Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Suraj Hua Maddham.. Adeh!

Cerpen sebelumnya:
Kenapa tidak itik berbahasa Inggeris?
Cerpen selanjutnya:
Murah sangatkah?

Di taman bunga yang indah ini, aku berdiri di bangku menantikan kehadiran sang kekasih hatiku. Penat berdiri, aku duduk. Penat duduk, aku berdiri.

 

"Haish, manalah dia ni. Janji pukul 5.30 petang, ni dah pukul 6.00 tak nampak lagi batang hidung dia!" Marahku dalam hati.

"Tulah lelaki, tak pernah nak menepati janji. Kalau berjanji, bukan main lagi, ayat semua manis. Ibarat menanam tebu di pinggir bibir." Seraya aku mengangkat tangan meniru aksi Karam Singh Walia.

 

"Isk apalah aku ni." Aku kembali melabuhkan punggungku di kerusi kayu itu sambil menongkat daguku yang berlekuk. Orang kata daguku berlekuk kerana aku selalu menongkat dagu. "Betul ke sebab itu? Eleh dorang jeles sebenarnya."

 

"Ya Allah, kemanalah dia ni. Entah-entah dia tidur? Atau dia lupa? Atau dia ada hal lain? Kalau ada hal lain, cakaplah awal-awal. Takdelah aku duduk melangut sorang-sorang kat sini." Aku sudah macam orang gila bercakap seorang.

 

"Haaaaaahh!!" Sedang aku mengomel atau lebih tepat lagi berleter sorang-sorang, aku dikejutkan dengan kejutan yang tidak berapa terkejut. Tetapi untuk menjaga hati orang yang mengejutkan itu, aku berpura-pura terkejut.

 

"Opocooooottttt terkejut!" Harap-harap dia yakin yang aku terkejut dengan kejutan dia itu.

"Isk apa abang ni, dahlah datang lambat, lepas tu buat kita terkejut! Kalau gugur jantung kita ni macam mana!?" Garang sangat ke aku?

 

"Ala sayang, abang mintak maaf. Jalan jem la. Dah tu pulak abang tak bawa roti, kalau tak boleh sapu jem tu kat roti, lepastu abang bawa bagi sayang makan." Dia sudah mula hendak berlawak. Makin sakit hatiku ini. Rasa macam nak picit-picit je dia tu!

 

Aku berpaling darinya. "Tak payah buat lawak la bang, pastu bagi alasan macam-macam. Kita kenal abang. Abang tertido kan?" Serkapku jarang. Eh, aku serkap jarang.

 

"Sayang tak percaya abang? Nak bukti?" katanya dengan nada yang sayu.

 

Saat itu aku terdengar alunan muzik yang amat indah sekali. Tapi dari mana datangnya muzik ni? Pelik? Henset aku Nokia 3310 je, mana ada mp3.

 

Tiba-tiba...

 

Suraj hua maddham, chaand jalne laga

Aasmaan yeh haai kyoon pighalne laga..

 

Dia keluar dari belakang pokok besar, lalu menghampiri aku sambil menghulur sekuntum bunga raya. Tu je bunga yang ada dekat dengan dia. Dia tersenyum lalu menyambung..

 

Suraj hua maddham, chaand jalne laga

Aasmaan yeh haai kyoon pighalne laga

Main thehra raha, zameen chalne lagi

Dhadka yeh dil, saans thamne lagi

Oh, kya yeh mera pehla pehla pyaar hai

Sajna, kya yeh mera pehla pehla pyaar hai



Sambil menyanyi dia terus memandangku dengan matanya yang seksi itu, walaupun ada tahi mata. Kan aku dah cakap, dia memang tertidur tadi! Eh kenapa muka dia makin dekat ni? Aku dapat hidu bau nafasnya yang berbau rokok itu. Eeee tak sukanya dengan perokok ni. Eh eh, dia ada jerawat rupanya. Tangan dia mula memegang dagu berlekukku ini. Dia tersenyum penuh makna. Aku memandangnya tanpa perasaan.

 

"Adeh! Sakitlah! Kenapa cubit pipi kita?!" Bukan  marah, cuma terkejut dengan tindakannya yang suka-suka mencubit pipiku yang gebu lagi halus ini.

"Sayang, kenapa ni? Boleh tak jangan fikir yang bukan-bukan? Please fokus sayang.."

 

"Em yela..okay sambung sambung sambung." Balasku dengan tekad di hati untuk memberi perhatian kepadanya.

 

Lagu yang terpause tadi dimainkan semula. Lalu dengan penuh keyakinan dan keceriaan aku menyambung lagu tadi.

 

Ho oh oh, oh oh oh oh oh, aa aa aa aa aa aa

Suraj hua maddham, chaand jalne laga

Aasmaan yeh haai kyoon pighalne laga

Main thehri rahi, zameen chalne lagi

Dhadka yeh dil, saans thamne lagi

Haan, kya yeh mera pehla pehla pyaar hai

Sajna, kya yeh mera pehla pehla pyaar hai..

 

Kami sama-sama tenggelam dalam dunia khayalan ciptaan kami. Ah betapa aku cintakan dia saat ini.

 

Hai khoobsurat yeh pal, sab kuch raha hai badal

Sapne haqeeqat mein jo dhal rahe hai

Kya sadiyon se puraana hai rishtaa yeh hamaara

Ke jis tarha tumse hum mil rahe hai..

 

Kami terus berpegangan tangan menyelusuri taman bunga yang indah ini, sambil dia terus memetik bunga-bunga untukku.




Yunhi rahe har dam pyaar ka mausam

Yunhi milo humse tum janam janam

Main thehra raha, zameen chalne lagi

 La la la, la la la, la la la

Dhadka yeh dil, saans thamne lagi

Haan, kya yeh mera pehla pehla pyaar hai

Sajna, kya yeh mera pehla pehla pyaar hai



Sungguh asyik percintaan ini..

 

Tere hi rang se yun main to rangeen hoon sanam

Paake tujhe khud se hi kho rahi hoon sanam

O maahiya, ve tere ishq mein

Haan doobke paar main ho rahi hoon sanam

Saagar hua pyaasa, raat jagne lagi

Sholo ke dil mein bhi aag jalne lagi

Main thehri lagi, zameen chalne lagi

Dhadka yeh dil, saans thamne lagi

Kya yeh mera pehla pehla pyaar hai

Sajna Kya yeh mera pehla pehla pyaar hai



Suraj hua maddham, chaand jalne laga

Aasmaan yeh haai kyoon pighalne laga

Kya yeh mera pehla pehla pyaar hai...

 

Eh, dah nak habis lagu ni. Kena cari ending yang menarik ni. Aku lantas berlari ke atas bukit, dan dia mengejarku dari belakang. Okay, sudah tiba saatnya. Aku berpura-pura terjatuh. Lantas dia memaut pinggangku, lalu sama-samalah kami bergolek dan berguling-guling di lereng bukit yang kehijauan itu. Aku mendakap dirinya dengan erat. Seerat cintaku padanya. Aku merelakan segalanya.

.......

Adoi! Kenapa keras sangat tanah ni? Aku memisat mataku.

"Eh, kenapa aku berada di lantai ni? Lantai mana ni? Abang.. Mana abang Shah Rukh?"

"Abang Shah Rukh!" Aku memanggilnya dengan kuat agar dia dapat dengar panggilanku. Adakah aku kehilangannya sekali lagi? Tiba-tiba hatiku menjadi sayu.

 

Dusshhhhh!!

Sebiji bantal busuk terkena tepat di mukaku.

 

"Woi! Kepala lutut hang abang Shah Rukh! Tulah, tido lagi maghrib-maghrib ni, kan dah mengigau." Pia teman sebilikku bersuara bak halilintar lalu menyedarkanku ke alam realiti. "Dah, pergilah mandi, dah nak azan ni. Apa nak jadilah dengan kawan aku seorang ni." Aku masih sayu. Atau mamai?

 

"Ha lagi satu, berapa kali aku nak habaq kat hang, kalau nak pakai kain batik tu, pakai tali pinggang keledar, takdelah seksis sangat. Isk ngeri aku tengok!" tambah Pia.

 

"Ooppss sori.." balasku sambil membetulkan kain batikku yang terselak. Lantas aku bangun dan mengambil peralatan mandi.

 

"Wei, aku rasalah kan, elok hang mandi wajib sekali. Entah apalah yang hang buat dengan abang SRK hang tu." Pia menyengih macam kerang busuk, lagi busuk dari kerang busuk.

 

"Weh aku masih suci tau, dalam mimpi dan dalam realiti." Kataku dengan membaling hanger yang ada di tanganku. Dia hanya mencebik. "Weekkk"

 

Aku pantas menuju ke bilik air dengan senyuman. Yang pasti di bilik air nanti, akan aku sambung adegan yang tergendala tadi. Kali ini di laut pula. Oh abang Shah Rukh Khan, aku cinta padamu!

Cerpen sebelumnya:
Kenapa tidak itik berbahasa Inggeris?
Cerpen selanjutnya:
Murah sangatkah?

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
6 Penilai

Info penulis

InSyiraH

uhuk333
nurcahaya | Jadikan nurcahaya rakan anda | Hantar Mesej kepada nurcahaya

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

19 Komen dalam karya Suraj Hua Maddham.. Adeh!
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik