Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Sambungan Suite 6019: Erk? Kantoi!

Cerpen sebelumnya:
Menjelma
Cerpen selanjutnya:
Bila Rasaku Rasamu...

Hakim menjenguk ke bilik bacaan yang menempatkan sebuah komputer peribadi dan juga rak-rak buku bacaan.  Di dalam bilik bacaan tersebut terdapat pelbagai jenis buku.  Bermula daripada bahan bacaan untuk Fasha dan Fisha, Haikal serta Hakim dan Fazureen sendiri.  Kelihatan Haikal sedang khusyuk bermain game Zuma sambil dikelilingi oleh adik-adiknya.

Hakim mendekati anak-anaknya.  Dia menjenguk ke skrin komputer.  Kelihatan markah Haikal yang semakin meningkat.  Lama dia merenung ke arah markah tersebut.

"Abang, lepas ni Fisha pulak?" pohon Fisha pada abangnya.  Rasanya sudah lama abangnya bermain namun masih belum ‘mati' dari tadi.  Balik-balik Haikal dapat extra point sebab dapat buat rekod masa terpantas. 

"Nantilah adik. Kan kita dah janji main gilir-gilir?  Lepas ni kan giliran Kak Fasha dulu?" tanya Haikal pada adiknya.  Dia cuba bertindak seadil mungkin pada adik-adiknya namun mata dan tangannya tidak lepas dari terus memastikan guli-guli yang berwarna-warni yang keluar daripada mulut katak itu tepat mengenai sasarannya.  Fisha hanya menarik muka.

"Yes!! New record lagi..." jerit Haikal kegembiraan.  Dia melompat-lompat di kerusi yang didudukinya.  Bangga.  Tambahan pula rekod itu dilakukannya dihadapan papa mereka.  Haikal menjungkit kening pada Hakim.

Hakim geram melihat wajah comel Haikal yang sibuk menjungkit kening ke arahnya.  Matanya pula tidak lepas daripada melihat jumlah markah yang tertera di skrin komputer.  Dia menimbang-nimbangkan sesuatu.  Matanya pula meleret pada jam di dinding bilik.

"Hah, sudah-sudah!  Dah berapa jam korang main ni?  Dari tadi asyik main je, sampai dah panas komputer ni.  Silap-silap meletup nanti.  Dah pergi baca buku..." arah Hakim pada anak-anaknya sambil tangannya meraba ke belakang skrin komputer.  Menunjukkan benar-benar bahawa skrin tersebut telah panas akibat terlalu lama dibuka.

Haikal, Fasha dan Fisha menarik muka masam.  Dengan langkah berat mereka bangun dan meninggalkan meja komputer tersebut lalu berganjak ke meja belajar mereka yang turut berada di dalam bilik tersebut.

"Ah, tak de-tak de.  Hari ni semua pergi belajar dalam bilik masing-masing.  Tak pun, abang bawak adik-adik buat kerja sekolah kat ruang tamu bawah," kata Hakim pada anak-anaknya sambil klik-klik sesuatu pada skrin komputer. 

"Aik, kenapa pulak?  Bukan papa cakap sebelum ni kena belajar di tempat yang sepatutnya ke?" tanya Fasha pula sambil menggaru-garu dagunya.  Matanya pula dikejip-kejipkan.  Seolah-olah dapat merasai sesuatu helah sedang dilakukan.

"Kakak, jangan lawan cakap orang tua.  Tak baik.  Berdosa.  Itu pun papa ajar jugakkan?" Hakim cuba bermain psikologi dengan anaknya, Fasha.

"Ye ke papa?" sampuk Fisha pula. 

"Dah... dah... jangan banyak cakap.  Pergi sekarang!" dengan langkah yang malas dan penuh curiga, lambat-lambat tiga beradik itu membuka langkah.  Serentak.  Dan bagaikan dirancang, setelah tiga langkah mereka sama-sama berhenti dan berpaling.

"Betul ke papa?" ucap ketiga-tiga beradik itu serentak.

"Sudah!!" marah Hakim sambil mengangkat tangannya gaya konon-kononnya hendak memukul.  Berdecit tiga beradik itu lari menuju ke ruang tamu.

Namun tidak sampai lima minit kemudian, kepala Hakim, Fasha dan Fisha terjengul di muka pintu secara bertingkat.

"Papa..." kelam-kabut Hakim menutup skrin komputernya sebaik sahaja mendengar teguran anak-anaknya.

"Apa lagi ni?"

"Kita orang nak masuk ambil beg sekolah la papa.  Tadi lupa bawa..." jawab Haikal meleret.  Fasha dan Fisha pula hanya mengagguk tanda mengiyakan sahaja kata-kata abang mereka.

"Hah, gi ambil cepat.  His korang ni, ada-ada je.  Hmm... abang, lepas ni keluar terus tutup pintu tu," arah Hakim pada anaknya.  Cuak juga hatinya tadi.  Bimbang anak-anaknya dapat menghidu perbuatannya.

Haikal mengangguk.  Selepas mengambil beg sekolah mereka, tiga beradik itu keluar dan pintu bilik ditutup.  Hakim menarik nafas lega.

***

Hakim melihat hakikat yang ternyata di muka skrin komputer di hadapannya.  Dia menggeleng tidak percaya.  Tak mungkin!

 

Fazureen             995,252,131 pnt.

Haikal                  752,194,125 pnt.

Kakak                   521,181,352 pnt.

Adik                      502,285,276 pnt.

Papa                     302,561,442 pnt.

 

"Aku last sekali?" buntang mata Hakim.  Sungguh dia tak percaya.  Lantas tangannya terus mencapai tetikus lalu dibawanya anak panah menuju ke satu arah.  Delete score.

"Yeah!! Start semula bebeh..." Hakim berkata dengan penuh bangga.  Aura jahat sudah pun meresap jauh ke dalam jiwanya.  Kemudian, dengan senang hati dan tanpa rasa bersalah dia mendaftar akaun baru dan mula mencipta rekod sekali lagi.

Ting! Tong! Ting! Tong!

Bunyi itu terus bergema diruang bilik bacaan tersebut dan Hakim kian tenggelam dalam ciptaan rekod demi rekod.  Namanya terus terpahat sekali lagi di tempat pertama skor keseluruhan.

 

***

 

"Abang, adik, kenapa belajar kat sini?  Bukan ke selalu papa pesan kalau nak study, study kat tempat yang sepatutnya.  Kan ke papa dengan mama dah sediakan bilik bacaan?" tanya Fazureen sebaik sahaja melihat anak-anaknya yang khusyuk membuat kerja sekolah di meja ruang tamu.

Penerangan Haikal pada adik-adiknya mengenai teori penghasilan bayang-bayang terhenti seketika.  Mereka bertiga menoleh serentak ke arah mama mereka.

"Papa suruh kita orang belajar kat sini, mama," jawab Haikal.

"Eh, ye ke?" tanya Fazureen.  Pelik pula rasanya.  Masakan begitu sedangkan selama ini Hakim sangat menitik beratkan keselesaan tempat belajar anak-anaknya.

"Betul mama.  Papa halau kita orang keluar, lepas tu papa suruh tutup pintu," adu Fisha pula pada mamanya.  Si kecil itu memang terkenal dengan sikap suka mengadu.  Berbeza sungguh dengan sikap kembarnya Fasha yang lebih senang berahsia.

"Hmm... mesti ada agenda tersendiri ni," fikir Fazureen sendiri.

"Tak pelah.  Papa ada keje kot.  Abang dengan adik buat kerja sekolah dulu ek?  Mama nak naik atas kejap," ucap Fazureen pada anak-anaknya sebelum menuju ke bilik bacaan yang terletak di tingkat atas.

 

***

 

Setibanya di hadapan pintu bilik bacaan, Fazureen berura-ura untuk membuka pintu bilik tersebut namun pegangan tannya di tombol tersebut terhenti.  Perlahan-lahan Fazureen menekup telinganya ke pintu.  Cuba mengesan sebarang bunyi.

Ting! Tong! Ting! Tong!  Zuma...

"Owh.. senyap-senyap dia main Zuma ya," ucap Fazureen perlahan.  Lantas dia terus membuka pintu bilik tersebut.  Kelihatan Hakim yang sedang khuysuk melepaskan guli-guli yang berwarna-warni itu pada sasarannya.  Hakim hanya memandang Fazureen yang sedang melangkah masuk dengan sekilas pandang.  Kemudiannya dia terus menumpukan perhatian sepenuhnya pada katak dan guli di hadapannya.

Fazureen menjenguk ke skrin.  Senyuman sinis dilemparkan.  Eleh, baru sampai situ jek, ejek hati Fazureen.

Time record       01:52     Fazureen

"Wahaha... Abang tetap tak boleh beat Reen," ucap Fazureen dengan diiringi oleh ketawa jahatnya.

Hakim menyeringai geram.  Kemudian pantas dia menekan butang pause dan menekan butang record.

"Tengok, semua nama abang," ucap Hakim dengan bangga.  Jelingan sinis dihadiahkan buat isterinya.  Walaupun rasa sayang masih lagi utuh, namun tidak untuk sesi ini.  Kini mereka adalah musuh.  Kasih sayang semua simpan dalam almari dulu, tekad hati Hakim.

Bulat mata Fazureen memerhatikan rekod yang tersenarai pada skrin di hadapannya.

"Abang delete rekod asal?  Reen punya skor dah dekat satu juta tau!" marah Fazureen.  Hakim pula menayang wajah yang tidak bersalah.

"Hah.. hah.. ha... Nasib la..." ucap Hakim pula dengan penuh nada mengejek.

"Argh! Abang ni memang tau.  Reen tak pernah pun delete rekod macam ni.  Tak adil la..." rungut Fazureen pula.  Sungguh dia tak berpuas hati dengan taktik kotor Hakim.  Ah, Hakim memang dari dulu sangat licik dengan taktik kotor.  Teringat kembali bagaimana liciknya Hakim untuk terus mengikat aku disisinya, desis hati Fazureen.  Hakim ni memang nak kena tau!

"Memang la Reen tak pernah delete nama abang tapi Reen, abang dengan adik selalu buat nama abang kat bawah sekali.  Mana aci..." balas Hakim pula.  Dia tak peduli.  Apa yang dia tahu, namanya mesti berada di tangga yang teratas.

"Tengok rekod abang sekali lagi," pinta Fazureen.  Dengan bangganya Hakim menayangkan kembali rekodnya tadi.

Papa     252,129,521 pnt.

"Alah, banyak tu je ke bang?  Reen boleh beat rekod abang ni dalam masa setengah jam je tau.  Tak kisah," ejek Fazureen pula.  Pantas Hakim mencerun marah.

"Berani la Reen jatuhkan nama abang, nanti abang delete terus dengan game-game ni sekali tau.  Terus semua orang tak payah main," ugut Hakim pada Fazureen.

"Hoh, mana aci macam tu.  Dengki la abang ni..." rungut Fazureen lagi.

"Aci maci abang tak peduli.  Kalau Reen nak terus main game ni, make sure nama abang ada terus kat atas takhta.  Wahaha..." dengan penuh aura jahat Hakim ketawa.

"Argh!! Mana boleh macam tu!!!" jerit Fazureen.  Tabiat menjeritnya itu memang tak boleh lepas.  Dari bujang, kemudian menjadi isteri orang dan seterusnya kini sudah menjadi ibu kepada tiga orang anak, sikapnya itu tidak pernah berubah.  Bingit telinga Hakim dibuatnya.

"Syhh!!  Nanti abang dengan adik dengar..." pantas Hakim meletakkan jari ke bibir.  Memberi isyarat supaya Fazureen diam.

"Nanti kantoi la..." sambung Hakim lagi.

 

***

 

"Erm... mama... papa?" tiga kepala sudah sedia terjengul di muka pintu yang lupa ditutup Fazureen tadi.

"Erk.. Ya.." jawab Fazureen dan Hakim serentak.  Dalam masa yang sama, dua pasang tangan diletakkan di muka skrin komputer tersebut secara bertindanan demi melindunginya daripada dilihat oleh anak-anak mereka.

"Papa main Zuma ya?" risik Fasha.

"Komputer tak panas ke papa?  Tak meletup?" sambung Fisha pula.

"Erm.. ya.. ya.. memang panas pun sampai dah nak meletup dah.  Ni yang papa nak tutup ni," ucap Hakim sambil tersengih pada anak-anaknya.  Fazureen juga turut sama tersengih kerang begitu.  Tidak tahu nak kata apa apabila mereka di'tangkap' secara terang-terangan oleh anak-anak.

"Papa..." panggil Haikal.

"Err, ya..." perlahan sahaja Hakim menyahut.  Sengihannya masih lagi terus ditayangkan.

"Kantoi?" tanya Haikal lagi.

"Erk? A'ah.  Kantoi..." akhirnya pecah tawa mereka sekeluarga.  Lucu apabila papa mereka kantoi begitu sahaja di depan mereka.  Mama yang selama ini macam pegawai undang-undang juga turut terkantoi sama.

 

Cerpen sebelumnya:
Menjelma
Cerpen selanjutnya:
Bila Rasaku Rasamu...

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
4 Penilai

Info penulis

LeaQistina

Hanya mencuba!
LeaQistina | Jadikan LeaQistina rakan anda | Hantar Mesej kepada LeaQistina

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya LeaQistina
Qaisara | 2790 bacaan
Titik Hitam | 3714 bacaan
Selamat Pengantin Baru | 4838 bacaan
Misi yang gagal | 2754 bacaan
Kerna Syiqah 2 | 2475 bacaan
Kerna Syiqah | 2379 bacaan
Pak Eh dan Cik Yam | 2332 bacaan
Sambungan Suite 6019 : Alahai.. Pengsan aku..!! | 6708 bacaan
Aduh!! Mahalnya hantaran.. | 4070 bacaan
Sambungan Suite 6019: Jom papa..! | 6300 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya Sambungan Suite 6019: Erk? Kantoi!
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik