Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Bila Rasaku Rasamu...

Cerpen sebelumnya:
Sambungan Suite 6019: Erk? Kantoi!
Cerpen selanjutnya:
Pak Eh dan Cik Yam

Aku buntu. Kebuntuanku telah melepasi tahap normal aku seorang manusia. Antara kemahuan, keinginan. Antara cita-cita dan kewajipan. Sesungguhnya aku buntu. Jelas sekali kerunsingan dihatiku.

Aku ingin didekati, aku ingin dibelai. Tapi aku tak harus biarkan perasaan ini menguasai aku. Aku harus nekad. Tekad dengan setiap yang aku lakukan. Jalan ini pilihan aku.

"sayang, I'm sorry, " ungkapan itu masih bergiang di telinga aku. Pedih! Sakit!

"just go...I won't stop you!"

Betulkah aku tidak akan menghalang dia? Betulkah aku rela dia pergi?

Bohong! Satu pendustaan maha hebat aku katakan pada hati. Aku tak mahu kamu pergi. Jangan pergi! Tolong...jangan tinggalkan aku. Jangan pergi! Aku tak tahu, aku mampu untuk hidup tanpa kamu. Tapi, aku juga tidak mampu mengatakan tidak pada masa hadapan.

Masa hadapan? Masa hadapan engkau? Aku?atau kita? Ye..masa depan kita.

"Mira.." bahu aku dipegang lembut.  Aku kesat airmata yang mengalir.

"Jaja..kenapa?"aku bertanya.

"Ja masak nasi dari tadi. Tapi Mira tak jamah sikit pun. Kenapa?" dia bertanya aku, lembut sekali.

Aku peluk bantal sekuat mungkin. "Mira tak lapar la Jaja. Thanks masakkan untuk Mira . Ja makan la. Jangan tunggu Mira," hanya itu mampu aku katakan.

Lapar? Tiada istilah lapar sejak senja semalam.

Kelmarin, selepas kelas, aku dan Hanif menuju ke Bukit Bintang. Kebosanan! Lalu aku ajak Hanif temankan aku ke BB Plaza. Sekadar window shopping. Nak shopping tengah-tengah semester ini..hahha..yassalam la. Tengah sengkek tahap gaban ni. Nak minta mama, memang la boleh. kang bising plak pulak mama. Bulan ni je aku dah spend over the budget.  Last month dah kena warning sebab terlebih-lebih bershopping. isk..tak kuasa aku nak dengar ceramah free lagi bulan ni.

"hei you....wah! senang hati jalan lenggang kangkung. Nah angkat beg aku ni. Berat sial!" aku campakkan beg yang mengandungi kitab-kitab ilmu yang jarang sekali ku buka melainkan dalam kelas sekali setiap minggu.

Tenang, dia mengambil beg aku. Lalu, beg bertukar tangan. Ku cekup mulut cuba menyembunyikan tawaku yang mula hendak meledak.

"Beb! Jambu la lu bawa handbag gua! " aku gelak. Dia senyum menampakkan lesung pipitnya kemudian menggelengkan kepala.

Kami berjalan beriringan melintasi Tower Record. Ketika melintasi Tower Record, kedengaran lagu penyanyi Rossa, Pudar sedang di putarkan. Aku bagaikan terkena kejutan elektrik, dengan spontan menyanyikan lagu tersebut sambil  cuba meniru tarian penyanyi kecil molek itu tanpa menghiraukan pandangan khalayak ramai yang sedang memerhatikan kami.

"Sharifah Syahidatul Amirah Syed Othman..." dia memanggil namaku. Penuh dan panjang.

Langkah tarianku terhenti.

Aku menjeling kepadanya. "Apadia?"

"tak senonoh la..." senyuman terukir di wajahnya.

"ala..tak senonoh pun..you tetap sayangkan!!?!?! Kan....??? Betul tak??" aku menjelirkan lidah kepadanya.

Dia menggelengkan kepala. "yelah..sayang!" dia tetap mengatur langkah beriringan denganku.

Aku ketawa kecil. Seperti biasa, aku pasti menang. Seingat aku,  sejak kami berkenalan, dia tidak pernah meninggikan suaranya padaku. Setiap permintaan aku diturutkannya sedaya upayanya.

Hanif. Aku kenal lelaki ini dengan tidak sengaja. Ketika itu, aku mengikuti mama ke satu pertunjukan fesyen di Hotel Crown Princess KL. Kebetulan, dia pulak ketika itu berkerja sebagai pelayan sambilan atau part-time waiter untuk event itu.  Perwatakannya yang sederhana dan sentiasa tersenyum membuatkan aku senang mendekatinya. Walaupun aku sering membuli dia saat itu, dia tetap sabar. Lalu, aku hulurkan salam perkenalan padanya.
 
Dengan malu-malu, salam perkenalan aku di sambutnya. Pantas benar masa berlalu, dah setahun kami berkenalan, berkawan dan juga bercinta.

Aku masih dan tetap akan ingat, bila Sarah, kawan baik aku mentertawakan Hanif. Jelek pada pandangan Sarah bila dia melihat aku berpacaran dengan Hanif. Anak seorang usahawan dan hartawan di Kuala Lumpur bercinta dengan seorang lelaki yang tidak ada pekerjaan tetap. Bahkan hanya memiliki Sijil Tinggi Pengajian Malaysia, sedangkan aku di tahun akhir sarjana muda.

Entah kenapa, Hanif ajar aku menjadi lebih kuat dan tabah.Ajarkan aku tentang kesusahan, tentang erti kehidupan sebenar. Tidak semua manusia di muka bumi ini dilahirkan betuah sepeti aku. Hidup senang dan tidak pernah rasa apa itu kesusahan. Hanif sentiasa buat aku ketawa. Hanif layan karenah aku.

Aku cintakan dia. Aku tidak perlu risaukan perkara lain. Bukankah,cinta yang sejati akan memenagi segala halangan. Justeru itu, aku tidak kisah kehilangan Sarah. Aku tidak peduli walaupun di marah papa.Sarah kawan aku dai kecil. Anak kepada business partner papa. Biarpun papa tidak menghalang aku memilih Hanif, tapi dia  tidak mahu aku kehilangan kawan baik aku dari kecil. Tapi, Sarah dah berikan aku kata putus. Pilih Hanif atau Sarah. Aku tidak boleh memiliki keduanya.

Lantas aku pilih Hanif.

Aku kesat airmata lagi. Setiap imbasan kenangan yang menjelma diingatan aku akan membuatkan aku menitiskan airmata. Aku khayal dalam perasaan aku hinggakan aku tidak menyedari sejak bila Jaja meninggalkan aku. Barangkali  Jaja dah malas melayan karenah anak manja yang cenggeng ini. Atau barangkali Jaja cuba memberikan aku ruang untuk bersendiri.

Aku capai handphone ku. Aku lihat sejak semalam, sudah 345 panggilan dari Hanif yang tidak aku angkat dan 78 mesej memenuhi kotak inbox dari Hanif yang tidak aku baca.

Aku lihat jam di skrin telefon. 7.45 malam. Aku bangun ke bilik air. Memperkemaskan diri dan mengambil wuduk. Mataku yang merah dan sembab amat ketara di cermin bilik mandi.

Usai berwuduk, aku bersolat maghrib . Kemudian bacaan yassin ku perlabuhkan menghiasi hati yang luka diikuti solat isya. Selesai solat isya, aku langsungkan dengaan solat sunat hajat dan solat sunat istikharah. Ya Allah..berikan lah aku kekuatan hati. Ketenangan dalam mengharungi cabaran ini.

Sudah bertahiyat akhir dan berdoa, air mata ini masih enggan berhenti. Aku duduk di atas sejadah dengan telekung yang kian basah dengan airmata.

Kata-kata Hanif ketika di hentian bas sewaktu menemani aku sementara menaiki bas pulang ke kampus menjelma lagi diingatan aku.

"eh ..takpe ke Nif tak g keje rini?"aku bertanya.

"hihihi..soalan ni bukan kena tanya mula-mula jumpa ke? Dah nak balik baru nak tanya? Takpe..Mirah punya pasal. Nif kan sayang Mirah!" dia senyum. Senyuman yang paling aku suka.

Aku tersengih.

Suasana diam.

"Mira...."

"eh..Nif nak balik ni ada duit tak?" aku mencantas kata-katanya.

"Ada.."jawapnya singkat dengan raut muka yang berubah sedikit. Aku mengganguk.

"Mira..Nif nak beritahu sesuatu..."

" apa dia?"

"Hanif dapat offer sambung pengajian di Portsmouth, UK. Tajaan TNB..." dia diam.

Aku terkejut.

"Nif nak pergi. Nif nak jadi orang yang berjaya. Nif tak nak susahkan Mira lagi! Cukuplah selama ni Mira yang tampung Nif.." raut matanya sangat sedih.

Aku pegang besi tempat duduk di hentian bas itu sekuat hati. Aku palingkan wajah kearah bertetangan.  Air mataku dah mula berjurai.

"Miraaa...."dia panggil ku.

Aku diam tidak mengendahkan panggilannya.

"sayang, I'm sorry!"

"just go...I won't stop you!"

Ketika itu, aku Nampak bas ke kampus tiba. Aku bangun lalu menahan bas tersebut. Just on time!

"Mira balik dulu Nif..dah sampai nanti Mira call!" kataku padanya sambil memandang wajahnya. Mungkin buat kali terakhir.

"Miraaaa...." Aku tidak lagi memperdulikan panggilannya. Terus melangkah dengan laju menaiki bas sambil dibasahi air mata.


"Mira..." aku terkejut dari lamunan yang panjang di atas sejadah bila rakan serumahku memanggil namaku.

"Ya, kayron,"aku menjawab pendek.

"ada surat ni sampai tengahari tadi. Kayron lupa nak letak atas meja Mira. Terbawa pula surat ni ke kelas tadi, "terang Kayron sambil menghulurkan sepucuk surat bersaiz A4 bersampul cokelat.

Aku sambut dan ku lihat setem di sampul surat tersebut.

Hatiku berdebar-debar. Aku cuba membuka surat itu dengan sepantas mungkin untuk melihat isi kandungannya. Kelakuanku membuatkan Kayron dan juga Jaja yang entah bila berada di dalam bilik ku kepelikkan.

"Ya Allah...." Air mataku mengalir. Aku cium surat tesebut.

Kayron dan Jaja saling berpandangan. Kemudian pandangan mereka jatuh ke wajahku menagih penjelasan.

Aku senyum.

" Mira dapat sambung master kat Portsmouth!! " aku kesat airmataku.

Aku perlu menghubungi Hanif. Pasti dia risaukan aku. Juga,pastinya dia akan gembira dengan perkhabaran ini.

Awak, jangan mimpi awak boleh tinggalkan saya!

Syukur Ya Allah...!

 

                                                                    (Starbuck, Times Square : 09.29 pm)

 

Cerpen sebelumnya:
Sambungan Suite 6019: Erk? Kantoi!
Cerpen selanjutnya:
Pak Eh dan Cik Yam

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.7
3 Penilai

Info penulis

Putri AlyA

unpredictable...antagonist, emo, psychosis, blurrrr!
putri_alya | Jadikan putri_alya rakan anda | Hantar Mesej kepada putri_alya

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya putri_alya
NUR III | 2317 bacaan
Sunyi | 3511 bacaan
Tetamu Senja | 8488 bacaan
Biar Jiwa | 2862 bacaan
Kepulangan Yang Dinanti | 1936 bacaan
Kopi Cinta Andalusia | 2852 bacaan
3 HATI | 2673 bacaan
Demi Cinta | 4153 bacaan
Mahkamah Dewata Raja-raja | 3628 bacaan
Aku yang tak mengerti... | 4086 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

11 Komen dalam karya Bila Rasaku Rasamu...
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik