Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Demi Cinta

Cerpen sebelumnya:
Pak Eh dan Cik Yam
Cerpen selanjutnya:
hanya janji 2


Daripada Nya kita datang, kepada Nya jua kita kembali.

" Ya Allah ya tuhan ku, tuhan sekalian alam. Aku berlindung di bawah naungan Mu yang maha berkuasa. Yang Maha Mengetahui..Tuhan yang mencipta seluruh pelusuk alam. Ya Allah, ampunilah segala dosaku, khilafku. Lidungilah kedua bubapaku.. anak-anakku. Janganlah Kau hukum mereka diatas kesalahan yang aku lakukan.Ya Allah, hanya kepada Mu aku sembah  memohon pertunjuk dan hidayah Mu .Ya Allah..berilah aku kekuatan untuk berhadapan ujian Mu ya Allah, ya tuhanku.."

Amin.


Aku sujud sekali lagi di atas sejadah. Lama.  Aku redha. Hukuman yang aku bakal aku terima sebentar lagi, aku tetap tawakal dan redha. Aku benar-benar ibarat telur di hujung tanduk. Tapi aku yakin, Allah lebih mengetahui. Kepada Dia , aku letakkan segala harapan dan doaku.

Akhirnya, setelah begitu lama aku menanti,  inilah hukuman yang perlu ku hadapi. Aku  tenang, tidak pernah aku rasa ketenangan sebegini seumur hidupku.

Firman Allah,
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal),
sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."   [Surah An Nisa': ayat 78]


Aku raup wajahku yang masih lagi di dalam telekung . Masih lagi duduk kaku di atas sejadah. Kurang beberapa jam lagi...

Aku tak mahu membuang masa. Aku ingin manfaatkan masa yang ada. Kalam Allah ini menjdi tatapan aku.

Masa? Aku bukan tidak mempunyai banyak masa...aku sudah tiada masa.

Auzubillahi minassyaitannirahjim......

Bismilahhirahmanirahim............


Air mataku mula menitis. Telingaku tergiang-giang suara Shiffa menjerit namaku.

"Ibu......"

"Ibu....tolong Shiffa bu...."

 Laungan dan jeritan tangisan Shiffa buat aku tertekan. Aku tersandar di pintu bilik air. Aku tidak mampu lakukan apa-apa. aku lemah. Saban malam, aku mendengar jeritan Shiffa.  Ya Allah, berikan aku kekuatan. Aku berdoa.

Aku gagahkan juga langkah kaki ku yang lemah menuju ke arah suara jeritan dan tangisan Shiffa di ruang tamu. Lelaki itu, masih lagi di situ. Masih lagi dengan hobi kegemarannya. Aku tidak paham, apa yang dia perolehi dari perbuatan dia selain bekas-bekas di tubuh kami dan juga dendam amarah yang tersemat di hati aku.

Aku tak sanggup lagi melihat Shiffa sedemikian. Aku harus bertindak. Aku tidak mahu anak bongsuku mengalami seksa yang lebih teruk. Aku harus hentikan. Aku nekad!!

"Abang..." Aku jerit sekuat hati.

Lelaki yang masih tegap  berdiri, leka melayangkan tangannya mengikut libasan tali pinggang besi ke badan anak perempuanku. Anak perempuan kami! Anak dari benih adam yang aku nikahi dengan penuh kasih sayang. Hinggakan aku sanggup membelakangi kedua orang tuaku.

Tapi, inikah hadiah yang aku perolehi dari pengorbanan yang aku lakukan demi cinta pada dia? Saban malam aku disepak di terajang. Bukan aku sahaja, anak-anakku juga menjadi mangsanya. Shiffa, masih terlalu kecil dan mentah untuk mengerti apa-apa.

"kau diam..." dia menjerit sambil mendapatkan aku. Ta
ngannya laju mencapai rambutku lalu mengheret aku ke sofa.

"kau memang perempuan malang. Kau buat aku malang!! Sial.."

 
PANG!

PANG! PANG!

Tamparan demi tamparan hinggap di pipiku. Darah merah mula menitis dari hidungku.

Sekali lagi, dia menarik rambut aku, lalu kepala ku di  tunjal  ke bucu meja.  Ya Allah....hanya kepadaMu aku berharap pertolongan. Bantulah aku.

Mataku berpinar lantaran kepalaku yang terhentak di bucu meja.  Aku nampak samar Shiffa cuba berlari mendapatkan aku. Si kecil aku yang berusia 6 tahun.

Aku kaku melihat lelaki tidak guna itu menendang Shiffa hingga terperuk di sudut dinding bersebelahan meja telefon.  Lelaki sial itu cuba mendapatkan tali pinggang.

Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku terlalu lemah.  Tapi aku tetap bangun, cuba menghalang Shiffa dari menjadi mangsa sebatan tali pinggang itu. Tangisan Shiffa semakin kuat.  Akibatnya, aku yang menjadi galang ganti sebatan itu. Lebih teruk, apabila kaki lelaki tak guna yang bernama suami itu singgah di perutku.  Ya Allah...aku rasakan perutku pedih. Tajam menyucuk. Ada darah pekat mengalir dari celahan betis kaki ku.

Anakku! Hanya itu yang mampu jeritkan di dalam hati. Lidahku kelu. Aku tidak mampu bersuara lagi. Antara cuba menghalang Shiffa dari menjadi mangsa pukul seorang ayah yang kej
am dan menyelamatkan nyawa anak yang berada dalam rahimku; aku tersepit di tengah. Aku tidak lagi memperdulikan nyawaku. Yang penting, anak-anakku selamat.

Jantan sial itu menolak aku yang  lemah ke tepi. Libasan tali pinggang dan jeritan Shiffa memenuhi ruang antara kami. Aku genggam penumbuk sekuat mungkin.

Aku mengesot perlahan-lahan menuju ke ruang dapur. Lelaki itu masih lagi dalam barannya memukul Shiffa. Aku cuba berpaut pada kerusi di meja makan, lalu ku kuatkan minda dan tubuhku untuk berdiri. Mendengarkan jeritan Shiffa,bagaikan ada sesuatu yang merasuk badanku. Aku seolah memperolehi satu kekuatan.

Aku bangun menyelongkar laci dapur. Aku perlu segera. Aku menggeledah sekuat-kuat hati. Akhirnya, aku ketawa saat aku temui benda yang aku cari-cari.

Aku berjalan sepantas mungkin menuju ke ruang tamu. Aku lihat Shiffa semakin teruk menangis dan berdarah. Sebelah tangaku memegang perut yang semakin mencucuk-cucuk.

Sial punya jantan! Hari ni, kau mati di tangan aku!!!

Aku kuatkan langkah, aku menuju ke arah lelaki itu.

 "Lelaki sial. Tak guna...!!!!!!!!!!!!" aku menjerit sambil tanganku laju menikam betubi-tubi belakang lelaki  tak guna itu. Darah merambu-rambu memercik ke muka ku.

Dia terkejut, namun tak mampu lakukan apa-apa. Dia terjatuh ke lantai menggelupur. Barangkali malaikat Izrail sedang cuba menariknya nyawanyaa. Aku ketawa. Terbahak-bahak kegembiraan.

Aku terduduk diatas badan lelaki yang pernah ku cintai suatu masa dahulu.


" JANTAN SIAL!!  SIA-SIA SELAMA INI APA YANG AKU LAKUKAN UNTUK KAU! MATI KAU! MATI! MATI! AHAHAHAHAHA......" tanganku masih lagi terus menikam bertubi-tubi jasad lelaki itu biarpun jasad itu telah lama kaku.
 
"BODOH!! TAK GUNA!! KERANA KAU, AKU BUANG MAK BAPAK AKU! AKU HILANG SEGALANYA KERANA KAU! SIAL!!! " aku masih lagi menjerit-jerit bagaikan orang gila sambil menikam jasad itu semahu-mahu hati ku.

"Izat....." aku dengar jeritan seorang wanita di muka pintu.

 Tanganku terhenti. Wanita itu kaku di muka pintu.

Aku berlari mendapatkan wanita itu. Tanganku yang penuh darah hitam pekat itu memegang erat rambutnya manakala tanganku yang erat memegang pisau, ku talakan ke leher wanita cantik itu.

"KAU PEREMPUAN JAHANAM! KERANA KAU..LAKI AKU ASYIK PUKUL KAMI ANAK-BERANAK.KAU ROSAKKAN RUMAHTANGGA AKU! JAHANAM.  PEREMPUAN JALANG MACAM KAU TAK PATUT HIDUP!!!!! " aku menjerit dan memaki hamun wanita yang juga merupakan kekasih suamiku. 

"KAU NAK SEHIDUP SEMATI DENGAN LAKI AKU KAN? HAHAHHA..NAH KAU PUN PERGI MATI DENGAN JANTAN SIAL TU! " aku terus menghiris leher wanita itu.

 
Wanita itu menggelupur. Aku mendekati wanita itu yang kelihatan nyawanya seakan sukar untuk meninggalkan jasadnya. Aku ketawa tebahak-bahak melihat perempuan itu sedang terseksa mahu mati.

" MATI! MATI! MATI! MATI! " aku ketawa sekuat hati. Aku duduk di sebelah jasad wanita yang sudah berhenti menggelupur.

"air pasang dalam...surut pukul lima...HAHAHHAH....AMIK KAU! AMIK!! " Pisau yang masih di tangaku, aku talakan ke muka wanita itu. Aku kelar-kelar muka wanita itu sepuas-puasnya. Padan muka kau! Kau ingat dengan muka cantik kau..kau boleh goda laki aku. Pergi mati kau perempuan jalang!!!!


"Ya Allah..AYU....!!!!!" Aku terdengar suara yang aku rindu menjerit namaku. Dia jatuh terduduk melihat aku bergelumang penuh dengan darah,

Sekali lagi, tanganku berhenti dari terus menghancurkan wajah wanita kekasih suamiku yang telah kaku terkujur di hadapanku.

"Mama......!!!!!!!!!!!" aku lepaskan pisau. Dengan baju yang dipenuhi darah, airmata yng mengalir deras, aku berlari memeluk ibuku yang aku kasihi.

Dalam dakapan mama, aku rebah; pengsan!

Hari ini, genap setahun,aku menjadi penghuni sel ini.  Mama dan papa yang membawaku ke hospital serta membuat laporan polis. Shiffa,anak bongsukku dan Saiful, anak lelakiku kini berada di bawah penjagaan kedua ibubapaku. Hari ini juga, aku akan menjalani hukuman yang telah dijatuhkan kepadaku.

Mama dan papa, ayu minta maaf. Ayu tahu,ayu bukan anak yang  baik. Ayu engkar kata-kata papa dan mama bila mama dan pa tak restukan kami bekahwin. Ayu  lari dari rumah. Pa..maafkan ayu pa sebab kecewakan harapan pa pada Ayu.

Kedua ibubapaku sangat rindukan ku, lalu mere
ka terus mencari aku. Sejak aku melarikan diri dari rumah untuk berkahwin dengan Izat, lelaki sial yang menporak-perandakan hidup aku, aku tidak pernah pulang berjumpa kedua ibubapa ku.  Sayangnya, pertemuan setelah begitu lama tidak ketemu berlaku dalam keadaan yang melukakan. Papa dan mama menjadi saksi aku menjatuhkan hukuman terhadap kekejaman Izat dan perempuan sial,kekasihnya itu.

Air mata yang mengalir di pipiku, aku seka.

Shiffa, Saiful..maafkan ibu. Maafkan ibu sebab tak dapat lihat kamu berdua membesar. Membesar dan jadilah anak yang baik,anak-anakku. Hari ini hari lahir Shiffa, selamat hari lahir,nak.

Aku tarik nafas sedalam-dalamnya.

"NOR HIDAYU ABDUL MUKMIN, 23487645.  Hari ini, bersamaan 9 March 2009,tepat jam 6.55 pagi , kamu akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati diatas kesalah membunuh. Bersiap sedia lah kamu untuk menjalani hukum yang telah ditetapkan...."  seorang pegawai penjara memanggil namaku dan membacakan hukuman yang dilaksanakan ke atasku sebentar lagi.

Subuh ini terlalu sayu.  Sayu mengiring kematian seorang wanita yang bergelar ibu.

Firman Nya lagi,
"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang
(atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam
PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."  [ Surah Al Mu'minun: Ayat 11]


 
DEMI CINTA
Maaf, ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku,

dan kubawa kau seperti diriku
Walau hati ini terus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi ku lakukan semua demi cinta
Akhirnya juga harus ku relakan kehilangan cinta sejatiku
Segalanya telah ku berikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku terima semua demi cinta
Jujur, aku tak kuasa,
saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi, kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Izinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya
 
 
-TAMAT-

 

(shah alam,8.10 p.m)

Cerpen sebelumnya:
Pak Eh dan Cik Yam
Cerpen selanjutnya:
hanya janji 2

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.6
8 Penilai

Info penulis

Putri AlyA

unpredictable...antagonist, emo, psychosis, blurrrr!
putri_alya | Jadikan putri_alya rakan anda | Hantar Mesej kepada putri_alya

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya putri_alya
NUR III | 2331 bacaan
Sunyi | 3535 bacaan
Tetamu Senja | 8533 bacaan
Biar Jiwa | 2877 bacaan
Kepulangan Yang Dinanti | 1953 bacaan
Kopi Cinta Andalusia | 2869 bacaan
3 HATI | 2691 bacaan
Bila Rasaku Rasamu... | 2534 bacaan
Mahkamah Dewata Raja-raja | 3643 bacaan
Aku yang tak mengerti... | 4116 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

18 Komen dalam karya Demi Cinta
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik