Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kerna Syiqah

 

Maria berteleku sayu di katil.  Hatinya sedih.  Hatinya perih.  Sampai hati Rashid menduakan dirinya begini.  Sedangkan ketika di awal perkahwinan mereka dahulu, Rashid pernah berjanji untuk tidak menduakan dirinya.  Ah!! Janji lelaki.  Sama saja dengan janji Melayu.  Sering dilanggar dan sering juga dimungkiri. 

"Penipu!! Pendusta!!" kata Maria dalam esak tangisnya yang semakin layu.  Juraian air mata yang mengalir lesu di juring matanya juga diusap perlahan.  Ah! Pergilah kau air mata.  Tak guna aku menangisi sesuatu yang sia-sia.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah.  Maria dapat mengagak bahawa suaminya itu sudah pulang.  Hatinya yang masih bengkak mengenangkan perbuatan curang itu bertekad untuk tidak mengendahkan suaminya.  Biarlah dia melayani lara di hatinya buat seketika.  Rashid tidak adil!

"Hai, assalamualaikum sayang," tegur Rashid pada isterinya bersama suatu senyuman manis dibibir.

Maria berpaling ke arah suara itu.  Serta-merta matanya tertancap pada seplastik barangan yang berada di tangan suaminya itu.  Huh!  Barangan untuk si Syiqah lagi.  Hati Maria bertambah bengkak.  Salam suaminya itu hanya dijawab di dalam hati sahaja.

Rashid berasa aneh melihat reaksi dan tindak balas isterinya itu.  Kenapa dengan Mar?

"Mar, kenapa muram saja ni?  Mar tak sihat ke?" tanya Rashid lembut.  Penuh prihatin.  Rashid mendekati Maria sebaik sahaja dia meletakkan beg kerjanya serta barang-barang yang dibelinya tadi.  Sebenarnya hatinya dipagut aneh apabila kepulangannya hari ini tidak bersambut seperti biasa dan Maria juga tidak menyalaminya seperti selalu.

"Ah, tak payah la abang nak buat-buat perihatin pada Mar.  Baru hari ni abang nak pedulikan Mar.  Selama ni tak pun.  Sikit-sikit Syiqah.  Syiqah.  Syiqah!" Maria menepis tangan suaminya yang cuba menjamah dahinya.  Ah! Aku tak perlukan prihatin dari hati yang tak rela.  Suaminya itu tiba-tiba begitu prihatin pada dirinya, pasti ada sesuatu yang dihajatinya.  Inginkan restu untuk memiliki Syiqahkah?

Terkedu Rashid melihat respon isterinya yang tiba-tiba itu.

"Mar, abang..." belum sempat Rashid memberikan penjelasan, Maria telah bangun dan meninggalkan suaminya itu.  Hatinya malas untuk mendengar sebarang dusta dari suaminya lagi.

Rashid terduduk di katil sambil menggelengkan kepala.

 

Dua hari kemudian...

 

"Mar, sudah-sudah la tu.  Dah tiga hari tau Mar buat-buat tak tahu kat abang.  Sampai hati Mar buat abang macam ni," rungut Rashid.  Sedikit rajuk terselit dalam nada suara sayu itu.  Maria masih lagi membekukan diri.

"Mar, hari ini kita makan kat luar nak?  Abang belanja Mar," Rashid cuba memancing reaksi daripada isterinya.  Sungguh hatinya resah apabila tidak diendahkan oleh Maria sejak tiga hari yang lalu.  Rasa rindu usahlah di tanya.  Yang membukit kini sudah pun menggunung rasanya.  Tidur malamnya juga tidak lagi nyenyak seperti dahulu. 

"Mar, dah tiga hari la Mar gini.  Sudah-sudah la, jangan la merajuk lagi," rayu Rashid lagi.

"Oh, dah tiga hari.  Habis yang Mar menjeruk rasa sejak enam bulan yang dulu tu abang tak nak kira?  Hari-hari saya kena tadah telinga dengar kisah bahagia awak dengan si Syiqah.  Awak ingat saya ni hati batukah?  Tak ada perasan?!" bentak Maria pula.  Sungguh hatinya berang tatkala suaminya mengungkit tempoh dia merajuk diri.  Sungguh tidak patut!

"Tapi Mar, Syiqah tu kan..."

"No way!  Mar tak suka abang lebih-lebihkan Syiqah.  Sejak ada Syiqah, semuanya Syiqah baik.  Syiqah itu, Syiqah ini," ungkit Maria pada Rashid.  Biar suaminya itu tahu apa rasa hatinya selama ini.

"Tapi Mar, Syiqah tu kan..."

"Mar tak peduli.  Abang banyangkan perasaan Mar bila abang cakap ‘tenangnya hati bila tengok Syiqah tidur'.  Huh! Sakit hati saya ni bang, sakit!!" sekali lagi Maria memotong cakap suaminya.  Akhirnya Rashid hanya mengeluh.  Tersinggung benar hati isterinya kali ini.  Sungguh dia tidak sangka.

"Hurm... Kalau dah gitu kata Mar, esok abang bawak balik Syiqah.  Mar bincang la sendiri dengan si Syiqah.  Abang dah malas nak cakap apa dah," balas Rashid pula.  Maria hanya menjeling.

"Abang ni dah tak betul ke?  Mar nak bincang apa dengan budak umur setahun lebih tu?" balas Maria pula.

"Habis dah awak cemburu tak fasal-fasal.  Semua yang abang nak cakap Mar tak nak dengar.  So, esok Mar bincang la sendiri dengan dia," balas Rashid lagi.

"Ah, malas la Mar.  Budak kecik nak buat apa," kata Maria lagi.  Cemberut di mukanya sudah semakin sirna.  Entah mengapa hatinya berasa sedikit lucu akan cadangan suaminya.

"Hah, kalau dah gitu sendiri mau ingat la..!" kata Rashid sambil ketawa-ketawa.  Maria juga sudah tidak mampu menahan rasa lucu di hati lalu dirinya juga turut ketawa.  Entah apa-apa jelah aku ni, getus hati Maria. 

"Apa da... dengan baby pun mau jeles ka? Huhuhu..." tambah Rashid sambil ketawa dengan penuh bahagia.

------------------------------------------------------------------

p/s: citer ni ditulis sebagai selingan di kala otak sendat dengan nota-nota peperiksaan.  saja nak menulis santai-santai.  hope tak ada yang membaca dengan terlalu serius ya... hehe.. daaa.. thanx =D 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1)
  • 2) Mungkin sebab akak dah kahwin/ada anak, maka dari awal akak dah dapat tangkap soal tu, cumakan akak kurang faham lah, Syiqah itu anak siapa? apa hubungan dengan Rashid? Syiqah tu duduk mana?
  • 3) hehehe... bersambung ke cerita ni?

  • (Penulis)
    4) @ Kak Maria: Lea tinggalkan persoalan itu kepada pembaca =D Pembaca bebas untuk membuat tafsiran masing-masing. Hehe..

    @ Dayya: buat masa ni Lea lom ada perancangan utk sambung citer ni. tp xtaulah kalau ada nnt.. hehe...

    mcm lea katakan sblm ni, citer ni ditulis dicelah-celah keserabutan Lea bersama nota-nota peperiksaan. =D Kalau citer ni pun jd 'gelong' mcm tuan dia, mahap yek!

    Thanx pada semua yang sudi membaca citer Lea yg xsberapa ni... hehe...
  • 5) )

    huhu lea ni kan, suka la wat pembaca mcm ni...
    i tak suka tau cite tergantung ni..
    ahaks

    niway, gud luck exam!
  • 6) hehehe... mencuit hati saya pagi2 begini... dalam serabut pun sempat menulis ya... =D
  • 7) ha ha
    selepas kisah makyam hari tu
    saya pun dah mcm kak maria.

    dah agak dah syiqah ni anak dia
    sbb dah halfway masih lagi tak sebut betul2 sapa syiqah. so dah agak, ni mesti baby.


    anyway, nice writing. easy reading.

  • (Penulis)
    8) thanx buat nurcahaya dan ridh kerana sudi membaca..

    @ caha: lah, terkenang zaman Cik Yam rupanya.. wahaha.. act citer ni lea buat agak lepas tangan. Mgkin sbb tu agak longgar jlnnya apa pun. thanx.
  • 9) cerita kamu bikin suspen sy..huhuuu..

  • (Penulis)
    10) @ ceq_zue77: thanx kerana sudi membaca..
  • 11) Tu la, masa buat syiqah tu tak beringat, dah jadi mula nak jeles. Ni mesti bagi syiqah susu botol je.

    Tolong masukkan sikit ayat nasihat pada para isteri, kalau tidur malam jangan membelakangkan suami. Tak baik malaikat tak restu sampai paginya. Para isteri tidur malam kena mengadap suami dan sentiasa bersedia...

  • (Penulis)
    12) @ abg upenyu : erm.. nmpknya abg upenyu sorang jek yang ada banyangan yang tersendiri fasal syiqah... len2 sume pk perempuan simpanan.. apa pun thanx kerana sudi membaca citer ni...
  • 13) sweet gile..
    hahahah..dengan budak pn nk jeles tp mmg xmustahil pn...
    heheheh

  • (Penulis)
    14) @ pinkygul : tabiat begini usah diikut ya.. pening pale sang suami nnt.. hehe.. sabo jelah.. =D

Cerpen-cerpen lain nukilan LeaQistina

Read all stories by LeaQistina