Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Hadiah dari Syurga III

Cerpen sebelumnya:
Garisan
Cerpen selanjutnya:
TIPe' perempuan gilak!!!

Beberapa hari selepas pertemuan itu. Aku datang ke hospital seperti selalu.

“Macam mana? Seronok tak tengok gambar kami?” Aku tanya Nohara. Penuh gambar ber’dating’ hari tu di atas katilnya. Leka dia melihatnya sambil sekali sekala tersenyum-senyum sendiri.

“Erk…gambar ni…” Dia tunjuk sekeping gambar kepadaku. Gambar muka aku masa bergaduh dengan Nahara. Bergaduh pasal mamat tuh suka-suka hati ambil gambar aku!

“Aku nampak hodoh kan..” Huh..hilang semangat aku! Baru nak buat muka comel depan Nohara.

“Maafkan aku..”Aku tunduk serba salah. Mesti dia kecewa dengan gambar tu. Apalah si Nahara ni! Gambar aku macam tu pun nak bagi Nohara tengok!

“Aku yang patut minta maaf. Tak sangka kau dengan Nahara akan bergaduh,” Eh, eh mamat ni, dia pulak yang serba salah. Kau ni memang baik lah Nohara. Aku suka!

Aku hanya tersenyum. Aku ambil sekeping gambar dari atas katilnya.

“Eii…geramnya! Tengoklah gambar ni semua. Dia selalu ambil gambar buruk-buruk. Tak pun tekan butang yang salah. Masa aku senyum comel-comel, jadi kabur pulak!” Aku membebel, geram. Memang mamat tu tak reti tangkap gambar lansung!

“Tapikan kelakar jugak. Banyak gambar tak menjadi. Bila aku dengan Nahara tengok balik, kami pun tergelak,” Aku tersengih sendiri. Lepas jer gambar ni semua siap dicuci, tak habis-habis aku dan Nahara bergaduh pasal banyak gambar yang tak menjadi. Aku salahkan dia pasal tak reti ambil gambar, dan dia salahkan aku pasal muka aku memang hodoh, sebab tu gambar banyak tak lawa. Adaker patut dia kata macam tu kat aku? Eii..memang tak patut! Masing-masing taknak mengaku salah. Rasa kelakar pun ada.

“Kau seronok?” Nohara tanya aku tiba-tiba. Aku perasan ada perubahan pada wajahnya bila melihat aku bercerita hal aku dan Nahara.
“Hmm…?” Kau jeles ke Nohara? Aku ketap bibir. Serba salah.

“Aku nak merasa keluar berdating dengan Amira…” Kata-kata Nohara tempoh hari bermain-main di kepalaku. Makin rasa bersalah aku. Aku tak mahu sekali pun melukai hatinya.

“Biasa-biasa saja. Kalau pergi dengan kau mesti lebih seronok,” Aku cuba sebaik mungkin untuk jaga setiap kata yang keluar dari mulutku itu. Cuba jaga perasaannya. Aku tak mahu dia bersedih. Walaupun ada semacam satu perasaan hiba bila aku menuturkan kata-kataku. Yer, aku tahu aku sedang tipu Nohara, dan aku sedang tipu diri aku sendiri. Tapi aku terpaksa!

“Nahara tu membosankanlah, lepas tu selalu buat masalah!!” Yang ni aku tak tipu,ok! Memang betulkan raksasa tu selalu cari salah aku, sampailah masa dia cakap perkataan ‘Terima Kasih’.

“Kau tu yang selalu timbulkan masalah, bukan aku!” Tiba-tiba Nahara muncul entah dari mana. Mampus aku! Macam mana boleh tak perasan dia masuk, habislah..

“Tepi sikitlah!!” Pukk!! Aku dah kena tolak.

“ Err…” Hampehnya Nahara! Nasib baik aku tak tertiarap.

“Nahara…” Nohara tegur. Yeay!! Padan muka! Wekk! Aku jelir lidah, puas hati.

“Hodohnya muka kau! Lebih hodoh dari biasa,” Selumber dia kutuk aku sambil ambil sekeping gambar yang ada atas katil.

“Ni pun lagi hodoh!” Dia dah mula cari pasal dengan aku.

“Kau kutuk aku, ek?!” Bongok betul budak ni.

“Apa?” Dia tenung aku.

“Ah…” Apa pasal tiba-tiba lidah jadi kelu pulak ni.

“Tak ada pa-apa,” Aku terus tak jadi nak serang. Kenapa yer aku gemuruh bila berdepan dengan Nahara?

“Okay,” Dengan muka selumber dia. Seperti biasa, cool. Lansung tak mengelabah macam aku.

“Macam manalah kau boleh suka kat Amira ni, Nohara?” Hah? Terlopong mulut aku.

“Apa kau merepek ni??” Aku marah Nahara. Muka aku dah mula merah padam. Nahara ni benda macam ni pun boleh tanya depan aku.

“Nohara tak pernah cakap suka kat aku pun!” Aku cuba bela diri. Aku pandang wajah Nohara.

“Dia kan comel,” Nohara jawab. Hah? Tak berkelip-kelip mata aku.

“Eh?!” Nohara ni sakit ke atau aku yang sakit ni.

“Betul tak Nahara?” Nohara tanya Nahara. Mintak pengakuan tentang apa yang dia cakap tadi adalah betul. Cakap yang aku ni memang comel! Aku pandang Nahara. Aku tenung mata sepetnya. Aku tenung dalam-dalam, biar tembus, supaya aku sendiri boleh baca apa yang ada dalam hatinya. Tentang perasaannya. Tentang aku. Tentang perasaannya pada aku! Dan mata kami pun bertentang, lantas bertaut..

“Hmm…” Dup-Dap-Dup-Dap-Dup-Dap. Jantung aku tak henti berdetak. Risau dengan apa yang bakal keluar dari mulutnya.

“Comel ke hapa macam ni! Haha! Tengok dari sudut mana pun, tetap nampak hodoh!” Fuhh…aku tarik nafas lega. Terkejut aku. Tak sangka mereka berdua bersembang mengenai perkara-perkara begini. 

“Korang berdua ni selalu bergaduh!” Nohara tergelak-gelak. Geli hati melihat reaksi Nahara, barangkali. “Tapi korang berdua sebenarnya rapat, kan?” ucap Nohara lagi.

“Mana mungkin boleh rapat. Dia ni merimaskan!!” Spontan Nahara balas. Aku terdiam tak bersuara. Rasa sedih tiba-tiba. Tapi mengapa pulak aku nak sedih..? Peliknya….Aku pandang dia.

“Apa tengok-tengok? Hah? Si Hodoh!” Grrr…Bok! Terus masuk dalam hati. Makan dalam betul! Aku tenung wajahnya. Cuba mencari kebenaran dalam setiap hinaannya itu. Adakah kerana aku berharap dia akan menyatakan sesuatu yang berbeza? Perkara yang sebaliknya yang boleh membuatkan hati aku kembali gembira?

“Hei! Mulut tu jaga sikit boleh tak?!” Aku pulas telinganya. Pura-pura marah.

“Sedap je mengutuk orang, heh!” Makin kuat aku pulas. Geram. Biar puas hati aku. Biar sampai hilang rasa kecewa tadi.

“Adoi-adoi! Dahlah hodoh, ganas pulak tu!” Terjerit-jerit Nahara. Padan muka kau! Kutuk lah aku lagi.

“Hahaha…aduh-aduh, sakit perut aku tengok korang ni,” Nohara dari tadi terkekek-kekek melihat gelagat aku dan raksasa yang hodoh ni. Dan makin galaklah aku piat telinga si Nahara. Biar ketawa Nohara makin lebar. Haha!

                                               *****
Bersambung……

Cerpen sebelumnya:
Garisan
Cerpen selanjutnya:
TIPe' perempuan gilak!!!

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
2 Penilai

Info penulis
.kArYa OtAKkU.  
rObOt | Jadikan rObOt rakan anda | Hantar Mesej kepada rObOt

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya rObOt
Senyum | 2166 bacaan
Bangku Kayu | 3959 bacaan
Hadiah dari Syurga II | 2334 bacaan
Hadiah dari Syurga | 5181 bacaan
KISAH IBUKU | 5180 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

8 Komen dalam karya Hadiah dari Syurga III
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik