Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Tahukah Kau Isabel

Cerpen sebelumnya:
~Maafkan I~
Cerpen selanjutnya:
Aku anak si kupu-kupu

“Kau tahu, siapa yang paling aku sayang dalam hidup ni”?

 

“Em, ibu kau, keluarga kau dan aku. Tapi kau tak pernah nak cerita pasal mereka”.

 

“Aku tak suka nak ungkit hal lampau Isabel.lagipun mereka semua dah tak ada. Semua dah pergi.

 

“Sudahlah Jay, aku minta maaf, kau janganlah emosi, aku kan ada”.

 

“Ya, kau saja yang aku ada, dan mungkin kau juga akan tinggalkan aku”.

 

“Tidak Jay, aku sayangkan kau, kau sangat berbeza dari yang lain, aku tak mungkin tinggalkan kau dan aku cintakan kau”.

 

“Kau memang gadis yang manis Isabel”

 

“Jay, kenapa kau tak pernah katakan yang kau juga cintakan aku”

 

“Kerana aku tak biasa”

 

**********************************************************

 

 

Tahukah kau Isabel, hidup aku dipenuhi kegelapan. Tiada apa yang istimewa dalam hidup aku. Pekerjaan aku biasa-biasa saja. Aku tak perlukan wang yang banyak, kerana aku tidak pernah menginginkan sesuatu. Seingat aku aku mempunyai tak lebih dari 4 helai baju dan 2 pasang seluar. Baju itulah untuk aku pakai seharian, dan baju itu jugalah untuk aku pakai ke pekan dan juga ke bandar. Aku tak perlukan baju yang cantik, kerana aku tak pernah dijemput ke mana-mana majlis. Sudah aku katakan aku tak pernah mahukan sesuatu. Tapi selepas melihat kau, aku benar-benar gelisah Isabel. Aku mahukan kau.

 

Tahukah kau Isabel, aku benar-benar tertarik pada senyuman kau. Kau bukanlah gadis paling cantik yang pernah aku temui. Kau cuma gadis yang biasa-biasa saja. Tapi kau sangat manis dan aku suka merenung mata kau. Mata kau sangat jernih dan berkaca-kaca sehingga aku sendiri lemas dalam renunganmu Isabel.

 

Masih ingatkah kau Isabel pada pertemuaan pertama kita. Hujan yang turun itu memang hujan rahmat. Dari jauh aku lihat kau kebasahan berjalan meredah hujan. Mulanya aku malas hendak pedulikan kau. Tapi aku kesian dan aku fikir mungkin itulah detik yang sesuai untuk aku mendekati kau. Detik aku hulurkan payung kepada kau adalah saat yang tak akan aku lupakan. Ku rasakan masa berhenti berdetik. Suasana menjadi sunyi. Yang kedengaran hanyalah degupan jantungku yang terpukau dengan matamu Isabel. Kehadiran kau benar-benar mengubah hidupku sayang. Aku mula mempunyai impian. Aku mula belajar untuk tersenyum. Aku ingin hidup bersamamu Isabel. Walaupun aku tahu itu mustahil. Mustahil untuk kita bersama. Berdosa besar aku kalau hidup bersamamu sayang.

**************************************************

“Mata kau merah Jay, kau menangis”?

“Tak adalah, mata aku masuk sesuatu agaknya”

“Kau jangan nak gula-gulakan aku Jay, aku tahu kau menangis. Kenapa sayang”?

 

“Tak ada apa-apa. Cuma,tiba-tiba aku teringatkan kisah sedih yang pernah ibu aku ceritakan pada aku dulu”.

 

“Cerita apa Jay? Aku pun nak tahu”.

“Dulu ibuku mempunyai seorang teman yang sangat kaya. Dia cantik, baik dan punya segalanya. Suaminya ahli perniagaan terkenal. Dia juga dianugerahkan dengan sepasang anak kembar. Lelaki dan perempuan. Suatu hari mereka sekeluarga pergi bercuti bersama. Tapi malangnya kereta mereka terlibat  di dalam kemalangan dan kesemuanya meninggal. Yang terselamat hanyalah salah seorang dari anaknya”.

 

“Kesiannya dia. Di mana anaknya sekarang Jay? Kau kenal dia”?

 

“Aku kenal. Dia merupakan teman baik ku”.

 

“Aku teringin berjumpa dengan dia Jay”.

 

“Kau pasti akan berjumpa dengannya suatu hari nanti Isabel”.

 

********************************************************

Isabel, tahukah kau sayang, aku tak mungkin dapat meneruskan hidup ini tanpa kau disisi. Sudah berkali-kali aku cuba untuk melupakan kau, tapi aku tak mampu. Aku sentiasa mencari keburukan kau, tapi kau sempurna. Aku cuba mencipta jurang, tapi kau semakin mendekat. Pelbagai cara aku lakukan agar kau bencikan aku, tapi kau semakin sayang. Kenapa kau menyukarkan lagi keaadaan aku, Isabel.

***********************************************************

“Jay, kau tahukan aku takut berada ditempat yang tinggi”.

“Kau juga yang kata mahu melihat laut dari tebing yang tinggi”.

“Ya, tapi aku tak sangka ianya begitu menakutkan”.

“Walaupun aku ada bersama, kau masih takut Isabel?”

“Mana mungkin aku takut, aku percaya kan kau”.

“Peluk aku Isabel, peluk aku kuat-kuat”.

“Kenapa ni Jay, kau nampak gelisah jer”.

“Aku cintakan kau Isabel”.

“Jay, ini kali pertama kau beritahu aku”.

“Aku takut tak berkesempatan nanti. Peluk aku Isabel, jangan lepaskan”.

“Kau lain benar hari ni Jay”.

“Aku takut Isabel. Aku takut kehilangan kau”.

“Kan aku dah kata, aku tak akan pernah tinggalkan kau”.

“Tapi kau mesti tinggalkan aku, kalau tidak aku tak akan tenang”.

“Apa maksud kau jay”?.

“Maafkan Aku Isabel, selamat tinggal sayang”.

Dan saat aku menolak tubuhmu Isabel, Aku juga turut mati…

************************************************************

Maafkan aku kerana menghukum kau Isabel, tapi aku tak punya pilihan.Aku tahu, kau tak bersalah. Tapi kau terpaksa membayar dosa ayahmu Isabel. Selama dua puluh tahun yang lalu, hanya satu matlamatku.Memusnahkan ayahmu. Dan tiada cara yang lebih hebat lagi untuk melihat ayahmu sengsara,melainkan membunuh kau Isabel. Kau tahu sayang, ayahmu yang membunuh keluargaku. Ayahmu yang tamak dan keji, sanggup lakukan apa saja untuk merampas harta kami. Dan tebing itu, di tebing itulah aku melihat ahli keluarga ku mati. Dan di tebing itu jugalah sayang, Aku menolak kau jauh dari hidupku. Saat itu juga, duniaku menjadi kelam sayang. Semenjak aku tak dapat lagi menatap matamu..

 

Isabel, aku terlalu merinduimu..

“Betul kau rindukan aku”?

“Isabel, kau masih hidup?kau tak mati”?

“Mana boleh aku mati, kan aku dah janji tak akan pernah tinggalkan kau”.

“Aku cintakan kau Isabel”

“Kau mahu ikut aku”

“Kemana sayang”?

 “ke tempat yang kita akan bersama selamanya”

“Ya, aku mahu. Aku mahu sayang….”

 

 

 

Tamat…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cerpen sebelumnya:
~Maafkan I~
Cerpen selanjutnya:
Aku anak si kupu-kupu

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.9
11 Penilai

Info penulis
Potential=Possibility
rain | Jadikan rain rakan anda | Hantar Mesej kepada rain

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya rain
Dia yang tergoda, Dia yang terkecewa.. | 3738 bacaan
Reshmi- Where do I begin.. | 2614 bacaan
Lewat Musim Itu-Episod Akhir | 2315 bacaan
Lewat Musim Itu - Episod 3 | 2416 bacaan
Lewat Musim Itu - Episod 2 | 2464 bacaan
Lewat Musim Itu- Episod 1 | 1761 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

24 Komen dalam karya Tahukah Kau Isabel
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik