Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Dendam
Tubuhnya tidak mengendahkan jeritan mindanya yang menyuruhnya berhenti.
Air matanya mula mengalir. Hanya itu yang mampu tubuhnya lakukan.
Pandangannya jadi kabur. Namun tangannya tetap menggenggam kuat tidak
lepas. Dadanya berombak turun naik tidak terkawal.
Di hadapannya
berdiri sesusuk tubuh. Tegak tergamam dan menggeletar seluruh tubuh
itu. Lesi wajah bagai tiada setitis darah pun yang mengalir di
dalamnya. Ketar lutut bagai tiada tenaga yang dapat menetapkannya
dirinya. Kumat kamit mulut bagai ingin menyampai sesuatu yang tiada
terucap.
Namun semua itu tiada erti lagi baginya. Kesumat di
hatinya telah menutup segala simpati mahupun perikemanusiaan terhadap
susuk di hadapannya itu. Saat-saat ini telah dinantikannya bertahun
lamanya. Dan selama itulah juga salut dendam yang tebal telah melitupi
hatinya dari sebarang rasa kemaafan.
Susuk tubuh itu yang basah
ditimpa hujan kini terlutut ke tanah. Nampaknya tiada tersisa lagi
tenaga yang dapat menampung dirinya. Basah hujan tiada beza lagi dengan
basah lain yang tiada terkawal lagi. Susuk itu teresak-esak menangis
yang tiada menambah basah kepada apa-apa.
Tangannya yang
menggenggam terketar-ketar. Bukan kerana takut, tetapi kerana kewarasan
yang berhempas pulas bertarung dengan perasaan yang menguasai diri. Dia
melangkah setapak ke hadapan, ingin lebih dekat dengan susuk itu. Dia
tidak mahu gagal. Dan lagi dia ingin menikmati kepuasan sebagai pihak
yang memegang kuasa.
Susuk itu merapatkan kedua tapak tangannya
meminta belas. Wajahnya sudah hilang segala ego dan riak di dalam derai
airmata. Kini hanya tinggal penyesalan. Samada sesal atas pelakuan yang
menjadi punca segala ini, atau menyesal atas kelekaan sehingga diri
terjerumus sebegini, hanya empunya susuk yang tahu. Bagaimanapun
dilihat, yang jelas sesalnya tiada guna lagi.
Hujan semakin
lebat. Bunyi curahan air dari langit yang mengenai segala di bumi
semakin bingit. Bunyi petir berselang bagaikan sorakan alam yang
menyaksikan kedua susuk tubuh ini. Kedua susuk tubuh yang
masing-masingnya berketar namun dengan maksud yang berbeza.
Dan
pada satu saat yang bagai telah ditentukan, segala bunyi alam bagaikan
hilang tiba-tiba. Sunyi sepi. Dan ketar kedua susuk turut reda. Dan
pada saat itulah sang susuk yang berlutut melonglai tangan dan
menurunkan matanya tanda bersedia menerima. Pada saat itulah juga dia
yang berdiri menarik picu di dalam genggamannya.
Serentak itu
petir berdentum dan alam kembali meneruskan lumrahnya. Susuk tubuh yang
berlutut terus tersembam menyembah bumi. Genggaman tangannya terlerai,
dan kembali menggeletar dalam sesalan bercampur puas. Tanah yang basah
dek hujan kini menjadi kemerahan. Hujan terus turun mencurah-curah.
Hujan malam (foto hiasan)
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen EksperimentalCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) hola nad~ simple..klu watak diberi name lg ok. kalau boleh perincikan knp dia nk bls dendam..tp cubaan yg baik =)
aja2 fighting!- adra
- 15 years ago
-
2) Kata Adra tu ada betulnya sebab mereka tak kenal sapa NAD dan tak pernah ikuti cerpen2 NAD sebelum2 ni.So tiba-tiba je keluar cerpen ni tentu mereka terpinga2 tetapi bagi 'pengikut' nad..mula2 kena cari tips hihi..mana point yg kena mengena dengan ZETA..kemudian baru boleh faham...but I cant find any..so I demand ur explaination,please.
- mr_kajiwa
- 15 years ago
-
3) Hmm..ya sara pun sokong ulasan kakak!kita yang dah biasa,faham dah..yang belum biasa..mesti terasa macam baca di bahagian tengah cerita..tak tahu pangkal tapi dah sampai hujung..dan tak tahu sapa yang bergaduh ni..orang ke..nyamuk?Nak kata Zeta..macam bukan..sapa pula yang susuk tu..we want more..we want more he3.habislah abang..
- Namakusara
- 15 years ago
-
4) adra : hola adra.. terima kasih di atas nasihat adra. sy nak perincikan tp sy pun taktau knp dia nak balas dendam sbnrnye.. walau cmne pun saya akan berusaha lagi..
mr kajiwa : terima kasih krn sudi baca cerita sy yg ntah apa2 ni.. tp kak, kali ni tiada kena mengena dgn ZETA.. kali ni totally random.. alamak akak dah sebut2 zeta ni kenalah sy bubuh.. segan tau..- Nadnad
- 15 years ago
-
5) sara : mm sara abg dh seminggu tak menulis apa2.. so abg tulisnya secara rawak saja. mungkin ada makna, mungkin tiada, mungkin ada permulaan, mungkin ada sambungan.. anyway terima kasih di atas komen dan nasihat sara pada abg. abg nak tdur kejap ya zzZzzz..
- Nadnad
- 15 years ago
-
6) :)
errr ... wow!
hehe oh! komen-komen di atas dah pun menerangkan.
but a really good writing tho!
jom encik nadnad. marilah tulis sedikit sebanyak tentang diri di blog kapasitor :D supaya pembaca2 lain dapat mengenali.
:)
- cahatomic
- 15 years ago
-
7) emm sape zeta act?
okey! aja2 fighting!
cube perincikan lg ye..awk create more conflict with each your character. don't be too rush.
sy nantikan.- adra
- 15 years ago
-
8) menjejak ke sini. cuma saya terperasan sesuatu. terlalu banyak nya dalam ayat kamu. kadang2 sampai 2 dalam 2 ayat. mungkin boleh kurangkan sikit? heheh, yang lain best ni!
- dayya
- 15 years ago
-
9) caha : sori lama tk jengah post ni..baru nk reply ni pasal kenalkan diri tu.. masih seganlah.. biarlah org kenal tulisan kita je..
adra : zeta tu karakter saya dlm citer lain.. ini cuma conteng2 saja.. thanks for the advise
dayya : haahlah mmg bnyk -nya.. baru sy perasan, terima kasih tegur, insyaAllah saya variasikan lagi..- Nadnad
- 15 years ago
-
10) alaaa
- cahatomic
- 15 years ago