Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Garisan

Cerpen sebelumnya:
Wuk Ma Nai
Cerpen selanjutnya:
Hadiah dari Syurga III

 

Terbias cahaya lampu-lampu jalan ke semua arah.Waktu dan suasana kira-kira lewat tengah malam dengan kedinginan suhu mencecah dua puluh tujuh darjah celcius. Cetusnya kepulan-kepulan asap di suatu ceruk kawasan, bunyi-bunyi bising suara sekumpulan manusia.

Dalam kebingungan yang berpanjangan, “Jet….malam ni macam mana,ada ketar tak dengan aku?”
“Ris apa hal lak aku yang nak kena race dengan kau, kering aku….dah berapa riban aku habis dengan kau kelmarin!” Faris menjeling ke sisi kereta kepunyaan seseorang yang dikenali sebagai Jet.
“Amboi,marah cik adik kita ni. Aku tanya tak boleh, Jet kau tau tak Ekin pergi mana?” Tangan Faris mulai meramas-ramas bahu Jet maklumlah gadis idamannya lak tu.
“Berapa banyak perempuan kau nak aku jaga untuk kau sehari, Nisah tu lak kau nak campak kat mana?” Jet berjalan setapak, meringankan tulang bahunya, terasa sakit dengan ramasan si Faris.
“Kau jangan banyak tanya, aku punya hal nak keluar dengan siapa pun, papa jahat o.k!”
“Ya,aku faham, dia keluar dengan budak racer baru kat litar yang selalu kita pergi main.”

Berderau darah Faris mendengar Ekin keluar bersama jantan lain. Kelihatan mukanya merah padam.

“Apa! Kenapa kau tak beritahu aku awal daripada tadi!” Jet mulai pelik dengan reaksi Faris.
“Ris,manalah aku tahu yang kau minat sesangat dengan minah tu…” Sindiran yang ternyata jelas keluar dari mulut Jet.
“Sudahlah jom balik, malaslah aku nak layan race diorang malam ni, hilang mood aku.” Keputusan Faris mengakhiri tugas malam itu.

Lambaian siang kembali keesokkan harinya.
“Ris bangun,dah siang dah ni….”
“Mama janganlah masuk bilik Ris macam ni,Ris dah bujang Mama….” Faris masih lagi menggeliat di atas katil.
“Apalah kaitan Mama dengan bujang Ris tu, dah cepat mandi lepas tu breakfast. Jangan lupa pergi office, nanti Papa marah lagi teruk.”
“O.k!”

Dua puluh minit sudah pun berlalu,Faris mulai turun dari kamarnya. “Wah segak anak Mama, Ris nak pergi dating ke office ni?” Kelu lidah Faris menjawab pertanyaan Mama.
Mama ni selalu buat Ris serba salah, yelah Ris pergi office.” Faris memasamkan muka.
“Apalah pulak masam-masam ni, Papa nak jumpa Ris saja. Please do it for Mama?” Kesunyian bermaharaja seketika. Faris mengiakan segala kemahuan Mama.
“Yes,I will do it for you.”

Keretanya sudah pun berada dalam perjalanan ke office Papa di Damansara.

Hello,siapa tu?” Faris mencapai handphone.
“Wei,ini aku Ishfak. Jumpa aku tengah hari ini boleh?”
“Boleh,kenapa?”
“Aku ada hal nak cerita dekat aku ni, pasal budak racer baru tu lah. Jumpa dekat restoran biasa. Bye.”

Panggilan telefon diputuskan sekata dengan perjalanan ker
eta Faris, sudah tiba di pekarangan pejabat.

“Selamat pagi, Tuan.” Faris berjalan selamba tanpa menghiraukan salam pekerja-pekerja di sekitar situ.

“Tuk..tuk..”
“Masuk…”
“Assalamualaikum, kenapa lambat Ris?” Papa menjeling mati ke aras Ris.
“Tidur lewat.”
“Itulah yang Papa tak faham dengan Ris, ambil tak kisah dengan perkara sekeliling, sibuk dengan perihal kereta….”

Bibir Ris terketip rapat bagai distapler. Tidak berani membantah kata-kata Papa. Walaupun kata hatinya ingin sahaja dilempar kerusi tempat duduknya ke tingkap luar, geram.

“Sudah, Papa dah penat nak layan kamu. Pergi balik. Tak ada maknanya kamu duduk terperap dekat sini.” Faris melangkah keluar, masa pun masih awal lagi. Dia baru sahaja ingin bergerak,tetapi bajunya ditarik seseorang dari arah belakang.

“Ris nak pergi mana tu?” Meremang bulu roma Faris melihat Lisa dihadapannya sekarang. Lisa;perangai gedik memang sudah tertanam dalam dirinya sebagai setiausaha di syarikat itu.

“Ada apa, Ris nak pergi sekarang.”
“Janganlah pergi, Lisa buatkan kopi special untuk Ris nak?” Lisa merayu, tangannya masih belum melepaskan baju Faris. Tidak mahu lelaki idamannya meninggalkannya ketika itu.

“Ris kata sudah-sudahlah! Rimaslah dengan Lisa macam ni.Pergi dululah.” Marah sungguh Faris ditambah lagi dengan perangai gedik si Lisa. Faris meninggalkan pejabat dengan perasaan marah yang tidak berkesudahan.

“Hello, Jet. Jumpa aku sekarang kat restoran biasa.”
“Kenapa kau ni, semacam je? Yelah bagi aku sepuluh minit. Bye..”

Segalanya bermula di sini, kemarahan yang bakal dilepaskan.
“Sampai pun,aku ingat dah kiok kat tengah jalan.”
“Janganlah nak marah-marah, kau ingat aku ni tong ke apa.” Jet merenung panjang ke arah Faris, hairan juga dia lihat tingkah laku sahabatnya hari ini.
“Aku tengah bengang dengan Papa aku, isyh….” Buku lima Faris mengenggam erat kanan dan kiri.
“Sabar Ris, jangan pulak kau tiba-tiba buat kecoh dekat sini.” Risau sungguh Jet, mana tidaknya kalau dilempar gelasnya ke arah pelanggan lain tak ke aniaya namanya tu. Faris masih lagi mengambil angin kesabarannya itu. Masa berjalan begitu pantas tanpa penat.

“Awal sampai Ris?” Tercongol Ishfak dihadapan mereka. “Ishfak? Aap hal kau buat dekat kawasan ni,nahas kau kalau jumpa geng Raja tu nanti.” Jet masih dalam enigma.
“Aku dah lama settle dengan geng diaorang tu. Jangan risau sekrang ni aku bersih. Cakap pasal budak racer baru yang aku nak cerita dengan kau, sepupu-sepapat diaorang nak buat deal dengan kau.” Jari jemari Faris masih bermain-main di bibir cawan.
“Aku harap kau jangan marah, deal diaorang;seratus riban dengan perempuan.”

Jet mencelah. “Ris kau tolak Ris, ini lumba haram buat apa, menyusahkan lagi adalah. Fikirkan dulu Ris.”
“Jet, aku belum habis cerita lagi,perempuan yang diaorang nak deal tu namanya Ekin.” Kemarahan Faris terpeluwap, gelisah mendengar nama Ekin.

“Kau pasti? Siapa lagi terlibat? Nisah kau tahu dia kat mana sekarang?” Pelbagai soalan terbongkar difikiran Faris.
“Itu aku tak tahu,lagi pun diaorang tu kumpulan baru. Tentang Nisah tu,dia baru berangkat ke luar negara semalam.” Ishfak menjelaskan segala perihal yang diketahuinya.

“Luar negara? Bila nak start race ni?”
“Malam ni.”

Jet sekali lagi mencelah.
“Ishfak,apa ni kau nak bawak Ris lumba haram pulak.”
“Jet,kau jangan masuk campur boleh.” Ishfak memberang. “Aku pergi dululah,dah lambat ni. Jumpa malam ni kat litar biasa dulu.” Faris menggetarkan kakinya. Ishfak sudah pun pergi dari tadi. Jet pula mendiamkan diri kerana dia merasakan bukan masa yang sesuai untuk dia berbicara apa-apa.

Malam berganti sudah. “Ris kau dah fakir masak-masak, jangan humban ke lokap sudahlah.” Bimbang hati Jet mendengar kes lumba haram sebegini.
“Kau faham tak, Ekin jadi taruhan. Kalau orang lain menang habislah.”
“Masalahnya sekarang, kenapa kau tak jumpa Ekin lepas tu bawak dia lari.”
“Jangan fikir drastik boleh tak.Tu Ishfak dah panggil, jom.”

Riuh rendah kawasan itu dengan deruman kereta-kereta supercar.

“Oh,ini dia orangnya. Aku Rafran." Faris langsung tidak ambil tahu dengan pengenalan orang itu. Fikirannya melayang kepada Ekin yang duduk bersebelahan dengan Rafran. Mesra sungguh perlakuannya.Semakin mesra semakin menyakitkan hati.

“Aku nak kenalkan,ops lupa kau kenal bukan Ekin.Dialah taruhan…..” Belum sempat menghabiskan kata.Faris sudah membuka langkah. Kali ini bukan riuh rendah biasa teapi kebisingan terhasil daripada pergaduhan. Sempat juga Jet membawa Ekin masuk ke dalam kereta.

“Ekin kau duduk diam-diam jom blah dari sini.”
“Ris macam mana?”
“Dia tahulah jaga diri, budak-budak dia pun ada tu, jangan risau.” Jet sudah jauh meninggalkan kawasan litar bersama Ekin.

Kedengaran handphone Jet berdering. “Wei ni aku,datang kat Balai Polis Dang Wangi. Mama aku dah bail aku tadi. Cuma kereta aku kena sita sekejap.”
“Ya,aku datang ni.”

Kemeriahan malam itu masih belum lagi tamat. “Ris lebam mata kau,boleh tahan lagi tak ni?” “Aku o.k.jangan risau.” Baru sahaja pintu kereta Jet dibuka, jeritan kuat dari seberang jalan memukau mata Faris.

“Oi,aku tahu kau selamat hari ini. Jangan risau selagi aku tak mampus kau tak perlu risau untuk aku bagi kau mati, faham!” Faris mengendahkan pekikan tersebut.

“Siapa tu?” Ekin bersuara.
“Rafran.kekasih buah hati awak bukan?” Faris menyindir, tangannya masih lagi meraba lebam-lebam yang tertempa diwajah dan lengannya.

“Itu akan saya ceritakan,perkara ini bukan seperti yang awak fikirkan.” Jet masih menumpukan perhatian ke arah jalan raya.
“That’s right,now is the time you perlu jelaskan semua ni.” Perjalanan mereka bermula sudah,setitik menjadi garisan, memunggah segala perikatan yang berlaku dalam dunia perlumbaan, mengungkai sandiwara cinta, pengorbanan persahabatan dan sekian…………

 

 


Cerpen sebelumnya:
Wuk Ma Nai
Cerpen selanjutnya:
Hadiah dari Syurga III

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
2.6
5 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
RAFRAN | Jadikan RAFRAN rakan anda | Hantar Mesej kepada RAFRAN

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

8 Komen dalam karya Garisan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik