gelap, tidak kelabu. Wajahnya juga tidak terlalu putih seperti kapur, tapi lembut, seperti susu. Ah, kalau ada warna yang boleh aku isikan pada bibirnya, mungkin lebih tepat warna cheese.".

    :P
    haks!

    dan lain-lain. kalau aku komen macam2 nanti jadi reviu.

    *aku hanya komen sebegini, di karya yang tinggi nilainya.*
  • 14) Konflik dalaman..untuk berubah..

    Saya suka semua cerpen kamalia. slalu ke membaca cerpen sastera?

    Kamalia dan Cika salah seorang cerpenis yg sy suka di kapasitor. Tulisan kamu memang best. Try la anta p mana2 majalah. ;D

  • (Penulis)
    15) zinggof: aku tulis cerpen ni utk apply apa yg aku blajar kt fact - kepentingan warna dlm film & try utk mskkan dlm cerpen ni.

    asalnya aku mmg nk buat pekan hitam putih tu xde warna. maksudnya semuanya hitam putih dari bangunan, awan, manusia, haiwan,etc,etc (mcm kita tgk film hitam putih la). sebab tu aku gmabarkan min seorang yg bermuka pucat. cuma si badut je yg ada colour. bila si badut dtg...tmpat tu tukar jd warna-warni.

    tp, bila aku buat rangka cerita ni, dh jadi sgt complicated & aku sendiri confuse. dan utk siapkan cerpen ni memakan masa yg lama (sbb tu jarak cerpen aku yg lain dgn yg lain agak jauh huhuhu!) sbb aku try nk masukkan ideologi & falsafah (kononnya) yg aku dh blajar kt fact. tp, bila dh jd sgt rumit, aku fikir aku tulis apa yg aku rasa nk tulis n sampaikan... so, jdlah cerita yg mcm ni.. aku mengaku mmg ada nmpak blur skit tp mmg aku nk buatkn blur pun :)

    nurie:saya dulu saya x baca cerpen sastera. tak jgk baca cerpen mcm alaf 21 (kecuali ramlee awang murshid). saya selalu baca buku non fiction mcm buku harun yahya, motivasi & fiction inggeris. baru beberapa tahun ni saya start baca sastera sbb saya nak baca bnda lain. best rupanya sastera melayu ni :) skarang baru try nk baca sastera inggeris sbb nk tamabh vocab.. :P

    saya ada try hantar kt beberapa. x tau apa cerita... heh!

  • 16) no wonder byk komen... bagus! saya belajar dari anda...terima kasih!
  • 17) haks~

    nisah haji harom pernah berkata "menulis dengan ilmu, perlu hadam ilmu itu sebelum dicernakan."

    Jadi pekata kau baca balik falsafah tu, one more try to repair this one. Then, panjangkan sikit, repair some part, then, hantar dekat berita harian ke, tunas cipta, *pastikan yang berbau sastera, bukan hedonisme*.

  • (Penulis)
    18) shazmiey: tq..kita sama2 blajar :)

    zinggof: aku mmg nk tulis 1 (atau bnyk)cerpen/novel/skrip yg aku blh apply apa yg aku dh blajar n cerpen/novel/skrip tu kalau blh ada kena-mengena dgn warna. sbb aku suka dgn warna2! tp, kalau cerpen kt atas ni nk alter mmg boleh, cuma amik masa lama skit (lama bnyk sbenarnya)sbb aku kena betul2 buat research ttg apa yg aku nk smpaikan.. good idea. tq!

    p/s: aku akan cuba x "menghedonismekannya" :)
  • 19) cara penyampaian cerita ni pada pandangan saya sudah cukup, walaupun ada yang akan mengatakan minimal. mesejnya sampai jadi itu yg lebih penting. ;) kalau 10 kali baca mesti akan jumpa benda2 yg kita nak ubah. jadi biar saja.

  • (Penulis)
    20) mosh: biasala...semua org ada pendapat masing2 :)
  • 21) :) nice..semua ada pandangan n pendapat memasing..so wlpn agak blur but msg dpt dikesan akhirnyer...woyerrrkh
  • 22) kalau saya xupfeed, saya kena letak jawatan mod la. :P sebab useless to anyone
  • 23) nice one..sgt besh
  • 24) aku suka isi cerita.
  • 25) imaginasi saya perkampungan hitam putih pada mulanya seperti perkampungan "joker" watak dalam batman, cuma badut yang datang dengan warna2 membuatkan dia dipandang lain oleh penduduk situ, cuma bab tukar wajah yang diminta oleh min tue saya blur...kenapa tidak tukar personaliti???
    wutever, i suka this cerpen

  • (Penulis)
    26) lindamusa: min mementingkan paras rupa bkn personaliti. that's why la...huhu!
  • 27) menarik..
    agak kcian kat si bdt tue..
    bkn ke klu kte ske pd seseorg tuh kte perlu menerimenya dgn seikhlas hati..
    xkre wlu ape pun keadaannya..
    apepun, nice story..
  • 28) mesej yang dalam.
    great job kamalia!

    *err..saya takut badut. :|

  • (Penulis)
    29) terima kasih, kosong
  • 30) Cerita yang amat bagus sebab beri peluang untuk aku (sebagai pembaca) untuk berkhayal selepas membacanya..
    Imiginasi yang sedikit malampau tidak akan membunuh

  • (Penulis)
    31) 26: kau berkhayal sebagai apa? si badut atau min? ini cerpen zaman aku cuba2 tulis luar kotak. nampak mcm tak masuk akal, tapi relevan dgn apa yg berlaku di realiti.

    p/s: kau komen cerpen ni, buat aku baca balik cerpen ni. tiba2 rindu watak2 anti-hero yg aku reka dulu, tapi aku buang muahaha!
  • 32) Aku berkhayal jadi penulis cerita ini.
    "Apa yang aku akan bikin kalau aku jadi dia?"

    Kadang-kala kita perlu tinggalkan realiti untuk terus menikmati hasil karya yang bagus.

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia