Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kemaafan Dendam Yang Terindah

 

Andai dapat

Ku undurkan putaran dunia

Inginku ubah semula kata-kata

Dan tingkahlaku yang salah

Agar kita dapat seiring

Di mercu asmara

 

Tak ingin lagi

Dan tak mahu lagi berpisah

Bukan dengan kerelaan hati

Penyesalan yang tiada kesudahan

Ku tersepit dalam jerat sendiri

 

Bertahun telah berlalu,masih segar dalam ingatan dan takkan pernah luput dari hati ini.Masih aku ingat bait-bait lagu itu,dan masih terngiang-ngiang telingaku kata-kata maaf itu.Dan kerana terlalu sakitnya sebuah kenyataan itulah aku rebah menyembah bumi petang itu mendengar satu hakikat yang tak mampu aku gambarkan.

“Tulah pengantin lelakinya”tunjuk Mak Long padaku.Saat mata menyorot jari yang menuding kepada seseorang,saat itu bagai derasnya air yang mengalir sederas itulah darah yang mengalir ditubuhku ini menyerbu dari kaki ke kepala,dan gelap.

Lewat maghrib baru aku tersedar,tatkala itu pipi ini masih basah,kepala begitu berat untuk aku angkat,tubuh terasa sejuk dan menggigil.Lantas terus aku bangun menuju ke bilik air untuk mandi,saat melewati pintu dapur itu mataku berselisih dengan mata itu.Mata yang begitu sebati dalam rencah hatiku dulu kini aku lepaskan sebuah pandangan kosong,seperti kosongnya fikiran dan hatiku.Bukan ajalku disitu,saat melangkah ke bilik mandi yang licin ditambah diriku yang tidak stabil hampir-hampir membuat kepalaku terhempas ke lantai batu yang keras.Sejuknya air yang mengalir ditubuhku masih tak mampu untuk menghilangkan panasnya airmata yang mengalir laju dipipiku saat ini.Ku capai telekung putih bersulam benang warna emas itu ke kepalaku,aku perlu sujud sebelum berakhirnya waktu. “Ya Allah,andai ini yang Engkau  ciptakan untuk hambaMu,aku redha”Amin.

Riuh rendah malam itu seakan mati dipandanganku,aku yang berfantasi atau kenyataan memang begitu tidak aku ambil peduli.Aku duduk di kerusi membuang pandangan pada mata-mata yang dari tadi memerhatikan aku.Apa yang sedang mereka perkatakan dan bualkan tak perlu aku pedulikan.Aku senang begini melangu seorang diri dari melilau tiada arah.Lagu-lagu yang berkumandang dari kumpulan karaoke di luar rumah sesekali mencuri perhatianku.

Cukup terkesan di telingaku saat mendengar alunan lagu itu hingga terpanggil untuk aku menoleh pada empunya suara itu.Sekali lagi mata itu,yang cukup aku kenali sayu memandang diriku.Apa yang cuba kau sampaikan padaku,berterus teranglah untuk yang terakhir kali ini.Perlu ada perhitungan antara kau dan aku,lalu aku keluar dan menyanyikan sebuah lagu buatnya,

 

Hati membeku mengingatkan

Kata janji manismu... oh...

Ku dilambung angan-angan

Belaian kasih sayang suci darimu

Oh kejamnya

Lidah tidak bertulang

Ucapan cinta menghiris kalbu

Ku kan pergi membawa diri

Cinta di hati terkubur lagi

 

Tidak ku fahami

Mengapa terjadi

Peristiwa pahit mengguris hati

Jalanan hidup ini

Sudah tertulis

Kutempuhi dengan kesabaran

Kusedar kebesaranMu Tuhan...

 

            “Maafkan abang sebab terpaksa membuat keputusan seperti ini,bukan niat abang tapi abang tersepit antara semua ini”,kata Sukor saat duduk disamping aku malam itu. Untuk apa lagi sebuah kemaafan,bukan galang ganti yang aku pinta untuk kau menyatakan kebenarannya,sehingga kini aku tersungkur sendiri baru kau mahu memapahku,sudah terlewat luka telah berdarah.

            Hari ini aku akan melihat wanita yang kau pilih,bukan untuk menilai,bukan untuk membanding sekadar untuk melihat keindahan yang menyinar matamu selain aku.Bibir yang mengukir senyuman dan mata yang menyorot pada mempelai yang beriringan itu tak lebih dari sebuah pembohongan hati yang terpaksa aku cipta di hadapanmu.Maafkan kerna hati ini tidak betah lagi untuk memaafkan dirimu.Mengapa menghampiri aku,pergilah dekat dengan waniti yang kau pilih,untuk apa datang padaku. Biarkan aku melihatmu dari rimbun pohon ini,aku tak daya menyaksikan sketsa percuma ini. “Ina abang nak nyanyi sebuah lagu dengan Ina,please sekali ni je”,pinta Sukor.Apa lagi yang tinggal dari sekeping hati yang telah hancur,andai itu yang kau inginkan.Petang itu,bersaksikan mata wanita yang kau pilih aku gagahi lidah ini mengalun lagu buatmu untuk yang terakhir kalinya..

 


Kenangan manis kau dan aku

Takkan terhapus

Duri ranjau dalam bercinta

Lumrah dunia

 

Sayang menyayang

Cinta dikenang

Perasaan menjadi rindu

 

Ohhhh...

Lihatlah diriku yang kehilangan

Tanpa kasihmu sayang

Siapalah aku

 

Sayang menyayang

Saling percaya

 

Punca kasih berpanjangan

Ohhh.... oh...

 

Mengapa kita harus bersengketa

Kerana fitnah dan salah sangka

 

Apa yang telah terjadi pada kenangan

Sememangnya aku tak pernah melupakan

 

Mengapa masih ada perasaan benci

Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

 

Marilah kasih

Kita saling sayang menyayang

Kalaulah ada benci

Kita sandarkan pada kenangan

 

Apa yang harus kita lakukan

Kita sandarkan pada kenangan

 

Mengapa kita harus bersengketa

Kerana fitnah dan salah sangka

 

Apa yang telah terjadi pada kenangan

Sememangnya aku tak pernah melupakan

 

Mengapa masih ada perasaan benci

Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

 

Syaitan apa yang mengganggu dan merasuk diriku ini,mengapa terlalu sukar melupakan sejarah silam itu,apa lagi yang harus aku lakukan agar hati ini terpujuk untuk melupakan dirimu.Andai dapat aku campakkan,aku ingin campak jauh ditengah arus sungai yang deras agar ia takkan pernah datang kembali,tidak seperti laut yang akan mendamparkannya kembali bila dipukul ombak.Aku terseksa saat ia datang menggangguku,mengapa ia seolah-olah mahu terus menghimpit hati ini,merimaskan pemikiran dan menyesakkan nafasku.Pergi lah kau pergi,aku sudah cukup terseksa disini.Hari-hari aku yang berlalu tak lebih dari mengisi kekosongan jiwa yang terlalu terluka,dan kerana luka yang membengkak itu aku menghukum dan terhukum.Lelaki itu tak lebih dari layang-layang bagiku,kau akan bersamaku jika aku menginginkanmu dan aku tak menarik dan akan melepaskanmu apabila aku tidak menginginkanmu. “Kejamkah aku??,siapa yang mampu menyoalnya.

            Airmata ini mengalir saat aku terjaga,mengapa kau mengalir,berhentilah aku tak tahu mengapa kau terlalu murah untuk keluar dari tubir mataku hingga mengganggu lenaku. Tatkala gelap kian memekat,mata ini,hati ini dan perasaan yang bercelaru tak tahu mengapa sudah terlalu lesu untuk memikirkannya.Otak ini harus berehat,telah terlalu banyak yang difikirkan.Pagi yang sunyi aku bangun dan sisa-sisa lesu semalam masih jelas diwajahku,mengapa aku begitu,mengapa perasaan dan hatiku seperti itu.Mungkin hari ini emosi lebih baik hingga aku terbawa untuk berfikir dengan lebih tenang.Ya Allah,yang menggoncang tangkai hati ini.

Aku redha dengan kekuasaanMu,mengingatkan aku tentang hari semalam 17 ogos 2007 dan 5 tahun lalu di tarikh itu 17 ogos 2002.Terlalu lemah hamba ini tenggelam dalam lautan cinta yang sifatnya hanya sementara,fitrah manusia menyulam bahagia mengemudi bahtera cinta. Suatu masa dulu tanggal ini aku pernah menyulam cinta,mencari bahagia,sehidup semati maut lah pemisah.Tapi siapa pernah bisa menolak kuasaNya.Tiada sengketa mahupun derita aku dan kau saling bahagia,namun tak semua menyangka hubungan kita tidak direstui orang tua.Ah..mengapa kita yang menjadi mangsanya.

Malam itu,mata ini masih segar walaupun jam sudah berganjak ke angka 1 am,mata ini belum bisa lelap lalu aku capai sebuah novel buat melayan helah mataku yang tak mahu lelap ini.Entah jam berapa mata ku terlelap aku sendiri tak pasti,jam masih awal menunjukkan jam 7.30 am,saat aku terjaga dari mimpi itu,mengapa mimpi seperti itu hadir saat ini.Malas melayan mainan mimpi itu aku tidur semula kerana mata ini masih minta dipejam.

“ Hujung minggu ni ada orang nak datang merisik kau”mak.Aku tersentak,merisik? Siapa pula yang dah buang tabiat nak merisik aku,tak tahu ke aku masih study lagi. Lalu kegusaran itu aku ajukan kepada mak “siapa nak datang merisik??,Tanyaku.Mak aku perhatikan diam dan sibuk memasak seolah-olah aku tidak bertanya apa-apa padanya. Lalu aku ke depan mendapatkan sesiapa yang boleh aku tanya tentang rombongan merisik yang akan datang itu.Aku lihat kakakku sedang sibuk melayan anaknya lalu aku pun bertanya “Tau siapa yang nak datang hujung minggu ni??Aku bertanya dan seiring dengan itu gelengan dari akak menandakan dia tidak tahu samada dia sengaja tidak mahu memberitahu seperti mana mak lakukan kepada aku tadi ataupun memang benar dia tidak tahu aku sendiri tak pasti. Ahh..kacau ni,siapa pula yang nak merisik aku ni.

Hari yang aku takutkan pun tiba,mak tiba-tiba masuk ke bilikku dan memberi sepasang persalinan kurung putih yang cantik dan meminta aku memakainya. “Apa ni,macam baju orang nak menikah pula”,omel aku seorang diri. Mak tiba-tiba bersuara, “hari ini kau akan menikah,itu bajunya nanti pakai”,aku terkejut dan cuba mendapatkan penjelasan dari mak tapi mak terus berlalu dengan raut wajah yang tak dapat aku tafsirkan.Aku ke beranda rumah dan melihat orang kampung sibuk memasang khemah. Aku ke dapur, ramai makcik-makcik dan jiran tetanggaku sibuk membuat kerja.Aku berjalan ke bilik,dalam bilik aku lihat akak sibuk memasang cadar dan menyusun atur bilikku. Tapi akak pun aku lihat sama dengan mak hanya diam dan tak bercakap denganku.

Petang itu rombongan sampai dan aku mak suruh duduk di dalam bilik sahaja.Hati aku meronta-ronta ingin tahu siapa yang akan menikah denganku,aku sendiri tak pasti kenapa saat mak bersuara meminta aku menikah aku tidak menentang. Mungkinkah aku sudah terlalu bosan mencari cinta,atau mungkinkah aku terlalu menghukum orang hingga aku terpaksa menerima hukuman seperti ini. Dengan tenang aku mencuri dengar suara-suara dari luar,tapi aku masih tak dapat menangkap milik siapa semua suara itu.Tiba-tiba tok kadi masuk ke dalam bilik diiringi oleh mak dan abah,bertanya samada aku setuju untuk menikah dan sepantas itu aku terus menandatangani surat yang diajukan tok kadi.Dengan tenang aku memasang telinga mendengar upacara akad nikah diluar, “Aku nikahkan dikau dengan Zuhainah binti Jumaat,yang berwakil walinya kepada aku dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai”,lancar sahaja dari bibir tok kadi aku dengar.Tiba-tiba seperti ada satu kuasa yang meminta aku pergi kehadapan menyaksikan upacara itu,dan dengan pantas kaki ini melangkah.Dan saat kalimah itu bergema, “Aku terima nikah Zuhainah binti Jumaat dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai”lembut dari bibir itu.Ya Allah,suara itu,mata itu dan insan itu adalah cinta hati kepadaku,tetapi wajah itu seperti ada keluh yang tak terungkap.

“Astaghfirullahalazim”,ucapku.Apa yang mengganggu tidurku ini,mengapa mimpi itu menggangguku.Terasa sesak nafasku sebentar,aku capai handphone di tepi bantal. Sudah jam 12 tengahari,begitu lama lenaku dan mimpi itu bagai wayang indah yang meruntum hatiku.Aku harus bangun dan berhenti memikirkannya.Mengapa datang lagi menggangguku,aku tak menginginkan kau hadir dihadapan mahupun dalam mimpiku.Aku sudah terlalu penat membuang kau jauh dari hidupku,mengeraskan lembut hati yang minta simpati.

Perut yang berbunyi tanda aku lapar harus aku isi,takut nanti merajuknya berpanjangan aku juga yang terseksa.Lalu nasi bungkus itu aku suakan ke mulut sambil mata melilau ke seluruh pelusuk rumah.Sunyi,mungkin semua teman rumahku telah pergi bekerja.Tiba-tiba mata tertumpu pada calendar di tepi dinding,seperti ada yang aku terlupa.Ligat otak ini berfikir hingga nasi dihadapan aku sorong ketepi,dan air limau ais itu aku sedup rakus.Ah….penat. sekali lagi aku terjerat dalam kealpaan ku. Hari ini 17 ogos 2008,masakan aku lupa tentang yang satu ini.Ya Allah,mengapa sering mengingatkan aku tentang ini,apa yang mahu ditunjukkan aku sendiri tak pasti.Mimpi itu terlalu sukar untuk aku mengertikan,mainan tidur yang menyakitkan.Andai ada hikmah disebalik semua ini aku pasrah dengan apa jua pemberianMu.

Telah bertahun luka ini aku rawat,hingga terkadang naluri ini sedikit goyah.Oleh itu,murahlah airmata mencurah ke pipi menemani lara di hati.Bukan tak pernah dia bertandang ke rumah ketika hari raya,Cuma aku yang tidak mahu berjumpa dengannya.Bukan aku berdendam,tapi aku belum cukup kuat untuk menyaksikan sketsa yang kau ciptakan untuk aku.Bagaimana harus aku menatap wajahmu,sedangkan mendengar namamu saja mampu memecahkan empangan airmataku.Sebolehnya aku tak mahu lagi melihat wajahmu,aku mahu kau pergi ditelan oleh ramainya manusia,supaya aku takkan pernah lagi dapat melihat wajahmu. Aku tahu kau tak pernah berniat melukakan aku,aku tahu kau benar-benar menyintaiku dan aku tahu kau merinduiku. Tapi,simpanlah semua itu kerna aku tak mahu hidup dengan hela nafasmu lagi. Bebaskan aku dan berhenti dari menyeksa batinku,ambil semula apa yang telah kau ciptakan untuk aku.Biarlah kau akan menganggap aku membencimu atau apa saja,itu kehendakmu dan aku takkan pernah untuk menghalang.Andai luka ini dapat aku rawat,dan diri ini telah cukup kuat menerimanya aku akan datang kepadamu.Bukan untuk menghancurkan,tapi untuk kau saksikan episod derita yang telah kau ciptakan untukku.

           

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) buat sume u all...
    harap sabar je ngan segala masalah sekiranya membaca cerpen saya ni...
    almaklumlah...
    bru 1st time wat cerpen..
    so silalah komen semahunya....
  • 2) hurmmm
    perenggan tu kalau boleh dijarakkan lg. dialog tak perlu buat dlm perenggan kot?

    komen dr org yg tak reti~

  • 3) em saya faham perasaan zue!
    sgt2 faham ekceli hukhuk

  • 4) Dari mana akak nak komen ni..erm.
    Jika ceq zue ada masa,cuba tengok balik apa yang ditulis:
    1)Edit balik baik-baik,perenggan, ejaan,susun atur dialog.
    2)Banyak sangat ayat yang tidak perlu jadi meleret-leret walau isinya kosong. Biar ayat sikit tapi padat.Jadi cerpen itu tidak panjang menjela.
    3)Edit font biar serata besar kecil.
    4)ceritanya ada tetapi sebab tidak ada perancangan plot, jalan cerita dan penutup apalagi klimaks menyebabkan macam cerita satu hala dan mendatar. jadi rangka dulu dari permulaan dan pengakhirannya. tetapkan apa yang CZ hendak sampaikan kepada pembaca. maka ia jadi jelas, pada Cz dan juga pembaca.
    sekian dulu,jika Cz sudi mendengar/membacanya.
  • 5) sabar jela..
    mungkin ada hikmah disebalik semua ini.
    yang berlalu biarkan berlalu.
    hari esok masih ada.

    --> waaaahhh!! dah keluar cerpen pertama. haks!OK w'pun ada yg perlu diperbetulkan. cayok2!

  • 6) gambatte ne!
    *jelesnye kau da buat cerpen!*

  • (Penulis)
    7) mr kajiwa-time ksh kerana sudi komen hasil sy yg xberapa nk ade ni...sy akan lbh berusaha tok yg lbh baik slps ni...maceh k..
    babymilo-aku tgu ko nye lak..
    aszni-maceh,nti ko wat la gak..
  • 8) hehe
    beruntung zue dapat kritikan menyeluruh dari kak maria
    *saya sokong akak! *

    anyway, tahniah kerana mengorak langkah pertama.
    jangan malu jangan segan.
    sidney sheldon pun 1st time tah-tah tak bagus macam ni. sape tahu? haa

    selamat mengambil iktibar. selamat berusaha lagi

  • (Penulis)
    9) maceh en caha....
    akan slaloo berusaha.
  • 10) untuk first timer citer nie oker apa?chewah...kipidap ceq zue..
  • 11) jalan cerita menarik....
    cuma rsanya kurang dr segi editor je....
    nice story

Cerpen-cerpen lain nukilan ceq_zue77

Read all stories by ceq_zue77
No stories.