Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

hanya janji 2

 

Ini bukan sambungan cerpen hanya janji.Saya cuma edit cerpen ni.Saya cuma edit sikit je.Kawan mama cherry nak cerpen ni.So,nak mintak tolong kamu semua baca dan komen mana yang patut.Thanks!

 

"Sayang,abang janji yang abang tak kan tinggalkan sayang sampai bila - bila."Kata Muiz lalu mencium tangan Ariana."Janji?"Tanya Ariana."Yup.Abang janji."kata Muiz lagi.Ariana tersenyum puas.

Setitik air mata Ariana menitis. 

"Ah!Tak guna kau menangis sekarang"kata hati kecil Ariana.Esakan kecil mula kedengaran.

Ariana mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor Muiz.Tiada yang mengangkat.Begitulah setiap hari.Dia kemudiannya menaip mesej.


  "Abang,kenapa abang senyap je kebelakangan ni?

  baby ada wat salah ke?please,jangan diam macam ni"


Ariana menekan butang send.Seperti biasa,tiada balasan dari Muiz.Ariana menangis lagi.Dia mendail nombor Andrew,rakan baiknya.Dia membetulkan suara yang serak untuk mengelakkan lelaki itu tahu yang dia sedang menangis.

"Hello."Kata Andrew.

"Hello awak."Balas Ariana.

"Awak belum tidur?Kenapa ni?Ada problem?"Tanya Andrew.

Ariana diam untuk seketika.

"Tak.Saya okey."Kata Ariana.Air matanya mengalir lagi.Pantas jarinya mengesat air mata itu.

"Kalau okey kenapa awak nangis?"Tanya Andrew.Ariana terkedu.Sperti biasa,Andrew dapat meneka yang dia sedang menangis.

"Mana ada."Kata Ariana.Dia pura - pura ketawa.

"Ariana Natasya,awak tak perlu berlakon.Saya kenal awak."Balas Andrew.Seketika kemudian esak tangis Ariana kedengaran.

"Hmmm..Let me guess.Pasal Muiz?"Tanya Andrew.

"Ya."Jawab Ariana pendek.

"Kenapa pula kali ni?"Tanya Andrew.Sedikit bosan.Sudah berkali - kali gadis itu menangis kerana jejaka tak sedar diri itu.Sudah berkali - kali juga dia meminta Ariana meninggalkan Muiz.Tetapi gadis itu enggan.

"Dia dah tak call saya lama.Saya call dia langsung tak jawap.Mesej pun tak dibalas."Jawab Ariana.Masih lagi menangis.

"Dah mampus kot."Kata Andrew selamba.

"Awak,tak baik awak cakap camtu."Balas Ariana.

"Habis tu apa yang dia buat kat awak sekarang ni baik la?"Tanya Andrew.Ariana diam.

"Kan saya da cakap?Jangan bazirkan air mata awak sebab lelaki tu.Membazir tahu?"Tegur Andrew.

"Ya.Saya tahu."Balas Ariana.

"Kalau macam tu baguslah.Pergi basuh muka.Lepas tu tidur."Kata Andrew.

"Okey.Bye,nite and thanks."Balas Ariana.

"Nite.Sama – sama dan bye."Kata Andrew lalu mematikan talian.

Ariana termenung.Air matanya mengalir lagi.Seketika dia mengeluh.Ariana kemudiannya tertidur.


Ariana berjalan memasuki kelas 4 Elit.Dia melihat Andrew sedang tersenyum padanya.Ariana membalas senyuman Andrew.

"Mata awak bengkak."Kata Andrew.Ariana hanya tersenyum tawar.

"Ariana!"Fazura menerit memanggil nama Ariana.

"Ya.Ada apa?"Tanya Ariana.

"Ada apa ko kata?Yang ko terhegeh - hegeh kejar pakwe aku tu kenapa?Muiz tu pakwe aku!Hak milik aku!"Kata Fazura.Ariana tersenyum sinis.Dia cuba mempamerkan wajah selamba mungkin sedangkan di hatinya,hanya Allah yang tahu betapa pedihnya dia.

"Oh,really?Ada tulis kat mana - mana ke?"Tanya Ariana.Dia tersenyum sinis.

"Ko ni kan....."Fazura mengangkat tangan ingin menampar Ariana.

"Cukup Fazura!Aku tak kan biarkan ko sentuh Ariana walau seinci pun!"Marah Andrew.Fazura mencemuh lalu berlalu dari situ.Ariana menangis lagi.

"Sudah.Saya tak nak tengok awak menangis.Kalau awak sahabat saya,please jangan menangis lagi."Kata Andrew.Ariana menyeka air matanya lalu tersenyum.Cukup payah baginya untuk mengukir senyumamn itu.Tetapi demi Andrew,dia terpaksa.

"Ini barulah Ariana saya."Kata Andrew lalu tersenyum.


Ariana ternampak kelibat Muiz dengan seorang gadis.

"Fazura!"Hatinya terdetik.Ariana menghampiri Muiz.

"Abang.Kenapa abang buat baby macam ni?Apa salah baby?"Kata Ariana.Air matanya mengalir lagi.

"Hei pompuan!Aku kata jangan ganggu Muiz lagi!Ko tak faham bahasa ke?"Kata Fazura.Muiz hanya diam tanpa kata.

"Abang,please.Kalau abang nak baby tinggalkan abang,please,just say it.Tapi jangan just diam camni."Rayu Ariana.

"Ya.AKu nak ko tinggalkan aku.Puas hati ko?"Tanya Muiz."Jom sayang."Kata Muiz lagi lalu menarik Fazura meninggalkan Ariana seorang diri.Ariana terduduk."Ya Allah."Hanya itu yang mampu diucapkannya.



Andrew berjalan masuk kedalam Pejabat Perkim.Dia menarik nafas lalu masuk kedalam pejabat itu.

“Selamat petang.Boleh saya bantu?”Tanya seorang pegawai.Andrew tersenyum sambik mengangguk.

“Saya nak masuk Islam.”Kata Andrew.Pegawai itu mengangguk sambil membalas senyuman Andrew.

“Ikut saya.”Kata pegawai itu.Andrew mengangguk lalu mengekori langkah pegawai itu.

“Kamu kena isi borang.Ada kamu bawa gambar passport dengan kad pengenalan?Kamu juga perlu bawa 2 orang saksi lelaki beragama Islam.”Kata Pegawai itu.Andrew mengangguk faham.Dia mengambil borang itu lalu duduk di ruangan menulis.Dia mengambil telefon bimbitnya lalu menelefon rakan – rakan nya yang beragama Islam untuk meminta tolong mereka untuk menjadi saksinya.

Setelah semuanya selesai,Adam mengucap syukur.Hatinya berasa tenang dan damai.

“Selepas ini kamu perlu hadiri Kursus Intensif Saudara Kita (Asas) selama 5 hari 4 malam.Selepas itu kamu perlu menghadiri kelas pengajian Fardu Ain yang dianjurkan Unit Pembangunan Insan di pejabat agama Islam daerah yang berhampiran.Akhir sekali kamu perlu buat pindaan butiran pengenalan dalam kad pengenalan kamu di Jabatan Pendaftaran Negara.Sekarang,kamu sudah sah menjadi Umat Islam.Semoga kamu dirahmati oleh-Nya.”Kata pegawai itu.

Adam mengangguk faham.Setelah mengucapkan terima kasih,mereka pun pulang ke rumah masing – masing.




Adam berjalan menuju ke arah Ariana.

"Assalamualaikum"Kata Adam.

Ariana berpaling.

"Andrew?Awak cakap apa tadi?"Tanya Ariana.

"Assalamualaikum."Ulang Adam.Ariana terkedu.

"Hukum menjawab salam adalah wajib."Tegur Adam sambil tersenyum,

"Waalaikummussalam.Tapi bila masa awak masuk Islam?"Tanya Ariana Sedkit bingung.

"Semalam."Jawab Adam.

"Kenapa awak masuk Islam?"Tanya Ariana.

"Saya dah lama tertarik kepada Islam.Saya juga masuk Islam kerana awak"Jawab Adam.

"Me?Why?"Tanya Ariana lagi.

"Saya cintakan awak,Ariana.Dari dulu lagi."Kata Adam.Sekali lagi Ariana terkedu.

"Andrew..err...apa nama Islam awak?"Tanya Ariana.

"Mohd Adam Yusuf.Itu nama kesukaan awak kan?awak pernah cerita nama ini asal daripada gabungan nama 2 Rasul Allah."Kata Adam.Ariana tersenyum.

"Saya nak awak jadi makwe saya.Awak mahu?"Tanya Adam.

"Maaf.Bagi saya masa.Please."Jawab Ariana.Dia kemudiannya berjalan meninggalkan Adam.


Dua tahun selepas itu...

Ariana masih lagi tidak menerima Adam untuk menjadi teman lelakinya.Hari ini hari lahir Adam yang ke 18.Ariana membuat keputusan untuk menerima Adam di party hari jadi lelaki itu.Ariana melangkah ke bilik air untuk mandi dan bersiap - siap ke majlis itu.

Ariana melangkah masuk ke dalam rumah Adam.Tiba - tiba tangannya ditarik seseorang.Dia terkedu apabila melihat Muiz berada dihadapannya.

"Apa yang awak nak?"Tanya Ariana.

"Saya nak awak kembali.Please,terima saya."Pujuk Muiz.Ariana terkejut.

"Tak.Saya tak kan terima awak kembali.."Kata Ariana.
"Please.Saya mintak maaf.Tolong maafkan saya dan terima saya kembali."Pujuk Muiz lagi.

"Selepas apa yang dah awak lakukan?Maaf,saya tak segila itu."Kata Ariana.Muiz diam.

"Lagipun,saya cintakan orang lain."Kata Ariana lagi.

"Siapa?"Tanya Muiz.Ariana berpaling kearah Adam dan memberi isyarat kepada lelaki itu agar menghampirinya.Adam berjalan menuju kearah Ariana dengan perasaan yang berbaur.

"Saya cintakan Adam dan dia juga mencintai saya."Kata Ariana.Adam dan Muiz terkedu.Adam terutamanya.

"Muiz,saya minta maaf.Saya tak dapat terima awak.Saya juga telah maafkan awak atas segala salah awak yang lampau.Semoga awak bahagia.Satu lagi,jika awak jatuh cinta pada seseorang,ingat pesan saya ni,jangan sia – siakan dia.Jangan sesekali perlakukan dia seperti yang awak lakukan pada saya.Jangan sakiti dia seperti mana awak sakiti saya.Fahami pesanan saya nih.Assalamualaikum"kata Ariana lalu berjalan meninggalkan Muiz bersama Adam.Setitis air mata Ariana menitis dipipi.

"kenapa awak nangis?"Tanya Adam.

"Kerana akhirnya saya dapat lupakan lelaki itu.Dan terima kasih."Kata Ariana.Adam tersenyum.

"Saya sayang awak."Kata Adam.

"Saya juga."Balas Ariana sambil tersipu malu.

-TAMAT-

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) nice story cherry..

  • (Penulis)
    2) thanks rain :)
  • 3) ceri mmg berbakat menulis.
    penyusunan plot tu ok dah cuma crita tak byk detail, so sedikit susah paham. tu yg ceri edit tambah baru tu ye? dialog pun ok cantek je.
    simple but comel. ;)
  • 4) terasa diriku ini bila membaca cerita ini....like my true story ceri dear !!! just that guy tak masuk Islam jek..

  • (Penulis)
    5) nurie:thanks. :)
    marea :oh?really?
  • 6) er?

    kenapa tajuk dia janji? mane janji dia? muahahaha

    em.xsuke.:p *alamak! jujur gile guee*

    ceri..kot ye pun nak cite mamat tu msuk islam..jgn celakan sbb seorang gadis.. :)
    dah msuk islam tibe2 ajak kapel..haha dlm islam tade kapel syg~~ ;)

    dr segi pnceritaan..you're improving! nice work! (ni dr segi penulisan k) huhu

  • (Penulis)
    7) hehehehe..syud..heheh..errr...ini tandanya saya xtau nak cakap apa.
    bab penulisan tu,thanks! :)
  • 8) Cerita ni boleh dikatakan terdiri daripada 97% dailog. Cherry balancekan sikit.

  • (Penulis)
    9) pak penyu : maaf.ceri xpandai nak kurangkan dialog.boleh tolong ajar kan?

    anyway,thanks!
  • 10) caranya adalah: dengan mengurangkan dialog

  • (Penulis)
    11) caha : oh.ok2.nanti saya cuba.thanks!
  • 12) so sweet...
    cherry ada bakat la..
    bg sy yg tak tau pape pasal penulisan nie saya ok je..
    best..comel..

    hihi..
    padan muka muiz kan?

  • (Penulis)
    13) babymilo : thanks!
    a'ah. padan muka dia!
  • 14) best3...saya suke...
    awak memang ada bakat untuk menulis..
    selamat maju jaya untuk cheery..
  • 15) mwhaxxxxx.....so lovely lolxxxx
  • 16) cherry pandai tulis cerpen.
    bagus bagus.
    kalau detail sikit lagi mesti lagi best.
    good luck cherry!

Cerpen-cerpen lain nukilan cherry93

Read all stories by cherry93