Kerna Syiqah 2

 

"Abang, Mar dah siap masak ni.  Jom kita makan," ajak Mar sebaik sahaja dia menjenguk ke bilik.  Namun, langkahnya kaku apabila melihat suaminya itu hanya terpaku di atas katil bersama juraian air mata.  Tangannya pula kejap mengenggam telefon bimbitnya.

"Eh, kenapa ni bang?" rasa risau mula menerjah di hati Maria apabila melihat keadaan Rashid.  Apa yang berlaku?  Kenapa suaminya menangis begini?

"Abang..." Maria memanggil lembut suaminya.  Bahu Rashid disentuhnya lembut. 

Demi merasakan bahunya disentuh, Rashid menoleh lalu terus memeluk erat pinggang Maria.  Kejap.  Rashid cuba melepaskan kesedihan dihatinya pada isteri tersayang.

"Mar, Syiqah..." ucap Rashid dalam tangisannya.  Maria mengusap lembut rambut suaminya.  Mendengarkan nama Syiqah disebut, Maria menarik nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan.

"Kenapa dengan Syiqah bang?" ternyata Maria tidak dapat menahan bibirnya dari terus bertanya mengenai Syiqah.  Akan kembali tergugatkah kedudukan dirinya di hati Rashid?

"Syiqah, ada orang dah ambil dia jadi anak angkat.  Lepas ni abang dah tak boleh jumpa Syiqah," ucap Rashid bersama esakkan.  Sungguh hati Rashid sedih dan pilu sebaik sahaja Kak Normah, penjaga Syiqah di Rumah Anak-Anak Yatim Sinar Gemilang menyampaikan berita sedih itu kepadanya sebentar tadi.

Syiqah merupakan kanak-kanak perempuan yang ditemuinya ketika dia melakukan lawatan ke Rumah Anak-Anak Yakin Sinar Gemilang hampir enam bulan yang lalu.  Kanak-kanak yang berusia hampir setahun lebih itu datang menerpa di kakinya dan minta untuk didukung sebaik sahaja Rashid melangkah masuk ke ruangan kanak-kanak yang terdapat di situ.  Sungguh hati kecilnya tersentuh dengan raut wajah comel itu.  Telatah Syiqah yang nakal beserta raut wajahnya yang menenangkan itu sering sahaja mengusik ketenangan hatinya.  Sering menjemput rindu bertandang di jiwa yang sarat dengan kasih sayang seorang ayah yang belum pernah terlunas.  Mungkin belum rezeki mereka suami isteri untuk mendapatkan zuriat sendiri.  Sungguh hatinya tidak pernah mengeluh dan sedih.  Namun, kewujudan Syiqah dalam hidupnya seolah-olah sudah melengkapkan segenap rasa dalam ruangan jiwanya.

Maria tersentak mendengar kata-kata yang terluah oleh dua ulas bibir suaminya.  Entah mengapa hatinya ini turut dipalu debar.  Resah juga turut bertamu di situ.  Bukankah sepatunya dia gembira menerima akan perkhabaran itu?  Otaknya ligat memikirkan frasa yang sesuai untuk dituturkan pada suaminya itu.  Moga lidahnya itu tidak tersilap kata dan tergelincir bicara.  Bimbang hati yang sedih bertambah terluka pula jadinya.

"Sabarlah bang.  Nanti kita cuba berkenalan dengan keluarga angkat Syiqah.  Kemudian, kita kerap-keraplah melawat dia," pujuk Maria.  Pada perkiraannya, mungkin kata-kata itu cukup sesuai untuk memujuk suaminya yang dalam kesedihan itu.  Maria sedar kasih sayang suaminya itu terhadap Syiqah sangat mendalam.  Mungkin kerana mereka sendiri belum bertuah untuk dikurniakan zuriat.

"Tapi Mar..."

"Ye, kenapa bang?"

"Lepas ni abang dah tak boleh jumpa Syiqah.  Kata kak Normah, keluarga angkat Syiqah tu bakal berpindah ke Sabah.  Mana mungkin abang boleh berjumpa dengan Syiqah lagi," ngongoi Rashid lagi.  Sungguh sedih hatinya kala mengenenangkan mungkin tiada lagi peluang bertemu Syiqah selepas ini.  Alangkah baiknya jika dia dan Maria yang menjadi keluarga angkat pada Syiqah.  Pasti anak itu akan dijaga dan dikasihinya sepenuh hati.  Rashid yakin, dalam cemburu terselit juga kasih isterinya itu kepada anak kecil itu.  Semuanya terserlah ketika dia menemukan keduanya di Rumah Anak-Anak Yatim Sinar Gemilang semalam.  Ah! Baru semalam mereka bertiga bergembira bersama.  Tidak sangka hari ini segalanya punah.  Harapannya musnah.

"Abang, jodoh pertemuan itu kan di tangan Allah.  Sekiranya Dia izinkan, bukan setakat bertemu malah mungkin juga Syiqah jadi milik abang.  Jadi milik Mar.  Jadi milik kita.  Sekali Dia berkata ‘Kun Fa Ya Kun', Insyaallah segalanya akan berlaku.  Segalanya hanya terletak antara huruf Kaf dan huruf Nun, abang," panjang lebar Maria cuba memujuk hati suaminya yang lara itu.

Rashid hanya tersedu di dada isterinya.  Hatinya yang rawan kembali tenang mengenangkan sokongan yang diberikan oleh Maria.  Ternyata Maria tidak pernah berubah.  Masih lagi seorang isteri yang penyayang dan juga seorang isteri yang sangat memahami dirinya.  Mungkin tiada rezeki untuk dia terus mendekati dan memiliki Syiqah namun dia masih lagi bersyukur kerana Allah telah pun mengurniakan kepadanya seorang wanita sebaik Maria pada dirinya.

"Eh, abang.  Mar terlupa nak bagi tahu abang yang kita ada tetamu malam ni.  Abang pergilah basuh muka dulu.  Mar nak ke dapur dulu.  Agaknya dah nak sampai tetamu-tetamu kita tu," ucap Maria sebaik sahaja Rashid melepaskan pelukkan di pinggangnya.

"Siapa?" tanya Rashid.

"Adalah.  Rahsia," jawab Maria sambil tersenyum.  Sempat juga dia mengenyitkan matanya sekali sebagai tanda mengusik suaminya.  Rashid hanya tersenyum melihat telatah isterinya.

 

***

 

Sebaik sahaja Rashid keluar dari bilik air, kedengaran suara isterinya yang sedang menjemput tetamu mereka masuk.  Sudah sampai rupanya, bisik hatinya.  Tapi siapa ya?  Entah mengapa hati Rashid dipalu debar tiba-tiba.  Siapakah gerangan yang menantinya di bawah?

Baru separuh kakinya melangkah menuruni tangga, matanya telah tertancap pada suatu susuk tubuh comel yang sedang berada dalam pelukan isterinya.

"Syiqah...!" seru Rashid.  Dengan rasa tidak sabar, Rashid berlari kecil menuruni tangga menuju ke arah Syiqah dan isterinya.

"Bang, inilah anak kita," ucap Maria sambil tersenyum manis.

"Tapi..." ternyata Rashid keliru.  Pantas wajah Kak Normah yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri dipandangnya.  Matanya memberikan isyarat inginkan penjelasan lanjut.  Kak Normah hanya tersenyum.

"Akak tipu Rashid tadi.  Marialah ibu angkat Syiqah," jelas Kak Normah tenang.

"Sungguh?" tanya Rashid dalam rasa tidak percaya.

"Sungguh bang..." akhirnya Maria dan Syiqah tenggelam dalam dakapan Rashid yang berpanjangan.

 

------------------------------------------------------

p/s: moga sambungan Kerna Syiqah ini mampu menjawab semua persoalan yang timbul sebelum ini.  Sekian.  =D

Comments
  • 1) hehehehe..yeah..terjawab sume persoalan yang timbul..
    best!!

  • 2) hahahaha~~~ hebat kamu. twist cerita macam dah boleh agak, tapi sebab jalan cerita dan susunan ayat kamu yang best tu buah saya ttp jg rasa syahdu. wow~~~~ saya suka lah!

  • 3) ha ha
    nice one
    mmg betul2 menjawab dan menyambung semula apa yang longgar.
    nice one cik lea

  • 4) @ cherry: lepas sume org bertanya siapakah Syiqah Lea masih belum mampu menjawabnya, namun apabila 'tuan' punya cerita muncul, akhirnya Lea mampu menjawab persoalan citer ni.. =D thanx kerana sudi membaca

    @ dayya: hehe.. Lea pun rasa org dh boleh agak ending dia gini lepas tertanya-tanya di bahagian yang pertama. yelah, apa lagi smbungan yang sesuai kan? apa pun, Lea budak baru belajar. Ada salah silap tegur-tegurlah lagi ye.. terima kasih

    @ caha aka tok ketua: akhirnya, citer yg longgar perlu dikejapkan semula supaya tak masuk angin.. hehe.. thanx ye kerana masih sudi membaca dan komen di sini walaupun dalam kesibukan bekerja =D

    pada semua.. thanx banyak-banyaaaaaaaaaak!! Lea sangat-sangat menghargainya...

  • 5) best la cite ni kak Lea..

    • iqah
    • 11 tahun lepas
  • 6) thanx byk2 iqah

  • 7) ler...ingat sape laa syiqah..
    nice..

  • 8) segala misteri telah dibongkari... nice and simple... ada sedikit sebak ni kalau syiqah dibawa lari dari Rashid. nasib baik tak. Hehehe... =D

  • 9) ok.sudah terjawab.

  • 10) best..

  • 11) @ enarif : ye.. itulah dia syiqah

    @ ridh : hehe.. lea lebih cenderung untuk mewujudkan watak mar sebagai seorang isteri yang penyanyang dan solehah. hehe.. apa sahaja sanggup dilakukan buat suami tercinta.. hehe.. indahnya =)

    @ babymilo : akhirnya.. hehe..

    @ mizz_aszni : thanx kerana sudi membaca citer ini...

  • 12) olololo suwit nye rashid tu nanges

    err..
    dorang takde anak sendiri ke?
    (tetibe plak tanye soklan ni)

  • 13) @ nurcahaya : hehe... rashid dengan mar masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.. hehe.. kalau nak terus soalan-soalan gini, lea risau Kerna Syiqah akan jadi macam Suite 6019 nnt..hehe.. panjang pulak kisahnya.. hehe..

    apa pun thanx ye.. =D lea suka dengan soalan pencetus idea tu.. hehe...

  • 14) Cerpen ini telah berjaya menjawab persoalan yang ditimbulkan di Syiqah1, tetapi boleh akak tegur sikit? Hmm..urusan pengambilan anak angkat adalah sangat rumit. Agak mustahil si suami tidak diberitahu soal ini memandang semua latarbelakang ibubapa perlu disiasat terlebih dahulu serta butir pendapatan dan akan ada"interview' segala bagai dalam proses pemilihan nanti...itu sajalah dari segi logiknya, tetapi kalau kita nak just take it easy..ye lah. Anyway, lega sikit setelah tandatanya dijawab. Mula tu ingat nak cubit je hi hi.

  • 15) @ kak Maria : Ok kak Maria. No problemo atas teguran tersebut. hehe.. Kalau gitu boleh x kalau lea tukar sket, konon-kononnya Syiqah belum diambil menjadi anak angkat tp tu just intro jek. Hehe.. Kiranya tu cara Maria nak bagi tahu Rashid bahawa dia dh agree nk ambil Syiqah jadi anak angkat. Kedatangan Syiqah kat umah plak, memandangkan Kak Normah pun dh kenal Rashid sejak 6 bulan yang lalu, hari-hari Rashid gi melawat Syiqah. So atas dasar budi bicara, dia bawak Syiqah ke rumah Rashid bagi membantu Maria untuk membuat kejutan kepada suaminya yang terchenta. heheh.. Kiranya, after that baru diorang start dengan prosedur dan proses pengambilan Syiqah sebagai anak angkat. =)

    Ok tak Kak Maria kalau Lea ubah suai sket, pemahaman jalan citernya merujuk kepada teguran akak.

    thanx banyak-banyak...

  • 16) @ kak Maria : akak nak cubit? adeh.. lari.. lari.. keh.. keh.. keh.. sabo jelah..

  • 17) yer boleh sebab settingnya tak larikan.Surprise juga tu

  • 18) @ kak maria: keh.. keh.. keh.. nasib baiklah ini cerita.. kalau dunia nyata, pasti tak semudah ini untuk ditukar ganti jalan ceritanya...

    apa pun thanx buat semua yang sudi membaca cerita ini.. daaa..

  • 19) alah cute nye cter kamu...
    suka.suka.suka..

  • 20) @ ceq_zue77: thanx atas sokongan ya.. next time komen la lg..

  • 21) Dah jadi cerita lawak pulak dah. Lurus je cerita ni. Mengecewakan.

  • 22) @ abg upenyu : aik? sambungan ni lawak ke? sebenarnya Syiqah 2 bukanlah sambungan babak baru tapi Lea just nak menjawab persoalan di Syiqah 1 sahaja. apa pun, terima kasih Lea ucapkan sebab masih sudi membaca citer yang tak seberapa ni...

    apa sahaja komen, Lea terima no problemo... thanx ya.. komen ini sangat2 lea hargai...

  • 23) suka jalan citer dia

    • rain
    • 11 tahun lepas
  • 24) @ rain: terima kasih rain kerana sudi membaca

  • 25) best best...
    de sambungan lg x??

  • 26) @ pinkygul : hehe.. jangan tanya pinky.. lea risau nnt jadi second suite.. hehe.. apa pun kalau ada nnt lea akan upload kat sini.. thanx ye pinkygul..