Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Sambungan Suite 6019: Erk? Kantoi!
- 10
- LeaQistina
- 15 years ago
- 6,251
- FREE
Hakim menjenguk ke bilik bacaan yang menempatkan sebuah
komputer peribadi dan juga rak-rak buku bacaan.
Di dalam bilik bacaan tersebut terdapat pelbagai jenis buku. Bermula daripada bahan bacaan untuk Fasha dan
Fisha, Haikal serta Hakim dan Fazureen sendiri.
Kelihatan Haikal sedang khusyuk bermain game Zuma sambil dikelilingi
oleh adik-adiknya.
Hakim mendekati anak-anaknya. Dia menjenguk ke skrin komputer. Kelihatan markah Haikal yang semakin
meningkat. Lama dia merenung ke arah markah
tersebut.
"Abang, lepas ni Fisha pulak?" pohon Fisha pada
abangnya. Rasanya sudah lama abangnya
bermain namun masih belum ‘mati' dari tadi.
Balik-balik Haikal dapat extra
point sebab dapat buat rekod masa terpantas.
"Nantilah adik. Kan kita dah janji main gilir-gilir? Lepas ni kan giliran Kak Fasha dulu?" tanya
Haikal pada adiknya. Dia cuba bertindak
seadil mungkin pada adik-adiknya namun mata dan tangannya tidak lepas dari
terus memastikan guli-guli yang berwarna-warni yang keluar daripada mulut katak
itu tepat mengenai sasarannya. Fisha
hanya menarik muka.
"Yes!! New record lagi..." jerit Haikal kegembiraan. Dia melompat-lompat di kerusi yang
didudukinya. Bangga. Tambahan pula rekod itu dilakukannya
dihadapan papa mereka. Haikal menjungkit
kening pada Hakim.
Hakim geram melihat wajah comel Haikal yang sibuk menjungkit
kening ke arahnya. Matanya pula tidak
lepas daripada melihat jumlah markah yang tertera di skrin komputer. Dia menimbang-nimbangkan sesuatu. Matanya pula meleret pada jam di dinding
bilik.
"Hah, sudah-sudah!
Dah berapa jam korang main ni?
Dari tadi asyik main je, sampai dah panas komputer ni. Silap-silap meletup nanti. Dah pergi baca buku..." arah Hakim pada
anak-anaknya sambil tangannya meraba ke belakang skrin komputer. Menunjukkan benar-benar bahawa skrin tersebut
telah panas akibat terlalu lama dibuka.
Haikal, Fasha dan Fisha menarik muka masam. Dengan langkah berat mereka bangun dan
meninggalkan meja komputer tersebut lalu berganjak ke meja belajar mereka yang
turut berada di dalam bilik tersebut.
"Ah, tak de-tak de.
Hari ni semua pergi belajar dalam bilik masing-masing. Tak pun, abang bawak adik-adik buat kerja
sekolah kat ruang tamu bawah," kata Hakim pada anak-anaknya sambil klik-klik
sesuatu pada skrin komputer.
"Aik, kenapa pulak?
Bukan papa cakap sebelum ni kena belajar di tempat yang sepatutnya ke?"
tanya Fasha pula sambil menggaru-garu dagunya.
Matanya pula dikejip-kejipkan.
Seolah-olah dapat merasai sesuatu helah sedang dilakukan.
"Kakak, jangan lawan cakap orang tua. Tak baik.
Berdosa. Itu pun papa ajar
jugakkan?" Hakim cuba bermain psikologi dengan anaknya, Fasha.
"Ye ke papa?" sampuk Fisha pula.
"Dah... dah... jangan banyak cakap. Pergi sekarang!" dengan langkah yang malas
dan penuh curiga, lambat-lambat tiga beradik itu membuka langkah. Serentak.
Dan bagaikan dirancang, setelah tiga langkah mereka sama-sama berhenti
dan berpaling.
"Betul ke papa?" ucap ketiga-tiga beradik itu serentak.
"Sudah!!" marah Hakim sambil mengangkat tangannya gaya
konon-kononnya hendak memukul. Berdecit
tiga beradik itu lari menuju ke ruang tamu.
Namun tidak sampai lima minit kemudian, kepala Hakim, Fasha
dan Fisha terjengul di muka pintu secara bertingkat.
"Papa..." kelam-kabut Hakim menutup skrin komputernya sebaik
sahaja mendengar teguran anak-anaknya.
"Apa lagi ni?"
"Kita orang nak masuk ambil beg sekolah la papa. Tadi lupa bawa..." jawab Haikal meleret. Fasha dan Fisha pula hanya mengagguk tanda
mengiyakan sahaja kata-kata abang mereka.
"Hah, gi ambil cepat.
His korang ni, ada-ada je. Hmm...
abang, lepas ni keluar terus tutup pintu tu," arah Hakim pada anaknya. Cuak juga hatinya tadi. Bimbang anak-anaknya dapat menghidu
perbuatannya.
Haikal mengangguk.
Selepas mengambil beg sekolah mereka, tiga beradik itu keluar dan pintu
bilik ditutup. Hakim menarik nafas lega.
***
Hakim melihat hakikat yang ternyata di muka skrin komputer
di hadapannya. Dia menggeleng tidak
percaya. Tak mungkin!
Fazureen 995,252,131
pnt.
Haikal 752,194,125
pnt.
Kakak 521,181,352
pnt.
Adik 502,285,276
pnt.
Papa 302,561,442
pnt.
"Aku last sekali?"
buntang mata Hakim. Sungguh dia tak
percaya. Lantas tangannya terus mencapai
tetikus lalu dibawanya anak panah menuju ke satu arah. Delete
score.
"Yeah!! Start semula bebeh..." Hakim berkata dengan penuh bangga. Aura jahat sudah pun meresap jauh ke dalam
jiwanya. Kemudian, dengan senang hati
dan tanpa rasa bersalah dia mendaftar akaun baru dan mula mencipta rekod sekali
lagi.
Ting! Tong! Ting! Tong!
Bunyi itu terus bergema diruang bilik bacaan tersebut dan
Hakim kian tenggelam dalam ciptaan rekod demi rekod. Namanya terus terpahat sekali lagi di tempat
pertama skor keseluruhan.
***
"Abang, adik, kenapa belajar kat sini? Bukan ke selalu papa pesan kalau nak study, study kat tempat yang sepatutnya.
Kan ke papa dengan mama dah sediakan bilik bacaan?" tanya Fazureen
sebaik sahaja melihat anak-anaknya yang khusyuk membuat kerja sekolah di meja
ruang tamu.
Penerangan Haikal pada adik-adiknya mengenai teori
penghasilan bayang-bayang terhenti seketika.
Mereka bertiga menoleh serentak ke arah mama mereka.
"Papa suruh kita orang belajar kat sini, mama," jawab
Haikal.
"Eh, ye ke?" tanya Fazureen.
Pelik pula rasanya. Masakan
begitu sedangkan selama ini Hakim sangat menitik beratkan keselesaan tempat
belajar anak-anaknya.
"Betul mama. Papa
halau kita orang keluar, lepas tu papa suruh tutup pintu," adu Fisha pula pada
mamanya. Si kecil itu memang terkenal
dengan sikap suka mengadu. Berbeza
sungguh dengan sikap kembarnya Fasha yang lebih senang berahsia.
"Hmm... mesti ada agenda tersendiri ni," fikir Fazureen
sendiri.
"Tak pelah. Papa ada
keje kot. Abang dengan adik buat kerja
sekolah dulu ek? Mama nak naik atas
kejap," ucap Fazureen pada anak-anaknya sebelum menuju ke bilik bacaan yang
terletak di tingkat atas.
***
Setibanya di hadapan pintu bilik bacaan, Fazureen berura-ura
untuk membuka pintu bilik tersebut namun pegangan tannya di tombol tersebut
terhenti. Perlahan-lahan Fazureen
menekup telinganya ke pintu. Cuba
mengesan sebarang bunyi.
Ting! Tong! Ting! Tong!
Zuma...
"Owh.. senyap-senyap dia main Zuma ya," ucap Fazureen
perlahan. Lantas dia terus membuka pintu
bilik tersebut. Kelihatan Hakim yang
sedang khuysuk melepaskan guli-guli yang berwarna-warni itu pada sasarannya. Hakim hanya memandang Fazureen yang sedang
melangkah masuk dengan sekilas pandang.
Kemudiannya dia terus menumpukan perhatian sepenuhnya pada katak dan
guli di hadapannya.
Fazureen menjenguk ke skrin.
Senyuman sinis dilemparkan. Eleh,
baru sampai situ jek, ejek hati Fazureen.
Time record 01:52 Fazureen
"Wahaha... Abang tetap tak boleh beat Reen," ucap Fazureen dengan diiringi oleh ketawa jahatnya.
Hakim menyeringai geram.
Kemudian pantas dia menekan butang pause dan menekan butang record.
"Tengok, semua nama abang," ucap Hakim dengan bangga. Jelingan sinis dihadiahkan buat isterinya. Walaupun rasa sayang masih lagi utuh, namun
tidak untuk sesi ini. Kini mereka adalah
musuh. Kasih sayang semua simpan dalam
almari dulu, tekad hati Hakim.
Bulat mata Fazureen memerhatikan rekod yang tersenarai pada
skrin di hadapannya.
"Abang delete rekod asal? Reen punya skor dah dekat
satu juta tau!" marah Fazureen. Hakim
pula menayang wajah yang tidak bersalah.
"Hah.. hah.. ha... Nasib la..." ucap Hakim pula dengan penuh
nada mengejek.
"Argh! Abang ni memang tau.
Reen tak pernah pun delete rekod macam ni. Tak adil la..." rungut
Fazureen pula. Sungguh dia tak berpuas
hati dengan taktik kotor Hakim. Ah,
Hakim memang dari dulu sangat licik dengan taktik kotor. Teringat kembali bagaimana liciknya Hakim
untuk terus mengikat aku disisinya, desis hati Fazureen. Hakim ni memang nak kena tau!
"Memang la Reen tak pernah delete nama abang tapi Reen, abang dengan adik selalu buat nama
abang kat bawah sekali. Mana aci..."
balas Hakim pula. Dia tak peduli. Apa yang dia tahu, namanya mesti berada di
tangga yang teratas.
"Tengok rekod abang sekali lagi," pinta Fazureen. Dengan bangganya Hakim menayangkan kembali
rekodnya tadi.
Papa 252,129,521 pnt.
"Alah, banyak tu je ke bang?
Reen boleh beat rekod abang ni dalam masa setengah jam je tau. Tak kisah," ejek Fazureen pula. Pantas Hakim mencerun marah.
"Berani la Reen jatuhkan nama abang, nanti abang delete terus dengan game-game ni sekali tau.
Terus semua orang tak payah main," ugut Hakim pada Fazureen.
"Hoh, mana aci macam tu.
Dengki la abang ni..." rungut Fazureen lagi.
"Aci maci abang tak peduli.
Kalau Reen nak terus main game ni, make sure nama abang ada terus
kat atas takhta. Wahaha..." dengan penuh
aura jahat Hakim ketawa.
"Argh!! Mana boleh macam tu!!!" jerit Fazureen. Tabiat menjeritnya itu memang tak boleh
lepas. Dari bujang, kemudian menjadi
isteri orang dan seterusnya kini sudah menjadi ibu kepada tiga orang anak,
sikapnya itu tidak pernah berubah.
Bingit telinga Hakim dibuatnya.
"Syhh!! Nanti abang
dengan adik dengar..." pantas Hakim meletakkan jari ke bibir. Memberi isyarat supaya Fazureen diam.
"Nanti kantoi la..." sambung Hakim lagi.
***
"Erm... mama... papa?" tiga kepala sudah sedia terjengul di
muka pintu yang lupa ditutup Fazureen tadi.
"Erk.. Ya.." jawab Fazureen dan Hakim serentak. Dalam masa yang sama, dua pasang tangan
diletakkan di muka skrin komputer tersebut secara bertindanan demi melindunginya
daripada dilihat oleh anak-anak mereka.
"Papa main Zuma ya?" risik Fasha.
"Komputer tak panas ke papa?
Tak meletup?" sambung Fisha pula.
"Erm.. ya.. ya.. memang panas pun sampai dah nak meletup
dah. Ni yang papa nak tutup ni," ucap
Hakim sambil tersengih pada anak-anaknya.
Fazureen juga turut sama tersengih kerang begitu. Tidak tahu nak kata apa apabila mereka
di'tangkap' secara terang-terangan oleh anak-anak.
"Papa..." panggil Haikal.
"Err, ya..." perlahan sahaja Hakim menyahut. Sengihannya masih lagi terus ditayangkan.
"Kantoi?" tanya Haikal lagi.
"Erk? A'ah.
Kantoi..." akhirnya pecah tawa mereka sekeluarga. Lucu apabila papa mereka kantoi begitu sahaja
di depan mereka. Mama yang selama ini
macam pegawai undang-undang juga turut terkantoi sama.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) hahaha...si hakim ni mmg la..ngan anak pun tak pndi nak mengalah. siap delete markah tu yg tak thn tu ;D
- adra
- 15 years ago
-
2) Ya Rabbi..sampai ugut nak delete game??tak patut btol hakim tu.ngehngehngeh
- cherry93
- 15 years ago
-
3) aiyak..satu famili main zuma
eh tp still tak leh lawan saya hohoho ;p- nurcahaya
- 15 years ago
-
4) >erk..!!hahaha...ceta yg best(:
- eDieca_88
- 15 years ago
-
5) adra > hehe.. tu la hakim. kdg2 prangai mcm budak2 :D
cherry93 > hakim tu sanggup wat pe saja asalkan niat dihati dia tercapai. tgk je cara dia nk ikat fazureen dulu. hehe... licik tp cepat kantoi...
nurcahaya > satu family pun men gak zuma ke? family lea men jek.. wahaha...
eDieca_88 > thanx. sangat2 dihargai... :D- LeaQistina
- 15 years ago
-
6) haha...hakim2..macam2..alah perangai budak2..
- rObOt
- 15 years ago
-
7) 1. nurcahaya: kamu main game apa pula?
2. dulu saya suka main zuma juga. ha ha
3. cis, cerpen pasal zuma sebegini panjang :p nakal!
4. lea ni kena kawin cepat ni, keh keh. cerita-cerita kekeluargaan tu macam dari desakan hati je. ha ha ha!
5. ada effort di dalam penceritaan dan penjagaan bahasa :)- cahatomic
- 15 years ago
-
8) alamak caha, kawen? huhuhu... no comment :D
- LeaQistina
- 15 years ago
-
9) zuma best... tp DOTA lagi best...
- zero
- 15 years ago
-
10) DOTA? Game ape tu ek? Lea xpernah dengar. Hmm mgkin leh cuba nnt :D
thanx zero- LeaQistina
- 15 years ago