Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lewat Musim Itu-Episod Akhir

  • 13
  • rain
  • 15 years ago
  • 3,478
  • FREE

 

 

 

 

Kata orang hidup ini penuh dengan kejutan. Perjalanan hidup ini sememangnya terlalu sukar untuk diduga. Empat tahun telah berlalu dan dalam tempoh itu terlalu banyak yang telah Ayu tempuhi. Sememangnya bukan mudah untuk dia meneruskan kelansungan hidup ini. Melupakan sesuatu yang berharga adalah lebih sukar dari cuba mengingati sesuatu yang sememangnya sudah kita lupakan. Tapi waktu telah mengajar dia bahawa cinta itu tidak selalunya indah. Sungguh tak disangka, kini dia telah bergelar pelajar tahun akhir di sebuah universiti terkemuka di Australia.

 

Seandainya dia mampu mengundurkan putaran waktu, sumpah dia tak akan sesekali menjejakkan kaki ke majlis itu. Majlis keraian itu dirasakannya seolah-olah majlis untuk berkabung.  Semenjak Majlis itu berakhir semalam, masa seakan berputar secara sonsang dan kenangan lama mula mengimbau kembali. Tanpa diundang, setiap sejarah yang pernah berlaku semenjak 4 tahun yang lalu kerap datang menjenguk. Kenangan itu terlalu pahit, sehingga Ayu tidak mampu untuk mengusirnya pergi.

 

*****************************************

 

“Akak tengokla si Alia tu, bukan main berseri-seri  lagi, mentang-mentangla nie surprise party untuk tunang dia”.

 

Ayu hanya tersenyum, dia tahu sangat dengan perangai si Ika tu. Walaupun budak nie agak kepoh, tapi elok perangainya. “Kalau nak berseri-seri macam tu, Ika ajaklah si Jefri tu bertunang jugak”.

 

“Ish Akak nie, kita nak dapat degree dululah barulah nak kawin. Tapi kak, budak- budak nie cakap, tunang si Alia tu punyalah handsome sampai kalah artis-artis tau”.

 

“Macam mana awak tahu? Awak dah tengok ke tunang dia?”

 

“Lah kak, masa cuti summer hari tu kan si Nia, Maz, Nisa semua balik Malaysia. Diorang sempatlah attend majlis si Alia tu. Diorang cakap memang macho habislah abang tu”.

 

“Siapa nama tunang dia Ika”?

 

“Abang Reeza. Doktor lagi tau.”

 

“Reeza…Nama penuh dia Ika”?       

 

“Ika tak tau la kak. Eh kak, ada orang ketuk pintulah, mesti tunang si Alia dah sampai”.  

 

Semua tetamu tertumpu kearah pintu itu. Alia sudah bersiap- siap dengan kek hari jadi yang dibuat khas untuk tunangnya. Lampu dipadamkan untuk menimbulkan suasana surprise. Bilik itu hanya diterangi dengan cahaya lilin yang diletak di atas kek. Entah mengapa Ayu turut bersama merasakan debarannya. Padahal dia sudah lali dengan surprise party sebegini. Seolah-olah party ini juga menyediakan sebuah kejutan buatnya.

 

Surpriseeeeeeeeeeeeeee…..jeritan bergema sebaik sahaja pintu dibuka. Namun Ayu tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki itu. Wajahnya hanya diterangi dengan cahaya lilin. Kebetulan kedudukan Ayu agak jauh dari situ. Lagu selamat ulangtahun yang mereka nyanyikan dirasakan terlalu panjang. Penantian yang menyeksakan itu akhirnya sampai ke noktahnya.  Sebaik sahaja lilin sebanyak 27 batang itu ditiup, lampu kembali dinyalakan. Ayu sedar, hampir semua wanita yang ada di situ terpukau dengan wajah itu. Ayu juga merasakan perkara yang sama. Cuma bezanya, ini bukan kali pertama dia terpikat dengan wajah tampan itu. Wajah itu sudah lama menjadi teman karib fikirannya. Dan dia akui, lekuk di dagu lelaki itu masih sama seperti dulu. Lekuk di dagu itulah yang yang menyebabkan tidurnya tak pernah lena. Reeza, perlukah kita bertemu lagi?

*****************************************


Ayu Karmila masih cantik seperti dulu. Matanya sentiasa redup dan menenangkan hati. Tapi kenapa Ayu berpura-pura tidak mengenalinya. Barangkali Ayu terlalu bencikannya, ataupun Ayu sudahpun melontarkannya jauh dari sudut hatinya. Sememangnya wajar kalau Ayu bencikannya. Dari dulu lagi dia yang bersalah dalam hal ini. Tapi sumpah, tak pernah walau sehari pun dia berhenti mencari Ayu. Dia benar- benar seperti orang penasaran. Seluruh bandar Kuala Lumpur dijajahnya. Setiap saat dia berharap dan berdoa agar diketemukannya dengan Ayu. Dia rela merayu, dia rela melutut asalkan Ayu sudi menerimanya semula. Akan disuntingnya Ayu sebagai isteri yang sah dan bayi yang dikandung itu akan dijaga dan dididik sebaik mungkin. Harapannya hanya satu, ingin membentuk keluarga yang sakinah bersama Ayu. Namun, takdir tidak semestinya seiring dengan impian. Pencariannya hanyalah sia–sia dan kini dia bertemu semula dengan bidadarinya. Tidak disangka yang mereka akan bertemu di benua ini. Pertemuan semalam rasanya lebih tersayat berbanding mana-mana program jejak kasih. Mereka hanya mampu membisu dan berbicara melalui pandangan mata. Tapi ada suatu perkara lagi yang mengelirukan Reeza. Siapakah gerangan anak kecil dipangkuan Ayu semalam? Wajah polos itu saling tak tumpah dengan rupanya sewaktu kecil. Paling ketara, anak itu juga mempunyai lekuk di dagu, sama sepertinya. Hatinya cuba menganggap itu hanya sebagai satu kebetulan, namun akal warasnya berat menafikan. Hanya satu saja caranya, dia mesti bersemuka dengan Ayu

 

Tahukah kamu Ayu, rindu yang digalas ini sungguh membebankan?

 

******************************************

Rasanya sudah hampir sepuluh minit pertemuan itu hanya diiringi kebisuan. Bukannya Reeza tidak mahu memulakan bicara, namun dia masih belum puas menatap wajah yang selama ini sering merampas ketenangannya.

 

“Kenapa awak nak jumpa saya Reez? Ayu rasa tak elok kalau ada orang nampak kita berdua”.

 

“Awak dah banyak berubah Ayu”.

 

“Kalau Alia tahu, dia akan salah sangka Reez”

 

“Ayu makin cantik, puas Reez cari  Ayu, merata tempat Reez cari”.

 

“Saya rasa kita tak patut berjumpa Reez. Saya balik dulu. Assalamualaikum”. Ayu tahu kalau dibiarkan berlarutan, keaadan akan menjadi bertambah sukar buatnya.

 

“Reez masih cintakan  Ayu. Tak pernah walau sehari pun Reez lupakan  Ayu”.

 

Ayu tersentak, haruskah dia menangis saat ini, kerana Reeza sudahpun dimiliki gadis lain? Ataupun perlukah dia bersorak kegembiraan, lantaran cinta lelaki itu masih menjadi miliknya.

 

“Reez, pertemuan kita ini bukan saja sudah terlambat, malah satu dosa!!” Ayu biarkan sahaja air matanya mengalir. Sudah lama dia menahan tangis, biarlah semuanya lepas hari ini.

 

“Kenapa Ayu, kerana Reez  dah bertunang? Ayu, percayalah sayang yang Reez tak pernah cintakan Alia. Ummi yang paksa Reez, sebab dia tak mahu Reez berterusan kenangkan Ayu. Lagi satu , siapa budak kecil yang bersama Ayu hari tu? Dia anak kita kan”?

 

“Ya, memang dia anak kita. Jadi kenapa? Reez nak rampas dia dari Ayu”?

 

“Reez tak sekejam itu sayang. Tapi Ayu ke mana selama ini? Macam mana Ayu boleh sambung belajar dalam keadaan begini”?

 

“Anggap sajalah Allah masih sayangkan Ayu. Dia telah menemukan Ayu dengan Ibu Zulaikha. Dialah yang telah menyelamatkan hidup Ayu. Ayu dapat belajar disini pun di atas kemurahan hati Ibu”.

 

“Siapa nama anak kita sayang”?

 

“Ameer Reeza”.

 

Barangkali Reeza terlalu emosi ketika itu, hatinya bagaikan disiat. Ayu menamakan anaknya bersempena namanya. Itu jelas membuktikan betapa Ayu tidak pernah melupakan dirinya. Ayu masih sayangkannya.

 

“Kita jumpa Ummi sayang. Kita berterus terang dengan Ummi dan keluarga Ayu. Kita  minta ampun pada mereka. Reez sanggup lakukan apa saja asalkan kita tak terpisah lagi”.

 

“Dah terlambat Reez, tolonglah lupakan semua yang telah berlaku antara kita”.

 

“Kalau pasal Alia, sayang jangan risau.Reez akan cuba buat dia faham. Lagipun dari dulu lagi cinta Reez tak pernah menjadi milik Alia”.

 

“Ayu nie isteri orang Reez. Ayu bukan Ayu yang dulu lagi. 3 tahun lepas, selepas melahirkan Ameer, Ayu berkahwin dengan abang Uzair. Dia anak ibu Zulaikha. Abang Uzair terlalu baik dan dia menerima Ayu seadanya”.

 

“Ayu tipukan, Ayu sengaja nak cipta alasan”.

 

“Demi Allah Reez. Keluarga Ayu dah lama tahu tentang apa yang pernah berlaku antara kita. Mereka sudah memaafkan Ayu dan Reez. Sudahlah Reez, anggaplah kita hanya ditakdirkan untuk bercinta, tapi bukan untuk bersama”.

 

“Sampai hati Ayu. Setiap saat Reez hidup dalam kekesalan. Bimbang tentang keadaan Ayu. Macam mana Reez nak hadapi semua ini sayang? Reez terlalu cintakan Ayu”. Sangat-sangat kasihkan Ayu”.

 

“Cinta tak semestinya memiliki Reez. Lupakan semua kenangan lalu. Anggaplah musim percintaan kita sudah lama berlalu dan tak mungkin berulang lagi. Selamat tinggal Reez”. Maafkan Ayu sayang, takdir tidak mengizinkan kita bersama.

 

Buat kali kedua, air matanya luruh kerana gadis itu. Melihat bayang gadis itu yang semakin mengecil, seperti melihat impiannya yang punah. Sungguh dia tidak pasti, masihkan dia mampu menyintai gadis lain, seperti dia menyintai gadis itu. Dan harus dia akui, sememangnya hidup ini penuh dengan kejutan.

 

Tamat….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Ciri-ciri filem Bollywood sentiasa diguna pakai oleh penulis-penulis baru, iaitu hero mesti cantik , Macho dan blablabla. Heroin pula mesti cun, ayu jelita, bersopan santun, putih melepak dan blablabla.

  • (Penulis)
    2) nama lg hero and heroin abg upenyu....hehehehe..thanks for da comment
  • 3) em betul333
    cinta tak semestinya memiliki!

    cian....

    sob sob sob

  • (Penulis)
    4) ala..janganla sedey2 nurcahaya
  • 5) ish,kenapa akak terasa sedih ni..bagus Rain.
  • 6) adedededeh...
  • 7) wah...
    menarik..
    cinta xsemestinya bersatu,
    lbh2 lg cinta pertama..

  • (Penulis)
    8) thanks for da comment
  • 9) wuwuwuuuuuu sedihnyerrrrrrr!!!!! best la ending nih cik rain.. bisa menimbulkan rasa sedih dalam jiwa raga ku. padan muka reeza tu.. hah amikkkk!! (eh emo pulak )

  • (Penulis)
    10) AHAHAH..KLAKAR LA CIK NIA..EMO PLAK...THANKS FOR READING
  • 11) oh~~~ saya masih belum baca yang awal2 tu.. tak peh, nanti saya datang balik komen =p
  • 12) aik? dh kawen pun masih reeza dlm hati?

    huhu..time won't healed d pain ek? huhu

  • (Penulis)
    13) dayya=sila2
    syud=biasalah syud,first cut is the deepest..

Cerpen-cerpen lain nukilan rain

Read all stories by rain