Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Demi Cinta

 


Daripada Nya kita datang, kepada Nya jua kita kembali.

" Ya Allah ya tuhan ku, tuhan sekalian alam. Aku berlindung di bawah naungan Mu yang maha berkuasa. Yang Maha Mengetahui..Tuhan yang mencipta seluruh pelusuk alam. Ya Allah, ampunilah segala dosaku, khilafku. Lidungilah kedua bubapaku.. anak-anakku. Janganlah Kau hukum mereka diatas kesalahan yang aku lakukan.Ya Allah, hanya kepada Mu aku sembah  memohon pertunjuk dan hidayah Mu .Ya Allah..berilah aku kekuatan untuk berhadapan ujian Mu ya Allah, ya tuhanku.."

Amin.


Aku sujud sekali lagi di atas sejadah. Lama.  Aku redha. Hukuman yang aku bakal aku terima sebentar lagi, aku tetap tawakal dan redha. Aku benar-benar ibarat telur di hujung tanduk. Tapi aku yakin, Allah lebih mengetahui. Kepada Dia , aku letakkan segala harapan dan doaku.

Akhirnya, setelah begitu lama aku menanti,  inilah hukuman yang perlu ku hadapi. Aku  tenang, tidak pernah aku rasa ketenangan sebegini seumur hidupku.

Firman Allah,
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal),
sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."   [Surah An Nisa': ayat 78]

Aku raup wajahku yang masih lagi di dalam telekung . Masih lagi duduk kaku di atas sejadah. Kurang beberapa jam lagi...

Aku tak mahu membuang masa. Aku ingin manfaatkan masa yang ada. Kalam Allah ini menjdi tatapan aku.

Masa? Aku bukan tidak mempunyai banyak masa...aku sudah tiada masa.

Auzubillahi minassyaitannirahjim......

Bismilahhirahmanirahim............

Air mataku mula menitis. Telingaku tergiang-giang suara Shiffa menjerit namaku.

"Ibu......"

"Ibu....tolong Shiffa bu...."

 Laungan dan jeritan tangisan Shiffa buat aku tertekan. Aku tersandar di pintu bilik air. Aku tidak mampu lakukan apa-apa. aku lemah. Saban malam, aku mendengar jeritan Shiffa.  Ya Allah, berikan aku kekuatan. Aku berdoa.

Aku gagahkan juga langkah kaki ku yang lemah menuju ke arah suara jeritan dan tangisan Shiffa di ruang tamu. Lelaki itu, masih lagi di situ. Masih lagi dengan hobi kegemarannya. Aku tidak paham, apa yang dia perolehi dari perbuatan dia selain bekas-bekas di tubuh kami dan juga dendam amarah yang tersemat di hati aku.

Aku tak sanggup lagi melihat Shiffa sedemikian. Aku harus bertindak. Aku tidak mahu anak bongsuku mengalami seksa yang lebih teruk. Aku harus hentikan. Aku nekad!!

"Abang..." Aku jerit sekuat hati.

Lelaki yang masih tegap  berdiri, leka melayangkan tangannya mengikut libasan tali pinggang besi ke badan anak perempuanku. Anak perempuan kami! Anak dari benih adam yang aku nikahi dengan penuh kasih sayang. Hinggakan aku sanggup membelakangi kedua orang tuaku.

Tapi, inikah hadiah yang aku perolehi dari pengorbanan yang aku lakukan demi cinta pada dia? Saban malam aku disepak di terajang. Bukan aku sahaja, anak-anakku juga menjadi mangsanya. Shiffa, masih terlalu kecil dan mentah untuk mengerti apa-apa.

"kau diam..." dia menjerit sambil mendapatkan aku. Ta
ngannya laju mencapai rambutku lalu mengheret aku ke sofa.

"kau memang perempuan malang. Kau buat aku malang!! Sial.."

 
PANG!

PANG! PANG!

Tamparan demi tamparan hinggap di pipiku. Darah merah mula menitis dari hidungku.

Sekali lagi, dia menarik rambut aku, lalu kepala ku di  tunjal  ke bucu meja.  Ya Allah....hanya kepadaMu aku berharap pertolongan. Bantulah aku.

Mataku berpinar lantaran kepalaku yang terhentak di bucu meja.  Aku nampak samar Shiffa cuba berlari mendapatkan aku. Si kecil aku yang berusia 6 tahun.

Aku kaku melihat lelaki tidak guna itu menendang Shiffa hingga terperuk di sudut dinding bersebelahan meja telefon.  Lelaki sial itu cuba mendapatkan tali pinggang.

Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku terlalu lemah.  Tapi aku tetap bangun, cuba menghalang Shiffa dari menjadi mangsa sebatan tali pinggang itu. Tangisan Shiffa semakin kuat.  Akibatnya, aku yang menjadi galang ganti sebatan itu. Lebih teruk, apabila kaki lelaki tak guna yang bernama suami itu singgah di perutku.  Ya Allah...aku rasakan perutku pedih. Tajam menyucuk. Ada darah pekat mengalir dari celahan betis kaki ku.

Anakku! Hanya itu yang mampu jeritkan di dalam hati. Lidahku kelu. Aku tidak mampu bersuara lagi. Antara cuba menghalang Shiffa dari menjadi mangsa pukul seorang ayah yang kej
am dan menyelamatkan nyawa anak yang berada dalam rahimku; aku tersepit di tengah. Aku tidak lagi memperdulikan nyawaku. Yang penting, anak-anakku selamat.

Jantan sial itu menolak aku yang  lemah ke tepi. Libasan tali pinggang dan jeritan Shiffa memenuhi ruang antara kami. Aku genggam penumbuk sekuat mungkin.

Aku mengesot perlahan-lahan menuju ke ruang dapur. Lelaki itu masih lagi dalam barannya memukul Shiffa. Aku cuba berpaut pada kerusi di meja makan, lalu ku kuatkan minda dan tubuhku untuk berdiri. Mendengarkan jeritan Shiffa,bagaikan ada sesuatu yang merasuk badanku. Aku seolah memperolehi satu kekuatan.

Aku bangun menyelongkar laci dapur. Aku perlu segera. Aku menggeledah sekuat-kuat hati. Akhirnya, aku ketawa saat aku temui benda yang aku cari-cari.

Aku berjalan sepantas mungkin menuju ke ruang tamu. Aku lihat Shiffa semakin teruk menangis dan berdarah. Sebelah tangaku memegang perut yang semakin mencucuk-cucuk.

Sial punya jantan! Hari ni, kau mati di tangan aku!!!

Aku kuatkan langkah, aku menuju ke arah lelaki itu.

 "Lelaki sial. Tak guna...!!!!!!!!!!!!" aku menjerit sambil tanganku laju menikam betubi-tubi belakang lelaki  tak guna itu. Darah merambu-rambu memercik ke muka ku.

Dia terkejut, namun tak mampu lakukan apa-apa. Dia terjatuh ke lantai menggelupur. Barangkali malaikat Izrail sedang cuba menariknya nyawanyaa. Aku ketawa. Terbahak-bahak kegembiraan.

Aku terduduk diatas badan lelaki yang pernah ku cintai suatu masa dahulu.


" JANTAN SIAL!!  SIA-SIA SELAMA INI APA YANG AKU LAKUKAN UNTUK KAU! MATI KAU! MATI! MATI! AHAHAHAHAHA......" tanganku masih lagi terus menikam bertubi-tubi jasad lelaki itu biarpun jasad itu telah lama kaku.
 
"BODOH!! TAK GUNA!! KERANA KAU, AKU BUANG MAK BAPAK AKU! AKU HILANG SEGALANYA KERANA KAU! SIAL!!! " aku masih lagi menjerit-jerit bagaikan orang gila sambil menikam jasad itu semahu-mahu hati ku.

"Izat....." aku dengar jeritan seorang wanita di muka pintu.

 Tanganku terhenti. Wanita itu kaku di muka pintu.

Aku berlari mendapatkan wanita itu. Tanganku yang penuh darah hitam pekat itu memegang erat rambutnya manakala tanganku yang erat memegang pisau, ku talakan ke leher wanita cantik itu.

"KAU PEREMPUAN JAHANAM! KERANA KAU..LAKI AKU ASYIK PUKUL KAMI ANAK-BERANAK.KAU ROSAKKAN RUMAHTANGGA AKU! JAHANAM.  PEREMPUAN JALANG MACAM KAU TAK PATUT HIDUP!!!!! " aku menjerit dan memaki hamun wanita yang juga merupakan kekasih suamiku. 

"KAU NAK SEHIDUP SEMATI DENGAN LAKI AKU KAN? HAHAHHA..NAH KAU PUN PERGI MATI DENGAN JANTAN SIAL TU! " aku terus menghiris leher wanita itu.

 
Wanita itu menggelupur. Aku mendekati wanita itu yang kelihatan nyawanya seakan sukar untuk meninggalkan jasadnya. Aku ketawa tebahak-bahak melihat perempuan itu sedang terseksa mahu mati.

" MATI! MATI! MATI! MATI! " aku ketawa sekuat hati. Aku duduk di sebelah jasad wanita yang sudah berhenti menggelupur.

"air pasang dalam...surut pukul lima...HAHAHHAH....AMIK KAU! AMIK!! " Pisau yang masih di tangaku, aku talakan ke muka wanita itu. Aku kelar-kelar muka wanita itu sepuas-puasnya. Padan muka kau! Kau ingat dengan muka cantik kau..kau boleh goda laki aku. Pergi mati kau perempuan jalang!!!!


"Ya Allah..AYU....!!!!!" Aku terdengar suara yang aku rindu menjerit namaku. Dia jatuh terduduk melihat aku bergelumang penuh dengan darah,

Sekali lagi, tanganku berhenti dari terus menghancurkan wajah wanita kekasih suamiku yang telah kaku terkujur di hadapanku.

"Mama......!!!!!!!!!!!" aku lepaskan pisau. Dengan baju yang dipenuhi darah, airmata yng mengalir deras, aku berlari memeluk ibuku yang aku kasihi.

Dalam dakapan mama, aku rebah; pengsan!

Hari ini, genap setahun,aku menjadi penghuni sel ini.  Mama dan papa yang membawaku ke hospital serta membuat laporan polis. Shiffa,anak bongsukku dan Saiful, anak lelakiku kini berada di bawah penjagaan kedua ibubapaku. Hari ini juga, aku akan menjalani hukuman yang telah dijatuhkan kepadaku.

Mama dan papa, ayu minta maaf. Ayu tahu,ayu bukan anak yang  baik. Ayu engkar kata-kata papa dan mama bila mama dan pa tak restukan kami bekahwin. Ayu  lari dari rumah. Pa..maafkan ayu pa sebab kecewakan harapan pa pada Ayu.

Kedua ibubapaku sangat rindukan ku, lalu mere
ka terus mencari aku. Sejak aku melarikan diri dari rumah untuk berkahwin dengan Izat, lelaki sial yang menporak-perandakan hidup aku, aku tidak pernah pulang berjumpa kedua ibubapa ku.  Sayangnya, pertemuan setelah begitu lama tidak ketemu berlaku dalam keadaan yang melukakan. Papa dan mama menjadi saksi aku menjatuhkan hukuman terhadap kekejaman Izat dan perempuan sial,kekasihnya itu.

Air mata yang mengalir di pipiku, aku seka.

Shiffa, Saiful..maafkan ibu. Maafkan ibu sebab tak dapat lihat kamu berdua membesar. Membesar dan jadilah anak yang baik,anak-anakku. Hari ini hari lahir Shiffa, selamat hari lahir,nak.

Aku tarik nafas sedalam-dalamnya.

"NOR HIDAYU ABDUL MUKMIN, 23487645.  Hari ini, bersamaan 9 March 2009,tepat jam 6.55 pagi , kamu akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati diatas kesalah membunuh. Bersiap sedia lah kamu untuk menjalani hukum yang telah ditetapkan...."  seorang pegawai penjara memanggil namaku dan membacakan hukuman yang dilaksanakan ke atasku sebentar lagi.

Subuh ini terlalu sayu.  Sayu mengiring kematian seorang wanita yang bergelar ibu.

Firman Nya lagi,
"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang
(atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam
PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."  [ Surah Al Mu'minun: Ayat 11]


 
DEMI CINTA
Maaf, ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku,

dan kubawa kau seperti diriku
Walau hati ini terus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi ku lakukan semua demi cinta
Akhirnya juga harus ku relakan kehilangan cinta sejatiku
Segalanya telah ku berikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku terima semua demi cinta
Jujur, aku tak kuasa,
saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi, kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Izinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya
 
 
-TAMAT-

 

(shah alam,8.10 p.m)

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) yes!! cerpen pertamaku yang takde happy ending!!

    eh..ye ke pertama?
  • 2) alamak sekali ada gambar kubur daaa..
    adeh tidur dalam terang lagi la malam ni kus333

    em byk typo..
    pastu kn camne dia leh kene hukuman gantung..
    kan ada kecualian undang2..
    sape hakimnye tu?dah buat rayuan belom?kalau buat rayuan mesti menang..meh sini sy jadi lawyer, FOC lg..
    (apesal haku emo lak ni?)

  • (Penulis)
    3) typo tu takyah kata la...dah tak larat check..masih ada terlepas pandang. nak kena tambh power spec ni! ihihihi...

    ala...undang2, kadang kala tak menyebelah pada kebenaran. jgn emo2 ye nurcahaya..hehhe..it just a story. rekaan semata2. heheh...
  • 4) woww tragis benar ni haha.
    lya memang pandai bermain kata dan perasaan hiks.
    pasal detik-detik akhir banduan akhir ni kan .. huuu
    memang sebak baca.
    tgk tiwi dah.
    baca kat blog dah.
    mesti rasa nak pitam :((
  • 5) akak sekadar memberi komen sebagai moderator,nak dengar,dengarlah.Terlalu banyak kesalahan ejaan menunjukkan sikap terburu-buru.Contoh; uga,amrah,menyelongkah,tangaku,banyak lagilah.Baju yang cantik disertai jahitan yang kemas bukan?
  • 6) tahniah...!!

    pendapat saya... isi cerita yang ingin disampaikan menarik.. cume cerita yang telah disampaikan kurang menarik..salah satu " BODOH! HARAM JADAH! TAK GUNA!! KERANA KAU, AKU BUANG MAK BAPAK AKU! AKU HILANG SEGALANYA KERANA KAU! SIAL!!! haram jadah tu tak kena.. membuangkan mood saya..
    dan satu jek permulaan cerita alya tu rasa nya tak sesuai...:)

    maaf alya klu aniegma silap

    "Ya Allah..AYU....!!!!!" Aku terdengar suara yang aku rindu menjerit namaku. tak paham.. hehehe... mybe ya allah tak perlu..

  • (Penulis)
    7) caha :thx.

    mr_kajiwa : thx sbb memberi perhatian. dh buat pembetulan..tak tau la masih ada yg terlepas pandang. baju dengan jahitan kemas..tapi kak..ada masanya, org suka juga pakai jeans koyak tak berjahit.

    aniegma : thx yus. tu cara lya mengekspresi tekanan perasaan dlm konsep penulisan. cari pembawakan dlm penulisan setiap org berbeza. maaf..kalau rasa hilang mood membaca..tapi utk seorg yg sedang marah diluar kewarasan diri...apa je bleh di luahkan.
    sorry la..i couldn't do anything...sbb lya rasa..perubahan jln cite (typos aspect tolok tepi la kan...coz mmg kena edit pun)..akan mengubah cara pengekspresi (ada ke word ni???)penulis.

    thanks la sume sudi membaca dan mengomen. insyaallah..kritikan yg membina akan diambil dijadikan pengajaran memperbaiki mutu penulisan.
  • 8) Saya suka cerita alya ni, padat, kemas dan tidak mebazir masa pembaca. Corak penceritaan kemas. Saya tiada masalah dengan pilihan perkataan alya kerana ia berjaya menarik pembaca untuk bersimpati dengan watak berkenaan.

    Cuma gambar kubur tu tak berapa sesuai, kalau gambar tu diletakan di permulaaan cerita seperti alya selalu buat, pasti orang akan ingat ini cerita seram. Cuba cari gambar di kawasan perkuburan yang menunjukan suasana sedih, ada seorang anak sedang menyiram air mawar di pusara bondanya.
  • 9) Tapikan kalau ikut fakta, kes ini jatuh kepada "membunuh tanpa niat"(second degree), mungkin cuma lapan tahun dalam penjara je.
  • 10) setuju dengan upenyu.
    kalau dapat dibuktikan yang ni kes membunuh tanpa niat, hukumannya akan jadi ringan (kalau tak silaplah)

  • (Penulis)
    11) tertuduh bleh dijatuhkan hukuman ringan diatas kesalahan membunuh tanpa niat menyebabkan kematian suami beliau atau juga atas alasan cuba mempertahankan diri.walaubagaimanapun tapi...jgn lupa...dia juga membunuh kekasih suami dia yang tidak memberikan ancaman atau melakukan kekasaran pada dia.Pendakwaan bagi pihak wanita itu juga salah satu kebarangkalian yang menjadikan hukuman yg diberikn adalah sesuatu yg berat dan suka dijangkakan.

    Seperkara lagi..bila bercerita tentang hukuman yng dijatuhkan..memang la hakim yang jatuhkn hukuman tapi berdasarkan hujah2 dan bukti yg dikemukakan peguambela dan pendakwaraya. barangkali..bukti yang ada tidak berpihak pada wanita malang ini...

    who know?

    tapi...bila matikan watak utama....nampak cam tragik kan? kehilangan dari mula-mula lagi...sampai kesudahan. letih2...semua demi cinta..akhirnya...semua juga kehilangan. bahagia yg didamba.....tragedik pulak jadinya.

    wallahualam..
  • 12) love is tragic .. kadangkala pedih, kadangkala gembira ...
    good story, love the flow .. ending dia mcm greek tragedy ..
    as a mod, i say, "keep the good writing on ya " ..
  • 13) sy juga penah wat cerita pasal kes bunuh membunuh ni..dan salah hukum... kalo sudi, bacalah "diari derita". ke lya dah baca ek? ehm...

    hoho.. i like tragic ending like this! well done lya..


  • 14) time dia bunuh2 tu..nmpk sgt dia dh sewel..sy syorkan barbiturate utk menenangkan..hehe

    *klo amek overdose dia ble terus koma (sekian dr tukang ubat yg kuat merepek) :p

    pertemuan pertama dgn ibu tu cam xkene..mcm trlalu byk kebetulan.. pastu apehal awek laki dia dtg plak?

    leraikan kekusutan plis! patutnya lya cite sket cmne laki dia ley ade gf len..cmne laki dia ley jd garang cam harimauuuu aummm :)
  • 15) keseluruhannya best!
    tp mmg kesian dia kena hukum gantung.

    rsnye pompuan ni da mcm org sakit jiwa. tu yang leh nyanyi air pasang pagi...
  • 16) jalan cerita menarik..
    mata yg nk tertido bley segar bace cter sedih dan sadis skali ni..
    wanita terlalu agung cintanya....
    teruskan berkarya...
    yg lebih meletup lg..
  • 17) menitik air mata..
    tahniah!
  • 18) sedihnye..nice job lya!!

Cerpen-cerpen lain nukilan putri_alya

Read all stories by putri_alya