Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Satira

Murah sangatkah?

Cerpen sebelumnya:
Suraj Hua Maddham.. Adeh!
Cerpen selanjutnya:
M01S09 - Arukh Safuna (i) (re-production)

Rp 1000 sahaja.
Tak sampai seringgit.
Bila kadar tukaran RM1=Rp3150.
Murah!

Itu harga kamu.
Ikan kecil si ikan laga, dalam beg plastik kembung.
Cantik bermata bulat, warna-warni, berekor kembang.

Senyum kamu tak menguntum.
Hanya renungan kaku buatku.
Apa fikirmu, bisik hatimu?
Ucapkanlah, ingin aku dengar.

Adakah plastik ini sempit, kamu ingin keluar?
Atau kamu gembira di sana, jadi tatapan tiap hari?
Mungkin kamu lihat tudungku senget, sangat sememeh?
Atau aku cantik untuk pembentangan sekejap lagi?

Ah, maaf ku tak tahu.
Tapi secebis kebebasan dalam hati ini ingin ku beri padamu, ikan kecil.

"Pakcik, ambil Rp20 000 ini", kataku lancar.
Bersih dari pengaruh sebutan Indonesia, tak ada 'mas', 'bapak' atau 'mbak'. 
Rp2000 buat minum teh panas harum melati atau jasmin, yang unik rasanya itu.

Mari, telah ku beli kamu dan 19 temanmu,
Akan ku bebaskan kamu dari plastik kembung itu.

"Gila apa budak seberang ni, macamlah imigresen Juanda Airport nak lepaskan ikan-ikan laga tu.."
Mungkin itu fikir kamu, wahai pakcik, setelah diBahasaMelayukan.
Tapi saya tak kisah.
Saya punya agenda rahsia, tak mahu beritahu pakcik.

Kini kamu dalam tanganku.
Mari pergi ke alur sana, tampak jernih.
Pasti nyaman buat kamu bermain, atau menambah bilangan anak cucu.
Akan kulepaskan kamu, bebas.
Pulang ke celah-celah kiambang, menari di akar teratai.

Selamat tinggal, 20 ekor kawan.
Jaga diri.
Perjalananku harus diteruskan. Pembentangan petang ini harus ku hadiri.
Destinasiku hampir di penghujung alur ini, sebuah menara ilmu gah tersergam.

Pasti kamu tak pernah ke sana.
Tempat konon cerdik pandai, menunjuk kertas.
Skrol ijazah.

Alur jernih ini mengalir perlahan.
Berlumba-lumba dengan langkah kaki kecil ku.
Semakin jauh, aku semakin gusar.
Alur jernih akan bertukar nama!

Mungkin 'longkang sampah' atau 'parit busuk' jadi namamu, alur jernih.
Manusia, ini hasil tanganmu. Tahniah!

Hati diragut kasar, ikan kecil singgah di ingatan!

Maaf.

Mana tahu, alur ini alur tercemar.
Mana tahu, toksin ini akan membunuh.
Mana tahu, mungkin nasibmu lebih baik dalam beg plastik kembung.
Mana tahu, kalau esok kamu ditangkap lagi?

Aku cuma mahu menolong.

Dalam sedih, hati menyanyi, lagu dewa dari Indonesia.
"Cintaku tertinggal di Malaysia.."

Ah, teringat negeri hamba, dari kejauhan ini.
Janganlah ia semurah itu!

Dalam tangan-tangan orang yang tak tahu seperti hamba!

Cerpen sebelumnya:
Suraj Hua Maddham.. Adeh!
Cerpen selanjutnya:
M01S09 - Arukh Safuna (i) (re-production)

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.7
6 Penilai

Info penulis

cika

cika | Jadikan cika rakan anda | Hantar Mesej kepada cika

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya cika
Insolvensi Hati | 4606 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya Murah sangatkah?
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik